11 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] Wisma Harapan Baru & Parti Amanah Kedah Dilancarkan

Pinda perlembagaan parti baharu

ALOR SETAR - Perlembagaan Parti Pekerja Malaysia sudah dipinda bagi membolehkannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah), lapor Sinar Harian.

Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata, mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan Selasa lalu, bertujuan membuat beberapa pindaan kepada perlembagaan parti itu.

Pindaan itu dibuat untuk membolehkan Parti Pekerja Malaysia diterjemahkan sebagai Parti Amanah Negara,” katanya selepas majlis pelancaran Wisma Harapan Baru Kedah dan Parti Amanah peringkat negeri di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, pindaan itu juga melibatkan pertukaran perkataan pengerusi parti kepada presiden.

“Banyak lagi pindaan dibuat dan akan diterangkan dari semasa ke semasa. Parti ini tidak ada pemimpin hebat kerana semua pemimpin dan jawatankuasanya bersama dalam bentuk kolektif,” katanya.

Pada perkembangan lain, beliau berharap perbezaan pendapat yang berlaku antara Pas dan DAP dahulu tidak berulang dalam PR baharu.

“Dalam suatu perkara, kita mesti berbincang secara bersama dan ambil persetujuan. Setuju kata setuju, tidak kata tidak.

“Saya tidak mahu dalam mesyuarat kata setuju, tapi di luar kata sebaliknya. Malah ketika berada dalam Pas dahulu, sayalah yang mengetuai mesyuarat PR kebanyakannya,”
katanya.

Beliau berkata, PR baharu mesti mempunyai satu garis panduan jelas dan membuat perbincangan dengan betul.

“Kalau mesyuarat itu tidak cukup sehari, buatlah dua atau tiga hari supaya perkara itu kita boleh dapat keputusan bersama,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden peserta himpunan Bersih 4.0 memijak gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menyifatkan ia tindakan keterlaluan.

“Saya tidak setuju gambar siapa sekalipun yang dipijak sama ada Abdul Hadi mahupun Najib. Pahlawan dari Pas hentam kerana pijak gambar pemimpin mereka.

“Tetapi gambar saya dipijak di hadapan Pejabat Pas oleh Pemuda Pas, kemudian ulama pula tolong membacakan doa. Ada tak panglima Pas ketika itu?,”
soalnya.

Di dalam perkembangan berkaitan, Melaka turut akan mengadakan majlis pelancaran Parti Amanah Negara peringkat negeri Melaka pada 12 September 2015 (esok) bermula jam 8.30 pagi bertempat di Mahkota Hotel, Bandar Hilir Melaka. Pelancarannya akan dilakukan oleh Pengerusi Parti Amanah negara, Tuan Hj Mohamad Sabu.











IKLAN BERBAYAR




24 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Syukur alhamdulilah

Ya Ampun !

Menangis tengok org umno dan pas... Pkr lagi jealous!

Blogger lemakkau lagi jeles... Kesian koled dan azmin... KIPIDAP amanah hingga ke mercu kejayaan!

air gunung berkata...

Syabas PAN.
Anda terus ke hadapan tanpa amik pusing dgn pong pang pong pang salakan.focus bina dan kukuhkan organisasi...foundation kukuh apa shj halangan insya allah dpt dihadapi...istiqomah dgn aqidah & akhlaq...no barua,munafiq,tolol,curi sorok selipar tok imam,pengkhianat talaq gila babi...biarkan sssiapa yg tercandu dgn mender tuh menyalakwirid ke tahap fana...kerana mereka hanya kenal siku dan lutut..pusing2 kay situ jer

Unknown berkata...

Salam:TQ tn GB.


Agreed tn malaysia baru dan air gunung. CONGRATULATE!!TAHNIAH!!pertugas-pertugas yg hebat dan tak kira penat lelah. ISLAM TU RAHMATAN LIL ala- AMIN.

go PAN go, never never surrender /give up.

WASSALAM.

Unknown berkata...

Steady bang mat..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya hampir pasti tuan "Admin" tidak akan menyiarkan komen ini untuk tontonan umum. Sekiranya tuan menyiarkannya jugak sy “tabik spring” kepada tuan kerana tuan memang anak jantan. Sebab ada pepatah Inggeris yg berbunyi " Kejantanan seseorang tidak diukur kepada berapa handalnya dia mampu utk membunuh manusia lain tetapi kehebatan seorang lelaki diukur kepada keberanian beliau untuk berdepan dengan kebenaran."

Ini bukan isu politik lagi tetapi sebelum Rasulullah wafat baginda sempat berpesan supaya umat Islam sekiranya berlaku perbalahan sesama mereka hendaklah kembali semula untuk merujuk Hadis dan Al Quran. Bukanlah satu rahsia juga bahawa didalam pakatan pembangkang Ketua umum mereka sudah tentulah pemimpin Cina DAP. Untuk itu mereka mesti dan harus mengikut kehendak dan agenda Ketua pemimpin pembangkang (DAP).

Bukanlah menjadi satu rahsia bahawa ajaran Islam tetap menjadi musuh utama bagi para pemimpin sehingga ke akar umbi ahli dan pengikut biasa DAP. Kita sudah lihat bagaimana mereka telah cuba untuk menyerang Islam dari atas dgn mengunakan kaedah undang-undang melalui Ambiga (BERSIH) dan tuntutan gila IFC bagi melumpuhkan pengaruh dan maruah ajaran Islam. Sekiranya mereka berjaya undang-undang perlembagaan akan diubahsuai supaya Islam menjadi sama dgn “ugama” lain. Padahal Pencipta hanya ikhtiraf Islam sehaja sebagai ugama disisiNya dan tidak yang lain. Sila rujuk Surah Al Imran, al-Quran 3:19: Maksudnya “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi ALLAH ialah Islam” Sekiranya IFC gila tajaan Ambiga ini diluluskan maka ugama Islam sekiranya di hina maka sudah tidak akan ada peruntukkan undang2 untuk membawa orang yg menghina Islam itu ke pengadilan. Peringkat akar umbi ahli DAP pulak sibuk untuk komplen dan buat laporan polis bahawa azan yang berkumandang dari surau dan masjid dikawasan mereka adalah satu bentuk “pencemaran bunyi”. Apakah anda orang Melayu bersetuju bahawa ugama Islam adalah sama sahaja seperti “ugama” lain?

Ramai orang Melayu yang mengaku Islam tidak perasan peranan pemimpin DAP yang sudah lama melaksanakan agenda mencemarkan ajaran Islam sejak awal-awal lagi. Malahan ramai orang Melayu yang pernah merestuinya dan tidak kurang juga ada manusia Melayu bertaraf “ulamak” dilihat mempertahankan agenda jahat pemimpin DAP itu. Alasan ahli ugamawan ini supaya orang bukan Islam “berjinak-jinak” dengan nama ALLAH dulu katanya, atau pun orang Arab bukan Islam sudah lama menggunakannya. Padahal sebenarnya mereka (gereja Evangelist dan DAP) sudah berjaya mengajak dan “menjinakkan” tuan-tuan yang berbangsa Melayu untuk bersetuju bahawa ALLAH sudah setaraf dgn haiwan dan manusia apabila mereka menukarkan nama GOD, FATHER dab LORD kepada ALLAH didalam kitab modified Bible Bahasa Melayu. Tidak kah mereka memang ikhtiraf bahawaTuhan kitab bible mereka itu ada anak? Satu sikap redha orang Melayu yang jelas boleh mengundang dosa syirik ! Nauzubillahi minzalikk !!!

Usaha yang dijalankan gereja Evangelist tajaan DAP ini sudah pun dipersetujui seawal tahun 2009 lagi olih pemimpin tertinggi didalam PKR dan pernah juga olih pemimpin didalam PAS sendiri sedikit masa dahulu. Walaupun pemimpin PAS sudah menyedari kesilapan besar ini boleh menjahanamkan akidah masing-masing tetapi masih ada pemimpin mereka yang tetap "bersetuju" dgn agenda jahat pemimpin DAP. Mereka malahan telah pun menubuhkan parti baru (GHB ) atas alasan PAS tidak lagi relevan untuk orang Melayu. Mereka telah pun menarik ramai orang-orang Melayu untuk menyokong matlamat keduniaan kuasa politik mereka dengan menyokong DAP atas nama "Keadilan" dan tanpa tuan-tuan sedari telah menyokong agenda pemimpin DAP yang tersembunyi itu. Jangan cakap perkara ini tidak pernah diberitahu kepada tuan-tuan sebab menyesal kemudian tidaklah berguna lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kepala otak bergeliga. Ada pembaharuan dari, dengan guna Ibu Pejabat, Amanah guna Wisma.
Bangunan Amanah akan jadi landmark yang baru kerana warna nya yang terang.

Tanpa Nama berkata...

PAN ada nak kembang ke Sabah/Sarawak ke?

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira
Siapa yang nak keluar pas dipersilakan
Gumbira gumbira

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:53 PM,

Sudah tentu ada PAN di Sabah dan Sarawak. Sila hubungi pihak PAN.

Saiful berkata...

Pas bkn parti Islam..tahniah amanah...


aku berkata...

Bertolong-tolonglah dalam membuat kebajikan dan kebaikan semuga amalan yang baik diberi ganjaran oleh Allah di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah mula DEMAM..... kerana pemimpin PAS yang lemah maka ahli cabut lari....

bakat berkata...

Assalamualaikum tuan.
Pembacaan dan hujah yg menarik.
Islam rosak bukan disebabkan oleh org bukan islam. Islam rosak disebabkan oleh org islam sendiri. Jgn terlalu salahkan org lain..
Assalaamualaaikum....

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.42....Macai Siku Lutut ker...tak pegi masjid ke hari nih???

Tanpa Nama berkata...

Tak masuk dek akal najib nak pakai akaun peribadi untuk ambik duit. Jangan nak fitnah.
Ehem ehem
Bolehka hulur sikit.......dah banyak kali mengampu ni.

air gunung berkata...

Dah bertahun aku baca lawak neh 12:42 oiii.bosan.dr aku remaja sampai laa dah beruban...ubah laaa tektik vongok neh.

Tanpa Nama berkata...

Hebat ulsan dari Anon 12.42,dia tahu semua agenda DAP dan apa juga muslhat DAP.tetapi sayang dia ni siapa? peminpin ke ,pengikut.pemerhati ke penyelidik.penulis ke pembaca,ahli DAP ke ahli Pas,jauh sekali ahli Amanah.Ahli Umno? mungkin!!!!.ustaz ke cikgu? ulamak ke umarak? lebai ke dajjal .mungki dajjal.menulis bagaikan ilmuan islam tetapai kalau dah rasa cerdik mengap biarkan DAP bermharajalela menghina islam seperti aku kata,mengapa kau tidak bincang ,ajak berbahas,berdebat.beri fahaman ,ini tidak mencabar admin sirakan tulisan kau.lain kali akalu nak tulis buka kain dulu tenguk burung dan telur .kalau rasa burung tak terlepas dan telur tak penyek .tulislah .Admin tak payah layan simabuk pil kuda ni .kita faham dai isi tulisanya .siapa dia ni.ini pengikut taksub membabi pekak.

Tanpa Nama berkata...

Hujah tu aku dah 40 tahun dulu dah.
Umno mula mula kata macam tu. Sekarang macai umno dalam pas pun ikut. Tapi hanya pas saja kot yang islam. Hadi kan suka kafirkan orang sejak dulu lagi. Gumbira gumbira.

bangang berkata...

anon 12.42
d awal penulisan kamu kata ia bkan hal politik tp pmbacaan sterusnya menunjuk kan ia hal politik.

apa kah dap saja cina?mca bkan cina kah,gerakan bkan cina kah?

Unknown berkata...

salam Amanah Sejahtera semua... saya harap sgt agar Parti ini akan melantik Dr Mujahid ataw Dr Dzulkefly jd Presiden sblm PRU14 akan dtg agar Abg MatSabu tak dikotak katik kan oleh parti lawan maupun parti kawan...saya harap Abg Mat akan diletakkn sbg Mentor ataw KetuaUmum spt dlm Pkr dan bknnye sbg teraju utama parti krn pd analisis saya, Dr Mujahid n Dr Dzulkefly adalah org yg boleh mnjawab kpd segala soalan2 yg dr kawan n lawan..

Pang Lima berkata...

Terbaikkkkk PAN... Bergerak terus mencapai kemenangan .... Terus berjuang berlandaskan islam...

Tanpa Nama berkata...

Memang Agama di sisi Allah ialah Islam tetapi dalam Islam ada 4 mahzab bererti dalam zaman atau keadaan tertentu kerja-kerja dakwah Islam dan cara hidup Islam mesti di sesuai kan mengikut mahzab atau kata-putus dari Ulama yang tersohor pada masa itu. Tetapi bukannya bermaksud Islam perlu di ubah sebaliknya Islam membenarkan pandangan-pandangan lain seperti dalam isu bai'ah.

Pelik juga DAP yang begitu memusuhi Islam dan telah lama melaksanakan agenda mencemarkan Islam boleh memperdayakan Ulama dan Tok Guru untuk bekerjasama.
Tidak mustahil sekarang ini pemimpin PAScai yang sama juga sedang di perdayakan oleh UMNO pula. Sebab itu PAS perlu tukar Presiden yang tidak tahu mengambil munafaat untuk mesyiarkan Islam sebaliknya hanya mengunakan hukum seolah-olah pendirian Islam nya kuat.

Parti Amanah bukan untuk menyokong DAP tetapi untuk mengantikan PAS dalam pakatan rakyat. Semasa Bersih penyokong DAP telah menyediakan air wuduk untuk orang-orang Islam malah ada yang sanggup membantu peserta demo mengambil wuduk dengan memegang air botol.

Mustahil orang yang benci Islam bertahun-tahun lamanya sanggup melakukan perkara sedemikian. Dan apabila niat UMNO di persoalkan kerana tiba-tiba menyokong hudud, Hj Hadi berserah kepada Allah.

Bezakan pula cara UMNO menangani masalah politik dengan masalah isu agama seperti pengunaan nama Allah. Yang mana kah lebih menjadi keutamaan kepada UMNO selama ini? UMNO sanggup buat bermacam-macam untuk memenjarakan Anwar. Lebih pada itu untuk menutup skandal yang melibatkan pemimpin UMNO, seorang CEO bank mati di tembak di tempat letak kereta bukan di tempat tertutup dan terkini seorang peguam pula hilang di syaki di culik.

Pemimpin UMNO membela dan membisu dengan kenyataan Rosmah yang dikatakan menghabiskan berjam-jam untuk bershopping dan menurut Mahathir, dia juga mendengar yang Rosmah mengunakan Khidmat bomoh.

Orang yang memusuhi Islam tidak dapat mengubah Agama Islam tetapi mereka dapat mengubah cara hidup dan sikap pemimpin Islam termasuk lah isteri pemimpin. Jadi jangan lah risau sangat dengan mengunakan nama Allah.

Tanpa Nama berkata...



Azan

Laungkan lah azan dengan sedap telinga mendengar nya terutama pada waktu subuh.

Bezakan azan di radio dan tv yang bernada rendah dan sederhana. Selalunya azan di radio dan tv dah lama habis tetapi azan di mesjid masih lagi kedengaran baru masuk setengah.

Kita sibuk dengan lapuran azan tetapi apa UMNO buat bila majikan dan sebuah bank tidak membenarkan orang Islam mengerjakan solat zuhur? Mengapa UMNO dan anon tidak kata majikan dan bank tersebut adalah musuh Islam?

Tanpa Nama berkata...

Terang lg bersuluh... itulah matlamat ketuanan ghb