20 Ogo 2015

[BERGAMBAR] Keluar PAS Beramai-ramai, Tahniah Kota Raja! [UPDATED]

Keluar PAS bukan bermakna keluar Islam, kata Siti Mariah

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan hari ini, tindakan individu yang keluar meninggalkan PAS bukan bererti mereka murtad atau terkeluar daripada agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai sumpah atau bai'ah yang dikatakan dibuat setiap ahli PAS sewaktu menyertai parti itu.

"Bai'ah itu adalah ikrar. Seperti juga di Parlimen. Kita ada nas dan ijtihad daripada alim ulama. Tetapi, na'uzubillah (minta dilindungi Allah), keluar daripada PAS bukan keluar Islam.

"Ia adalah penghijrahan dari satu pertubuhan kepada satu pertubuhan," katanya pada sidang media mengumumkan peletakan jawatan beliau bersama ahli parti lain dari PAS Kawasan Kota Raja.

Dr Siti Mariah bagaimanapun berkata, peletakan jawatan beramai-ramai oleh ahli dalam kawasan Parlimen Kota Raja itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan.

"Kami lakukan ini untuk bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam memenangi Putrajaya," beliau menjelaskan.

Anggota PAS Kota Raja hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja di Klang.

Bekas yang di pertua PAS Kota Raja, Jaafar Samsudin berkata, 9 daripada 38 ketua cawangan di kawasan itu meletakkan jawatan mereka dalam parti itu hari ini.

"Kami menyahut saranan atau arahan pimpinan agar semua ahli yang hendak bergerak atas wadah baru perlu meletakkan jawatan.

"Dengan rasa penuh tanggungjawab kami merasakan peletakan ini adalah untuk memudahkan ahli jawatankuasa (AJK) yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas atau aktiviti di Kawasan Kota Raja," katanya.

Dr Siti Mariah, yang meletak jawatan sebagai naib yang dipertua PAS Kota Raja berkata, tindakan beliau bukan satu pengkhianatan kepada rakyat.

"Saya tidak khianati amanah rakyat. Saya masih dalam perjuangan Islam. Tetapi, pendekatan politik kami sudah berbeza," katanya.

Pada majlis hari ini, lebih 30 orang pimpinan dan AJK kawasan serta cawangan, termasuk 22 ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), menyuarakan sokongan mereka terhadap peletakan jawatan berkenaan.

Dua lagi ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dijangka akan mengambil tindakan sama dalam masa terdekat.

Mereka ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

Seramai 183 ahli yang memegang jawatan dalam PAS Kota Raja meletakkan jawatan selain 227 ahli PAS Kapar dan 3 PAS Klang hari ini. -TMI


Peletakan jawatan beramai landa PAS S'gor


Kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dari tiga kawasan PAS di Selangor hari ini mengumum meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sementara menunggu untuk berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.

Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja GHB menjadi sebuah parti politik dan lebih ramai ahli PAS keluar dan menyertainya.

Di Kota Raja, ketua kawasannya Jaafar Samsuddin dan timbalan ketua, Norhalim Sirome dan Siti Mariah mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam satu sidang akhbar.

Ketua sembilan cawangan PAS dalam kawasan Kota Raja juga turut melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.

Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa (AJK) kawasan Kapar, Razak Abdul Rashid dan AJK PAS kawasan Klang, Abdul Rashih Abdul Latiff.

GHB berkata peletakan jawatan beramai-ramai hari ini itu adalah sebagai permulaan di Selangor - mulai hari ini sehingga akhir bulan ini.

Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim mendakwa kawasan Shah Alam dan Kelana Jaya akan melakukan perkara yang sama, masing-masing esok dan dua hari kemudiannya.

Bagaimanapun, mereka yang meletak jawatan itu akan kekal sebagai ahli parti sehingga GHB rasmi menjadi sebuah parti politik.

Mereka kemudiannya akan menyertai entiti baru itu, yang secara automatik, menyebabkan keahlian PAS mereka terbatal, kata Izham.
-mk



GHB Selangor jangka ahli PAS keluar parti secara beramai-ramai

SHAH ALAM: PAS akan mengalami kelopongan besar dalam jumlah keahliannya apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) Selangor dilancarkan akhir bulan.

Penyelaras GHB Selangor Ir Izham Hashim berkata pelancaran itu akan mencetuskan ahli PAS keluar beramai-ramai menyertai pergerakan baru itu.

“Anda akan terperanjat melihat pada hari pelancaran, jumlah cawangan dan bahagian PAS yang akan bubar,” katanya di sidang akhbar pelancaran GHB Selangor, hari ini.

ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan Morid, Hasnul Baharuddin turut hadir sidang akhbar diadakan di sebuah hotel di sini.

Kedua-dua ADUN itu digantung oleh PAS selama setahun berikutan krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu.

Izham yang juga ketua PAS Kelana Jaya berkata, keseluruhan cawangan PAS Selangor akan menyertai GHB Selangor secara besar-besaran.

Katanya, bahagian GHB dalam kesemua 22 kawasan Parlimen Selangor sudah ditubuhkan.

“Bahagian dalam negeri lain juga sudah ditubuhkan dengan Johor memiliki jumlah terbesar ahli PAS menyertai GHB, diikuti oleh Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor,” kata Izham.

Beliau menambah, beberapa wakil rakyat PAS Selangor dengan ‘rahsia’ menyatakan minat untuk menganggotai GHB.

“Kami tidak paksa mereka. Mereka secara sukarela membuat perpindahan itu. Mereka boleh menentukan sendiri pilihan terbaik untuk kerjaya politik mereka,” tambahnya.

Terdapat 13 wakil rakyat PAS di Selangor tidak termasuk Saari dan Hasnul.

Dalam lain hal, Izham berkata GHB mungkin bertanding menentang PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tindakan ini dilakukan jika wujud keperluan besar untuk melakukannya dan hanya selepas ia dibincang secara terperinci dengan rakan parti komponen lain.

“Kami akan lakukan jika rakan kami, DAP dan PKR, bersetuju dan akan tidak mengambil tindakan itu jika tiada keperluan bertanding menentang PAS,” tambahnya.



MENGAPA KITA PERLUKAN WADAH BARU KPD PERJUANGAN POLITIK ISLAM DI MSIA???

Perjuangan politik Msia walau apapun dasar yg ingin dikemukakan mesti digerakkan melalui sebuah parti politik yg sah sbg alat perjuangannya. Kalau kita boleh berbeza aliran dlm perbahasan ilmu kalam/aqidah, kita boleh beramal dlm feqah dgn macam2 mazhab, kita boleh bergerak dlm medan dakwah dlm pertubuhan dan badan dakwah yg berlainan, mengapa dlm politik kita tidak boleh berjuang melalui berbagai parti?

Apa yg penting ialah perjuangan yg kita nak tegakkan, wadah hanyalah sbg alat dan strateji perjuangan. Setiap hukum atau keputusan terdahulu boleh berubah dgn berubahnya suasana dan masa sebagaimana kaedah fiqah:

تغير الاحكام بتغير الاحوال والازمان
" Hukum boleh berubah dgn berubahnya suasana dan masa"

Keperluan kpd wadah baru sbg alat dan strateji terkini politik Islam di Msia adalah diasaskan kpd perkembangan2 berikut:

1. Kegagalan Bersepakat Atas Dua Ijtihad Politik Yg Berbeza2.

Slps dianugerah kemenangan luar jangka dlm PRU 2008 melalui kerjasama politik Barisan Alternatif (BA) antara pakatan Pas dan PKR + DAP sehingga berjaya menguasai 5 negeri (Kelantan, P Pinang, Selangor, Perak dan Kedah) dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen, Pemimpin atasan Pas telah keliru antara keperluan meneruskan pakatan pembangkang yg tidak seimbang di segi komposisi kaum atau mewujudkan kerjasama politik dgn UMNO atas kepentingan melayu Islam.

Ekoran ijtihad politik yg berbeza ini, berlakulah usaha2 utk menubuh kerajaan campuran antara Pas dan UMNO di Perak dan Selangor kerana ada beberapa pemimpin utama Pas tidak boleh menerima sebuah kerajaan yg memerintah dgn kedudukan jumlah kerusi melayu islam yg minoriti berbanding bangsa lain yg bukan Islam. Semangat ini jugalah yg telah menggagalkan projek 16 sept yg digerakkan oleh DSAI kerana adanya desakan yg berterusan dari beberapa orang pemimpin Pas dgn "fatwanya" haram menjatuhkan sebuah kerajaan yg majoritinya Islam, dan diganti dgn sebuah kerajaan yg akan dikuasai oleh majoriti bukan Islam.

Isu ini tidak berbangkit dlm penubuhan kerajaan PR di Kelantan, P Pinang dan Kedah kerana situasi perbezaan komposisi kaum bukan islam tidak wujud.

Ketika kemuncak krisis MB Selangor thn 2014, sekali lagi hasrat ini dicetuskan melalui usaha memujuk Azmin Ali dan rakan-rakannya melompat ke Pas utk menubuhkan kerajaan majoriti melayu Islam melalui gabungan Pas + umno + TSKI + azmin ali dan kawan2nya.

2. Serangan berterusan keatas PR

Setelah kecewa kerana kegagalan kumpulan ini meneruskan agenda politik melayu Islamnya melalui penubuhan kerajaan campuran umno - pas di Selangor dan Perak, maka serangan telah mula dihalakan kepada siapa saja pemimpin atau penyokong Pas yg mendokong PR. Berbagai strateji dan usaha telah dilakukan utk menyingkirkan pemimpin Pas yg pro PR dan meretakkan hubungan Pas dgn PKR dan Dap.

Siapa saja yg mendokong semangat PR akan dilabel sbg anwarinas dan kuda tunggangan Dap sehinggalah bila DSAI dipenjarakan, tidak ada riak simpati dan kesedihan atas nasib yg menimpa DSAI. Langkah Kajang dan isu pemecatan TSKI sbg MB Selangor dijadikan pisau yg tajam utk mencarik robekkan ikatan PR dan dalaman Pas sendiri.

Selepas ketiadaan DSAI, serangan dihalakan pula kepada Dap dgn gelaran dan label yg tidak tergamak utk ditulis. Kesediaan Dap membantu mangsa banjir di Kelantan bukan disambut dgn ucapan terima kasih atau penghargaan, sebaliknya disalut dgn pelbagai nesta dan fitnah.

Kemuncak kpd serangan utk menghancurkan PR ini ialah melalui usul tergempar Dewan Ulama Pas Pusat utk memutuskan huhungan dgn Dap dan mengundang reaksi balas dari DAP dgn pengisytiharan PR sudah tidak lagi wujud. Usul ini wpun telah diluluskan sebulat suara dlm Dewan Ulama, sepatutnya ia dibahas samada utk diterima atau ditolak dlm Muktamar Agung, tapi atas kehendak beberapa kerat pimpinan atasan Pas, usul yg sepatutnya dikemukakan utk dibahas, telah dipaksa utk diterima tanpa bahas.

.......bersambung

Oleh Che Ibrahim Mohamed
(penulis adalah Pengarah Hal Ehwal Syariah, Gerakan Harapan Baru Kelantan)


ULASAN GB

Tahniah kepada mereka yang meletakkan jawatan dan keluar PAS secara beramai-ramai di Kota Raja, khususnya Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud.

Ia adalah satu tindakan yang benar dan tepat. Parlimen Kota Raja merupakan kerusi parlimen yang PAS menang dengan majoriti tertinggi, 29,792 undi. Pecahan pengundi mengikut kaum: 46% Melayu, 38% India dan 16% Cina.

Justeru itu, kemenangan besar PAS di Kota Raja BUKAN disebabkan kerana mereka mengundi PAS semata-mata tetapi pengundi di Kota Raja mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat.

Justeru itu untuk tidak mengkhianati pengundi Kota Raja apabila berlaku krisis dalam PAS, sewajarnya ahli parlimen Kota Raja meninggalkan PAS untuk bersama dengan GHB yang menjadi komponen kepada Pakatan 2.0 nanti.

Apatah lagi GHB adalah sebuah parti yang berdasarkan Islam juga, cuma dengan pendekatan yang berbeza iaitu inclusiveness, berbanding dengan PAS yang mutakhir ini kelihatan sudah menjadi parti exclusive hanya untuk para "ulama".

Semuga tindakan ahli-ahli PAS yang mengambil tindakan untuk meninggalkan parti itu dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah swt dan seterusnya meneruskan perjuangan mereka di dalam parti Islam yang baharu di Malaysia ini dengan memegang teguh amanah rakyat dan istiqamah dengan perjuangan Islam, bukan mengkhianati amanah rakyat dan bukan istiqamah dengan PAS yang telah terpesong dari perjuangan Islam. Semuga selepas ini lebih ramai yang akan meninggalkan PAS di seluruh negara untuk bersama -sama dengan GHB.

"Biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan berjalan terus"!!!





IKLAN BERBAYAR







14 ulasan:

omar daud berkata...

Salam

keluar dalam TV, media perdana,syabas GHB anda menunjukkan kematangan,tiada maki hamun,baling kerusi,kebencian dan melabel sesaorng yg tidak sehaluannya.Impaknya cukup besar bila keluar di media perdana,majority orng2 ramai atas pagar dan orang umno melihat akhlak-akhlak yg baik ini.Nampak gayanya PAS bakal menjadi PAS sebelum 1998.kebetulan kerisis najib ini,GHB kalau kena gayanya mungkin jadi rujukkan seluruh rakyat Malaysia,tiada mengira parti,kaum dan keterunan.

Teruskan niat yg suci ini,insyallah beroleh keredhaan ALLAH.
allahuakbar!!!

go GHB go
wassalam

Timnajib Jomfikir berkata...

Salute!

Jom!!! Bergerak ke hadapan..

Abdul Said berkata...

Alhamdulillah. Ramai yang sudah celik. Ramai juga yang sudah maju dan boleh berfikir. Semoga kita taat kepada perjuangan dan bukan taat kepada pemimpin!!! Apatah lagi kalau pemimpin sudah lari dari landasan dan tiba-tiba seronok dengan nikmat dunia!!!

My Kakak berkata...

AMANAH. Dalam langkah jgn lalai, dalam silat jangan silap, jadilah bunga Ros di mana mana, indah dan harum. Tentu semua org suka.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah jadi parti ekslusif hanya layak utk para ulamak dan walauns yg suci murni penjaga pintu syurga utk ahli2nya yg taksub.

Pemilihan semasa muktamar guna kaedah judi cai juga menyimpang dari ajaran Islam sebenar yg berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Tanpa Nama berkata...


Exco bila pulak nak letak jawatan.
Kan PAS sokong Khalid.Tapi sedar lah kalau nak hentam PKR kenalah minta Exco letak jawatan.

Kekeciwaan PAS akan terubat sedikit jika Khalid masuk PAS. Khalid kenalah berkorban demi menjaga hubungan dengan Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Ini satu tamparan yang hebat ke atas kepimpinan PAScai. Seru lah lagi ahli PAS keluar parti.

Sekarang kita nantikan pula Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib keluar PAS di ikuti yang lain-lain.

Kumpulan yang terakhir akan keluar ialah G18 dengan meninggalkan tanda 'A' seperti mana Zorro meninggalkan tanda 'Z' .


PAS tidak akan hancur tapi PAS seperti hidup segan, mati tak mahu.

Mr Oren berkata...

Saya berpendapat perlu ada sedikit pemimpin progresif yang berpengaruh kekal dalam PAS seperti Mahfuz Omar, Dr Rani, dll yang terus memperkenalkan idea-idea progresif dan inklusif.. cuma mereka ni perlu telinga tebal, tahan dimaki..Nik Omar pon biarlah kekal dalam PAS, tonjolkan kelebihan supaya orang tak nampak Nik Abduh saja.. mudah-mudahan pemilihan 2 tahun lagi, mereka naik dan usahakan perubahan dalam PAS, singkirkan perosak sebenar PAS seterusnya bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. jauh di sudut hati, kita semua masih sayang sahabat-sahabat kita dalam PAS dan begitu juga mereka. berkawan dengan ahli-ahli PAS cawangan saya tidak sama dengan berkawan dengan jiran-jiran lain, ukhuwahnya terkesan, berat hati nak berpisah dengan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Tuan ibrahim pun berminat juga gayanya utk sertai GHB..tetapi malu2..gaya dan tingkah lakunya mcm geng. GHB..dia nmpk mcm GHB ni boleh berkembang maju dan bakal gantikan PAS..

Tanpa Nama berkata...

Khalid dengar-dengarnya selalu juga berlatih pakai serban dalam rumah. Maklum lah tengah hangat pulak orang nak masuk minang.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pas dan GHB adalah dua entiti dua buah parti siasah. Kedua-duanya adalah parti pembangkang. Matlamat parti-parti pembangkang ialah untuk menumbangkan kerajaan BN melalui PRU 14. Dalam situas negara yang tidak menentu, Pas dilihat tidak mempamerkan pendirian yang nyata. Pas dilihat secara zahirnya menentang BN dan kebarangkalian ingin berbaik-baik dengan BN pun ada. Kenyataan-kenyataan pimpinan tertinggi Pas pun berbelit-belit, sukar untuk diramal sama ada ingin bersama PR atau bersengkokol dengan BN. Barangkali inilah yang dikatakan politik "cari makan", sehingga tertubuhnya GHB.

GHB dengan tegas menyatakan bahawa parti baharu ini ditubuhkan semata-mata ingin memperkuatkan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan seteru utama mereka BN. PR sudah berkubur kerana sikap pimpinan Pas yang cakap tidak serupa bikin, lain yang diputuskan dalam mesyuarat, lain pula tindakan yang diambil. GHB ditubuhkan kerana permintaan rakyat yang mahukan pemimpin-pemimpin berjiwa rakyat yang telah dinyahkan oleh Pas terus berkecimpung dalam arena politik tanah air. Pas telah menolak mereka, dan lantaran itu tidak hairanlah mereka keluar Pas dan menyertai GHB. Walau apa pun pertuduhan dilemparkan oleh Pas, namun perjuangan menegakkan keadilan mesti mereka teruskan.

Berkali-kali dinyatakan bahawa Pas adalah sebuah parti politik. Pas adalah parti siasah yang digunakan sebagai wadah perjuangan berlandaskan ajaran Islam. Walaupun perjuangan Pas berlandaskan agama, namun parti ini bukan agama. Kelaur dari Pas bukan mencacatkan akidah seseorang. Alangkah bijaknya seseorang itu menganggotai parti baharu yang dasar perjuangannya masih sama untuk mendaulatkan Islam dan memperjuangkan rakyat. Apakah akan tergelincir akidah seseorang Islam itu jika dia menganggotai parti baharu yang lebih Islamik, progesif dan memperdulikan rakyat berbanding parti lama yang Islamnya hanya sekadar retorik sahaja?

Tanpa Nama berkata...


Masuk PAS sikit-sikit. Keluar PAS ramai-ramai.

Dalam sembang pasal politik, mesti ada yang kata 'wah! sekarang ramai yang keluar PAS'



budin berkata...

Apa nak jadi ngan umat islam malaysia hari ini. Mana dia yang dikatakan berlapang dada
semua orang pasti ada kesilapan namun berbincang adalah jalan terbaik. adakah kumpulan sahabat dah buat solat Istiqarah sebelum menubuhkan GHB ni, Ingat perkara besar dan apa saja perlukan Allah sebagai pembimbing. Bukankah dalam islam sekecil manapun perkara yang hendak dilakukan memohon petunjuk Allah itulah yang terbaik walaupun tidak sama dengan yang kita harapkan.

Abdul Said berkata...

Betul juga kata En Budin 11:34AM. Kita perlu berlapang dada. Kita juga yakin bahawa geng ustad dan tuan guru juga sudah buat solat istiqorah sejak dua tahun lalu atau mungkin lebih. Mungkin melalui solat itu mereka diberi petunjuk untuk mengelar orang lain jebon, barua dan sebagainya. Mungkin juga melalui solat istiqorah mereka mendapat ilham supaya kumpulan jebon perlu dan mesti dihalau!!