14 Ogo 2015

Ahli PAS Tak Dipujuk Atau Dpaksa, Mereka Sendiri Mahu Sertai GHB...


PAS tak lagi bawa ajaran Islam sebenar, kata GHB Selangor

Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Selangor hari ini mengumumkan senarai kepimpinannya selepas melihat PAS kini tidak lagi demokratik dan meninggalkan ajaran Islam sebenar.

Penyelarasnya, Izham Hashim berkata sepanjang 31 tahun penglibatannya dalam PAS, parti Islam itu kini dilihat membawa perbezaan besar daripada segi pemikiran yang memaksa GHB membawa wadah perjuangan Islam baharu.

"Apa yang mereka (PAS) bawa pada kami tidak bertepatan dengan Islam yang sebenar, iaitu terbuka dan demokratik, tidak lagi ada dalam PAS.

"Kita berpandangan, tidak ada pilihan melainkan kita terpaksa mengambil jalan (parti) yang baharu.

"Kita sudah cuba banyak tahun, buat perubahan dalam PAS, tetapi nampaknya kita tidak boleh berbuat sesuatu lagi," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.

GHB Selangor mengumumkan 21 ahli jawatankuasanya termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharudin yang dilantik sebagai timbalan penyelaras jawatankuasa itu.

Izham berkata GHB Selangor yang dibentuk ini akan terus membawa panji perjuangan politik Islam, membela rakyat serta menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua, khususnya di Selangor.

Katanya, keahlian GHB di Selangor pada hari ini hampir mencecah 3,000 orang dan 90% daripadanya terdiri daripada ahli PAS.

"Kita mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk bukan Islam, sama ada dari PAS Pusat atau pelbagai golongan dari NGO dan parti sendiri.

"Di Selangor, banyak desakan dari pemimpin PAS sendiri, dari semua peringkat, untuk meletak jawatan atau menyertai GHB.

"22 kawasan di Selangor sudah pun terbentuk. Sekitar 20 AJK setiap kawasan sudah dipenuhi, dan sekarang usaha mengumpul keahlian,"
katanya.

Mengenai kemungkinan berdepan pemecatan parti, Izham yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya berkata, perkara itu diserahkan kepada parti Islam berkenaan.

Beliau menegaskan, mereka tetap ahli PAS kerana GHB setakat ini masih belum diisytiharkan sebagai parti politik yang sah.

"Urusan pecat memecat, kita serah pada PAS. Kita tidak ada bidang kuasa menghalang.

"Setakat ini, secara rasmi, (surat pemecatan) belum dihantar kepada kita. Tetapi, ada kenyataan dibuat untuk mengambil tindakan, dan nama dikeluarkan dari kumpulan Whatsapp," katanya.

Izham berkata, GHB Selangor tidak akan menggunakan pendekatan memujuk atau memaksa mana-mana Adun PAS menyertai pertubuhan itu walaupun ada di kalangan Adun berkenaan menyatakan minat positif.

Katanya, menjadi harapan GHB untuk mengukuhkan kerajaan negeri Selangor selain membawa gambaran Islam sebenar menerusi gagasan baru itu.

"Tidak salah parti Islam menerima bukan Islam sebagai ahlinya malah di negara lain termasuk di Mesir, naib presiden partinya adalah seorang Kristian.

"Identiti kuat Islam adalah ia perlu terbuka kepada semua, kerana Islam untuk semua. Bukannya masuk parti Islam, kamu kena masuk agama Islam.

"Kita akan menjadi parti Islam contoh pada dunia yang menunjukkan Islam boleh membawa kepelbagaian dalam perjuangan," katanya.

Saari ketika sidang media itu berkata, tiupan angin penubuhan GHB bermula ketika krisis menteri besar Selangor yang berlarutan memperlihatkan PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti lain.

Katanya, penubuhan GHB selaras dengan aspirasi rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat (PR) terus memimpin Selangor dan seterusnya membawa perubahan kepada Malaysia.

"Apabila masalah ini berulang, keresahan penyokong PR itu muncul dan pada masa itu pada Oktober tahun lepas, isu perlunya parti baru yang fokus mengukuhkan PR menggantikan PAS sudah timbul.

"Kemunculan parti akan datang ini tuntutan rakyat. Kita tidak ada pilihan. Kita sudah diberi kemenangan di Selangor, 44 kerusi yang sangat besar. Kenapa ada masalah untuk bentuk kerajaan?" soalnya. – TMI


GHB muncul mendepani krisis negara oleh A Shukur Harun

Dengan memuncaknya pelbagai krisis di dalam negara, terutamanya skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan serpihannya yang juga panas membara serta krisis lain maka rakyat semakin runsing, kecewa, malah lemas.

Bilakah krisis ini akan berakhir tidak ada siapa yang tahu, tetapi yang pasti nilai wang Malaysia semakin menurun, harga barangan terus naik dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sangat membebankan di samping pengangguran yang tentu meningkat dengan harga getah dan kelapa sawit terus juga menurun.

Lebih parah lagi apabila semakin ramai yang dibuang kerja akibat banyak syarikat ditutup di mana dunia perniagaan semakin muram. Ini menyebabkan rakyat merasakan kebimbangan yang amat sangat terhadap nasib anak cucu mereka disebabkan krisis ekonomi dan hutang negara terus meningkat.

Pemimpin politik bercakaran sesama sendiri. Saling mengampu dan menjatuhkan. Kegiatan ini sangat luar biasa.

Ada pula tokoh politik yang membisu kerana “kekenyangan”, tidak lagi pedulikan nasib rakyat yang terus tertekan.

Dalam masa yang sama kegiatan rasuah, penyelewengan semakin meluas yang melibatkan bukan saja golongan atasan, pertengahan bahkan sampai kepada golongan bawahan dan menjadi cara hidup yang sangat menakutkan.

Di sinilah dengan tiba-tiba rasuah menjadi “derma” dan pelbagai keanehan lagi berlaku, di mana krisis seberat ini tidak pernah berlaku selama ini.

Pengamal rasuah dan penyelewengan seperti serigala buas di hutan salji Siberia, membaham segala yang ada. Penguat kuasa terumbang ambing penuh dilema dan terdedah kepada pelbagai kemungkinan.

Dalam masa yang sama orang-orang besar yang berkuasa kelihatan kaku dan membiarkan krisis ini tanpa berusaha untuk menyelesaikannya ataupun memang krisis ini sudah tidak boleh diselesaikan.

Demikianlah keadaan begitu serius sekali. Dalam masa yang sama, jarang terdengar suara para agamawan memberikan pandangan. Mereka “membisu” atau terlepas pandang masalah ini hingga tidak terdengar pandangan mereka baik melalui pelbagai kuliah yang mereka berikan, atau kenyataan terbuka. Kecuali beberapa orang, antaranya Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan beberapa orang lagi.

Di tengah suasana gawat inilah, bakal lahir parti politik baharu – Gerakan Harapan Baru (GHB) – di mana nama rasminya akan diketahui bulan depan. Ia hendaknya benar-benar menjadi harapan rakyat dan sangat dinantikan kehadirannya.

Parti baharu ini akan mewakili golongan Islam sederhana, progresif dan terbuka. Namun pendekatan sederhana dan progresifnya tidak bermakna mengkompromikan dasar Islamnya.

Ia melindungi dan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia amat peduli rakyat dam ramah, berakar tunjang Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin, yang akan menaungi bukan saja umat Islam, tetapi juga bukan Muslim dan berusaha memperlihatkan keadilan Islam dalam bidang yang lebih luas.

Parti politik baharu ini dijangka akan mengambil peranan pentingnya bersama PKR dan DAP dalam gabungan baharu parti pembangkang di Malaysia.

Berdasarkan tinjauan dan laporan yang diterima oleh parti baharu ini ternyata ia mendapat sambutan hangat rakyat pelbagai golongan. Road-show di seluruh negara sejak lebih sebulan lalu menunjukkan parti baharu ini mendapat sokongan luar biasa dari pelbagai pihak, khususnya golongan muda.

Tanda jelas ia bukan saja dialu-alukan oleh masyarakat bandar tetapi juga masyarakat luar bandar.

Sementara itu, pelbagai NGO seperti Ikram, Pasma, Abim, pelbagai badan pelajar dan bekas pelajar, NGO profesional dan lain-lain memberikan sokongan kepada GHB ini.

Dalam masa yang sama semakin ramai golongan agamawan muda yang berfikiran terbuka dan tidak jumud, tampil memberikan pencerahan, terutama mengenai kedudukan politik Islam dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini.

Mereka berusaha menjelaskan tasauwur Islam dengan lebih luas, berdasarkan pelbagai hujah al-Quran dan sunnah serta pandangan ulama muktabar. Agamawan muda ini semakin ramai yang memberikan sokongan dalam bentuk kenyataan terbuka, tulisan dan pelbagai wacana.

Semua usaha agamawan muda yang progresif ini sangat menolong usaha Gerakan Harapan Rakyat untuk mengetengahkan Islam yang syumul kepada rakyat pelbagai kaum.

Sementara itu, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), GHB meneruskan momentum perubahan politik atas dasar tahaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik – PKR dan DAP, serta sinergi dengan mana-mana NGO dan segmen masyarakat merentasi garis ideologi.

Ia komited dengan politik baharu yang berpaksi kepada politik berasaskan ilmu dan akhlak, serta bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam perlaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan.

Kini, pendukung GHB daripada pemimpin hingga aktivisnya bekerja keras untuk mempersiapkan GHB sebagai parti politik yang akan mengambil peranan penting dalam politik tanah air.

Jika segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan, maka ia akan menjadi rakan penting kepada PKR dan DAP dalam gabungan baharu parti politik pembangkang di negara ini.

Ramai berharap gabungan baharu parti pembangkang ini akan mengulangi kejayaan Pakatan Rakyat seperti dalam PRU2008 dan 2013 dulu. Bahkan ramai yakin GHB ini akan berjaya dengan sokongan 4.1 juta pengundi golongan muda seperti statistik PRU 2013 itu serta juga sokongan masyarakat sivil di negara ini

Suasana masa kini sangat berbeza dari masa lalu, maka dengan sokongan media baharu serta pemikiran baharu rakyat ia memberikan peluang cerah kepada gabungan baharu parti pembangkang ini untuk menjadi saingan utama Umno/BN.

Lebih-lebih lagi dengan suasana negara yang gawat sekarang, tenggelam dalam pelbagai krisis, maka ini memungkinkan gabungan baharu pembangkang menjadi pilihan utama rakyat dalam PRU akan datang.

Inilah masanya rakyat perlu melakukan perubahan menerusi demokrasi.








IKLAN BERBAYAR







24 ulasan:

My Kakak berkata...

Para pemimpin GHB juga kena teliti dan mahir menguruskan kepelbagsian dlm parti serta bersedia menghadapi pelbagai propaganda negatif serta beraneka serangan fitnah dari BN. Hati2 juga dgn Trojan Horse yg mampu melompat apabila kerusi sudah di menangi. Satu polisi anti lompat mesti di ujudkan agar BN tidak senang2 menang atas angin.

Malaysiabaru berkata...

Jika tiada GHB Najib boleh tidur lena dibuai pujian hadi Awang yg menyokong Najib merembat dan menjahanamkan negara

Itulah ularmak cari makan

Nak suap bini dua tiga ekor di rumah rusila Shah alam dan turkey.

Pas pis pus.... Maka Ghb penyelamat pengundi pakatan!

asri adnan berkata...

Tak perlu dipujuk, cuma beri penerangan yang jelas pasti ramai yang berminat dengan parti yang istiqamah memperjuangkan kezaliman Umno dulu, kini dan selamanya. Ahli PAS yang hendak bersama geng UG UMNO boleh terus bersama2 PAS sekarang kerana mereka sekarang sudah semakin masra dengan UMNO berbanding dahulu sedangkan kezaliman dan penindasan UMNO terhadap orang2 yang menyokong PAS masih berterusan sehingga sekarang.

omar daud berkata...

Salam :

Good move GHB Selangor, hebat belum lahir dah ada 3k.Insyallah mood rakyat bawahan menyambut baik kedatangan GHB, dari kaji selidik secara rambang kebanyakkan rakyat hanya dapat bezakan antara Pakatan dan BN sahaja.Tiada orng ketiga.Di sini GHB dalam kedudukkan yg beruntung duduk di sebelah PR2.0.Itulah sebabnya PAS tak semena-mena dgn muka tak malunya mengadakan perjumpaan dgn PKR.Tapi jangan risau PKR hanya melayan sebagai tetamu sahaja.PAS cuba nak mengupan PKR mengatakan ia ada ahli baru 4K selepas tertubuhnya GHB,tapi PKR senyum sinis sahajalah.Baru2 ini PAS dgn megahnya nak mengumumkan saorng india DAP nak join DHPP.DAP senyum sinis sahajalah.
Okay lupakanlah PAS buang masa kita memikirkannya,selagi Hadi dan Haron berkuasa GHB/PR2.0 memang ada bonus JGN RISAU.mereka inilah akan menjatuhkan/melembabkan perjalanan PAS.
Tentang penyokong yg nak mengundi di selangor,Insyallah jika GHB bertanding 3 penjuru, atau straight fiht dgn PAS JANGAN RISAU.Belum bertanding di 20 kawasan yg PAS nak bertanding GHB dah ada 2 solid pengundi.1. pengundi penyokong PKR.2.Pengundi CINA (70%).
GHB cuma dapatkan 30% pengundi PAS dan 40% pengundi atas pagar.

UMNO: hanya datang dari orng melayu umno sahaja.PAS: hanya datang dari orng melayu PAS sahaja. Mereka mengharapkan 80% undi atas pagar.Bolehkah umno/pas berpakat????orng totok umno takkan undi PAS,orng totok PAS takkan undi umno.
Undi cina/india: sorryla Kalau ada tak sampai 10%.
ITU SEBAB PAS SASAU SAKAN SEKARANG NI....nak harap undi DAP..sorry la..Minta undi PKR....Sorryla.PAS HANYA BERGANTUNG SEMATA-MATA 100% dari ahli-ahlinya.

UNTUK GHB Menang selangor secara GEMILANG kenalah bekerja kuat dari sekarang
dapatkan undi ahli PAS targert 50% ...20%-minima.
dapatkan undi atas pagar target 50%....20% minima.

yg selainnya 2 bonus di atas....
walaubagaimanapun group2 kami teruskan kerja.

WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Pkr meminta maaf kepada khalid kerana menfitnah..
Ghb besekutu dengan pkr yg terbukti sebagai pemfitnah.. peliknya ghb mendabik dada hendak memartabatkan islam sedangkan dlm memilih kawan pun sudah nampak kejanggalannya.. " teringat kata2 anuar : saya masuk umno kerana nak membersihkan umno dari dalam" natijahnya apa yg sudah berlaku.. sama2 fikir2kan..

Tanpa Nama berkata...

Hello anon 5:03 PM

Presiden PAS memfitnah calon PKR jual pil kuda dan kominis ada pernah minta maaf????

Malulah Presiden parti yang mengaku Islam telah diisytiharkan oleh mahkamah mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah..!!!!!

Tanpa Nama berkata...

saya & family akan support ghb@pr baharu kerana pas sudah tidak ada pejuang jitu
yg akan membawa suara marhain utk diketengahkan spt mat sabu, khalid, husam, salahudin etc..
Pemimpin mrk kini lebih kpd isi tembolok masing2 dgn projek balak dan seumpamanya..dok parlimen senyap je pastu lentok..cam haremm..

air gunung berkata...

Bro omar daud....yeaahhhhhh...
Kipidap...
Semua kena focus.
Angin perubahan dan harapan sgt kuat.
Pastikan akhlaq senjata utama..

Tanpa Nama berkata...

la ni punya la pelik...nak kutuk najib depan org umno ok..siap boleh join sekali...tapi kalu kutuk najib depan org pas...silap haribulan lu bole kena maki...kah3...dunia dunia...maha kuasa Allah..tiada yg mustahil dalam percaturan Mu...

Tanpa Nama berkata...

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersetuju menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah.

Abdul Khalid menarik balik saman dan Saifuddin serta KEADILAN memohon maaf kepada Khalid.

Abdul Khalid juga memohon maaf kepada Saifuddin dan KEADILAN.

Tanpa Nama berkata...

Buat kelang kabut aja 5.45pm

Tanpa Nama berkata...

siapa pengadudomba? beliau lah penyambung lidah syaitan yg memecah belahkan Jemaah n pakatan... hasilnya kekal lah ubn menerobos harta nagara... rakyat tersepit dalam keperitan manusia munafiqun....

Tanpa Nama berkata...

Bekas adun DAP jadi ahli DHPP.

Lagi satu permainan CAI oleh pro ulamak .

omar daud berkata...

Salam

Di TV astrowani tadi, ada paparkan bekas adun DAP becham membuat pengemumam,disebelahnya Razman dan azli taliban.Ada kejangalan sikit semasa di interview, bila ditanya oleh pemberita kepada bekas Dun DAP, dia nak join siapa??nampak dia tergagap-gagap.saya rasa macam tangkap muat sahaja, macam taukeh sayor kat kampong ajerr.Walaubagaimanapun, tahniah PAS sekurang2nya boleh legakan ahli-ahli dan boleh tunjukkan umno,nak buat bargaining nanti, PAS boleh bawa orng2 cina.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Nasib PAS dan UMNO serupa. Keduanya mempunyai Presiden yang tidak memberi kelebihan kepada parti, tekanan keluarga menyebabkan keduanya terpaksa bergayut pada jawatan walaupun gagal berprestasi, membawa agenda peribadi ke dalam perjuangan parti dan memimpin parti tanpa halatuju yang jelas. Amat malang bagi negara yang sedang berdepan krisis keyakinan antarabangsa, Malaysia mempunyai pemimpin yang tidak mampu berbuat apa-apa dan yang lebih menyedihkan parti yang diharapkan membawa nama Islam ke pentas utama kini menjadi sebuah parti yang tidak berfungsi dalam kancah politik.

Hati Muda berkata...

mohon siarkan cara menyertai GHB
ada borang atau tidak.
juga cara nak menubuhkan cawangan GHB di Selangor

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dalam pemerhatian secara rambang, saya dapati ada lima kelompok manusia menganggotai parti baharu yang terhasil dari NGO Gerakan Harapan Baharu (GBH). Pertama, ahli-ahli Pas dari golongan profesional dan progesif. Mereka ini terdiri daripada graduan lulusan universiti yang makan gaji dengan kerajaan atau swasta, peniaga dan pesara. Mereka ini bertindak menjadi ahli GHB ekoran perasaan tidak puas hati dengan gerombolan Pas konservatif yang menyingkirkan pimpinan Pas dari kalangan profesional dan progesif melalui Muktamar Jun 2015. Ada di antara mereka sedang memegang jawatan penting dalam parti, adun ataupun Ahli Parlimen. Golongan ini mendominasi GHB.

Kedua, individu-individu yang tidak menjadi pendokong mana-mana parti tetapi mahu mempertahankan kerajaan Pakatan rakyat. Mereka ini adalah pekerja sukarela Pakatan Rakyat pada PRU 12 dan 13. Ketiga, bekas ahli-ahli Umno yang terlalu kecewa dengan ketiadaan wibawa kerajaan BN mentadbir negara. Mereka ini telah celik akal lantaran penyelewengan kerajaan BN dalam isu syarikat beban hutang 1MDB, GST, kejatuhan nilai matawang negara, pendatang asing, Mara, Felda, pengangguran,rasuah, derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib, dan sebagainya.

Keempat, ahli-ahli PKR yang kalah dalam pemilihan parti memilih GHB sebagai survival politik "cari makan" mereka. Falsafah politik, menang dapat semua dan kalah hilang semula menyebabkan calon-calon PKR yang kalah, patah kandar. Kelima, anak-anak muda lulusan universiti dan kolej-kolej swasta juga turut menganggotai GHB. Mereka ini adalah golongan yang terpelajar tetapi sedang menganggur kerana kerajaan BN tidak menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka. Kehadiran mereka sangat-sangat dirasakan kerana mereka ini menjadi sukarelawan dan tenaga penggerak GHB.

Berdasarkan lima kategori keahlian, GHB tidak boleh dikategorikan sebagai parti serpihan Pas kerana keahliannaya bukan semata-mata dari ahli Pas. GHB dilihat mempunyai potensi besar sebagai pemain utama untuk mencorakkan senerio politik tanah air. Seandainya GHB diterima sebagai komponen Pakatan Rakyat 2.0 menggantikan Pas, diperkirakan parti ini akan menjejaki sejarah parti Berjasa dan Hamim. Mulut-mulut celupar pimpinan tertinggi Pas pasca Muktamar 2015 akan menjerumuskan parti ini menjadi parti pak-pak lebai yang hebat dalam reban sendiri. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.

Sam Sung berkata...

Anon 7.49
Org nk politik ko nk politik.btl kn dlu ejaan tu..kelam kabut bkn kelang kabut..kahkahkahkah..ini je la yg tggl dlm PAS

Tanpa Nama berkata...

seluruh pimpinan ghb menentang umno dan menyerang najib. pas kunun tentang umno tp 2 pemimpin teratas dan lain2 pimpinan bawahan mesra najib dan umno. jd tak susah nak pilih siapa kita nak sokong. clear cut!

Tanpa Nama berkata...



Yang ada kuasa memujuk hanya parti yang banyak dapat duit derma!!

Yang PAS pulak hanya pandai menguna paksaan. Boleh kena hukum bunuh, Kena wala tak kira u-turn, cai pun boleh sebab kena wala.

GHB hanya mampu beri penerangan, bagaimana rupa bentuk GHB yang tampan dan menarik. Semakin hari GHB semakin ├žantik paras rupanya sebab semakin hari PAS semakin buruk dan berkudis.

Sebagai tanda kesan yang positif ialah penubuhan GHB berjalan dengan pantas. Ini kerana sambutan orang ramai terutama dari ahli-ahli PAS sendiri yang mempersoalkan kebijaksanaan pemimpin PAS pro ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Bila ada Mokhtar Senik dalam Al Maunah, Al Maunah dapat masalah. Bila ada Mokhtar Senik dalam PAS, PAS menjadi parti yang bermasalah. Misterinya ialah siapakah sebenarnya Mokhtar Senik? Adakah Mokhtar Senik ialah orang Kolonel Mat? Adakah Mokhtar Senik sebahagian daripada Task Force 2010 yang bertujuan untuk mengekang kebangkitan Islam?

Tanpa Nama berkata...

Kahh..kahh... Mu tak tau kaa timb presideng parti mu jumpa presiden pkr bincang kerjasama pilihanraya dan cucuk jarum agar pkr menjauhi GHB... Mu ni mabuk ketum kee... Kahhh... Kahh...

Tanpa Nama berkata...

senik adlah agen SB yg mmperalat maunah utk
perangi teroris utk senangkan hati bush.

hingga amin syahid digantung

tk logik amin dpt curi m16 dn uniform askar senang2
kalau tidak dgn bantuan 'anak murid' kanan yg kunun
boleh uruskan latihan senjata kerana dia kerja polis
dan boleh dptkan senjata.

amin terperangkap dn kena tuduh lawan YDP Agung, maka
dihukum gantung. senik lepas sebb dh berjaya buat keje
menyelinap dn musnah dr dalam

PAS kini sudah menjadi mangsa

Abdul Said berkata...

GHb tak perlu memujuk sesiapa. Apa yang telah dan sedang berlaku amat terang dan jelas. Siapa penipu, siapa pembelot, siapa gila pangkat dan harta dunia, siapa yang tidak peduli terhadap pengorbanan sahabat, siapa yang gila kuasa dan sombong, siapa yang pengecut dan berani dipentas sahaja dan siapa yang tidak boleh dipercayai langsung!! Semua boleh dilihat dengan jelas oleh orang yang boleh berfikir dan waras. Bagi yang taksub kepada seseorang manusia, itu kita tidak boleh buat apa. Sama juga orang yang menyokong, mengampu dan membela orang-orang yang jahat, khianat dan rakus, kita tidak boleh buat ape, sedangkan amaran Al Quran diketepikan siapalah kita untuk menerangkan kebenran kepada mereka. Al Quran kitab suci membawa kebenaran. Orang yang mempermainkan ayat-ayatnya dengan sikap 'double standard' akan menerima balasan!! Mungkin pengkhianat AlQuran akan mati didalam longkang atau ditimpa almari yang penuh dengan kitab-kitab yang dipermainkannya!!!