9 Ogo 2015

Isy, "U-Turn" Memanjang.... Kini PAS Mahu Sertai BERSIH 4.0


PAS Pusat akan menyertai Himpunan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR: PAS Pusat memutuskan akan menyokong dan menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.Menurut beliau, PAS konsistan dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini.

Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

"Atas prinsip pilihan raya adil dan bersih PAS akan menyertai Bersih 4.0 nanti,"tegasnya. Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 28 dan 30 Ogos ini. -HD


Jangan kita diperbodohkan sertai demonstrasi jalanan, kata Abdul Hadi

Penyokong-penyokong PAS diminta tidak menyertai sebarang aktiviti demonstrasi jalanan sehingga melibatkan pergaduhan dengan pihak berkuasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka tidak seharusnya dipergunakan untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan mereka hanya memerhati tanpa melibatkan diri dengan aktiviti tersebut.

Beliau yang baru mengekalkan kerusi Presiden PAS selepas menewaskan kumpulan profesional daripada PAS berkata segala permasalahan politik yang sedang melanda negara ini seharusnya diselesaikan mengikut lunas dan syariat Islam.

“Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. “Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab),” katanya semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di Kuala Lumpur, Ahad malam.

Jelas Abdul Hadi lagi, demonstrasi jalanan akan mengundang keganasan sekiranya dibiarkan apatah lagi jika terdapat pihak yang membuat provokasi.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas mengenai perhimpunan haram yang diadakan di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo pada Sabtu lalu yang menyaksikan 29 orang ditangkap pihak berkuasa.

Pemimpin profesional PAS, Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini meminta penyokong-penyokongnya menyertai perhimpunan BERSIH untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Beliau yang kini mengetuai Gerakan Harapan Baru (GHB) berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.

Perhimpunan BERSIH dirancang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
-Rakyat Post


ULASAN GB

"U-turn" Memanjang nampak gayanya. Menuduh GHB haru-biru sekarang thmahan itu kembali kepada PAS sendiri. Haru biru PAS kini, Lansung tiada istiqamah.

Mula-mula Presiden PAS menyatakan kita jangan tertipu dengan menyertai demonstrasi jalanan.

Setelah tinggal bersendirian kerana bermosi sangat memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan disamping memusnahkan Pakatan Rakyat, kini, laksana hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kini PAS hendak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekalipun PAS belum lagi menerima sebarang jemputan untuk menyertainya.

Seringkali PAS menyatakan ia sentiasa berpegang dengan slogannya..."Beristiqamah Sehingga Kemenangan" .. namun sekarang nampaknya slogan sudah tinggal slogan.

PAS gagal beriistiqamah dengan pendirian Presidennya untuk tidak menyertai demonstrasi.

Inilah akibatnya apabila ulama PAS asyik menyerang kumpulan progresif dengan makian dan cacian seperti JEBON, BARUA, BROKER, TOLOL dan sebagainya.

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS dan ahli-ahlinya akan terus menerima "hukuman" Allah... dan nampaknya PAS yang bakal tidak bertahan dua tahun lagi... satu tuduhan Presiden PAS terhadap GHB yang bakal kembali kepada partinya sendiri.

p/s Harakahdaily telah mengubah tajuk beritanya: PAS konsisten tuntut p'raya yang bersih dan adil.. lagi bukti tiada istiqamah.

Mujur GB sempat membuat printscreen dan menyimpan tulisan asal...








IKLAN BERBAYAR







28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seeloknya jgn dijemput pas sertai perhimpunan.mereka sebenarnya nk tumpang nama saja dan tidak berminat pun utk perjuang isu2 rakyat..lihat saja sebelum ini mana pernah nmpak btg hidung hadi yg besar tu kat mana2 perhimpunan..dia pandai smbil laba atas usaha org lain. Inilah jenis manusia tidak bileh dipercayai sama sekali.

Tanpa Nama berkata...

pergi main jauh2 lah! nak demo pi buat kat tumpat atau marang. jgn sibuk majlis org.

pas is persona non gratia!!!

Tanpa Nama berkata...

Sekarang hadi bukan lagi presiden PAS tapi presiden TAK PAS.Orang terengganu kata kalau tak Pas tu makanya TAK LULUS .Sekarang biar dia tahu bahawa orang ramai dah melaut dengan sikap mereka berdua dan kuncu2nya.Belum apa2 lagi kini TAK PAS dah haru dan kelamkabut,Hanya tinggal TMTI yang masih ada sedikit penyesalan dalam isu muktamar dulu.Yang lain masih bongkak.

Malaysiabaru berkata...

Akar umbi mahu bersama pakatan menentang umno tapi presideng melawan arus mahu tunjuk baik sama Najib

Jika paz tidak bersama bersih... Ahli pas tetap akan keluar demo ....

Mahu tidak mahu paz dgn berat hati terpaksa setuju juga walau pada masa sama tidak mengalaka. Ahli kluar demo bersama pakatan dan dap...

Talam seribu muka pas

Mahu cari pengaruh di atas platform pembangkang dan platform barisaan..

Depan belakang pas jolok... Isy betul lah Admin... Pening..

Tanpa Nama berkata...

tak pa biarkan la kalu nk turun sekali...ajak zuhdi tu..kita test sekali nik abduh.. suroh dia duduk depan sekali ...nk tengok cara dia pulak berdepan dgn water canon ka..atau fru dgn belantannya...ajak sekali senik...habih tu suroh din yam sekali bermandikan air asid...kah3.......teringat zaman reformasi dulu...i miss u anwar ibrahim...Tian Chua...mat sabu......Mustapa Ali..eh mustapa tak der..!!

Tanpa Nama berkata...

Bila sudah kesaorangan tahulah kesunyian. Bila orang dah layan baru nak berkawan balik. Itulah sikap Pas sekarang.

zaki berkata...

Wah. Nampaknya timbalan dalam banyak isu tak selari dgn tuang presideng & mursyidul am. Macam nak ade perpecahan baru selepas perpecahan. Najib Muhyidin = Hadi Tuan Ibrahim. Oleh itu Pas = Umno = parti celaru.

Untuk Hadi & Harun Din suka diingatkan, dunia penuh dengan tipu daya yg menawan. Tersilap langkah maka ini lah natijahnya. HANCUR JEMAAH. Allah mengetahui apa yg dilangit dan di bumi. Pastikan anda berdua ada jawapan nanti disana.

Abdul Said berkata...

Sudah tiba masanya kita menganggap PAS sebagai sebuah parti yang menyerupai naga berkepala tujuh!!. Satu kepala kata nak buat baik dan nak berkawan, enam kepala lagi langsung tidak boleh dipercayai. Apa-apa pun tujuh kepala naga itu berkongsi satu badan. Ingatlah akan pesanan Almarhum TGNA tentang ular dan lubang. Nasihat itu sangat berguna. Bolehkah kita memaafkan orang yang menghalau, memaki, meminggir dan memusuhi kita? Baik, kita boleh maafkan. Namun bolehkah kita mempercayai mereka pada masa akan datang?? Bolehkah kita melupakan begitu sahaja sikap mereka yang tidak langsung menghargai sebuah persahabatan dan setiakawan. Ya Abang Mat dan rakan-rakan boleh memaafkan tetapi bagi saya dan rakan-rakan bendera dan poster PAS tetap akan menjadi bahanapi!!!

tok janggut berkata...

Kita kena tentang ni...dah mula ada yang tak "wa'la" dengan Presiden...TGHH suruh lain, depa pi buat keputusan lawan cakap Presiden..ni lah paresit2 yg kena disingkirkn .

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat..

Tanpa Nama berkata...

Bo la wat kiro nyo denge sek PAS .Sema kaki BELAWOK kecek belit Adi awe ko Tuan brahim ko spesis sama.Supa juga denge puak2 Najib hak bersama najib tu kaki Belit rakyat belako.La ni kita pakat cari jale Humban Umno BN dan PAS dale lube tait.

Unknown berkata...

Jangan dok caya ko PAScai.Cukup2lah set dia supo jah belako.Kaki belawok mulut huduh cah keting saing fitnah dan macam2 lagi.Tok soh wat kiro dgn puak dia.

Unknown berkata...

Salam:hahaha...joke of the week.


PAS dah jadikan motto: BERISTIQAMAH DGN U-TURN

wassalam.

Tanpa Nama berkata...



Bagaikan melukut ditepi gantang
Muka pon dah jd hai muka tembok
Org tak jemput dia nak datang
Ekor penuh taik tetap brkokok


SiLebai malang tak tau malu
Jubah sorban besar sebakul
Alangkah malang sedih dan pilu
Prasan ulamak sbnrnya TOLOL


Siku dan lutot memuja muji
Sitolol-tolol disangka ulamak
Sitolol ulamak pon meNOBATkan diri
Seperti budak2 bergelumang becak


Hanya sitolol memuji mrk
Ular ular disangka ulamak
Siku dan lutut akai tak guna
Dipatuk dibelit ular disemak


FITNAH khianat mnipu ummah
Sggup mmFITNAH mndustai TUHAN
Akibat gelap songlap rasuah
Terimalah akibat amal perbuatan


Apb TUHAN mrk dustai
Khianat FITNAH melanggar janji
Tunggang langgang bobrok skali
Hormat bertukar nista dan keji


Apalah guna sorban sebakul
Apalah erti NOBAT sedonia
TUHAN mnjd kan mrk tolol
TUHAN mengazab walau didunia



Tanpa Nama berkata...



Bagaikan melukut ditepi gantang
Muka pon dah jd hai muka tembok
Org tak jemput dia nak datang
Ekor penuh taik tetap brkokok


SiLebai malang tak tau malu
Jubah sorban besar sebakul
Alangkah malang sedih dan pilu
Prasan ulamak sbnrnya TOLOL


Siku dan lutot memuja muji
Sitolol-tolol disangka ulamak
Sitolol ulamak pon meNOBATkan diri
Seperti budak2 bergelumang becak


Hanya sitolol memuji mrk
Ular ular disangka ulamak
Siku dan lutut akai tak guna
Dipatuk dibelit ular disemak


FITNAH khianat mnipu ummah
Sggup mmFITNAH mndustai TUHAN
Akibat gelap songlap rasuah
Terimalah akibat amal perbuatan


Apb TUHAN mrk dustai
Khianat FITNAH melanggar janji
Tunggang langgang bobrok skali
Hormat bertukar nista dan keji


Apalah guna sorban sebakul
Apalah erti NOBAT sedonia
TUHAN mnjd kan mrk tolol
TUHAN mengazab walau didunia



Tanpa Nama berkata...

TITM.. Pas bukan agama... Pas cuma medium.. medium yang TITM pijak sekarang sangat lah kering dan kontang, zat2 nya hancur dengan racun.. kalau TITM mampu membaja seorang diri, bajalah dengan sabar.. kalau tidak mampu cari lah tanah lain dan sama samalah kita baja dan suburkan.. jangan pula terbawa racun..

bat8 berkata...

Bukan u turn memanjang tapi bercelaru memanjang....semua nak jadi presieng PAS!

Tanpa Nama berkata...

Wei ! Nak tumpang semangkok juga. Tidak ke Hadi ingatkan PAS jangan diperbodohkan dgn menyertai demonstrasi jalanraya. Kalau sertai juga sudah dikira double whammy. 1. Bodoh 2. Ingkar perintah presideng. Kalu nak buat juga, buat bersendirianlah jangan joing ( joint ) geng ikut telunjuk DAP. Buat demonstrasi kat Rusila, Marang ke. Suruh Nasharudin, Nik Abduh, Idris Ahmad, Dr Zuhdi, Mokhtar Senik mengetuai barisan hadapan. Bila kena semburan acid libas ngan siku dan lutut. Woit, gi menjala dan mengail kat Tasik Kenyir lagi baik daripada bermandi air asid. Dulu ajak main, tak nak main sama, nak main ngan geng crook. Bila orang tak ajak main, nak main sama lak. U main Uturn Uturn, tak best la......

Tanpa Nama berkata...

Dulu Umno
Sekarang PAS
Dulu tak tahu
Sekarang dah Malas

zamani berkata...

pas buat demo di kota bharu jer kerana pr belum ada jemputan untuk ulamak siku dan lutut.mungkin nanti nik abduh boleh cakar harimau dengan pak2 polisi.

Tanpa Nama berkata...

Nak tengok Mokhtar Senik jadi ketua demonstrasi. Kita tidak boleh menolak kemungkinan PAS akan mensabotaj demonstrasi itu. Hati-hati.

Mr Oren berkata...

Saya tidak hairan jika selepas ini PAS tarik diri daripada jawatan kuasa Bersih 4.0. Kecuali TG Abd Hadi dengan rendah diri mengakui dia tersilap cakap mengenai demonstrasi sebelum ini. Pimpinan2 PAS selama ini cuba menggambarkan kepada penyokong bahawa taat dan wala' kepada Presiden, apa jua keputusan Presiden ditafsirkan sebagai hebat dan bijak berstrategi, hakikatnya naluri mereka berpendapat sebaliknya. Buktinya TITM dah beberapa kali "ter" khilaf dengan pandangan Presiden dan seperti biasa kekhilafan ini dispin oleh penyokong pentaksub Presiden

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah membuka hati yg iklas terhadap 11:12am .berubah lah drp baik kpa lebih baik . sebab itu la org melayu tak boleh kedepan selagi ada PHD.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah PAS join sekali. Ingat, musuh kita UMNO BN.. tp kalau nk pertahankan atas nama individu xyahla join. Bersih 4.0 fokus utk tumbangkan BN.

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS boleh turut serta tapi sebagai rakyat bukan sebagai ahli.

Nak join sebagai ahli kena lah ikut kumpulan dari Parti PAS. Bukan apa, sebab yang datang ikut PAS, akan di beri laluan khas supaya tidak menganggu orang-ramai.

Ahli PAS akan bergerak ke hadapan bila terima arahan dari TITM.

Tiba-tiba ahli PAS, semua berhenti !
Rupanya ahli PAS terima arahan baru melalui FB @ Tweet.

Ahli PAS terima arahan Presiden pulak suruh pusing buat pusingan U-turn.

Begitu lah sepanjang masa.
Sekejap ke depan. Sekejap U-turn.
Sekejap ke depan. Sekejap U-turn.

Tanpa Nama berkata...

BERSIH kan PAS dari geng-geng cai dulu kalau nak kan pilihanraya yang bersih !!

Aji, yang demo Aji cakap tu, warming up. Lepas ini, mereka akan buat permohonan permit atau meminta kerjasama Polis dengan memberi taklimat jalan-jalan yang akan di lalui.

Aji jangan lupa yang kena langgar dengan kereta peronda ialah Mat Sabu. Yang kena tahan sampai baju koyak ialah Dr Hatta.

Jika ikut Islam, Najib dah di gantung tugas. Dan jika Aji ikut Islam Aji sepatutnya berjumpa Muhyiddin yang di pecat kerana bercakap benar. Aji sepatutnya bantah penganaiyaan dan pertukaran yang di kenakan ke atas Pegawai-Pegawai SPRM.

Aji lupa ke ahli-ahli PAS yang berdemo depan Ibu Pejabat PAS di KL. Ahli PAS juga yang berdemo semasa prk Permatang Pauh. Tapi Aji biarkan mereka merosakkan parti.

Tanpa Nama berkata...

Setuju bangat...biar mangkoro zuhdi...abduh...senik dll tu merasa siksanya gas pemedih mata....asyik duduk dlm bilik aircond je...meluat aku bila terserempak kat kantin di um tu...rasa nak ludah pun

Tanpa Nama berkata...

Peliknya.... mana perginya Tuang Guru Presideng. Asyik-asyik Timbalang Presideng ja kuar kenyataan. Presideng patut ke depan pertahangkang kenyataang. Ni Timbalang dah macang Presideng. Jadi Presideng sekadar nak jebongkang orang... jadi la Presideng Jebong... mengetuai jebong-jebong ja. Bukang nak mengata Presideng... tp ko tu dah Presideng buat la keje Presideng. Jgn jadi Ketua Pemuda... asyik nak fesbuk ja. Tq.