Selepas Nunji di Shah Alam
Selepas Ustaz Ridzwan mengumumkan Nunji'15 telah pun berlabuh tirai aku terkenang peristiwa 2 tahun dahulu. Peristiwa mikrofon dirampas dan pelbagai peristiwa yang memalukan. Hari ini Ustaz Ridzwan Abu Bakar dapat berucap dengan tenang dan penuh hikmah.
Terasa damai berada dalam program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadiah. Tidak terasa 10 jam kami berada dalam majlis ilmu itu.
Ketika kaki ini sedang meninggalkan PPAS Shah Alam, para pimpinan Harapan Baru beratur dan berdiri berdekatan dengan pintu dan bersalam dengan setiap peserta. Ada yang memeluk, terasa ukwah ini terbina atas nama islam. Tidak ada prasangka, tidak ada dendam, tidak ada prejudis, yang ada silaturrahim ini benar-benar tercipta keranaaNYA.
Kami keluar dengan hati gembira dan damai. Terasa tugas besar diluar harus kami pikul yakni memastikan imej islam itu indah dan tema " Islam Rahmatan Lil Alamin " itu dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik Malaysia.
Tidak seperti program sebelum ini. Apabila keluar dewan atau sesudah mendengar ucapan penceramah, aku terasa susah untuk bernafas dek kerana memikul persepsi, fitnah adu domba dan prejudis antara satu sama lain.
Sidang hari ini juga menampilkan banyak ulama yang jarang ditonjolkan mana-mana parti. Dato' Dr Siddiq Fadhil, Dato' Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan beberapa tokoh lagi ditonjolkan dalam Nunji.
Mereka membentang kertas kerja secara bijaksana dan segala percanggahan dalam islam ditangani dengan kebijaksanaan siyasah syariah.
Kertas kerja para pembentang juga tidak terhad kepada isu populis semata-mata tetapi turut memperjuangkan bahawa syariat islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh dan tidak terikat dengan hudud semata-mata.
Diantara kertas yang paling menarik ialah kertas kerja Dato' Dr Siddiq Fadhil yang mengajak para asatizah merenung kembali idea Fiqh Malayzi atau Fiqh Malaysia. Dengan harapan Fiqh Malayzi ini menjadi panduan rakyat Malaysia.
Ucapan tahniah kepada Yb Dato' DrMujahid Yusof Rawa II selaku Pengarah Nunji15 dan seluruh jawatankuasa yang bertukus lumuh dan berjaya menjayakan majlis sinergi ini dan dapat membina politik baru di Malaysia.
Diharap majlis seperti ini akan diteruskan diseluruh Malaysia. Sesungguh rakyat Malaysia memerlukan pendekatan dakwah sebegini.
Islam Rahmatan Lil Alamin
Hazmi Hassan
Ketua Anak Muda Harapan Baru Kelantan
15 Ogos 2015
IKLAN BERBAYAR

[Rakaman audio NUNJI '15]
1. Ucapan Pengarah - Dr Mujahid Yusof Rawa :http://bit.ly/1TGUgUJ
2. Slot 1 : Membina Siyasah Syar'iyyah atas Dasar Rahmatan Lil Alamin - Ustaz Haji Ahmad Awang : http://bit.ly/1IU0LOZ
3. Slot 2 : Rakaman video khas - Syeikh Musa Ibrahim : http://bit.ly/1EuRo6A
4. Slot 3 : Politik Islam Pasca Arab Spring di Negara Umat Islam ; Bagaimana Penglibatan Berkesan Politik Islam dalam Kerangka Negara dan Kedaulatan Undang-Undang -Syeikh Muhammad Sayyid Ferjani (Orang Kanan Syeikh Ganoushi) : http://bit.ly/1PsgglY
Sesi soal jawab : http://bit.ly/1TGVPCa
5. Slot 4 : Prinsip Penetapan Fiqh Waqie & Maslahah Muktabarah di Malaysia - Dato' Dr Siddiq Fadzil : http://bit.ly/1gKPAkn
Sesi soal jawab : http://bit.ly/1IU2rrN
6. Slot 5 : Perlaksanaan Syariah di Malaysia : Mewujudkan Suasana Kondusif dan Cabaran Semasa - SS Dato' Dr Wan Salim WM Noor :http://bit.ly/1Njjglt
Ulasan Kertas Kerja oleh Dr Maszlee Malik :http://bit.ly/1THtdxV
7. Slot 6 : Fiqh Muwathonah : Satu Perkongsian dalam Membina Sebuah Negara (Sesi Soal Jawab) - Dr Mohd Mohd Parid Sheikh Ahmaddan Dr Zulqarnain Lukman (Pengulas) : http://bit.ly/1DWbkEz
8. Slot 7 : Forum Mengasaskan Politik Rahmatan Lil Alamin Untuk Malaysia : Peranan Ulamak, Umarak dan Ummah - Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan Dr Siti Mariah Mahmud : http://bit.ly/1PfoLzW
9. Slot 8 : Resolusi : Ketetapan Bersama NUNJI '15 - Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa : http://bit.ly/1PfqBRt
10. Ucapan Penutup NUNJI '15 : Haji Mat Sabu :http://bit.ly/1MuiN0uLike
10 ulasan:
Di saat para muslimi berseminar bersama ulamak dunia
Najib Dok merayu kpd Allah agar tidak turunkab bala demi bala kepadanya di solat perdana datafan merdeka...
Kpd pemimpin zalim dan rasuah amat sesuai Allah turunkan bala... Tempias kena rakyat yg tak bersalah.
Esom 1u.s jadi rm4.88 rekod yg pnh di catat pd 7jan1998.... Najib dah bawak Malaysia ke belakang 17tahun !!!!
Alhamdulillah.
Teruskan usaha baik kalian.
In Sha Allah permulaan yg baik akan memberi hasil yang baik. Kami rakyat marhaen akan menyokong usaha tuan2 selagi tidak menyimpang tujuan asal ditubuhkan.
Kepada rakan pejuang Pas, diharap dapat berlapang dada. Terimalah kenyataan bahawa perjuangan Islam bukan hanya untuk Pas sahaja tetapi untuk seluruh umat Islam di muka bumi ini. Janganlah hendaknya, perjuangan di luar Pas dicerca dan dihina. Kita berjuang hanya untuk ysng Satu. Biarlah laluannya berbeza asalkan tujuan murninya sama.
Kembalilah kepada Islam sebenar. Islam agama perpaduan. Mereka yang berpayung di bawahnya akan beroleh ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan, bukan permusuhan.
Demi Allah hamba sangat terharu di atas keterampilan sifat rendah diri para ilmuan dan pimpinan yang memberi pencerahan ilmu dan santunan di majlis ilmu Nunji di shah alam itu.
Para pimpinan menzahirkan sifat rendah diri dengan berdiri, sambil menyantuni sahabat2nya dengan penuh kasih sayang. Ada yang memeluk dan ada yang bersalam erat tanpa mana2 pihak menonjolkan penghormatan berlebih2an sehingga menzahirkan riak.
Membangunkan sebuah binaan besar yang bertemakan ' memberi rahmat seluruh alam' bukan sekadar kata retorik semata2. Harus diawali dan ditunjukkan teladannya oleh para pimpinan. Lalu ahli2 bawahan mengambil contoh dan teladan itu. Sehingga seluruh cita2 besar membangun ummat menjadi kenyataan.
Negara ini sesungguhnya akan hancur. Ia binasa bukan kerana perang atau bom nuklear. Negara ini bakal punah kerana 3,000 orang pilihan dimartabatkan sebagai super vvip untuk sewenang2nya merampas hak2 30,000,000 rakyat malaysia.
Demi Allah, tidak ada negara lain di dunia ini yang diberi Allah kesempurnaan sumber rezki melainkan negara Malaysia. Kenapa kekayaan negara ini tidak mampu mensejahterakan hidup rakyatnya? Kerana pemimpinnya tiada hasrat untuk memberi rahmat kepada seluruh makhluk di alam ini. Semuanya mendahului kepentingan peribadi dan bekas tuannya yakni penjajah semata2.
Salam
Alhamdulillah ,tahniah GHB,gerak-kerja cukup mantap.saya pernah membuat kerja-kerja begini dulu semasa pemuda umno dulu semasa 80'an,dan seganding dgn sharizat,lepastu melakukan kerja-kerja bersama PKR sejak 1999 (walaupun bukan ahli PKR).Saya pergi setiap gerak-kerja GHB , memang GHB bersungguh-sunguh untuk berkecimpung dalam bidang politik.Satu kelainan yg saya dapati ialah akhlak yg cukup baik,bekerja bersungguh-sungguh,kerja tetap dilakukan walaupun banyak kekurangan.Tak macam pemuda umno dulu ada upah kerja baru berjalan.Yg best ya dulu2 walaupun kami bekerja pegawai kerajaan,tapi kami bekerja untuk umno.Kejadian berlaku pada DSAIlah mengubahkan persepsi kami pada umno selama-lamanya.Berikrar sampai bila-bila untuk menamatkan riwayat umno/bn.PAS sayang sekali kerana Hadi/Haron telah menghina DSAI,dan bersekongkol dgn umno.Hadi/haron sudah melepaskan peluang keemasan untuk berdakwah pada DAP,sebagaimana yg ditunjunki oleh TGNA sanggup menziarahi mendiang Karpal sing di gelugor,walaupun Karpal sing sangat vokal dgn islam,tapi ulamak TGNA mengikuti contoh rasulallah. Walaupun di hina,dimaki,dibaling batu tapi nabi tetap mendoakan mereka, akhirnya ramai yg masuk islam,termasuk kita di Malaysia.Jika nabi ikut style Hadi/Haron apa akan jadi umat????
Ada 2 strategy di sini(1):Pehak GHB gerakkan kerja orginisasi parti,buat NEW BRANDING parti mempunyai kelainan dari parti2 yg terdapat,melatih kadir2 politik yg mempunyai akhlak yg baik,sediakan sistematic system, di mana dapat menampung kemasukkan ahli2 umno,PKR,pas dan orng atas pagar.Belajar pengelaman dari PKR dan PAS:Bila menerima ahli2 baru jangan biarkan mereka sendirian. Adakan activity dan events yg bersesuaian,pastikan mereka ada cara,dapat update activity parti.PKR TELAH GAGAL SEGAGALNYA DALAM MENJAGA AHLI-AHLI PARTI,setelah memerintah selangor,ahli2 entah kemana dibiar begitu saja,itu sebabnya bila ada ceramah GHB Majority yg datang adalah orng2 yg menyokong PKR.penyokong2 tegar PKR takkan mengundi PAS CONFIRMED.PKR menang PR13 dulu atas issue2 rakyat/dsai.ITU SAJA.Saya cukup yakin jika GHB ada events/program sebegini insyallah penyokong2 ini akan menjadi LOYALTY pada GHB,mereka beranggapan GHB betul2 ikhlas bersama DSAI.di samping itu GHB dapat convince seramai mungkin ahli2 PAS join parti GHB.
STRATEGY KA2: group2 kami akan memastikan penyokong2 PKR,umno,dan moderate cina bersama GHB.Majority kami mempunyai didikan agama yg lemah adalah terlalu jangal nak bersama tok-tok lebai PAS.dan yg berpendidikan agama yg hebat.
Kami dulu pernah menyarankan pada PKR supaya diadakan EVENT-EVENTS ahli setempat,terutamanya pelbagai kaum bukan hanya tunggu hari keramaian sahaja,Tapi no evail.sekarang pkr dah mengelabah,GHB dah buat activity macam2.Saya rasa ini adalah gerak-kerja yg sehat,siapa rajin,bertungkus-lumus buat kerja insyallah mereka akan berjaya.
jika GHB berani melakukan "Break the barrier" antara kaum sesama ahli,seperti memasak,menjahit antara wanita,ataupun anak2 muda,games sukan basikal lasak dan pelbagai lagi.Bayangkan makcik nyonya,bersama achi,dan makcik zenab samasama berlajar memasak masakan malaysia,dlm masa yg sama bila time masa sembahyang makcik zenab stop kejap bersembahyang..bagimana aiik!!!.Ahli-ahli GHB akan menunjukan satu model masyarakat majmuk malaysia yg diketuai oleh orng2 islam.
Inilah impian saya utk future generation,mengharapkan PKR/PAS buat..mungkin GHB yg merialisasikan.
just my 2 cents.
WASSALAM.
PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA
umpama buang sampah merata2 kemudian panggil habib doa jgn ada denggi
dn tugas kita membuang org yg suka buat sampah...
segera
Anom 5:57pm;
Disebabkan perangai/akhlak macam sampah ,selalu memikirkan orng lain suka mebuang sampah,terlupa yg dibuang itu orng2 yg memiliki mutiara berlian ,yg ramai tinggal bukan sahaja suka buang sampah,tapi suka berak merata-rata,akibatnya kena penyakit typhoon dan dinggi.Cuba nak panggil bumoh jin,tapi bumoh jin tak dapat cukup mkn,sebab bossnya yg dapat billion2 dah bagi dekat orng lain.nak tunggu ulamak snake,belom dapat wahyu lagi.terpaksa meroyan tak tentu pasal bila yg dibuang tadi berkilauan bagai emas permata.
OD.
Pandangan yg sgt baik.
Semuga GHB terus maju dlm kebaikan
Jadikan Nunji satu platform check and balance yang bertujuan semata-mata untuk mengukuh ikatan ukwah.
Nunji tidak ada kuasa untuk menentukan kumpulan mana yang dipilih oleh wakil dan Nunji tidak membuat apa-apa keputusan untuk parti termasuk membuat usul tanpa bahas.
Dengan pengalaman yang lepas-lepas bersama rakyat dan menerima nasib sehingga terbuang, sudah tentulah pemimpin GHB di antara yang terbaik. Inilah orang-orang yang mampu menyelamat Malaysia.
Setuju. KeADILan gagal dlm mhargai pengorbanan aktivis2 lama parti selepas PRU ke 12, 2008. Mereka dilupakan & hanya dhubungi bila ada pemilihan parti, praya & bila dperlukan oleh pimpinan utk maksud tertentu sahaja.
Ramai di antara mereka sudah bsedia utk bjuang bsama bekas ahli2 PAS, NGO 2 dll dlm wadah baru yg bakal dtubuhkan
Catat Ulasan