14 Nov 2015

Lagi Ahli Amanah Terima Ugutan Bunuh

Kesal tindakan ugut Othman

KUALA TERENGGANU – Tindakan pihak tertentu mengugut Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Terengganu, Othman Ismail diselar Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Raja Bahrin yang kesal dengan tindakan itu menegaskan budaya ugutan ke atas mana-mana individu adalah amat serius dan tidak patut berlaku dalam sebuah negara demokrasi.


Beliau menolak keras tindakan itu berkata, sekalipun terdapat perbezaan pandangan, tindakan mengugut bukan penyelesaiannya tetapi ia patut dibincang secara bijaksana tanpa libatkan kekerasan.

“Tiada ajaran agama mana sekali pun yang membenarkan perbuatan dan kekerasan sebegini rupa,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian, di sini.

Sebelum ini, satu laporan polis dibuat Othman mendakwa menerima ugutan, di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini.

Othman memberitahu ugutan itu diterima melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang individu yang didakwanya sebagai ahli Pas dan berasal dari Selangor.

Antara mesej diterimanya berbunyi ‘Cikgu Man telah murtad, wajib hukum bunuh’.

Raja Bahrin memberitahu bahawa sebelum ini budaya mengugut turut berlaku di negeri Kelantan apabila beberapa pemimpin politik di negeri terbabit juga diugut dengan cara yang hampir sama.

Tanpa mengaitkan dengan mana-mana parti, Raja Bahrin berharap pemimpin-pemimpin parti terlibat perlu mengambil perjalanan terhadap isu yang berlaku supaya ia tidak menjadi budaya dalam politik di negara ini.

“Ketua pihak berkenaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung hendaklah menahan pihak mereka dari berbuat demikian.

Apa-apa perbezaan, pandangan patut dibincang dengan hujah dan bukan diugut dengan kekerasan. Inilah ajaran Islam sebenarnya yang kita banggakan.

Jangan benar budaya takfiri melanda negara Malaysia ini,” katanya.

ULASAN GB

Berlakunya semua ini gara-gara "fatwa" Presiden PAS yang menganggap mereka yang keluar dari sebagai "pengkhianat" dan "perlu dihapuskan."

Dahulu pada Amanat Hj Hadi yang dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong, telah berlaku isu kafir mengkafir.

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah

kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’
.

Sekarang tidak lagi, malah Haji Hadi secara terbuka menyatakan beliau ingin menjadi Penasihat kepada UMNO.Presiden UMNO, menurut Haji Hadi tidak seburuk Firaun. Oleh itu boleh bekerjasama dengannya.

Muncung senjatanya kini dihalakan kepada AMANAH. Berikut transkrip ucapan Hj Hadi :

…parti, yang disebut parti yang khianat daripada perjuangan. Org yg khianat dlm perjuangan, lebih teruk drp lawan. Lawan, kita boleh tahaluf dgn lawan. Orang yg khianat dgn perjuangan tak ada pilihan; samada dia balik, atau dia dihapuskan; dia bertaubat! Ini cara perjuangan Islam, itu …tak boleh! Orang yg direkod dia khianat perjuangan, tak boleh… Sedangkan Nabi pun, tak beri peluang kpd yg khianat ni, tak ada tahaluf. Yang tahalufnya dgn yg lawan, yg bukan asal kita. Daripada asal kita dia menyeleweng, samada dgn kita atau pun, dia bertaubat ataupun, dia balik kepada kita. Ini dia. Itu pilihan, antara dua tu sahaja. Kerana mereka ni, mereka yg sudah duduk bersama kita, yg tahu kita, yg memahami kita, bukan org yg tak tahu kita! Tiba-tiba dia lari, dia keluar … kalau dia nak tahaluf (tak jelas….)

Berikut GB perturunkan petikan kata-kata Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof AL-Qardhawi.


Ini kata-kata dari Imam Syahid Hassan Al-Bana:


Dan ini pula penjelasan dari Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Shaikh Ali Muhyiddin Al-Qardhagi yang disampaikan melalui Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Bukankah "fatwa-fatwa" Presiden PAS yang dikuti dan dipegang oleh ahli-ahli PAS itu ternyata melamapau (guluw) dan tidak sewajarnya diikuti?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Yang melampaui batas itu akan tetap menerima balasanNya.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi wajib dipecat dari saf ulamak dunia kerana beliau tidak layak berada disitu dan rakyat malaysia sendiri ramai ygtidak ikhtiraf beliau sebagai ulamak dan beliau sebenarnya sesuai digelar samseng jalanan atau pengganas berjubah spt terroris di timur tengah..pihak polis wajib menahannya dibawah ISA.

Tanpa Nama berkata...

bersangka baik tuan GB. ahli parti islam mana mungkin sanggup bunuh sesama islam. haram hukumnya. kekal dalam neraka.

bunuh bunuh ni kerja pengikut setan. kalau geng kongsi gelap dia orang main tembak terus.

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN berjuang utk kekal sbg kerajaan menguasai Putrajaya. PAKATAN HARAPAN (PKR DAP AMANAH) berjuang dalam pilihanraya utk menjadi kerajaan di Putrajaya.

BN dan PAKATAN HARAPAN mempunyai matlamat yg jelas. Ia itu menguasai putrajya!!

PAS berjuang utk apa?? Masuk pilihan raya...kalau menang jadi kerajaan. Kalau kalah jadi PUNAHSIHAT kpd kerajaan!!

Fahamilah bahawa musuh Pas bukan umno/bn. Musuh pas ialah DAP dan AMANAH!! Perjuangan Pas adalah untuk memastikan umno kekal.

Dalam pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan jadi parti kacau daun agar undi lebih kpd umno/bn.

Yang terang nyata menentang BN sekarang ialah PAKATAN HARAPAN. Pas sekadar acah acah...lawan umno BN. Pas menunggu peluang utk menanguk di air keruh.

Kalau BN menang PAS dapat manfaat. Kalau BN kalah pun PAS dapat faedah. Seandainya PH menang tipis. Ketika itu PAS akan menjadi kuasa penentu. Mereka akan demand. Mereka akan jadi lalang dan condong utk menyokong pihak yg dapat bagi laba dan untung!!

Pas parti talam 2 muka yg dipimpin oleh pemimpin jual agama dan muka tak malu!! Rakyat sudah bijak wahai pemimpin Pas!!

Oleh itu...dlm PRU14 nanti. Pastikan PAS kalah total di semua kawasan! Jangan kita bagi mereka naik sebagai wakil kita. Sebab mereka bukan berjuang utk rakyat. Mereka berjuang utk perut mereka sendiri. Pastikan tiada undi utk PAS atau BN!!!!

Hidup rakyat!!

Tanpa Nama berkata...

Politik mr presideng tk hebat mana pun. Sejak dia mula muncul dalam politik malaysia, apa lagi hari ni, tidak menggerunkan langsung umnu/bn.

DSAI pula, walaupun ilmu agama tidak sehebat mr presideng, menggerunkan umnu. Krn apa? DSAI dianugerah Allah utk mnjadi politikus, dan mr presideng pula, cuma sebagai pendkwah. Itu pun akhirnya dia kecundang krn sikapnya srndiri yang kluk klek!

Mr presideng, sila letak jawatan krn anda skrg dh jadi liabiliti kpd parti!!

air gunung berkata...

Parah,parghok doh...berat 66,bengong pong yer..
Kalo pengikut biasa dr kg atau x berpelajaran tinggi serta sekolah agama aku x kisah n pelik sgt.yg jd masalahnya hok bjr luar negara or timur tgh pon merapu bab parti politik neh..

Aku ada ramai kawan yg balik dr sana...kesian pulak tgok pola pemikiran mereka.aku kekadang x taw nak kata mereka ini taksub atau x cerdik atau belajar apa yer kat luar sana..nak guna pemikiran kritis pon tak tau.bkn ker bljar tu utk buka ruang lebih luas..

Pemikiran hanya satu hala..
Sebab tu jgn heran ustaz2 PAS terkenal yg mengajar di masjid2 besar sekitar lembah klang pon boley undi ikut CAI tempohari.gambar diaorg dok memangkah viral..tergolek aku gelak bila nmpak...malangnyaaaaaa...

So skrg bahang2 takfiri arus keras sdh mula terasa...benda2 mcm ni memang Umngok dah lama provok.lps neh senang diaorg nak angkut sape2 yg berpotensi menghumban mereka...
Itulah cerdik n bijaknya pemimpin cai pas skrg berpolitik...yg penting mesti bersulam syurga neraka...abis mati aqal org melayu...

Fhm2 lah saper2 yg bercita2 nak lawan pemegang kunci jannah atas dunia ni yerrr...kao akn disalakbaruaanjingbabikan..

Tanpa Nama berkata...

PAS memang layak jadi penasihat BN kerana ada ciri-ciri seperti mengugut, sabotaj, berputar belit dan menipu.

Tanpa Nama berkata...

ADA 2 AGAMA SESAT YG SENTIASA DAHAGAKN DARAH TERUTAMA DARAH UMAT ISLAM.... IAITU DUA TANDUK SYAITAN YG KINI MERESAP DLM PAS

.... KHAWARIJ DAN SYIAH

IMAMNYA PERANGAI AYATOLLAT SYIAH YG MAKSUM

PENGIKUTNYA PERANGAI KHAWARIJ YG MELAMPAU YG DISEBUT NABI SAW SRBAGAI ANJING2 NERAKA

KLU IA BKN KERJA PAS...PAS MESTI KEDEPAN UTK MENGELAK MEREKA DISYAKI

KLU DIAM.... HATI UMAT AKN MENGATAKAN BETUL PAS PUNYA ANGKARA

SEMUGA PENGUGUT DIBINASAKN ALLAH.... AMIIIN

Unknown berkata...

Tuan ..tuan sudah lupa apa yg tjadi kpd dr hatta ramli dan dr zul yg diserang sebulum muktamar pas cai di kuala selangor ? Apakah tuan rasa org umno yg serang atau along yg dtg memungut hutang ? Apa penjelasan tuang presideng atas kedua sosok itu yg banyak menyumbang kpd pas sbelum ini. Tuan sudah lupa tragedi memali yg bertolak dr ketaksuban ahli pas kpd amanat hadi? ... jadi tuan ingin menolak mentah- mentah angkara jahat metentasi batas lantaran orh pas adalah ahli atau pengikut parti islam ? Tuan tahukah ada ahli pas yg tsk solat ?

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya malaysia sedang menuju kehancuran seperti di timur tengah kalau puak pas hadi mula menghukum kafir orang yang tidak menyokongnya sebagai imam maksom. Ini satu petunjuk yang amat mencemaskan kesejahteraan rakyat sekarang ini. Takut benar2 terjadi tindakan menumpahkan darah sesama islam.

Semenjak berpuluh2 orang berbadan tegap yang tidak dikenali muncul membuat aksi setan di muktamar yang lalu, rakyat mula curiga. Rakyat mula bertanya, pasukan apa yang dibawa oleh hadi ni? Pasukan komando jihad ke? Tentera upahan tajaan umno ke?

Rakyat memerhatikan pasukan ini dengan penuh curiga. Pasukan ini tentunya berketuakan hadi. Bila2 masa mereka boleh diarahkan. Mereka pun buang songkok dan bawa kayu lalu membelasah musuh politik mereka. Menoreh tayar kereta supaya berlaku kemalangan maut dan sebagainya. Hadi tentunya tersenyum lebar. Akan memberi puji2an dan kredit. Termasuk janji syorga. Kita boleh katakan begitu kerana dia diam sahaja setiap kali kawan2 lamanya mendapat musibah. Dia semakin rancak mengajak rakyat bersetuju untuk menghapuskan bekas2 pas ini.

Patutlah dia tidak mahu bersara. Rupa2nya dia ingin bunuh semua orang yang tidak setuju dengannya.. Nauzubillah himin zalik!

Tanpa Nama berkata...

Bang oiii... kalau ustad2 tu tak jilat aji adi... tak boleh mereka mengajar di masjid coz ajk2 masjid walakian aji adi.... putus sumber rezeki. So mereka lebih rela putus kasih sayang Allah utk berkata benar dari putus punca rezeki dunia.... ingat ustad tak ada perut ke?

Tanpa Nama berkata...

Benar tuan, semenjak haji Hadi menerajui PAS UMNO tidak gerun lagi malahan sangat SERONAK. Sekarang UMNO sangat takut dgn perkembangan

Tanpa Nama berkata...

YB Husam dedahkan bhw pas ada tulis surat kpd PKR minta klhida ditukar dr jwtn mb.

knp bila PKR pecat Khadil, pas meroyan dan membantah? buat solat hajat. bygkanlah! org yg tak tinggal solat boleh solat hajat mohon pada Allah swt supaya kekalkan org yg suka tinggal solat sbg pemimpin - mb Selangor!

persoalannya ialah:

bilakah tarikh surat itu diberikan kpd PKR? DAN

bilakah menantu abah din poulete diberi jwtn yg lumayan di perangsang? dan diberikan saham esos bernilai hampir SETENGAH JUGA RIM?

adakah perlantikan dan saham ini sbg imbuhan tutup mulut pas?

wallahu a'lam...

Tanpa Nama berkata...



Apakah dengan membunuh seorang dua maka PAS akan aman tanpa gangguan dari mereka yang tidak bersetuju dengan Hj Hadi ?

Apakah kerana berani mengugut orang dengan membunuh PAS menjadi parti yang kuat ?

Apakah mereka yang masih didalam PAS sanggup bersongkol dengan bakal pembunuh?

Apakah Islam Yusuf Qardhawi tidak sama dengan Islam orang kita di Malaysia?

Yang paling di khuatiri, apakah pemimpin yang lain takut meninggalkan PAS bukan kerana baiah tapi kerana takut di bunuh?

Saadun Sulaiman berkata...

Jangkaan saya di Mersing suahsana "BERJERUBU" sudah semakin menghilang, rupa rupa nya tidak begitu kerana suahsana itu masih di usahakan oleh mereka yang taksub dengan "LEBAI" yang bernama Hadi. Ia nya lebih teruk dari "JERUBU". Gambaran ini saya perolehi dari mereka yang menghadiri "KULIAH" yang di sampaikan oleh Ustaz Badrul Amin. Kuliah tersebut sepatut nya di ada kan di surau Ali Uda di Mersing Kanan tetapi terpaksa berpindah kerumah se seorang di Taman Nelayan. Dari mulut Ustaz para jemaah mendapat banyak input. Malah dek kerana bertukar wadah di mana isteri yang merupa kan pengemar "HARUM MANIS" telah di ceraikan. Sebuah masjid bertempat di Kampong Kluang, Dungun telah mendapat nama jolokan, "MASJID KAFIR".

Melalui pendengaran saya boleh lah di sama kan saperti N3 di atas tetapi berlainan sedikit kerana belum ada individu yang di ugut "BUNUH". Apa yang saya dengar bahawa setelah se seorang mengecop sebagai "KAFIR" kepada para ahli yang konon nya engkar dan menderhaka kepada PAS, maka bersuara lah se seorang, "Pancung aja". Begitu murni nya suara tersebut.

Markaz yang sudah sekian lama di amarah kan kini saya merasakan suahsana nya akan berbeza. Kehadiran untuk mengikuti kelas kelas agama sudah pasti menurun kerana mereka yang di katakan ingkar sudah pasti takut di pancung. Sebelum ini solat tarawikh, solat Aidil fitri dan Adha mendapat sambutan yang mengalak kan dan "TONG BERODA" kerap mendapat isi yang lumayan. Suahsana ini mungkin akan turut terhakis.

Begitu juga dengan acara korban. Mungkin kerana mengharapkan "BARAKAH" maka ia nya mendapat sambutan. Mungkin kah suahsana begini akan menjadi sejarah? Selain dari itu apa yang di kata kan "PENYELEWANG" keatas sebuah Tahfiz yang sebelum ini mendapat nama jolokan Markaz PAS kedua di Mersing dan Markaz PAS sendiri juga turut kedengaran. Sehingga ada yang berkata bahawa UMNO turut membayai altiviti di Tahfiz tersebut. Bukti nya apa bila si Janggut dari Terengganu datang berceramah di pentas utuma "TERTONGGOK" anak Zai Budu dan timbalan nya. Macam macam lagi yang tidak saya duga turut kedengaran.

Syaitan sudah pasti tertawa hingga tergolek golek kerana sudah berjaya mengucar-kacir kan PAS, terutama PAS Mersing.

Tanpa Nama berkata...

kalu mat gian bole lg aku terima...ni similariti dia mcm tak kena...dari isu menantu..pembalakan sampai isu YApeim....plssssss Al Ustazs...pls behave!!
sebelum terlambat...akai orang la ni cepat tangkap....

Tanpa Nama berkata...

tak sangka sejahat tu ulamak pas...jauh beza pas duku dg skrg...sdgkan org yg sama yg kita kenal dr dulu blh berubah dlm sekelip mata ...nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

ye sukar nk percaya klu parti islam nk bunuh org

tp tk mustahil sebb mereka manusia biasa tk semesti ada iman dn akhkak yg baik

luaran langsung tidak menjadi kayu ukut iman dn akhlak

IS pun bunuh org atas nama agama...perasan dh buat jihad dn dapat pahala. tp Nabi saw kt mereka itu anjing2 neraka... aps cita?

hari tu pun hadi kt tak mungkin najib blh ambik 2.6b masuk akaun peribadi tp ternyata 'tk mungkin' tk blh pakai dlm menilai manusia....

srmua ada kemungkinan berlaku

hanya Nabi saw yg maksum