31 Okt 2015

[VIDEO] Soalan Tambahan MP Temerloh Yang Melucukan, Tak Berkaitan.... Kata Speaker

Sesuatu yang agak melucukan apabila seorang ahli parlimen PAS dari Temerloh, YB Nasruddin bin Hassan yang bangun untuk mengutarakan soalan tambahan selepas Kementerian Kewangan menjelaskan berkenaan dengan isu permohonan institusi kewangan asing untuk menjalankan perniagaan perbankan, insurans atau perbankan pelaburan di negara ini yang akan dinilai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berpandukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013/Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,



Sebelum ahli parlimen PAS itu bangun, Timbalan Menteri Datuk Johari Abdul Ghani berkata antara yang dinilai termasuk kriteria kehematan dan kriteria kepentingan terbaik bagi Malaysia.

"Secara amnya, faktor-faktor ini memastikan kestabilan kewangan dan kepentingan terbaik Malaysia sentiasa terpelihara," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai garis panduan dan pertimbangan kerajaan dalam meluluskan institusi kewangan asing di negara ini.

Johari berkata kriteria kehematan, secara keseluruhannya, merangkumi kekukuhan kewangan, rekod perniagaan, pengalaman, ciri-ciri dan integriti pemohon.

Turut dinilai dalam kriteria berkenaan ialah ketelusan dan tahap kompleksiti struktur korporat serta tahap sistem penyeliaan di negara asal pemohon seandainya pemohon merupakan pelabur asing, katanya.

Sehingga kini, katanya bilangan institusi kewangan asing beroperasi di negara ini adalah 19 institusi perbankan, enam institusi Islam, tiga institusi Islam antarabangsa, 20 institusi insurans konvensional, empat institusi insurans semula, dua institusi takaful dan tiga institusi takaful semula.

Tiba-tiba YB Temerloh bangun dan bercakap mengenai pergantungan negara kepada buruh asing yang tiada kaitan lansung mengenai institusi kewangan asing.

Speaker terus menyatakan bahawa pihak kementerian kewangan tak perlu jawab soalan YB Temerloh itu kerana ia tidak berkaitan.

Hal tersebut telah menjadi viral di media sosial dan menyerlahkan tentang tahap mentaliti ahli parlimen PAS yang ada kini di parlimen sehinggakan nak bertanya soalan pun tak berapa reti, inikan pula nak berbahas dan menjawab di parlimen. Salah satu komen yang GB terbaca yang agak melucukan menyatakan mujur dia bertanya pekerja asing, bukan makhluk asing... :)

Saksikan:






30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni buat tak 'homework' sebelum pergi parlimen. Tak payahlah disoal benda remeh yang boleh didapati dari Bank Negara. Buat karan je.

air gunung berkata...

Masalah parti Pas..x pernah nak blajar.x reti nak berubah pendkatan corak kerja politik.ego dan suka sgt berselindung di sebalik hujjah agama bila ditegur

Sia2 hasil kerja al marhum UFN TGNA dr momentum reformasi(anwar vs mahadeath)dgn kemasukan ramai golongan profesional selebriti (ustaz,artis,ex pegawai tinggi,ex army general,ahli akademik pak polis dll)tersgt lawak lg hampeh bila semua anugerah ini x reti di manafaatkan mengikut keahlian bidang masing2.

Apa yg Pas tau semua mesti ceramah ceramah ceramah ceramah ceramah ceramah dan ceramah.angkut laaa semua tu berceramah....kah kah kah.lawak nak mampos.
Itu psl yg dilantik pegang jawatan dlm parti juga calon yb hanya geng yg pandai gulung2 lidah dan sumpitan air liur.

So apa yg terjadi kat tok pendekar lutut siku adalah hasil didikan universiti PAS.adussss.mana nak letak muka...saper laa tuang preseden parti yg bertanggungjwb ..

omar daud berkata...

salam:

Macamna nak jadi ketua,claim jemaah islam pula tu!!bila DAP tegur,Habis satu dunia dikutuk,tapi yg tegur ni,sama2 geng konspirator di Tasik kenyir dulu.Rasa2 ALLAH balas cash terhadap kesilapan lampau.

satu pengajaran pada kita semua.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Saya antara yg sgt kecewa apabila PR gagal mbentuk kjaan dlm pru13 lalu. Hampir seminggu rasa mcm demam dan terlalu sedih. Kecewa disebabkan gagal melihat perubahan kerajaan yg memerintah.

Rupa2nya ada hikmah disebalik kegagalan tersebut. Seandainya PR berjaya ketika itu sudah semestinya rakyat akan lebih kecewa dan marah dgn kerenah pempimpin2 yg berfikir guna siku dan lutut.

Pas dianggap sebagai lubuk bijak pandai islam. Manakala umno pula dianggap sbg lubuk penjilat2 tegar yg hanya bifikir guna perut. Itu dulu! Ketika arwah TGNA masih ada. Ketika berkumpul bijak pandai profesional. Bila ahli2 profesional dihalau dari pas menggunakan mesin autocai. Maka tinggal le dlm pas pemimpin dan walaun tegar yg berfikir guna siku lutut dan kuku...!!!

Parti caca merba uturn ini akan lebih cepat tenggelam dpd kapal umno. Umno akan mengambil masa yg agak panjang sikit sebelum karam total.

Sebagai contoh...pemipin pas umumkan akan menentang DAP serta bertanding semua kerusi dlm PRU 14 nanti!! Bermaksud pas akan langgar DAP disemua kawasan.

Kenapa pas mcm meroyan bila DAP acah2 utk bertanding di 8 kerusi pas selangor?? Bukan ke sebelum tu ckp besar utk bertanding semua kerusi...??!!

Walaupun parti pas itu parti yg diberlandaskan islam. Tetapi akhlak dan cara berpolitik pemimpin2 pas lebih teruk dpd org yg bukan islam. Ucapan dan perbuatan mereka adalah tidak seiring. Bersembur air liur berceramah sebut hadis dan ayat2 al Quran. Sewenang wenangnya hadis dan alquran digunakan utk menyerang saudara seagama yg tidak lg mahu bersengkokongkol dgn kecelaruan pemimpin2 bergelar ulamak.

Sesungguhnya pas bakal lebur tidak lama lagi. Yg tinggal hanyalah pemimpin CAI yg disokong oleh penyokong yg sama taraf IQ dgn penyokong umno..!! Sekarang tidak ada beza antara pas dan umno...!!

Ugutan...sindiran...ejekkan pemimpin cai tahap tinggi terhadap parti baru lahir AMANAH hanyalah menyerlahkan kehodohan wajah dan mentaliti pemimpin pas itu sendiri...!! Tidak kah...kamu berasa malu walau sedikitpun bila diri kamu dianggap lebih haprak dpd org yg bukan islam dari segi akhlak???

Kamu pemimpin pas lebih rela bersahabat dgn umno yg telah terbukti kezaliman mereka. Permusuhan dan dendam kesumat kamu pada sahabat2 yg pernah sama2 berjuang dulu adalah sangat mendalam!!! Islam lah sangat kamu ini kan...??? Tak malu jugak ke....dianggap lebih jahat dpd org kafir!! Malah pemimpin DAP yg kafir pun lebih terpuji akhlak mereka dpd kamu...!!

Tebal sungguh kulit muka kamu.....!! Tak segan sikit pun siang mlm sebut agama. Tp berperangai mengalahkan org yg tidak beragama Islam....!!!

Tanpa Nama berkata...

setuju!!!! akhlak majoriti pemimpin pas terutama ostad ostad depa yg dok ceramah dalam masjid dah masuk tahap gaban. aku pun konfius. ingat nak belajaqb la sikit sebanyak ilmu ugama yg depa ada...tapi bila kuliah ugama dok bercampuq dgn fitnah dan maki hamun kpd geng yg so called "pengkhianat" aku pun tak tak tahu mcm mana nak berkat ilmu tu..

Tanpa Nama berkata...

Orang nak jadi MP dia pun nak jadi MP! Tak kan sampai macam ni punya teruk taraf MP... mana nak sorok siku dan lutut tu...

Tanpa Nama berkata...

Encik Anon 2:51 PG. Kalaulah saya dikata macam tu mau demam seminggu. Bukan kerana marah atau sedih. Demam itu kerana baru sedar eh eh aku ni bodoh sangat ke sampai otak ada pun tidak boleh berfikir!!! Begitula manusia kalau sudah taksub, bukan mudah untuk menerima yang lebih baik dan bukan mudah untuk melihat kebenaran. Macamla di Malaysia ni takde ulamak lain utuk jadi rujukan dan nasihat. Itulah kebesaran Allah s.w.t. dan teramat besarnya kasih sayang Allah kepada kita semua. Kalaulah PAS memerintah sudah pasti kucar kacir macam di Terengganu dan Kedah. Jangan cakap pasal Kelantan!! Kelantan telah diperintah oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang dihormati oleh semua pihak kecuali Beraim Ali!!

air gunung berkata...

Anon 2:51.
Aku antara yg meroyan lps pru tempohari mcm sdra jg.esoknya aku melilau tgh bandaraya KL berjln kaki ke hulu hilir tgok manusia berurusan sedangkan aku antara org yg boring serabut dgn KL.kah kah kah.

So aku amat memahami perasaan tersebut dan sokong pendapat sdra tentang hikmah PR tak menang.

Apa pun teruska usaha.
Go Amanah go..
No go head gostan

Tanpa Nama berkata...

Komen anon 2.51 menepati apa yang aku rasa .aku tak payah komen lagi.lega rasanya dapat membaca luahan hati tentang kekcewaan pada peminpin Pas kini yang seolah2 tidak kenal kawan dan menjadikan musuh sebagai kawan dalam menyerang sahabat seperjuangan.

Hidup Najib! berkata...

Kah..kah..kah..tp takut nak ketawa kuat2 nanti kena siku dan lutut..nasib ko le labu..tu je lah standard ko..tau le nasib ko masa pru nanti..

Tanpa Nama berkata...

Bila bercakap bukan dalam bidang kita maka akan terkeluarlah kecetekan pengetahuan kita. Untuk mengelakkannya patut buat homework dan byk membaca buku2 yg berkaitan.

Tanpa Nama berkata...

SAYA NAK BAGI NAMA KHAS TUK YB TEMERLOH.. NAMA KHAS BELIAU IALAH "YB MENGIGAU.."..

Orang tidur jangan disergah.. nanti melalut.. sumbang.. ke laut..

Tanpa Nama berkata...

YB KE LAUT... hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

kami sebagai pengundi memerlukan orang yang bijak untuk mewakili kami di parlimen. kalau tahap YB setakat mcm tu kat parlimen, lebih baik YB letak jawatan dan biarkan org yg lebih layak untuk bertanding lain kali. ni komen dah cukup berbudi bahasa saya rasa.

Tanpa Nama berkata...

Ops.. yb korang ker tu... apa malang dapat yb ke laut.. mengigau.. next pru baik tak yah dicalon..

Tanpa Nama berkata...

Sokong Pas bersama Umno. Umno boleh bohong dengan disokong oleh fatwa palsu dari Pas. Satu gabungan strategik menjamin legasi. Tahniah Pas Tahniah Umno.

wan amero berkata...

Tuan GB
Kalu ambo kata bodoh orang marah tapi memang tontontivi,nik abodoh and gang spesis bodoh tak buleh nak ajar.
Kepada walaun walaunta teruskan menjadi lembu sampai betul2 bodoh k.

Tanpa Nama berkata...

Tak mengapa... jangan marahhh....
Masalah ini akan selesai apabila PAS bergabung dgn UMNO...
sebab...
UMNO AKAN AJOR ORG2 PAS cara2 nak masyuk DEWAN... krn AP PAS ini mcm dok dlm reban ayam jeee.....

Tanpa Nama berkata...

YB Temerloh.....
YB - Yang Bengap/ Yang Bangang/ Yang Bahlol

Tanpa Nama berkata...


Mcm mana nak jd ketua penerangan parti mcm ni ?

Patutlah dia jarang atau tiada buat press statement utk parti pas. Dlm muktamar bukan main cakap guna siku lutut. Hampeh.

Sidang parlimen dulu nik abduh soal menteri kesihatan langkah2 menangani masalah hiv di kelantan.

Menteri kesihatan Dato Subramaniam jawab Pasir Mas kenalah bagi ceramah nasihat org kelantan jgn pergi ke sempadan (golok). Kan dah kena.

Inilah taraf wala'un.

Nasib baik kat selangor ramai harumanis.

Tanpa Nama berkata...




Ramai MP drp BN yg terang terang nampak BODOH dan TOLOL..tapi maseh tau utk bertanyakan soalan w.pon soalan itu pon nampak mcm soalan BODOH..

..TAPI tak ler seBODOH mcm MP dari Temerloh, sampaikan punya BODOH nya dia tak tau utk beza kan sektor Keewangan dgn sektor Buruh Asing

Bak kata org: Klu BODOH tu biar ler BODOH sorang2 jgn ler sampai BODOH tu pi tunjuk org dlm parlimen...abih Orang satu Donia nampak betapa BODOH nya UlarrrrMAKK Fakeh Haraki anak didik FITNAH merapu pilkuda Barua & Broka tu!

Ini gamaknyer jenih anjing menyalak Babi "didalam" Bukit tuu? Kah kah kah!

Mcm mana IQ kayu camtu boleh pakai Vellfire klu bukan "ngap" songlap?
Sbb tu hamno cukup jaga IQ2 tahap kayu camtu, dan bg aku dia nih cuma layak jd pak 'Guard' bole ler huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

Mr presideng pun apa kurang nya? Buat bandingan naik bas tkn ampai ke destinasi. Memang bas yg mr presideng bawak yg tkkn sampai kerana terang-terang dia mengaku yg parti dia akan jadi pembangkang sokmo.

Parti lain ada tujuan utk jd pemerintah, tp bukan parti dia. Kan tk cerdik bunyi tu!!!!

Unknown berkata...

Aku ingat aku sorang saja hohoho.2 perkara penting .yg buatkan aku sayu adalah
1.pembangkang tak boleh menguasai negara dlm pru13 (seminggu juga sayu dan meroyan sampai plan nak lari duk negara luar afrika pun afrika la)
2. Terasa sayu dan kehilangan amat sangat kembalinya TGNA ke rahmatullah.wlu tak penah tgk bersemuka jauh skali nak cium tangan beliau.tapi aura kesedihan tu dptku rasai...

Tanpa Nama berkata...

Sahabat2 sekelian... Marah dan geram kita ni.. Tak usah la kita maki dan beri labelan yg tidak baik. Walaupun kita bukanlah ustaz atau lebai. Tapi akhlak mesti dijaga. Biar mereka dihukum oleh Yang Maha Berkuasa. Memang ada hikmah PR tidak menang. Kerana terlalu ramai pemimpin yg berpura-pura juga tidak ikhlas dlm berjuang. Kesucian dan kebenaran Islam itu tidak dijaga dan dibawa dgn sebetulnya. Lihat saja perpecahan yg berlaku kini. Segala ruang yg ada mereka guna hanya utk mengata lawan. Kemudian menghukum lawan dgn tafsiran dalil2 nas yg sudah dipulas tengkuknya. Makin byk mereka mengata. Makin byk kelemahan yg akan mereka tonjolkan. Dari situ dpt kita lihat. Mereka2 ni bukan bijak agama pun. Cuma ada kelebihan sedikit punya ilmu agama. Tapi mereka tidak faham dan fakih. Sbb itu kini mereka sgt2 memusuhi ustaz2 yg lebih fakih dan bijak yg tidak sependapat dgn mereka. Apa pun kita sbg pejuang juga kena punya akhlak dan ilmu. Jgn kita mengikut lagi cara politik yg berdasarkan kebencian, dendam, rendah akhlak dan jumud. Kita juga perlu berubah. Kurangkan lah mengata mereka. Tapi lebihkan membetulkan atau menegur mereka dgn hikmah. Kerana Islam itu bersaudara. Jadi sesama muslim tak usahlah kita semaikan permusuhan tapi hulurkan persahabatan.

Saiful berkata...

Wahai tantawo..mhulur lah siku my..akan ku hulur siku ku juga..mari la kita bersalam siku..

Tanpa Nama berkata...

Ye betul,jgn melebel pas,klu x..kita amanah serupa jgk dgn pas,tunjukan kematangan berpolitik

Tanpa Nama berkata...


Macamana Temerloh tidak kenal Timbalan Menteri Kewangan? Bukan bulan lepas dia dan Termerloh duduk dalam parlimen ? Bertahun !

Dalam banyak-banyak kementerian, kementerian kewangan lah yang paling penting. Kerana ia nya pentinglah Najib jadi Menteri Kewangan.

Apa Temerloh buat selama dalam parlimen ?

Tanpa Nama berkata...

Mr presideng ckp x smpai putrajaya takpa, janji perut dia dan keluarganya buchik kekeyangang..balaci kebulurang x dok hal tanggong sediri.

Tanpa Nama berkata...

TAK ADA ILMU PERBANKAN BERLAGAK MCM ADA ILMU PERBANKAN. IF YOU NAK SOAL MCM NI. PERGI AMBIL DEGREE DLM BIDANG PERBANKAN HINGGALAH TAHAP MASTER BARU U LAYAK MENANYA PASAL PERBANKAN. DEGREE DAN PHD DALAM BIDANG AGAMA TAK DPT TOLONG BEB. TULAH HINA GOLONGAN PROFESIONAL NAH SEKARANG NAMPAK SUDAHKAN MASALAHNYA. NASIHAT I KPD MB PAS, YOUR BETTER DIAM SHJLAH ONLY TANYA SOALAN BERKAITAN KEAGAMAAN, KALAU TAK DPT MALU BEB.

Tanpa Nama berkata...

Ya..ya.. cuba try pulak masuk page pro PAS tgk.. mcm2 gelaran munafik kafir pengkianat sesat bagai yg tersembur oleh mulut2 penyokong PAS.. xda lak komen suh jaga mulut..

Cuba try masuk fb yb2 PAS tgk.. cuba baca komen2 penyokong depa.. lagi keji & hina bunyinya berbanding sini..