5 Nov 2015

Berita Palsu Melayu Bertudung Dimurtadkan Di Gereja Disebarkan

Beberapa keping foto den gan berita palsu berkenaan dengan wanita Melayu bertudung dikatakan "Persatuan Melayu Murtad" bergambar di gereja kini sedang diviralkan semula di media sosial.

Kisah itu sebenarnya kisah lama yang berlaku pada pertengahan tahun lalu.



Untuk makluman, gambar yang mencetuskan kontroversi itu bukanlah dari Malaysia tapi berlaku di negara jiran iaitu Indonesia.

Menurut salah seorang pengguna dilaman sosial, kunjungan itu datang daripada mahasiswa Islam di salah sebuah Universiti di Indonesia. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menjalin hubungan dua hala antara agama Islam dan Kristian. Berdasarkan lawatan tersebut, mahasiswa didedahkan dengan fahaman dan ajaran gereja Katolik manakala gereja juga didedahkan dengan cara umat islam menunaikan solat.

Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.

Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam.


Sebelum ini pernah disiarkan juga gambar aktivis Islam yang kononnya telah dibawa ke gereja untuk dimurtadkan.

Gambar yang disifatkan sebagai bukti kononnya orang Melayu dibawa ke gereja untuk dimurtadkan adalah gambar palsu, menurut salah seorang yang dilihat dalam gambar yang tersebar di media sosial, Zaiton Ismail.

Menurut aktivis pertubuhan Islam itu, gambar tersebut menunjukkan dewan besar Institut Pemikiran Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Zaiton, yang giat dalam Pertubuhan Ikram Malaysia, berkata beliau telah difitnah oleh gambar tersebut.

Beliau melahirkan rasa terkejut dan amat sedih kerana dikaitkan dengan tuduhan murtad.

Zaiton dilihat dalam gambar tersebut bersama beberapa orang lain, termasuk yang bertudung, duduk di bangku kayu.

Menurut Zaiton, mereka menghadiri sebuah majlis anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari, 2012.

4 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Sejak mutakhir ni, Melayu memang "suka" kepada fitnah, berbuat fitnah dan menyebarkan fitnah. Dari pemimpin Negara, ulama', ... hingga ke rakyat biasa. Adakah umat Melayu akan menghadapi ke"pupus"an dari nilai dan akhlak atau ini akhir zaman bagi umat Melayu kot?
Bagi saya, kalau Melayu nak murtad, apa yang nak disusah hatikan? Biarlah Melayu tu nak jadi Cinakah? Indiakah? ... ikut suka dia lah. Bukankah di Malaysia, ramai juga Cina dan Melayu yang murtad menjadi Melayu semata-mata nak perolehi HAK ISTIMEWA MELAYU shj. Lihat dalam UMNO, Presidennya dari Dulu, Kini dan Selamanya, mana yang ada Melayu asli semenanjung?
TAPI ...
Kalau orang Islam murtad, maka perkara ini harus dipandang serius dan tindakan harus diambil. Pendekatan tindakan itu mesti MESRA Islam dan bukan tak bertamadun. Apakah Perlembagaan Tanah Melayu yang kita dok dokong la ni "MESRA" Islamkah? Jadi kalau ianya tak MESRA Islam, yang puak Melayu ni tak perlulah kelam kabut kalau Melayu (Islam) murtad sebab puncanya ialah DEPA sendiri. Depa yang menyokong dan mendokong suatu perundangan yang makan diri tuan sendiri. Jadi siapa yang BODOH, BANGANG, TOLOL, ....
Tindakan tegas harus dibuat iaitu Melayu yang tak mesra Islam (Mesra dengan mulut @ ucapan shj) mesti dikeluarkan dari pentadbiran negara. Sentimen "kulit" wajib diketepikan demi Islam yang dianuti. Melayu tak akan hebat tanpa Islam. Melayu yang dok ada la ni pun dah nampak PARIAH, BANGSAT, ... walaupun berKUASA. Kenapakah? Sebab depa menggunakan KUASA yang ada untuk berbuat kemungkaran. Itu yang membolehkan musuh Islam men'jinak"kan depa ni. Manusia yang tiada integriti adalah manusia yang tiada MARUAH malahan HINA DINA.
Jadi di manakah MARUAH Melayu yang hendak dipertahankan? Melayu yang korup, salah guna kuasa, tiada integriti, kerap berbohong (muhong), ... ada MARUAHkah? Berbaloikah kita pertahan manusia Melayu ni?
Kita wajib selalu mencerminkankan diri kita sendiri sebelum kita menuding jari pada orang lain terutama bangsa lain. Bangsa Melayu lemah dan kurang maruah (nampak) disebabkan diri depa sendiri. Bayangkanlah sebuah hospital yang hanya memerlukan 599 juta untuk dibina tapi diberi kepada kroni (melayu juga) dengan harga 8.2 bilion (8 ribu 2 ratus juta). Bukankah ini kerja GILA? Nak tolong Melayu pun bukan begini caranya. Sedangkan 599 juta pun Melayu tu dah untung. Apa guna lebihan 7.6 bilion tu? Adakah ianya akan DERMA pulak kepada UMNO bangsat tu???? Fikirlah sendiri sebab tiga jari sedang dok menuju kepada Melayu sendiri. Bukankah kaum lain dok gelak sinis bila Melayu jenis ni berbincang pasal MARUAH? Kalau Melayu ni berMARUAH, dah lama dah depa letak jawatan. Melayu bangsat yang hina dina sahaja yang tak erti letak jawatan.
Kepada Allah swt kita kembali. In shaa Allah.

air gunung berkata...

Manap bro anti fitnah....

Tanpa Nama berkata...

Ada sebab dan tujuannya berita palsu mengenai agama dan murtad ini di main kan semula ?

Ada sebab GB siarkan mengenai isu berita palsu ini yang tiba-tiba di ulang tayangkan semula?

Sebab dan tujuan nya ialah siapa kah yang akan menjadi hero dalam bab murtad dan agama nanti ??

Kesimpulannya ini bukan setakat berita palsu tetapi ini adalah 'senjata' !

Tanpa Nama berkata...

INILAH PEYAKIT UMAT MELAYU KESAYANGAN PAS DAN UMNO. SEBAB TU UMAT MELAYU KETINGGALAN KE BELAKANG. UMAT MELAYU SEMUA BERMATI-MATIAN NAK CARI KERJA, WHICH PERKARA NI TAK ADA PD BANGSA LAIN YG BERMATI-MATIAN CARI BUSINESS, MENGIKUT SUNNAH RASULLAH SAW. UBAT UTK PENYAKIT NI HANYA ADA PD DIRI KITA MAKA U ALL SENDIRI KENA MENGUBAHNYA.