Ringgit mungkin RM4.50 berbanding AS$1
Syarikat perkhidmatan kewangan Credit Suisse percaya nilai tukaran ringgit berbanding dolar AS akan menurun lebih rendah pada bulan-bulan akan datang.
Dalam tempoh tiga bulan firma itu menjangkakan nilai dagangan ringgit ialah RM4.50 bagi setiap AS$1, lapor CNBC.
Sementara itu penganalisis HSBC juga dilaporkan percaya nilai ringgit belum tiba di tahap terburuknya dengan mengambil kira kejatuhan harga minyak sawit.
"Ada kemungkinan nilai ringgit berbanding dolar AS akan jatuh ke tahap paling rendah," kata penganalisis itu.
Penganalisis juga percaya perbandingan keadaan semasa dengan situasi krisis ekonomi pada 1997 adalah tidak tepat dan bersedia memberikan jangkaan lain mengenai sejauh mana ringgit akan turun.
Penganalisis Merrill Lynch, Chua Hak Bin juga tidak setuju keadaan pada 1997 dijadikan perbandingan.
"Sesetengah indikator adalah lebih tinggi berbanding keadaan pada 1997, termasuk tanggungan isi rumah serta hutang awam dan luaran," katanya.
Syarikat perkhidmatan kewangan Credit Suisse percaya nilai tukaran ringgit berbanding dolar AS akan menurun lebih rendah pada bulan-bulan akan datang.
Dalam tempoh tiga bulan firma itu menjangkakan nilai dagangan ringgit ialah RM4.50 bagi setiap AS$1, lapor CNBC.
Sementara itu penganalisis HSBC juga dilaporkan percaya nilai ringgit belum tiba di tahap terburuknya dengan mengambil kira kejatuhan harga minyak sawit.
"Ada kemungkinan nilai ringgit berbanding dolar AS akan jatuh ke tahap paling rendah," kata penganalisis itu.
Penganalisis juga percaya perbandingan keadaan semasa dengan situasi krisis ekonomi pada 1997 adalah tidak tepat dan bersedia memberikan jangkaan lain mengenai sejauh mana ringgit akan turun.
Penganalisis Merrill Lynch, Chua Hak Bin juga tidak setuju keadaan pada 1997 dijadikan perbandingan.
"Sesetengah indikator adalah lebih tinggi berbanding keadaan pada 1997, termasuk tanggungan isi rumah serta hutang awam dan luaran," katanya.
Ekonomi, ringgit pulih jika Najib tiada, kata Dr Mahathir
Ekonomi dan mata wang negara hanya akan pulih jika Datuk Seri Najib Razak disingkirkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Dalam tulisan di blognya, bekas perdana menteri itu berkata jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihkan, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri.
"Hanya dengan pengundurannya sebagai perdana menteri Malaysia barulah ekonomi akan pulih, nilai ringgit akan meningkat, dan kos sara hidup akan turun.
"Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia akan mampu berdiri semula," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu melalui blog popularnya chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata, walaupun pada mulanya beliau bekerja keras memastikan Najib mengambil alih jawatan tertinggi negara itu, beliau kini mahu pengganti Tun Abdullah Ahmad Badawi itu disingkirkan.
"Ia bukan hal peribadi.
"Ia adalah kerana dia gagal teruk sebagai perdana menteri," tulis negarawan itu.
Dr Mahathir mendakwa Najib membayar orang berdemo di jalanan bagi menyokong beliau, merujuk kepada perhimpunan "baju merah" pada 16 September lepas.
"Najib membayar orang untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan untuk menyokong beliau. Dengan sewenangnya beliau juga mengharamkan usaha orang-orang tunjuk perasaan bagi memecatnya," kata bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu.
Langkah Putrajaya menahan penunjuk perasaan membantah Najib juga tidak bersifat demokratik, kata Dr Mahathir yang turut hadir pada perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini bagi mendesak Najib meletak jawatan.
Beliau kemudiannya membandingkan ekonomi Malaysia dengan negara Asia lain dengan mengatakan pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot berbanding Filipina dan Indonesia.
Dr Mahathir berkata kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham menyebabkan masalah kepada perniagaan, pengimport dan pengeksport, sambil menambah kos sara hidup juga meningkat selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April lepas.
"Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri Malaysia.
"Rakyat Malaysia mesti menuntut penyingkiran Najib.
"Ianya sesuatu yang amat demokratik untuk menuntut penyingkiran beliau," kata Dr Mahathir yang sejak tahun lepas menjadi pengkritik hebat Najib ke atas dasar dan cara beliau mengendalikan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau sudah berkali-kali menggesa peletakan jawatan Najib dan juga meminta Umno yang dipimpin Najib untuk menyingkirkannya. -TMI
13 ulasan:
SERATUS Lebih...Sebutan "HISAB"
Di Ulang-ULANG...Di Dalam QURAN
Mengaku ISLAM...Ber Gelap SONGLAP
"AUDIT-Hisab"...Sengaja di BUTAkan
"AUDIT-Hisab"..."SYSTEM" Azali
Walau Se ZARAH...Akan Di TIMBANG
Me Ngaku FAKEH...Balak Di CURI
Million & BILLION..Khazanah HILANG
"AUDIT-Hisab"..."SYSTEM" Yg'ESA
Dari Dunia...Sampai AKHIRAT
Dekad & ABAD...Mengukur MASA
Matahari & BULAN...Meng Hitung TEPAT
Mengaku FAKEH..."Hisab" nya BEBAL
"AUDIT-Hisab" nya...Tolol SEKALI
Khazanah Negara...Habis Ter JUAL
Kerana SONGLAP...Fitnah yg KEJI
"AUDIT-Hisab"..."SYSTEM" Miracle
"System"--TUHAN...Sepanjang ZAMAN
Walau se ZARAH...Di "Audit" TOTAL
Itu lah Ke AGUNGAN..Ke Adilan TUHAN
"AUDIT-Hisab"...Anugrah ALLAH
Ibarat CAHAYA...Lurus & TERANG
Tiada PONTENG...Songlap & FITNAH
Insan AMANAH...Cahaya GEMILANG
"AUDIT-Hisab"..."SYSTEM" Azali
"SYSTEM"--TUHAN...Me Liputi MAYA
Ponteng FITNAH...Songlap yg KEJI
"RAHSIA" Peng Khianat...Automatik Ter BUKA
Agak mahathir balasan yg dia terima... berkali2 mempengaruhi golangan perniaga..golongan pertengan...golongan bawahan...mengwar2kan najib tak boleh jadi PM.. tp semua org tak ambik perhatian...memberi tekanan dlm negara...skg tgh memberi tekanan dr luar negara... rakyat malaysia takde mengambil perhatian apa yg di ucapkan... supaya rakyat malaysia ambil perhatian tindakannya... dia singgah sekejap kat demo BERSIH... kekdg kesihan juga org mcm ni..
Kekadang kita perlu juga membiarkan Mahathir merasai apa yang dia buat pada pembangkang suatu masa dulu? Kita juga perlu mengingatkan Najib bahawa dua bukan kebal seperti para Sultan.
Pemimpin kalau dirasai tidak kompetent sepatutnya mengundurkan diri secara sukarela dan bukan bertenggek pada jawatan itu secara tidak bermaruah. Najib lupa bahawa dia mewakili UMNO dan bila Najib tidak bermoral dan hina, ianya mencerminkan bahawa kesemua pemimpin UMNO tidak bermoral dan hina. Kenapa ya? Sebabnya ialah tiada pemimpin UMNO lain yang memintanya meletak jawatan malahan menyokong segala kelakunya yang salah dan tidak bermoral ... ibarat sokong membawa rebah.
Kelemahan Najib juga melambang kelemahan rakyat Malaysia terutama Melayu. Kita memilih seorang pemimpin yang lemah, tiada berwawasan, korup, .... Ingat akan pesanan Allah swt bahawa Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu KECUALI mereka mengubah nasib mereka sendiri. Jadi adakah kita nak biarkan Najib menjahanamkan negara kita? Puak Cina, India dan sedikit Melayu dah menyatakan pendirian depa dengan jelas melalui BERSIH 4. Melayu UMNO dan PAS masih nak berlumur dengan TAHIkah? Seterusnya menjadi HARAMJADAH dan BANGSAT.
Manusia yang bingai-bingai tidak akan merasa dipimpin oleh orang yang pandai-pandai. Mereka hanya layak dipimpin oleh orang yang bingai-bingai juga!!!
Kedurjanaan seorang pemimpin tertinggi negara disembunyikan dalam satu bekas ysng tebal dan kebal. Dikawal serapi2nya oleh semua jentera negarsa. Tetapi sunnatullah pasti akan berlaku sama ada cepat atau lambat !
Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Jangan di CARI...Murka nya TUHAN
Ponteng FITNAH...Menikam KAWAN
Songlap HALOBA...Ber Nafsu SETAN
Cari lah CAHAYA...Terang Ben DERANG
Jangan di IKUT...Songlap yg GELAP
FITNAH Men CURI...Harta Ter LARANG
Jangan Se SEKALI...Jadi Ke LAHAP
Jangan Se SEKALI...Jadi Ke LAHAP
Me CURI Harta...Khazanah NEGARA
FITNAH Men CURI...Di Dalam GELAP
Di Dunia GULANA...Di Jilat NERAKA
Jangan Ter TIPU...Pangkat dan NOBAT
Jangan Ter LIUR...Pen CURI Ber JUTA
FITNAH Putar...Syirik dan MURTAD
Tunggang TERBALIK...Sendiri Ter SEKSA
Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Cari lah Se JUJUR7..Nilai Ke JUJURAN
Cari lah Se IKHLAS7..Puncak Ke IKHLASAN
Temui lah Se MUTLAK7..Paksi Ke BENARAN
Ber Temu PUNCAK...Paksi Ke BENARAN
Jujur dan IKHLAS...Cahaya PEDOMAN
Hidup Ber CAHAYA...Di Kasehi TUHAN
Menjadi PEMIMPIN...Suri TAULADAN
Se Jujur7'KEJUJURAN...Tiada BANDINGAN
Se Ikhlas7'KEIKHLASAN...Tiada TARA nya
Se Mutlak7'KEBENARAN...Amanah TUHAN
"AUDIT-Hisab-NYA"...Ber Takhta di JIWA
Banyak negara yang bergantung kepada ekonomi berasaskan komoditi seperti Australia, Rusia dan Brazil mengalami kejatuhan nilai mata wang yang lebih teruk berikutan penurunan harga minyak dunia dan pengukuhan dolar Amerika. Jika Najib letak jawatan seperti kata Mkini (mewakili pembangkang) maka nilai matawang negara2 Ausssie, Russia, Jepun, China, Brazil dan beberapa negara Eropah akan turut naik sama seperti Malayasia..betul ke admin.
Bala demi bala mrnimpa Malaysia
Najib masih tebal muka
Washit omar bekas ceo gaybank menipu seluruh rakyat Malaysia kununmya everything okay
Audahnya semua capitalist melayu hampir bankrap kerana yakin dgn kata kata washit omar
salam megat pnjilat
mai gue sekolahkan kau
ringgit jatuh lebih 29peratus sejak 2014
tahun ni jatuh lebih 19peratus
mata paling teruk dan pariah di dunia
ausie dan new zeland brazil jtuh tak seteruk malaysia. singapore jatuh 6 peratus jer
zeti kata punca 1mdobi di mana najis adalah ptngerusinya..
jd kalau najib turun ... maka muhyidin boleh ambil alih dan bungkus 1mdobi
dan seterusnya lepaskan anwar ibrahim
dan seterusnya audt petrons
dan felda
sebab komoditi minyak dan sawit bergelumang dgn rasuah...
barulah ringgit naik sikit!!! amacam tak paham?
Yang dok compare dengan negara seperti Australia, Rusia dan Brazil wat ape? Mahathir sendiri bezakan kejatuhan mata wang kita dengan Indonesia dan vietnam sebab nak comparekan dengan Singapore pun, M'sia dah tak layak.
Ini pergi Indon pun dah tak laku. Kena guna dolar.
Panjialam ke putaralam ?
Najib sepatutnya mengambil pengajaran dari kesilapan Mahathir. Apa yang berlaku kepada Mahathir akan berlaku kepada Najib malah lebih teruk sebab memang semakin teruk apabila penganti yang lebih teruk pula mengambil alih kuasa.
Mahathir mengambil tanggung-jawab untuk memperbetulkan kesalahan yang pemimpin laku kan sekarang.
Bezanya Najib sama macam Pak Lah dan Muhyiddin tidak berbuat apa-apa apabila keadaan berulang lagi.
Begitu juga apakah Raja Melayu tidak tahu langsung tentang ekonomi ?
Mata wang akan pulih sekiranya masalah 1MDB selesai - Zeti.
Masalah 1MDB selesai sekiranya Najib letak jawatan - Rakyat & Mahathir.
Negara Ausssie, Russia, Jepun, China, Brazil dan beberapa negara Eropah tidak ada 1MDB dan Ketua negara tersebut tidak ada RM 2.6 billion dalam akaun mereka.
Macam mana nak Budak Bahalol ber tanggung jawab???
Rakyat yang salah kerana angkat pilih Budak Bahalol tuk jadi Pemimpin Rakyat
Sah dah Budak Bahalol buat taik!
Tapi tak mungkin Budak Bahalol dengan Otak Gred 3 nya nak jadi bijak macam Angela Merkel kan?????
Salah kan diri sendiri lah....
Mat Bahalol tu Budak Bahalol , kalau dia Bijak pasti negara tak gawat sekarang ini
Tepok dada tanya selera , sudah
Salam 1Bahalol bah....
Catat Ulasan