25 Nov 2015

PAS Sudah Jadi Seperti IS/ISIS, Kembali Ke Era Extrimism....

Sindiran halus Amanah kepada PAS, budaya mengkafir punca ekstremisme ala Isis

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini memberi amaran sikap tidak bertolak ansur dalam kepelbagaian dan anggapan kebenaran hanya milik jemaah tertentu menjadi punca keganasan dan ekstremisme ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) serta insiden seperti letupan di Paris.



Kerisauan penularan ideologi itu dinyatakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan mereka di Dewan Rakyat.

"Asasnya ialah sebaran secara sedar atau tidak disedari beberapa doktrin di kalangan pengkuliah dan penceramah agama antaranya menganggap jemaah atau kelompoknya memiliki kebenaran mutlak lalu mewajarkan pelabelan sesat, munafik dan mengkafirkan sesama umat Islam yang bukan dari kalangannya.

"Fenomena takfiri ini adalah asas pemikiran Isis dan seumpamanya.

"Memilih wadah politik lain dengan meninggalkan parti lama dianggap pengkhianat dan layak mendapat laknat malah memaksa supaya isteri diceraikan berpandukan kepada ikat janji yang dibuat," kenyataan mereka dipetik.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, kedua-dua ahli parlimen itu dipercayai merujuk kepada parti lama mereka, PAS yang sinonim dengan budaya mengkafirkan Umno serta mereka yang dianggap mengasingkan agama serta politik.

Ia juga merujuk kepada tindakan PAS yang mensyaratkan pemimpinnya beraku janji menceraikan isteri mereka sekiranya bertindak keluar parti.

"Pemikiran ini menjadikan tinggalkan parti politik tertentu dengan memilih wadah lain seolah keluar daripada Islam. Inilah pelabelan murtad, sesat munafik dan tinggalkan jemaah yang dikuliahkan sebahagian pengkuliah dan penceramah.

"Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya Isis dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat," kenyataan mereka dipetik lagi.


Mujahid dan Kamarul Bahrin yang turut mengadakan sidang media berkenaan perkara itu menggesa agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mencegah perkara tersebut daripada terus menular.

"Kami menuntut kerajaan supaya lebih sensitif kepada corak pemikiran ini dan proaktif menangani kegiatan pra-keganasan secara ideologi ini dengan membentuk jawatankuasa mendepani ideologi ekstremisme di peringkat Parlimen," kata Mujahid.

Beliau turut menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama negeri memantau penceramah serta isi kandungan kuliah di masjid dan surau bagi membendung pemikiran ekstremisme. – TMI


PAS lancar perang ibarat IS ke atas anggota AMANAH

Naib Presiden Parti Amamah Negara (AMANAH) hari ini mendakwa anggota parti itu menjadi mangsa kepada ‘tindakan melampau’ ahli-ahli dan penyokong PAS.

Ahli Parlimen Parit Buntar dan juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menyamakan tindakan mereka sama seperti ciri-ciri rangkaian pengganas Negara Islam (IS).


Bercakap pada sidang media di Parlimen, Mujahid berkata anggota AMANAH dimaki hamun secara lisan dan juga di laman Facebook pada setiap hari.

Katanya, terdapat insiden di mana ahli-ahli PAS atau pengikutnya terus ke rumah-rumah ahli AMANAH dan memanggil mereka sebagai "kafir dan munafik" serta menoreh tayar kereta mereka.

"Orang-orang ini fikir mereka adalah kebenaran mutlak dan melabelkan yang lain (ahli-ahli AMANAH) sebagai sesat, munafik dan kafir serta tidak sama dengan mereka," katanya.

Memetik kejadian di mana pemimpin AMANAH diminta menceraikan isteri mereka kerana meninggalkan PAS, Mujahid berkata pemikiran itu adalah sama dengan kumpulan pengganas IS.

"Jika ini tidak dibendung, ideologi ini akan merebak dan membawa kepada kebangkitan minda yang menyerupai IS," katanya.

Mujahid juga mendakwa bahawa dengan berdiam diri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui tindakan tersebut.
-mk


ULASAN GB

Memang benar, PAS kini telah kembali ke era ekstrimism seperti yang diamalkan oleh IS. Presiden PAS sendiri telah mengeluarkan "fatwanya" bahawa mereka yang menyertai AMANAH adalah pengkhianat dan perlu dihapuskan. Ia kembali ke era ekstrimism dengan budaya kafir mengkafir seperti yang telah difatwakan di dalam AMANAT HADI satu ketika dulu.


Sedagkan ulamak-ulamak muktabar sebelum ini telah menyatakan bahawa:


Sikap permusuhan yang diambil oleh PAS itu terzahir dengan jelas apabila wujudnya gejala samseng di dalam PAS yang tidak putus-putus dilakukan ke atas kumpulan profesyenal yang menyertai AMANAH. Terbaru, keluarga Pengerusi AMANAH Marang telah diserang dan dimaki hamun oleh seorang "uustaz" yang merupakan anak kepada Pen Setiausaha Badan perhubungan PAS Terengganu kononnya berpenyakit mental, Mphd Nasih Ulwan Zakaria.

Tak cukup dengan memaki hamun dan melabel dengan pelbagai label seperti barua, tolol, broker dan pengkhianat... ahli-ahli PAS dari atas sampai ke bawah menyerang AMANAH tanpa henti... dan benarlah seperti dikatakan orang bahawa PAS kini sedang mengalami sakit jiwa dan mental yang parah dengan kewujudan AMANAH.

Mereka mengganggap PAS itu sebagai "agama" dan mereka yang keluarkan PAS dianggap telah terkeluar dari agama Islam. Sampai begitu didoktrinkan ahli-ahlinya yang jelas sudah amat keterlaluan dan terpesong dari kebenaran.

Malah ada diantara tok-tok guru PAS yang menghalalkan darah para ahli AMANAH dengan mewajarkan pembunuhan sepertimana Hharakahdaily menyiarkan kenyataan seorang ulama PAS Negeri Kedah, Hj Abdul Wahab Hassan yang mengutip hadith Nabi yang menhyatakan Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh...

Bukankah kenyataan itu telah menyamakan "parti PAS" sebagai "agama Islam"?

Penasihat Umum AMANAH, TG Hj Ahmad Awang telah menjawab tuduhan itu:


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".

~Ustaz Ahmad Awang
Baling, Kedah.
03.08.15


54 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka sampai ke tahap ni pemikiran PAS dibawah Hadi. Langsung tidak boleh dikritik dan ditegur. Apa sudah maksum kah semua yang digelar ulamak? Ulamak ini wajib syurga kah? Kalaulah begini PRU14 12 ahli keluarga ambo x pangkah PAS lah. Totok @ Taksub sangat! Hadi tertalu ekstrim dan anggap seolah olah hanya PAS sahaja yang betul. Keluar PAS = murtad? Kebengongan tahap apakah ini? Tak lihat PAS Kelantan perintah 20 tahun dan ambil rahsianya? Siapa dibelakang PAS Kelantan 20 tahun? Bukankah ulama + profesional? Jangan taksub sangat Hadi. Ujian untuk manusia biasa tak sama tak sama dengan ujian peringkat Ulamak.. Ulamak juga di uji... jawablah nanti di akhirat kelak terhadap kerosakan PAS di bawah pimpinan mu.

Tanpa Nama berkata...

Bagus dan mantap ulasan GB.

Unknown berkata...

Salam GB

Yong sedih kerana ada yang percaya kepada "fatwa" mengarut Haji Hadi itu.

Tanpa Nama berkata...

Simpati dgn pas ..makin hr makin mngecut jd nya..itu pn msh ramai ahli bawahan pas yg x tau citer sebenar pemimpin atasan pas..apa yg pasti pas bakal ghuyup x lama lg..tngu dn lihat..

HAMIDIsP berkata...

Politik PAS lebih banyak mencemar nama Islam berbanding kebaikan yang dibawanya untuk umat Islam.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

"Kuman di seberang laut nampak, dan gajah di depan mata tak nampak" adalah perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan Pas pada ketika ini. Pas tidak menyedari bahawa musuh nyata Islam ialah Umno/BN. Umno / BNlah yang banyak menghalang kebangkitan Islam di Malaysia. Pas terpaku kaku dan terpesona dengan "sokongan olok-olok" Umno. Dengan permainan hukum hudud ini Pas merasakan Umnolah sahabat sehati sejiwanya. Pas kini mengandaikan bahawa semua parti lain, kecuali Umno adalah musuh ketat mereka. Parti Amanah Negara yang secara nyata mendasarkan Islam sebagai teras perjuangan mereka, tidak dipandang sebelah mata oleh Pas. Pas telah mengishtiharkan perang kepada Amanah, sedangkan AMANAH adalah sebahagian daripada batang tubuh Pas suatu masa dahulu. Pas dan AMANAH mempunyai matlamat yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Apakah dengan perbezaan pendekatan kita tidak boleh berkongsi menunaikan amanah Allah?

Pas kini sudah kembali lemah, selonglai sewaktu ketika dahulu golongan progesif tidak bersama mereka. Apabila AMANAH sudah mula mencipta kekuatan menambah ahli dan populariti, Pas mulai kehilangan taring. Dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, Pas memulakan langkah membuat serangan dengan melabel ahli-ahli AMANAH sebagai "pengkhianat, sesat, kafir dan munafik". Seakan-akan Islam telah diturunkan Allah khas untuk ahli-ahli Pas sahaja. Umat-umat lain selain dari ahli Pas tidak layak untuk untuk memperkatakan Islam. Apakah syurga diciptakan untuk Pas sahaja, dan neraka diciptakan untuk ahli-ahli yang bukan Pas? Pas sudah menjadi golongan takfiri yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelampau Islamic State (IS). Pas, kalian ini bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Mana satu GB ? Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) atau Negara Islam (IS)?

Setau saya Negara Islam (IS) belum wujud. Yg ada sekarang ialah ISIS.

Media Sensasi berkata...

Makin jahanam pas sekarang nie.. ish2

Tanpa Nama berkata...

saya rasa tak kiralah is atau isis. pas ada ciri2 mereka iaitu melampaui batas

Tanpa Nama berkata...

Ingat lagi ambo mula2 tubuh parti AMANAH. dengan egonya .. PAS boleh bersendirian..Bila di tanya.. ini demokrasi.. mereka bebas tubuh parti, kemudian Hadi kata hayat parti baru 2tahun jer tu,... kemudian ramai ahli PAS berhijrah atau keluar parti masuk AMANAH.. dijawabnya GUMBIRA..GUMBIRA... kemudian tak lama lepas tu.. Presideng kata mereka ini pengkhianat.. perlu dihapuskan... kalau kata bodohkan marah... pa punya perangai ULARMAK macam ni, ajak debat tolak, macam macam alasang, Din Ayam pulak buat lawak .. .kenapalah perkara bodoh macam ni boleh terjadi kat PAS.. Ambo kalu kita orang benar, SAMAN JER HUSAM, ni tidak menyalahkan orang lain. Betul kata Dr. Paridul ... Silap silap haribulan beberapa hari sebelum PRU 14 nanti TAJUK HARAKAH "DEMI ISLAM DAN MELAYU PAS BERGANDING BAHU DENGAN UMNO".... PAS.PIS PUS

Tanpa Nama berkata...

Blog omakkau dah hancus. Banyak puak pas dan umno kutuk PAN. Aku pun x faham dgn admin Omakkau.

Unknown berkata...

mengibaratkan pas sperti Is adalah tidak tepat sama sekali,pas sama sekali tidak mengikut sunnah rasul tidak mengamalkan kHILAFAH SEBAGAI NABI Dan para sahabat nabi,Pas menngguna pakai Demokrasi sebagaimana parti parti lain,semuanya edialogi barat ingin memusnahkan sistem islam yaitu khilafah,jangan samakan IS dengan Pas kedua jauh berbeza.Is mengamalkan sistem khilafah sementara Pas sama seperti parti lain ikut barat.jadi adakah ianya betul...apakah islam dimalaysia ini betul ?...

Tanpa Nama berkata...

PAS is IS......
elok hati2 kwn nanti bloq ANU HISYAM akan kata puok AMANAH sdg ratib ......
PAS is IS
PAS is IS....
PAS is IS........
mache2 al hajj anu hashim ni... .
naik geli hati pulok koi mendengornya...

Tanpa Nama berkata...

Mula2 dihalau. Disuruh buat jamaah sendiri. Lepas tu dikutuk dengan macam2 penistaaan. Lepas tu hendak dihapuskan pulak jamaah itu. . Akhirnya jadilah kacau bilau. Binasalah negara yang lemah ini.

Sebenarnya ini agenda setan iblis dan dajjal yang sebenar2nya sudah terkena ummat islam negara ini. Sungguh malang ia dibawa tentera berjubah dan berserban. Lama jugak gamaknya program ini dirancang. Dapat juga dajjal2 ini mengutip beberapa orang bermasalah dan ahli2 bijak pandai lalu dilatih macam mana hendak lumatkan ummat islam di negara ini.

Kita nampak mungkin program isis malaysia ni masuk dari macam2 elemen. Mungkin dari rancangan cia, syiah, umno dan macam2 lagi. Dalam nak selamatkan najib, pecahkan pakatan. Dalam memecah pembangkang, bentuk isis.

Lepas ni bertambah deritalah rakyat jelata. Sudahlah miskin, jadi kacau bilau pulak. Di mana dia al mahdi? Sila bangkit dan betulkan balik dunia ini.

Tanpa Nama berkata...



Ada perlembangaan pun macam standard harakah dan utusan.

Sebab ahli-ahli PAS sendiri tak baca perlembangaan.

Dan kalau baca pun tidak ada makna sebab apa sahaja yang dikatakan oleh Hj Hadi lebih tinggi dari apa-apa perlembangaan peringkat parti dan termasuk peringkat negeri dan persekutuan sekiranya lah Hj Hadi yang jadi penasihat. Nak kata jadi PM, Hj Hadi kan cuma berminat jadi penasihat sahaja.

Orang nak bertaubat bukan sebulan dua dan jangan lepaskan tanggung-jawab sebagai orang Islam untuk membantu dan menasihati orang bertaubat. Tapi kalau di ambil kata-kata Hj Hadi, cara taubat ialah dengan cara yang keras ! Tak mungkin setakat dikurung dan tidak diberi makan tetapi diletak batu besar di atas dada di hari panas terik !!

Tanpa Nama berkata...

Tak yah bacalah blog tu..saya dah delete bookmark sbb perjuangannya dah menyeleweng.

Tanpa Nama berkata...

Adakah telah digazetkan di malaysia bahawa hanya pas yg boleh membawa Islam...org lain semua tak boleh...di indonesia ada beberapa parti islam...tak ada apa masalah pun...bangang ke apa pascai ni...

Tanpa Nama berkata...

Pascai ni dah jadi parti gengster dah skrg ni...eloklah tu nak bergabung dgn umno...bercakap berdegar degar pasal hukum islam tp perangai huduh...

Tanpa Nama berkata...

Dia sbenarnya nak promote omakkau. Nak buat kita curious then check out blog tu. Mungkin dah tak ramai org ke sana dah.

IrWrWs berkata...

Mula2 kata tghh nak ber UG.. lepas tu kata nak balak lepas tu yg terkini disamakan dgn ISIS.. tapi alhamdulillah TGHH tetap berdiri sbg pemimpin kami yg x akan samasekali tunduk kepada DAP macam pan aka kuali..

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku, pas tu parti ahli sawan. Tak lebih drp itu.

Parti abah saya.

Unknown berkata...

Najib dgn KPN mcm tak nampak kata2 tuang presiden .. apakah sudah terjadi sesuatu pd amanah baru polis akan bertindak... aku rasa mcm dah boleh gunakan akta hasutan je kat tuang presiden ni..

Tanpa Nama berkata...

Komen anon 7.39 jitu.memang ada iblis dan syaitan dalam Pas berjibah dan berserban ,wajah manusia tetapi jiwanya syaitan.peranaginya iblis.

Abdul Said berkata...

Baru ada sedikit sahaja pengaruh dan kuasa PAS sudah angkuh. Sudah pandai mengugut. Memaki jangan cakaplah itu sudah perkara biasa. Bayangkanlah kalau PAS memerintah Malaysia. Bayangkan Hadi jadi PM dan memegang portfolio Kewangan dan Keselamatan Dalam Negeri!! Mampuih kita semua. Dia saja yang betul. Orang lain salah. Perangai assobiyah mesti hidup subur. Kaum kerabatnya mesti memegang jawatan-jawatan utama. IsyaAllah PAS tidak akan hidup subur seperti semasa zaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. PAS akan kembali menjadi parti untuk orang-orang jumud yang mudah tertipu kerana tidak tahu berfikir dan mudah taksub dengan jubah, serban dan kopiah.

IrWrWs berkata...

Nape x de yg menafikan termasuk Dr. yg bijaksini bila sy kata pas x akan tunduk pd dap macam pan..

Tanpa Nama berkata...

UG....balak...mcm IS. Memang betul pun. Kalau salah dakwaan tu sama ajeee la...

Kalau tk nak saman...buat le DEBAT secara terbuka mintak stesyen TV buat live ka...

TGHH memang le pemimpin kamu. Tapidia bukan pemimpin kami. Kami tak suka pemimpin yg kaki u-turn dan flip flop. Kami tak mau ada pemimpin kaki fitnah pil kuda kominis. Suka maki hamun dan gila melabel sesama sendiri!!!

Kamu memang tk tunduk pada DAP tapi kamu tunduk pada AMNO yg berpunahsihatkan APCO.

Sebelum ko tanya bukti PAS tunduk pada HAMNO meh aku bg bukti. PAS PASCA MUKTAMAR banyak bercakap pasal kerjasama dgn HAMNO dan lebih banyak menyerang DAP dan AMANAH.

Kalau PAS pbangkang kenapa nak serang sesama pbangkang. Kalau ada masalah kan boleh selesai mlalui perbincangan! PAS lebih berminat jd senjata hamno melawan pembangkang.

BN serang PKR. PAS serang AMANAH dan DAP. Kan dah ada agihan tugas tu....!! Lagi mau nafi!!

Kalau HULAMAK PASCAI ada telo dan gentleman...sila la debat secara live dgn mana2 pemimpin AMANAH. TAJUK: Bebas PAS boleh tentukan tajuk.

Kalau setakat kamu berkokok dan menyalak dlm FB serta BLOG...tak payah le wan rosli oiii....baik kau pujuk pemimpin HULAMAK kamu tu buat debat dgn pemimpin AMANAH. Petik je sesapa pun pemimpin JEBON AMANAH. ..semua takde masalah.

Yg bermasalah pemimpin kamu (jebon jadian) hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Wan rosli ni memang tegar tok baca buku, ilmu politik dok lutut, mung ingat DAP ko yg songlap duit melayu? Bunuh melayu islam memali DAP ko?, songlap duit berbilion DAP ko? Mung ni buat modal hudud... aku tok heran DAP tolak hudud, sebab dio bukan islam, jadi tugas kita kena bg penerangan pada mereka, biar mereka faham islam ... ni tidak ... cina...babi...bukankan mereka itu makhluk Allah jua? Jadikan islam itu indah dan harmoni... ini tidak main hentam marah maki membarua mentolol, membabi....... ttp sudah lebih 20 tahun ameno tolak hudud .. takkan tak leh pikir seli? Opps lupa.. hidayah tu dr Allah jua. Aku dulu pung penyokong tegar PAS... cuma jenis banyak membaca dan cari maklumat, bukan totok serupa orang bodoh yang percaya bulat2, ingat ulamak pun ada yg baik ada yang karut.

Tanpa Nama berkata...

Jauhilah sangkaan, sebahagian sangkaan adalah dosa.[49:12]

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosmah.. ooppss.

Wan Rosli ini sama macam Ketua yang di sanjungi nya Hj Hadi. Main paksa-paksa orang balas komen. Tidak ada langsung kebijaksanaan dan sifat sabar !

DAP yang tidak tunduk pada PAS. DAP yang bantah PAS nak buat hudud. Apa yang DAP buat sampai PAS bantah beriya-iya? PAS cuma menyalak pasal DAP putuskan hubungan dengan Hj Hadi kemudian PAS keluar PR pun PAS menyalak bila DAP kata PR telah terkubur.

Berbeza soal hudud dengan soal hubungan.

Pecah kaca pecah gelas
Dah baca jangan pulak tak balas.

Tanpa Nama berkata...



Amar kata PAN tidak gentleman dan sepatutnya kena bahas, bangkang. Bukan senyap.

Nak gentleman, debat terbuka lah. Hj Hadi dengan Husam. Mujahid dengan Razman. Din Ayam ... dengan Din Ayam !!

Rasanya Amar masuk perangkap lagi ni. Keputusan yang dipersetujui bersama oleh kepimpinan PAS. Sekali lagi perangai Hj Hadi akan terdedah.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni ramai ahli pas dah gila meroyan, dari pemimpin atas sampai kebawah sama sahaja.

Unknown berkata...

$$$$ rosli,nak menghalalkan presiden yg kaki ponteng memanjang,KESALAHAN TERLETAK pada DAP.Amanah takkanlah bodoh sangat nak tunduk pada DAP.Yang betul kenalah cakap betul,kalaulah umno korup,DAP cakap umno korup,amanah cakap umno korup,tiba2 pas kata umno boleh bekerjasama dgn umno,takkan nak salahkan DAP,Lepastu kata amanah ikut telunjuk dap pula?awak ni memanglah pengikut totok pas yg tak boleh membezakan yg mana kebaikkan dan yg mana keburukkan.Janji aku sokong hadi.

Nak tanya sikit salahkan dap tegur hadi selalu makan gaji buta???kenapa dia selalu ponteng?adakah hadi ikut ajaran islam yg betul??adakah amanah ikut telunjuk dap,bila amanah mengiakan hadi selalu ponteng makan gaji buta??
Anak aku pun boleh bezakan,tentang keadaan ini.

nick berkata...

Adakah puak2 walaun terutamanya Wan Rosli yakin bahawa Hj Hadi dan geng2 Ustaznya telah dijamin masuk syurga? Adakah puak2 walaun yakin dengan taat setia membuta tuli kepada Hj hadi dan kawang2nya menjamin mereka juga menjadi ahlul syurga? Adakah walaun2 dan pemimpin2 mereka sudah dijamin ke syurga maka mereka BERANI menggelar orang2 lain yang juga mengucap 2 kalimah syahadah sebagai kafir, munafik, pengkhinat serta wajar dihapuskan? Siapa yang telah menjamin kamu sebagai ahli syurga? Siapakah yang telah menyenaraikan kamu sebagai pemilik2 taman2 syurga? Siapakah yang telah mengakui bahawa amalan dan ketaatan kamu telah menjamin kedudukan kamu dalam syurga? Siapakah yang telah menjamin bahawa sehingga ke akhir usia kamu, kamu tetap dalam islam dan mati pun dalam islam?

Adakah Hj Hadi begitu yakin bahawa dia adalah ahli syurga sebagaimana yakinnya dia, siasatan tentang duit 2.6 billion milik Najib memerlukan 2 orang saksi? Adakah Murshidul Am PAS yakin dia adalah ahli syurga sebagaimana yakinnya dia, Najib tidak begitu bodoh untuk memasukkan duit rasuah..err...duit derma kedalam akaunnya sendiri? Adakah PAS sahaja Parti Islam manakala parti2 lain adalah parti munafik, kafir serta dilaknat Allah? Siapa yang berikan jaminan tersebut? Adakah orang yang memberikan jaminan tersebut juga yakin dia telah dijamin masuk syurga? Kalau kamu sendiri tidak dapat menjamin kedudukan kamu dalam syurga bagaiaman pula kamu boleh menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir dan munafik? Tepuk dada tanya iman! Bukan tepuk dada, tanya nafsu!

Nick.
Cape Tiger.

GEBU berkata...

As'salamualaikum! PAS parti Islam sudah pasti perlembagaannya berteraskan Islam tapi sayang ianya dipimpin oleh orang Islam keturunan tapi bukan orang Islam tuntutan yg berpegang kpd dua kalimah sahadah yg sebenar. Lantas inilah jadinya seperti PAS yg ada sekarang. Subhanallah!

Tanpa Nama berkata...

Saya pun dah delete bookmark blog omakkau...
Pencacai khalid gagap no 1 tu... dah mengarut sgt laporan dia skrg...persis suara umngok...

Tanpa Nama berkata...

Bro...usah layan sgt pencacai jadian totok hadi ni...merata blog pro ph dia jajah nak tegakkan benang yg basah....hujah taraf budak tabika...modal dia dap, dap dan dap...itu jealah yg mampu dia hafal...

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada yang kata kuman seberang laut nampak tetapi gajah depan mata tak nampak,tetapi yang sesuainya bagi peminpin Pas dalah .anak babi di serang laut bolih hidu baunya tetapi bapak babi depan hidung tak terbau,ini menunjukan bahawa mereka berpura2 tak hidu .malahan mereka jadi ketagih kalau tak hidu bau babi.contoh DAP di P pinag duserang habis tetapi DAP di Selangor dipuji tak habis .kah.kah.kah DAN itulah sikap hulamak Pas.

Tanpa Nama berkata...

Sikap taksub ahli2 yang tingal dalam Pas ketika ini kalu di ibratkan begini..... satu hari presiden nak iamkam solat zohor,kita nampak dibelakang jubah putinya ada kekuningan seperti kincit (terberak sikit) kita ingin memberi tahu bahaw itu najis ,bagaimana nak solat .tetapi puak2 taksub ni menghalang dan memberi amaran akan bertindak ganas pada kita dan memberitahu bahawa itu bukan najis tetapi itu adalah pewangi harum.padahal mereka sentuh dan cium dan sah bahawa itu najis dan mereka tetap mengatakan itu pewangi sebab nak jadi iamam itu ialah presideng dia.

Tanpa Nama berkata...

terbaca dlm blog soalan bertulis hadi di parlimen berkenaan dgn agihaan zakat oleh lembaga zakat.

senang aje sijamil jwb:

hal ehwal Islam termasuk zakat termasuk dlm bidang kuasa sultan...

kamu bygkanlah. dia berkali2 jd adun dan parlimen. pernah jadi mb tganu tp masih tak tau bidang kuasa sultan...

samalah mcm penyokong tegar dia. org bahas bab kewangan asing. dia mencelah tanya bab pekerja asing. konon nak tunjuk dia tak tidur sbb asyik kena balun di internet sbg mp bisu... rupanya memang dia tak tidur, cuma dia tak cerdik...

memang benarlah pas dah jadi umno. Mahathir kata hanya org bodoh aje dlm umno... begitu jugalah pas...

Tanpa Nama berkata...

Dulu kita ahli pas ,tetapi kita sedra Pas sekarng yang dipimpin oleh Hadi sudah jauh terpesong dari landasan yang di bina oleh ulamak dulu dan terakhir adalah ulamak kesayangan semua kaum iaitu TGNA.kini Hadi membawa pengikutnya menghala ke belakang.sambil itu sekarang ini banyak iblis dan setan yang ada dalam Pas bertujuan untuk menghancurkan Pas ,mereka telah berjaya memcahkan Pakatan dan kini giliran Pas ,tak lama lagi giliran PKR.Siapa wan Rosli ,siap Dr Zuhdi .siapa Dr Shamsuri .siapa Nik Amar .Siapa Hj Hadi/biarkan mereka terus menyerang Amanah .ini mebuktikan bahawa peminpin amanah digeruni oleh mereka.Yang kita mahu peminpin Amanah jangn mengeluarkan perkataan KURANG AJAR seperti mereka.

Tanpa Nama berkata...


Hj Hadi dan penyokong nya perasan yang Hj Hadi adalah ulamak yang terakhir. Apa jua hal yang di rujuk kepada ulamak lain termasuk Yusuf Qardhawi mestilah di rujuk semula kepada Hj Hadi.

Hj Hadi adalah ulamak yang terakhir yang tidak ada galang gantinya dan segala yang Hj Hadi buat semuanya tidak boleh di persoal dan mesti di jadikan ikutan. Hanya Hj Hadi yang boleh menentukan yang mana yang Islam dan yang mana yang bukan Islam.

Tetapi jika ada ulama selepas Hj Hadi bererti Hj Hadi tidak se sempurna mana pun.

Tanpa Nama berkata...


Hj Hadi tidak berani menarik balik Amanat yang di buat nya sendiri terhadap UMNO kerana Hj Hadi berdosa besar kerana apa yang di katakan dalam amanatnya mengenai UMNO adalah benar.

Berbaik dengan UMNO tidak berdosa tetapi menarik balik amanat itu lah yang berdosa. Amanat tidak boleh di batal tanpa di ganti dengan yang baru. Yang baru pula samada mengurangkan Islam nya atau memperkukuhkan Islamnya.

Sebab itu amanat Hj Hadi sehingga sekarang masih terpakai cuma tidak di patuhi setelah Hj Hadi melahirkan niatnya untuk bekerjasama dengan UMNO.

IrWrWs berkata...

Simple jer pas punye points. Bila dap tolak hudud di kala dikuatkuasakan kpd semua org termasuk non muslim pas masih boleh terima.. tapi bila dap tetap menolak hudud di kala dikuatkuasakan hanya utk muslim itu dh kira masuk campur hal ehwal muslim.. yg ini pan plk yg masih boleh terima.. itulah asas bezanya antara islam pas dan pan..

Tanpa Nama berkata...

wang ro$li tak habis dgn kisah dongeng dap dan hudud. kumpul lah dosa2 tu... buat bekal diakhirat...

tolong berhenti berhudud laa... yg ada pindaan akta 355. tak ada hudud pun

lgipun kalau dah kena tipu dgn jamil... jgnlah nak tipu rakyat pula...

mana pergi mulut celupar mp2 pas spt si bduh si serbang si hadi bila pokok sena kena halau keluar dewan? takkan geng kena halau keluar dewan masih lagi bantah sambil duduk...?

tak habis tipu umat...

Tanpa Nama berkata...


PAS tidak ada point. Kalau ada point pun untuk pergunakan hudud memecah belahkan PR dan masyarakat. PAS buat sebab telah bekerja untuk UMNO walaupun belum bersama UMNO.

Mula-mula Wan Rosli kata PAS tidak tunduk kepada DAP kemudian kata pasal PAS boleh terima bila DAP tolak hudud kerana hudud di kuatkuasa kan kepada semua orang termasuk non-muslim. Itu tunduk pada kehendak DAP lah ! Kalau PAS tidak tunduk pada DAP sepatutnya sebelum PAS nak buat hudud PAS kecuali kan non-muslim. Dari hudud untuk semua jadi lah hudud untuk orang muslim sahaja. Kalau boleh berubah tentu DAP beranggap yang hudud ini boleh di ubah mengikut keadaan.

PAS pun buat juga hudud dan kali ini konon nya PAS nak kuatkuasa kan ke atas muslim sahaja. Hudud PAS langsung tidak dibentang dan alasan pemimpin PAS mereka dah buat yang terbaik. Yang janji letak jawatan tidak jadi letak jawatan. Makna nya selepas tidak di bentang tak payah lah nak laksana kan hudud ? Bermakna PAS telah tunduk kepada sistem pemerintah sekarang.

Macamana non-muslim yang menyokong PAS, adakah mereka di kecualikan sedangkan mereka menyokong perjuangan PAS termasuk hudud sebaliknya yang muslim tidak sokong PAS dikenakan hudud.

Kes liwat di tolak di bicarakan di mahkamah syariah tapi PAS tidak buat apa-apa. Padahal yang ini lah yang lebih penting. Betulkan pentadbiran Islam kemudian baru lah nak kenakan hukuman mengikut Islam. Ini tidak duit anak yatim pun boleh di salah guna. Duit zakat untuk membantu orang miskin pulak diguna untuk bayar kos mahkamah.

Dalam Islam ini bila buat sesuatu kena melihat kesan nya pada keseluruhan sistem dan masyarakat. Orang lain yang salah guna duit anak yatim, buat ini kita lepas sebab kita tidak terlibat tetapi bila hari mengundi, ahaa masa itu lah kita terlibat.


Unknown berkata...

Terbaekkk..

**Wan rosli adalah din ayam yg menyamar

Unknown berkata...

1- mana hudud pas?
Ke rang undang2 syariah digebang sebagai. hudud?
2.mana artikel/bukti/video pan tolak hudud?
3.umno tolak hudud dari dulu sampai skrg.kenapa tehegeh nak berkawan?
4.mana cadangan hudud pas yg dicadangkan utk dikuatkuasakan kepada org islam sahaja?
5.sultan terengganu dah perkenankan hudud utk terengganu,kenapa pas tak laksanakan?
Pompam2 walaun kencing tanpa fakta,RUU BUKAN HUDUD..
Tak payah canang sebagai hudud.
Kalau hudud terlaksana,aku teringin tengok hadi marang disebat sebab fitnah

Tanpa Nama berkata...

Ketika mula-mula mengenali politik Malaysia 7 tahun lalu, saya penyokong kuat PAS tetapi sejak berakhirnya muktamar PAS beberapa bulan lalu, saya telah berubah menjadi PEMBENCI PAS. Demi Allah, saya TIDAK akan mengundi parti begini.

Tanpa Nama berkata...

TELAH KU KATAKAN PAS PEMIMPINNYA DH MCM AYATOLLAT DAN BALACINYA UMPAMA KHAWARIJ IS

SELAIN TIDAK BOLEH DIBANTAH, MEREKA PERCAYA HADI BERTINDAK BUKAN IKUT NAFSU TAPI IKUT FIRASAT ULAMAK ... KONONNYA

INI ADALAH CIRI2 AJARAN SESAT YG MEMBESARKAN GURU DN ANGGAP GURU ADALAH MAKSUM DAN MENDAPAT PETUNJUK GHAIB SENTIASA

JIKA PETUNJUK GHAIB SAJA NK DIAMBIL KIRA MAKA TIDAKLAH ADA GUNANNYA QURAN DAN HADITH... SEDANGKAN NABI SAW SURUH BERPEGANG KPD KEDUA2NYA BUKAN BERPEGANG KEPADA FIRASAT SEMATA2 YG TIDAK ADA SESIAPA DPT MEMBUKTIKAN KEBENARANNYA.

IrWrWs berkata...

Kita terlibat masa mengundi ... yg ruginya kalau pangkah dap.. sbb diaorg terang2 masuk campur hal ehwal org2 islam yg nakkan hudud... kini dia boleh plk tuduh pkr5 penang bergabung dgn umno.. dah hilang akal ke apa..? Mana panglima (baca balaci) dia? Diam seribu bahasa.. mana berani angkat muka.. kalau lge ungkit balik kesalahan2 depa langgar sumpah baiah dan harta wakaf sure terkedu punye..

IrWrWs berkata...

Langgar sumpah baiah dan harta wakaf ikut firasat mana pulak..??

Tanpa Nama berkata...

Ko tak der point lain ke wan rosli, balik2 baian dan harta wakaf. PAS pun dah tutup buku tentang dua perkara itu yang mana ia memalukan PAS sendiri.

IrWrWs berkata...

Itulah points yg sampai hari ni pan x boleh nafikan.. lagipun korang pun berulang2 guna isu yg sama serang tghh wpun kami dah jwb semuanya.. kenapa bila dap buat benda yg sama boleh ajer.. bila pas buat tk boleh.. tahap balaci je lah pan nih..

Tanpa Nama berkata...

Takpelah balaci pun balaci lah ada aku kesah yg penting aku yg dulu bukanlah yg sekarang dulu aku pas sekarang aku amanah...hihihi.