30 Okt 2015

Dulu PAS Kata Boleh Sendirian Sekarang Nak Cari Rakan Politik Baharu?

Pas sedang cari rakan politik baharu

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan parti itu sedang mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, Pas sedang dalam proses rundingan dengan individu ataupun parti politik itu.

"Kita tidak semestinya tidak ada rakan politik, mungkin ada rakan politik baru. Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu,"katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Pas tetap bertegas tidak akan bersama BN dan kekal sebagai pembangkang selain tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).



"Jika BN adalah pembangkang mungkin kami akan bekerjasama.Kami bertegas tidak akan kerjasama dengan BN di PRU akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang. Yakin tidak yakin kalau perlu kita bersendirian kita akan bersendirian, kita pernah bersendirian,"katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti berkenaan sedia untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Katanya lagi, kenyataan Abdul Hadi yang akan bekerjasama dengan BN bukan atas dasar perjuangan politik sebaliknya atas beberapa isu.

"Ia bermakna kita kerjasama, beri pendapat, kami (Pas) tidak pernah mahu sertai BN melainkan BN jadi pembangkang.

"Pas tidak mahu kerjasama politik, bertanding bersama tidak pernah. Kami kerjasama atas isu, apa yang baik untuk rakyat kami akan kerjasama. Itu sahaja,"katanya. -SH

ULASAN GB

Bercelaru akhirnya.

Sekejap kata hendak bersendirian, kini terhegeh-hegeh mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan PAS.


Istiqamah?

Yang paling nyata PAS kini perlu bekerjasama dengan UMNO jika tidak mahu bersendirian. DAP, PKR dan AMANAH telah membentuk pakatan yang aharu, Pakatan Harapan. Justeru jika PAS ingin mencari rakan politik yang baharu, yang paling segera ialah menerima pelwaan UMNO untuk bergabung atau menyertai BN.

PAS nampaknya segan silu untuk menyahut dan menerima pelawaan UMNO itu yang telah dibuat oleh pimpinan UMNO secara terbuka.

Kenyataan Presiden PAS dan setiausa agungnya bahawa PAS sedia bekerjsama dengan musuh berbanding dengan AMANAH menjelaskan hasrat sebenar UMNO, walaupun kenyataan sebelum ini berselindung di sebalik bekerjasama di dalam hal-hal kebajikan.

Soal kebajikan juga adalah soal politik, jika menurut perspektik UMNO. Bantuan mangsa banjir di Kelantan umpamanya penuh dengan unsur politik. Begitu juga sengan sokongan UMNO terhadap pindaan EKJS di Kelantan. Semua bermatlamat politik. PAS tertipu hidup-hidup. Walaupun seluruh ADUN Kelantan menyokong pindaan EKJS, tetapi UMNO sendiri menyekat mengaturkan melalui speaker di Parlimen menangguh-nangguhkan pembentangan RUU Persendirian EKJS. Akhirnya PAS melopong. Hudud tersangkut, berpisah pula dengan rakan-rakan dalam Pakatan Raktyat. Nak sambut tangan UMNO BN pula terasa geli dengan UMNO BN yang sekarang sarat dengan skandal dan isu.

Akhirnya kembalilah PAS walhasil balik asal.. wal asal balik hasil... wal hasil cari pasal.. itu pasal tak hasil... dengan lirik moden moden... "uturn memanjang. itu sebab bertelanjang..."

15 ulasan:

lelaki dicermin berkata...

Gb masukkan cerita2 ustaz2 serban seronok membacanya.. kita baca reramai.. dan memberi komen.. bermcm2 komen keluar.. masaa─║ahnya sepatut ustaz serban kalau sesuatu isu di mainkan oleh media... sepatut senyap.. jgn bising.. jgn buat isu baru.. ini bertambah kita bising hampir 2 hari sekali ustaz2 serban buat isu panas.. mcmana nak ckp..tak tahu..komen pun naik letih jari menaip..

Tanpa Nama berkata...

Pas nak kerjasama dgn individu mungkin Tengku Li yg terbaik kot,nanti bila menang boleh lantik beliau jadi PM. Ibrahim ali jgn lupa, lantik jadi TPM pulak kan cantik tu.Biarlah negara ni huru-hara dibuatnya. Semoga berjaya................

omar daud berkata...

Salam:

SUA PAS kata nak bekerjasama dgn pembangkang sahaja,di Selangor UMNO adalah pembangkang,di parlimen Malaysia PKR juga adalah pembangkang,jadi PAS boleh joinlah.

Pada pendapat saya ,selagi PAS tak mengubah sikapnya seprti selalu ia katakan,"PAS NAK JADI KETUA PADA SETIAP PEMBENTUKKAN PAKATAN PARTI POLITIK,SAMPAI KIAMAT PUN,TAKKAN BERJAYA"Baru2 ni PAS ada bersama dgn parti Ikatan,dan mungkin parti kita,jika ianya berlaku berapa lama ianya bertahan??Nazri aziz pun dah jelaskan bila bersama PAS nanti problem yg paling besar ialah pembahagian kerusi..dia nak jadi ketua tentukan kerusi,itu baru kerusi,belom dapat memerintah lagi,apa kata PAS bersama pakatan mereka menang Malaysia!!PAS nak jadi ketua!!huhhh bercelaru Malaysia dibuatnya.Sedangkan Di Penang sahaja pun dalam pakatan rakyat dia menang 1 kerusi SAHAJA,dia punya LAGAK macam mengalahkan orang dapat kerusi majority.Di Kedah dan Terengganu dia majority,bagaimana dia layan kawan-kawannya yg manority,dengar cerita semuanya dapat kuah sahaja.Sebab itu negeri2 itu PAS mENANG SATU PENGGAL SAHAJA.Dalam KAMUS PAS,TIADA setia-kawan yg sejati,yg penting diri aku,keluarga aku,menantu aku ,parti aku dulu soal perjanjian,prinsip,descipline kerja bersama dibuat DUNNO,bila di kritik oleh orang-ramai maka ISLAMlah yg akan jadi mangsa,dimana ISLAM tidak membenarkan orang lain jadi ketua ataupun pebuat dasar,TAPI REALITYnya,bila ISLAM ala PAS jadi ketua di Kelantan banyak benda2 yg tak sepatutnya berelaku,BERLAKU seperti rasuah Balak/tiada ketelusan tender/project/administration dan permasalahan mangsa banjir masih belom terurus sampai sekarang.

SEPATUTNYA DI KELANTAN setelah beberapa PENGGAL MEMERINTAH SUDAH MENJADI CONTOH PRATICAL ORANG-ORANG ISLAM MODEL ALA MADINAH corak nabi mengujudkan masyarakat "Muhajirin dan Ansar" berkasih-sayang antara -satu sama lain,tolong-menolong,bantu-membantu,pembahagian harta negeri secara ADIL,ketua menterinya seprti AKHLAK Nabi,makan tak pernah kenyang 2 hari berturut-turut,exco-exco turun padang macam umar al-khatab membawa roti dan beras secara senyap2 pada mangsa-mangsa banjir,mesjid-mesjid jadi makmur imam2nya/Kadi2nya/ulamak2nya/presidentnya turun berdakwah dari rumah karumah tanpa UPAH/ATAU sampul...BARULAH NUSRAH ALLAH DATANG,sebab dalam al-quran bagitahu cara2 kehidupan di madinah adalah contoh yg di redhai ALLAH.

ANDAIKATA HUDUD DITAKDIRKAN DIKELANTAN,TANPA MENGUJUDKAN MASYARAKAT AL -MADINAH...Adakah masyarakat ala Madinah wujud...TAKUT2 lain pula terjadi,Hakim2/ketua2 pegwai agama dan lain2 berebut2 dgn jawatan, perasuah2 balak kawtim dgn hakim2/lawyer2,dun2/mp2 berebut2 mencari pengaruh nak mengekalkan pengaruh untuk jadi calon..dan seterusnya.AKIBATNYA Masyarakat MASSA dimalaysia khasnya dan Masyarakat didunia amnya Mengangap agama islam sama sahaja dgn mereka.Bila pilihanraya masyarakat menolak,yg mendapat nama busuk adalah ISLAM itu sendiri.

wallahualam

Tanpa Nama berkata...

ego rasa hebat rasa dia saja yg islam dn masih menagih 2.6b. tu belum lg bermimpi janji manis tipu muslihat umnu nk bg jawatan.

tu je sebbnya... tk perlu pikir sebb lain

Tanpa Nama berkata...

Kesian ahli-ahli PAS yang cerdik dan berpendidikan. Dapat ketua-ketua semua macam orang mabuk. Cakap bolak balik. Fikiran tak menentu. Ahli-ahli PAS yang cerdik ni macam budak-budak cerdik kat sekolah teknik yang nak ambil peperiksaan SPM tapi guru-guru yang datang mengajar ialah guru-guru tadika KEMAS. Itu yang jadi bengong berganda-ganda!! Balik awal.

Tanpa Nama berkata...

kan pas bijak

berpakat dengan pkr bukan dap


berpakat lah dengan umno bukan barisan n

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan omar. Saya terkesan dengan hujah2 tuan. Setiap kali membaca nukilan tuan, saya rasakan tidak perlu menokok tambah lagi. Puas hati. Makanya saya inginkan setiap luahan tuan kiranya dapat saya rakamkan dalam hati dan salinan arkib. Semoga menjadi sejarah untuk anak cucu. Semoga mereka juga belajar ilmu politik yang benar dan amanah.

Lantaran itu saya cadangkan tuan mempersembahkan bait2 karangan tuan dalam bentuk susunan ayat resmi. Yang tersusun titik dan komanya. Teratur rangkapnya. Terjelas sengkangnya. Agar bertambah2lah mutu dan lagi tinggi martabat dan keindahan bahasa kita. Agar nilai kandungan ide2 tuan ini memiliki seluruh kesempurnaan dalam semua aspek.

Biar menulis pelan2 kemudian diedit dan di saring. Wah, pasti indah pencerahan ilmu dan bahasa kita. Maafkan saya jika cadangan saya ini menyentuh sanubari tuan. Demi Allah, saya menulis di sini dengan ikhlas serta kasih kepada tuan omar bin daud.

Tanpa Nama berkata...

Pas nak jadi ketua sebenarnya.

Masa dalam PR dia ada 21 kerusi saja, PKR 30 dan Dap 38 kerusi. Mana boleh nak jadi ketua.

Dalam PH pula PKR 31, Dap 38, Amanah 7 kerusi. Kalu Pas masuk dengan 14 kerusi pun masih tidak layak jadi ketua.

Nak jadi PM dah gerenti tak layak. Jadi untuk lepas kempunan nak jadi ketua, maka kenalah cari parti budak-budak kecik, kumpul ramai-ramai dan angkat diri sendiri jadi ketua...hahaha

Benbrahem berkata...

Pas diramalksn akan menjadi ahli kerabat BN ke 15. Terhasillah gagasan UG. Pucuk di cita ulam mendatang.


Tanpa Nama berkata...

Gugurnya pemimpin sejati Tuan Guru selaku tiang seri Pas dan KINI Pas jadi Parti Haprak, memfitnahm menjebon dan membarua jemaah. Hingga Hindu pun tanya dl muktamar " Kenapa Ulama Diam, tak kan tidak ada dlm Quran yg mencela fitnah dan mengaib orang" kat belakan Harun Din selamba ja mcm tak ada apa. Politik Perut dan bukan lagi politik islam dalam PAS ini.
Teruskan lah tenggelam wahai pengikut dan pemimpin pas. Buat malu pada orang kapir DAP je. Sebok nak bertanding di kawasan DAP tapi bila DAP nak bertanding dikawasan Pas
meroyan tahap biawak jadinya PAS selangor.

Sudah lah Pas mulut Isle isle tapi kelaku, hati, mulut semua politik perut ( maaf kepada ahli Pas yg tidak bersikap sedemikian)

MEMBANGUN LAH BERSAMA KEPIMPINAN CAI

Tanpa Nama berkata...



Kita jangan berbalah. Jika itu yang terbaik bagi PAS, biarkan lah. Cuma PAS perlu di ingatkan supaya memilih parti yang di buat sebagai kawan biar lah ada ciri-ciri Islam.

Jika PAS berkawan dengan parti yang pemimpin nya suka cakap berbelit-belit dan suka buat U-turn maka PAS perlu diberi peringatan. Jika pemimpinnya di persoalkan dari mana datang nya duit derma, PAS perlu di beritahu Islam tidak mengajar pemimpin buat begitu.

Yang penting kita jangan berbalah dengan PAS dan kita harap PAS pun jangan lah berbalah dengan Amanah.

Tanpa Nama berkata...

Memang nampak sgt PAS nak jadi ketua, pada hal kreteria sebagai ketua langsung tidak ada. Pemimpin PAS sebenarnya dah nampak mereka akan kehilangan banyak kerusi dlm PRU 14 nanti kalau bersendirian. Pemimpin ni kerana dah terlalu wala dgn bos sangguplah buatb apa yg boss kata, kesian sungguh. Satu nasihat kpd pemimpin tersebut kalau kamu dah nampak tindakan boss kamu tu tak betul dan kamu tak mampu menegurnya lebih baik kamu tak payah menjadi calun dlm PRU 14 atau langsung tak payah menjadi jentera parti ( lebih tepat tak payah ceburi politik ) pengibatan kamu dalam politik sebagai pak turut akan menyusahkan rakyat.

Saiful berkata...

Geng pas kedah ...jom blah...

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah hikmah Allah yang mengeluarkan G18 dari parti yang berlandaskan islam tetapi kini diterajui ileh nampak seolah2 ulamak tetapi bahas ,perangai ,sikap telah membnukti mereka adala ulamak suk.Ulamak suk perlu dijauhi semoga kita selamat .

Tanpa Nama berkata...

Kalu PAS sedia menjalin kerjasama ngan BN adakah PAS akan bekerjasama dgn MCA, MIC, Gerakan, Parti Bersatu Sabah dan lain2 parti gabungan BN yg terang2 menentang hudud? Atau PAS akan memilih hanya parti yg boleh memberi keuntungan pada rakyat walupun mereka menenantang hudud? Kalau demikian kenapa PAS sanggup menerima sape saje kecuali Amanah? Kenyataan begini saperti cenderung kpd sikap pemimpin2 arab yg sanggup bekerjasama dengan US, Britain, France, Israel tetapi tidak boleh menerima Hamas. Walaupun Amanah bukanlah parti saperti Hamas, tetapi sikap PAS memerangi Amanah bertentangan sangat dgn sikap terbuka dan berlapang dada PAS menerima BN.