13 Sep 2015

"Amanah" Bergema Di dalam Kongres Rakyat

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar mensasarkan pada tahun 2015 keyakinan rakyat terhadap agensi itu meningkat 70 peratus.

Beliau ketika berbahas usul pada Kongres Rakyat berkata ketika awal penubuhan SPRM keyakinan rakyat sekitar 39 peratus sahaja.

Sehingga tahun 2014 keyakinan rakyat terhadap SPRM sudah meningkat 68 peratus.

"Integriti kepimpinan itu penting, apabila pemimpin terima amanah dan melaksanakan amanah tersebut dengan baik maka segalanya akan selesai dengan sempurna.

"Penting pemisahan kuasa perlu ada dalam kita melaksanakan intergriti sebenar dalam SPRM, dengan pengasingan kuasa inilah bukan sahaja amanah tertunai tetapi setiap kes diselesaikan dengan baik," ucap beliau di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi ini.

Ucap beliau lagi, rakyat mahu agar SPRM bebas dari campurtangan politik dalam isu-isu penguatkuasaan.

"Dalam SPRM kita ada pelbagai entiti bagi memastikan keberkesanannya, namum SPRM hanya membuat siasatan terhadap laporan.

"Pendakwaan masih lagi dibawah bidang kuasa Peguam Negara yang menentukan sama ada kes tersebut boleh didakwa ataupun tidak," ucap beliau.

Beliau menyarankan agar rakyat terus menjadi mata dan saksi kepada SPRM agar segala penyelewengan rasuah dan kuasa dapat dibendung sepenuhnya. -HD

ULASAN GB

Perkataan "Amanah" tiba-tiba bergema di dalam Kongres Rakyat anjuran PAS semalam. Zahirnya yang berucap ialah seorang bekas pegawai kerajaan namun hakikatnya ia pengajaran penting dari Tuhan. Ia adalah satu peringatan dari langit untuk semua yang menghadiri Kongres Rakyat anjjuran PAS tersebut - bahawa menurut bekas Timbalan Ketua SPRM, DS Zakaria Jaffar - "Integriti kepimpinan itu penting, apabila pemimpin terima amanah dan melaksanakan amanah tersebut dengan baik maka segalanya akan selesai dengan sempurna."

Menjadi seorang itu Islam semata-mata tidak mencukupi jika tidak ada sifat amanah! Berapa ramai pemimpin di kalangan umat Islam yang tidak amanah dengan tanggungjawabnya. Korupsi, rasuah, opportunistik, bersikap zalim walaupun ahirnya kelihatan alim dan seumpamanya - berlaku di kalangan pemimpin Islam. Berlaku di dalam parti walaupun ia menggunakan nama Islam.

Termasuk di dalam hal-hal yang tidak amanah ialah tidak melaksanakan tanggungjawab sepertimana yang dituntut ke atas diri seseorang - misalnya khianat kepada janji (walaupun janji dengan bukan Islam), ponteng kerja atau tidak melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat serta ketua yang mencerai-beraikan parti walaupun dia disuruh mempersatukan.

Amanah berkait rapat dengan IMAN seperti sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

“Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah”. Riwayat Imam Ahmad

Demikian pentingnya "amanah" - kerana ia ciri orang beriman.

Orang beriman tidak celupar mulutnya, tidak mengeluarkan perkataan keji atau mencaci orang lain dalam apa keadaan sekalipun.

Islam itu di zahir yang ditampakkan melalui rupa fizikal seperti berjubah, berserban, berjanggut dan seumpamanya manakala Iman itu dari lubuk hati yang suci bersih, walaupun ada ketikanya si beriman itu tidak berjubah, tidak berserban serta tidak berjanggut. Seperti sebuah kereta, fizikalnya yang cantik tidak semestinya enjinnya baik. Ia tidak mampu untuk berfungsi sebagai kereta jika enjinnya rosak. Seroang Islam belum tentu beriman, jika hatinya masih penuh dengan sifat-sifat keduniaan - mazmumah - walaupun bibirnya basah dan bijak mengaturkata mengenai Islam.

Pada zaman Rasulullah sudah ada sekelompok orang yang mengaku Islam, tetapi tidak ada imannya. Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman:

“Orang-orang Arab Badwi itu berkata: “Kami telah beriman.” Katakanlah (olehmu Muhammad kepada mereka): “Kamu belum beriman, tapi katakanlah ‘kami telah Islam’ kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat pada Allah dan Rasul-Nya, Dia tak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat [49]:14).

Di situlah bezanya kumpulan (parti) orang Islam dengan kumpulan (parti) orang amanah!









IKLAN BERBAYAR






18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org islam bila dah terdesak baru nak ingat islam. razak baginda yg dikaitkan dgn kes altantuya mengikut dokumentari aljazeera menubuhkan islamic peace foundation. apa pula persepsi non muslim terhadap org sebegini. klu nak taubat, buat betul2 dan buktikan komitmen bersungguh2 terlebih dahulu sblm nak kaitkan diri dgn identiti islam. takut cemar nama islam

Tanpa Nama berkata...

Hadi takut dengan parti AMANAH sebab dia tak amanah dengan ayat ayat Allah yang dia putarbelitkan. Ahli biasa akan takbir walaupun hadi temberang kerana mereka belum tahu tembelangnya. Bila berjanji dengan pakatan dia mungkir. Bila ahli lari keparti lain dia kata kianat. Dia tetap tidak kianat pada janji.
Hadi 3x
Gumbira gumbira
Kerana ahli semakin lari
Nasibmu seperti najib yang terperosok dipenjuru lantaran dosa sendiri kerana kianat

Tanpa Nama berkata...

Sepatut nya pemimpin pas yg keluar drp parti . kena munasabah diri.kalau kata diri tu betul tak apalah. .kita tunggu.

Tanpa Nama berkata...

Aku sudah kata dulu. Untuk mentadbir sebuah negara yang penduduknya seramai penduduk kota jakarta sahaja sangat2 mudah. Kita hanya perlykan pemimpin yang amanah. Kita ada segala2nya yang diberi Allah Taala. Baik dari gunung, turun ke lembah membawa ke laut, negara kita cukup2 kaya. Aku boleh beri jaminan dengan izinNya, hasil bumi yang hanya seluas 10 ekar sahaja di negeri perak boleh membayar semua hutang2 bank dunia yang berbilion2 itu.

Tapi malangnya pemimpin2 melayu celaka termasuk rajanya yang pandai tapi bodoh itu tidak tahu rahasia keajaiban bumi perak ini. Harta2 ini sedang dirembat oleh lanun2 celaka dari negara china yang senyap2 menyusup masuk membalun habis2an harta merdak bumi melayu.

Di kelantan ada bahan tenaga nuklear yang selamat. Boleh menjana tenaga elektrik sebuah bandar yang dijana dari bekas hanya sebesar kotak rokok sahaja.

Dalam hutan kita ada ubat bagi semua penyakit termasuk kanser dan aids. Aku buka cerita ini semata2 hendak maklumkan bahawa tiada negara sekaya negara ini.

Cuma sungguh malang melintang negara ini memiliki makhluk manusia paling tamak, paling khianat dan paling bahalol tak boleh nak kata apa dah.

Maka amanah itu sifat nabi yang wajib ada pada semua pemimpin. Tok2 ketua diharamkan jadi kaya. Kalau nak kaya kena jadi pengusaha, kena jadi peniaga dan sebagainya. Biar menteri pakai volvo buruk tapi rakyat pakai mercedes. Biar rakyat ambil dan guna semua harta merdak negara. Jangan bagi pada rakyat asing. Jangan usaha sama atau swastakan pada rakyat asing.

20 dahulu aku mencipta lebih 20 benda2 berkaitan teknologi ict kepada kementerian pendidikan. Tapi umno bn celaka tolak bulat2 atas nasihat puak2 snaiden british. Walau dah diuji di seluruh negara, projek rekaan aku tetap ditolak mentah2 kerana tidak sama warna bendera. Kerana tak reti nak kautim. Tuan2 tengoklah projek teknologi lapuk masih diajar di sekolah2 kita selama puluhan tahun yang dibekalkan oleh cina2 yang sama. Kayalah negara china. Papa kedanalah aku. Bodoh habis anak cucu kita. Padahal aku telah bersumpah, dengan izinNya aku akan lahirkan 10 ribu saintis negara dalam semua bidang. Apa2 teknologi hebat dalam dunia ini boleh dicipta oleh rakyat negara ini.

Hal ini tidak terjadi. Umno bn celaka lebih suka membeli dan terus membeli apa2 produk dari luar dengan harga makup yang cukup2 tinggi kerana semata2 hendak sumbat poket sendiri. Aku nak bagi tahu hakikat harta sumber haram itu ' harta itu akan jadi ketulan api neraka untuk kau telan selama2nya dalam neraka nanti'.

Tanpa Nama berkata...

kesian razak baginda jd maangsa bos yg busuk.

dia seorg pakar strategik antarabbngsa di ISIS(bkn khawarij kt syria tu)

dia seolah2 mnjadi mangsa keadaan

rugilah org melayu islam jd mngsa

termasuklah kesetiaan pd tugas pd sirul...pegawai2 sprm dll

zaman ini dimana yg amanah dn berintegriti jd mangsa. tk caya tnya mat said

zaman edan

Tanpa Nama berkata...




Mengupas KULIT...Menikmati ISI
Mencari MAKNA...Mencari ERTI
"Islam" KULIT...Islam HAKIKI
AMANAH Menyuloh..."Belit" yg KEJI


Belit SORBAN...Jubah yg "PUTIH"
KULIT yg Busuk...Wajib di BUANG
Belit FITNAH...U-Turn si FAKEH
Akal yg JERNIH..Terang Me MANDANG


AMANAH Menyuloh...Cahaya yg TERANG
"AUDIT-Hisab"...TELUS dan TEMBUS
PONTENG Khianat...FITNAH yg Curang
Songlap RASUAH...Di Bakar "HANGUS"!!!


AMANAH Kita...Kepada ALLAH
Wajib di BUKTI kan..Kepada UMMAH
CURI Songlap...Samun RASUAH
Punca FITNAH...TOTAL di MUSNAH


Punca KHIANAT...Ber Main FITNAH
Kerana Songlap...RASUAH Ber JUTA
SELFLESS MengABDI..Men'Junjung AMANAH
LANGIT dan Bumi...Turut GUMBIRA


SELFLES MengABDI...AMANAH di JULANG
LANGIT dan Bumi...TASBIH Ber LAGU
IKAN di Lautan...Unggas yg TERBANG
Bersama Men'JUNJUNG...AMANAH yg'SATU


IKAN Be Burung...Darat dan LAUT
LANGIT dan Bumi...ERAT ber'SATU
Memuji Ber TASBIH...Sahut Ber SAHUT
Ikatan AMANAH...Ke'AGUNGAN yg"SATU








Tanpa Nama berkata...

cukup jelas ulasan GB perbezaan PAS dengan PAN.

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah. HADI tambah pening lagi ni, yg sertai Amanah kira langgar Baiah cerai bini...Yang masuk pKR plak kene baiah ape plak nak langgar.kahkahkahkah.hadi hadiiiii

Tanpa Nama berkata...

Pas dah ke laut...cakap pun dah melalut...babi jugak yg kena...babi maner duduk kat dalam bukit...inilah standard ulamak yg dipuja pas! Kamon ahli pas...tanya dalam hati...korang nak ke berulamakkan hadi awang? Koman ler...

Tanpa Nama berkata...

Nampak pKr plak buat hal...Hadi dh xnk gabungn 2.0 tp pkr masih nak.Andai Pas masuk pr 2.0 pastu gaduh balik isu hudud pastu ulang balik perkara yg sama pongpang2 dap dan pas gaduh dlm media..Aduhhhh.Bodohnye politik Malaysia...
KESIAN aku rakyat biasa xtau nk bgantung yg mana..

Tanpa Nama berkata...

Salam GB, tgok kat astro VT hadi ckap "ya kita anjing yg menyalak bukit, tapi menyalak babi yg ada diatas bukit".
Apa jenis manusia si hadi ni. Memalukan Islam sungguh. Buang la kopiah yg dipakai tu

Salam
Fadzil

Tanpa Nama berkata...

x per... dia dh mengaku dia menyalak... ertinya dia dah mengaku dia anjing... biar bapa dan anak-anak anjing menyalak....

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi mengaku anjing itu dia tetapi sebelum siapa yang di maksudkan babi, minta Hj Hadi beritahu bukit mana yang ada babi sebab sekarang semua bukit dah jadi taman perumahan. Kalau ada babi atas bukit pun bukit itu dalam hutan yang masih belum diterokai. Bukit yang gondol sebab pembalakan pun babi dah cabut lari. Jadi apa yang dia salakan?

Tanpa Nama berkata...

Dan Hj Hadi juga berkata semua parti sedang bercakaran seolah-olah perkara biasa. Sebagai ulamak Hj Hadi dan sebagai parti Islam Hj Hadi tidak sepatutnya menyamakan dia dengan Najib atau menyamakan PAS dengan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Allah telah memberi Amanah kepada tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang tetapi semuanya menolak kecuali manusia. Tetapi manusia itu bodoh dan rugi. Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

hadi dh tak minat perjuangan hudud

hadi nk tukar profession

rupanya hadi ada kelebihan lain

dia boleh nampak babi dalam ... dalam .. dalam bukit

yg ni cina pun tkpandai

menjadi pemburu babi adalah kerja seterusnya

Abdul Said berkata...

Anon 11:57 AM. Saya tak mau komen banyak. Cuma bila sebut 'keajaiban bumi perak ini.' saya teringat Melayu UMNO yang bodoh membuat projek kilang simen Perak Hanjung. Ditipu oleh Korea dan tokey Cina je Melayu-melayu bodoh ni. Dulu masa buat kilang paku pun dibawa dari Korea, yang lain jangan ceritalah. Bila Melayu bodoh jaga kilang, perniagaan pun boleh merosot. Ini menunjukkan Melayu UMNo bukan saja bodoh bahkan khianat kepada negara sendiri. Sekarang kilang tu dah dibagi/jual kepada tokey Cina. Hari-hari boleh jumpa lori simen dia di merata Kuala Lumpur. Macam mana boleh maju??? Sebab Cina lebih amanah, jujur dan tekun dari Melayu baik yang bersongkok mau pun yang berserban. Selagi Melayu haprak berkuasa selagi itulah Melayu jadi bangsa yang bangsat!!!

Tanpa Nama berkata...

Teringat saudara Zul yang belajar/bekerja di Jepun dan pernah mempunyai taman teknologi dan telah mecipta banyak alat-alat yang memberi kebaikan kepada kehiduapn manusia dan salah-satu nya ialah bila telepon berdering di rumah, lampu rumah akan menyala.

Orang seperti Zul ini tidak di beri tempat yang sepatutnya kerana ada yang bagi alasan apa yang di buat adalah hanya mengubah sedikit pengunaan basic teknik auto alat tersebut macam pintu auta lah kira nya atau robot mainan. Dan benda yang dia buat kat Jepun dan melambak.

Sedangkan idea nak buat sesuatu yang baru itu bukan senang nak dapat. Memang di Jepun melambak tapi rasanya sampai sekarang budak-budak yang belajar tidak dengar ada yang hebat macam saudara Zul tersebut. Itu cerita 25 tahun yang lalu.