13 Sep 2015

[BERGAMBAR] Lebih 500 Borang Parti Amanah Negara Diserahkan Di Hari Pelancaran PAN Melaka


Lebih 500 borang keahlian Parti Amanah Negara yang telah siap diisi telah diserahkan kepada Pengerusinya, Tuan Hj Mohammad bin Sabu di majlis pelancaran Parti Amanah Negara peringkat negeri Melaka di dalam satu upacara yang gilang gemilang di Hotel Mahkota Melaka pagi tadi.

Borang-borang berkenaan telah diserahkan oleh Penyelaras kawasan-kawasan Parti Amanah Negara negeri Melaka dimana Bukit Katil merupakan kawasan yang paling banyak menyerahkan borang, diikuti dengan Kota Melaka, Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Tangga Batu.

Tn Hj Mohammad Sabu di dalam ucapan perasmiannya menyatakan penubuhan Parti Amanah negara merupakan wadah baharu yang komited meneruskan legasi politik Islam yang pernah ditunjukkan Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menyatakan Parti Amanah Negara meletakkan Islam itu sebagai "rahmatan lil alamin" (rahmat untuk sekalian alam).

Beliau turut menyatakan bahawa urusan pengambil-alihan Parti Pekerja-pekerja Malaysia telah diselesaikan dan beberapa pindaan seperti nama serta perlembagaan parti akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan tarikh hari pelancaran parti baharu tersebut akan diadakan pada 16 September ini di IDCC Shah Alam.

Gelombang kebangkitan rakyat yang mendokong Parti Amanah Negara, menurutnya lagi bertiup dari arah selatan tanah air dimana sokongan besar terhadap penubuhan parti baharu amat jelas di negeri-negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebelum itu, Pengerusi Parti Amanah Negara Melaka, Tn Hj Adly Zahari didalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa selepas dari majlis pelancaran ini, Amanah Melaka akan mengorak langkah ke hadapan termasuk mengemaskinikan jawatankuasa di peringkat negeri dimana lajnah-lajnah akan dibentuk untuk melancarkan lagi gerak kerja parti.

Majlis pelancaran Parti Amanah Melaka telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan beberapa pimpinan parti pembangkang negeri Melaka serta ngo-ngo yang telah turut hadir menyerikan majlis berkenaan. Diantara mereka yang hadir termasuklah Ketua DAP Melaka, YB Goh Leong San, YB Khoo Poay Tiong (ADUN Ayer Keroh) dan Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him, Pengerusi Keadilan Negeri Melaka yang juga ahli parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dan timbalannya, Sdra Gooi Teik. Pemimpin ngo IKRAM Melaka, Sdra Zairi Suboh dan Ahmad Mohd Zainal turut hadir.


PAN jangka keanggotaan lebih 100,000 menjelang hujung tahun

Parti Amanah Negara (PAN) menjangkakan lebih 100,000 orang termasuk anggota PAS akan menyertai parti itu menjelang hujung tahun ini.

Presiden PAN Mohamad Sabu berkata sehingga kini PAN menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur daripada pelbagai pelbagai parti politik di negara ini.

"Kita mengedarkan borang keahlian PAN di seluruh negara dan menjangkakan bilangannya akan meningkat sehingga akhir tahun ini.

"Pada hari ini PAN menerima borang keahlian sebanyak 500 melibatkan penduduk Melaka termasuk anggota PAS.

"Di Johor PAN menerima 5,000 borang keahlian manakala di Kedah sebanyak 2,721 borang keahlian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PAN Melaka di Melaka, hari ini.

Turut hadir Pengerusi PAN Melaka Adly Zahari dan Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka.

Mohamad berkata PAN Melaka akan bergerak sebagai sebuah parti politik bermula hari ini dan terus bekerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu.

Beliau berkata PAN juga bersedia bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan PAS dalam sesuatu isu sekiranya perlu.

Mengulas tentang anggota PAS iaitu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar memilih untuk yang menyertai PKR, katanya ia tidak memberi kesan kepada PAN kerana mereka masih anggota Pakatan Rakyat.

"Tidak apalah...asalkan mereka berada dalam Pakatan Rakyat..barangkali mereka ada pandangan masing-masing..saya mengalu-alukan mereka menyertai PKR," katanya.
– Bernama












IKLAN BERBAYAR






15 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tak sampai sebulan

Hebat sungguh gerak kerja guna tenaga ahli Amanah

Hebat

Masa depan yang cerah utk Amanah

Rakyat pasti akan bersama

lelaki dicermin berkata...

Mat sabu dah jadi menteri pulak skg... masa mat sabu dtg kedaerah aku... utk penubuhan ghb... ucapanya bersahaja saja..takde lagi lawak2 sindiran...padahal aku dtg nak dengar ucapan lawaknya tu...aku tak salahkan dia.. sbb skg dia presiden sebuah parti.. yg aku tabik.. sikit pun dia tak burukkan pas.. walau pun pimpinan pas membelasah team dia..

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira
Proses pembersihan
Cuma satu harapan masyarakat
Biar benar benar AMANAH hinggĂ  keakhir hayat
Masyarakat dah bosan dengan perangai pemimpin pemimpin sombong bongkak tidak jujur. Hidup PAN. ALLAHUAKBAR

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..semoga target lebih seratus ribu keanggotaan di penghujung tahun ini akan tercapai..AllahuAkbar!

Tanpa Nama berkata...

Waktu pelancaran 16 sept:

Klu 1 negeri ada 500 org
14 negeri sudah 70 000 orang.

Lepas tu kalu buat sistem piramid, 1 org cari 5 orang, 70 000 x 5 = 350 000 orang.

Dekat pru14 mau capai 1 juta org.
Dgn syarat amanah mesti betul2 amanah.

Tanpa Nama berkata...

Amacam ADUN tunggal Pas Melaka Dr.Hj.Khalid Hj.Kassim, bila lagi nak join PAN Melaka.YB mesti ingat DUN YB sekarang ialah kawasan Bukit Baru yg majoriti pengundi yg sokong Pas dulu ialah kaum Cina dan DAP. Kalau masih nak istiqamah dgn Pas belom tentu boleh kekal sebagai ADUN di Bukit Baru tu, kecuali kalau YB bertanding hanya nak mencari keredhaan Tuhan semata-mata, bukan nak menang.Lagi pun hampir semua jentera dan ahli Pas kawasan Bukit Katil dah berhijrah kepada PAN. Pru 13 dulu Pas menang dgn majoriti 40+ undi sahaja, bukannya 40,000++....bila lagi YB?Kalau tak nak bertanding, bagi aja kerusi tu pada PAN utk bertanding....Setuju tak?

omar daud berkata...

Salam

U R rite mr.malaysiabaru gerak kerja memang hebat.Yg mewakili PKR pun merasa kagum,kerana semasa PKR dulu mana ada preparation macam ni,semua main tangkap muat sahaja,Zaid mat arif yg mewakili PKR melaka dulu dah lama ruyup.PKR hebat cuma di wilayah/selangor dan Penang sahaja.Sebab di ibu kota pergerakkan reformasi bermula dan di Penang adanya Anwar.Mereka menang pilihanraya semata-mata issue Anwar dan issue rakyat.Bila menang selangor , wilayah dan penang,tak tahu nak buat apa tentang perkembangan parti,pekerja parti kebanyakkan sukarelawan-sukarelawan yg tak berparti,sekarang bila PAS nak bergerak sendiri semuanya kelam-kabut.Sepatutnya mereka berusaha bersama GHB kerana GHB mepunyai kekuatan pemimpin dan pertugas yg dedikasi,tapi masih lagi nak berpayung pada PAS,sebab tu PAS boleh kencing PKR dibanyak tempat semasa pilihanraya.Bayangkan semasa bertanding di Parlimen Segamat dulu,pertugas-pertugas PKR hanya 2/3 orng sahaja,sepatutnya PKR boleh menang parlimen itu.kena tipu kaw-kaw dgn BN, BANYAK PETI-PETI UNDI ditukar masa last minute,sebab takada orng nak jaga.
Walaubagaimanapun sifat setiakwan Amanah akan beri kerjasama dgn PKR.

moga-moga tercapai target akhir tahun ni!!TARGET 100,000 ahli berdaftar.

wassalam.

Abuabdullahalbanjari berkata...

Rakyat yang prihatin sedang memerhatikan. Sekiranya para pendukung menunjukkan kematangan dalam berpolitik insyaAllah keputusan yang baik akan diraih pada PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

Amacam YB Dr.Khalid Hj.Kassim, ADUN tunggal Pas di DUN Bukit Baru, bila lagi nak join PAN Melaka? YB pasti ingat majoriti Pas menang di situ hanyalah 40+ undi sahaja.Hakikatnya yg majoriti undi YB di DUN tu ialah kaum Cina dan penyokong DAP. Kalau YB taknak bertanding lagi bagilah kerusi tu kpd PAN Melaka, kalaulah YB kata kalah takpa, yg penting keredaan Tuhan.Bila lagi nak join PAN Melaka. Pasal baiah tu dah ramai sgt pendapat dan fatwa ulamak2 lain yg confirmkan baiah tu lagha dan tidak ada dalam syariat Islam, apa nak dibimbangkan lagi YB. Jangan takut Presiden Pas tapi lebih takutkan Allah. Tuhan dah beri YB fikiran dan kebolehan, gunakan utk berfikir dan berjuang kepada kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Perlu diingat islam itu bukan hak peribadi pas... kalau keluar pas bukan bermakna keluar islam... tahniah dan alhamdulillah buat PAN, teruskan perjuangan dgn ikhlas dan tak usah hirau dgn salakan2 yg sememangnya ingin menjadi batu penghalang...saya support dan doakan yg terbaik buat PAN...Aminnn...

Encik Ubi Bakar berkata...

Good luck PAN.

Tanpa Nama berkata...

Bila yg BIJAK dah dihalau dari PAS maka tinggal yg TUNGGUL sahaja dalam parti CAI...

Bila bukak mulut je pemimpin autoCAI maka terserlah kebangangan mereka. Contoh terkini ialah statment Persuruhjaya pasCai Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad....
(Dipetik dari Sinar Harian)

"Sebelum ini, Harapan Baharu mensasarkan boleh menarik 3,000 ahli, tapi kita mempunyai 90,000 ahli Pas di Selangor, kalau boleh capai sasaran mereka, namun ia hanya beberapa peratus dan jauh dari jumlah ahli Pas," katanya lagi.

Bukankah bangang namanya membandingkan jumlah ahli parti yg berusia TUA BANGKA dengan parti yg BARU NAK DAFTAR...!!!

Silap2 jumlah ahli parti pas Selangor yg berjumlah 90 ribu org seperti dakwaan Datuk Abdul Samad tu...dah lebih separuh berpindah ke parti baru....!!!

Kalau diperhati betul2 bila yg bijak dah keluar....maka yg tinggal memimpin pas hanya lah para JEBON TOLOL BARUA BROKER dan SIKULUTUT sahaja....kah kah kah



Abdul Said berkata...

Semoga parti baru terus berkembang membawa janji-janji lama yang telah terlalu lama ditinggalkan oleh UMNO dan juga PAS. Janji-janji itu ialah kehidupan yang lebih baik, hidup dalam harmoni dan bersatu padu, keselamatan rakyat dan negara terjamin, pendidikan bertaraf negara maju, perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh serta pembahagian ekonomi yang adil serta membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Takde bangunan tinggi pun tak ape, tak ade stadium besar pun tak ape, tak de universiti bersepah-sepah pun tak ape, yang kita mahu dimana kita kuat disitu perlu dimajukan. Kalau kita kuat dalam sektor perladangan maka majukan lagi sektor itu, kalau kita baik dalam penyelidikan hasil perhutanan seperti herba dan perkayuan maka tumpukan lagi bidang itu. Namun jangan lupa membenteras rasuah, salah guna kuasa, kecurian harta negara dan penjarakan mereka yang mengkhianati negara dan rakyat. Kalau UMNO ada perhubungan dengan Parti Komunis China, parti ini juga patut mengadakan hubungan yang sana. Sebab? Negara China mempunyai undang-undang anti rasuah yang terbaik di Asia.

Tanpa Nama berkata...

Mana borang-borang aku dah tak sabar lagi nak bawa kawan-kawan masuk kedalam parti Amanah ni. Hidup mestilah Amanah.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah berbulan tunggu, bila parta amanah negara akan tubuh cawangan dekat kampun aku hah. Ingat tahu, bawa borang-borang sekali.