13 Jul 2015

[GAMBAR & VIDEO] Sidang Media Pelancaran Gerakan Harapan Baru

G18 isytihar akan tubuh parti Islam baru

Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru ini turut bertujuan untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

"Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.

"Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.

"Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua"
dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya," kata Mat Sabu, pengerusi Gerakan Harapan Baru dalam satu sidang media hari ini.

Antara mereka yang menghadiri sidang media hari ini termasuklah bekas naib presiden PAS Ahmad Awang, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas ketua pemuda PAS Suhaizan Kait.

Selain itu, dua anak bekas presiden turut terlibat dalam gerakan itu, iaitu Faiz Fadzil,anak Datuk Fadzil Noor dan Mujahid Yusof, anak Datuk Dr Yusof Rawa.

Turut hadir timbalan ketua muslimat PAS Siti Mariah Mahmud, bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dan bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.

Mereka semua akan turut bertindak sebagai penaja parti baru itu. -mk


KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

Tarikh : 13 Julai 2015
Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

1. Perkembangan mutakhir negara sangat meresahkan. Kenaikan harga barang akibat cukai GST serta kejatuhan nilai ringgit terus menekan dan menghimpit kehidupan rakyat. Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan. Skandal penyelewengan urusniaga serta hutang 1-MDB dan terkini pembabitan Perdana Menteri dengan 'embezzlement' atau 'salahguna dana awam' berbilion ringgit meletakkan Malaysia menghampiri kedudukan liga "Negara Gagal" atau 'A Failed State'.

2. UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak lagi berupaya memimpin dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam negara ini. Gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan semakin memuncak. Tuntutan perubahan ini merentasi semua kaum, jantina, bandar dan luar bandar, golongan miskin dan sederhana, muda dan tua, yang berkerja mahu pun mahasiswa. Anak-anak muda semakin lantang dan menonjol lantas bangkit mewakili suara hati-nurani rakyat. Negara sangat mendambakan perubahan untuk mempastikan masa depan rakyat yang lebih terjamin, makmur, sejahtera dan aman.

3. Kehadiran Pakatan Rakyat sejak dua penggal parlimen yang lalu telah merubah suasana politik tanahair. Pakatan Rakyat telah menampilkan suasana perimbangan kuasa dan prinsip semak-imbang yang berkesan dalam tata-order politik negara. Sekaligus saingan Pakatan Rakyat telah menamatkan monopoli kuasa hegemoni Umno-BN serta mengembalikan keadilan dan membela rakyat. Ini menyelamatkan negara dari segala kerosakan, kebobrokan dan penyelewengan amanah penguasa politik Barisan Nasional.

4. Kini Pakatan Rakyat tidak lagi dapat berfungsi seperti dahulu. Sangat malang bahawa dalam susunan kini, hanya kerjasama longgar dalam pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dapat dilakukan. Kedudukan ini telah menjejaskan agenda memimpin gerakan kebangkitan rakyat untuk terus melakarkan perubahan besar dalam negara.

5. Hari ini, kami ingin mengumumkan penubuhan satu entiti dan wadah yang kami namakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatannya HARAPAN BARU yang bertujuan untuk menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. HARAPAN BARU akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

6. HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya "Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta'arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

7. Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. Disamping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah(Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran "Rahmat dan Keadilan" yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara.

8. HARAPAN BARU akan tampil bertemu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah bermula pada akhir bulan Julai hingga akhir Ogos untuk berinteraksi dengan rakyat dan menjelaskan tawaran yang disediakan. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Sekian. Wassalam.

Mohamad Bin Sabu

Pengerusi
GERAKAN HARAPAN BARU





17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cdgn ditambah perkataan ISLAM didalam nama parti baru ini, bertujuan menarik minat golongan tertentu dan menyambung perjuangan yg terdahulu...

Tanpa Nama berkata...

GAHARU PERLU KAN DUIT MODAL TUK GERAK MAJU KE HADAPAN

MARI LAH RAKYAT ORANG ORANG MELAYU SUMBANG DUIT TUK BANTU GAHARU MAJU MEMBANGUN BANGSA MELAYU YANG SELAMA INI GAGAL JADI ORANG YANG SEBENAR

TANPA DUIT DAN MODAL , GAHARU TIDAK AKAN KE MANA MANA SAMA SEPERTI PAS , PERJUANGAN ORANG ORANG TOLOL

BAGI AKAUN GAHARU SAYA MAMPU SUMBANG PER MULAAN - RM100/- TUNAI

Saya bangga menjadi Melayu Ber Fikir

Alhamdulilah

Saiful berkata...

Syukur.. Maju terus maju..buktikan Islam untuk sekalian Alam..

Unknown berkata...

Salam Tuan:


Saya setuju pendapat, Gerakkan Baru Perlukan bantuan keewanggan.di peringkat permulaan ini.Jadi pehak jawatankuasa pusat bolehlah fikirkan cara terbaik bagaimana kami dapat menyalurkan bantuan dgn apa yg termampu.Pastikan akaun ini sah dan tulin utk kegunaan parti baru.


Salam maju jaya,harapan &impian baru rakyat malaysia.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...




Rakyat perlukan Harapan Baru sebagai ganti PAS untuk terus bersama-sama dengan PKR dan DAP. Kedua-dua parti ini akan pincang jika bergerak tanpa Harapan Baru. Begitu juga Harapan Baru akan berjalan tempang tanpa sokongan PKR dan DAP. Kedua-dua parti ini perlu berkempen secara aggresif meminta ahli dan penyokong hadir pada majlis pelancaran di negeri masing-masing.

PKR dan DAP di ibaratkan sebagai lagu. Harapan Baru di ibaratkan irama. Jika terpisah, rosak lah lagu, pincang lah irama.

Belum apa-apa, gabungan kerjasama PKR dan DAP dengan Harapan Baru telah memberi tekanan kepada UMNO. UMNO telah meminta Najib supaya segera merombak kabinet. Bila rombakan dilakukan nampak lah kabinet Najib macam kabinet Baru yang tidak lain tidak bukan untuk menipu rakyat. Berbagai-bagai alasan diberi tetapi yang sebenarnya supaya tidak dilihat usang setelah ujud nya PR yang baharu.

Rakyat berbilang kaum wajib sokong Harapan Baru untuk menyelamatkan Malaysia. Malaysia memerlukan pemimpin yang merancang dan bukan pemimpin yang memperjudikan negara seperti main susun-atur kuib, bila-bila boleh tukar.

Kepada Allah kita kembalikan.


air gunung berkata...

Sokong 2:29 & omar daud.
Minta pimpinan penaja segerakan.

Potailangek berkata...

Terbaiiiikkkkk...kami sokong demi rakyat MALAYSIA

Unknown berkata...


Dalam Ibnu Hasyim ditayangkan poster kecil # harapan baru.

Ianya persis konsep poster Baraack Obama dan ianya sangat baik.
Cuma tulisannya patut besar iaitu HARAPAN. Fontnya diBOLD.
BARU

Apapun konsep placard macam tu sangat baik.

1. Cetak pada kertas berkualiti dan jual.Kami akan membeli sambil
menyumbang.
2. Placard itu dibawa semasa menghadiri rally . Bayangkan ribuan placard yang sama menggambarkan kesatuan. Impak saikologi sangat tinggi.Gambar2 yang tersebar akan membina solidarity.
3. Placard itu boleh diguna berkali2.
4. Hanya placard tersebut dibenarkan dalam rally.Ia akan mengelakan provokasi pihak lawan yang sengaja menaikan spanduk yang berniat jahat untuk mencemari Harapan Baru.
5.Cetak pada baju t HARAPAN dan jual.
BARU
6.Car sticker jangan dilupa.

HARAPAN
BARU

Aljamdulillah semalam baru lahir!

Tanpa Nama berkata...

AllahuAkbar! Selamat Berbakti Tuan2 Pembela Agama dan Negara..

AhlanWasahlan!

SAYA SOKONG 100%!!

aku berkata...

Tunjukkan bahawa Islam adalah Rahmat kepada seluruh alam.Islam adalah penyelesaian kepada permaslahan dunia dan satu aspek penting dapat berdakwah kepada non muslim melalui berkawan dengan mereka dan menunjukkan tauladan yang baik kepada mereka.

Tanpa Nama berkata...

Semua ini kerana DIA
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba rasuah azmin dgn jawatan mb?
4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan kahild sbg mb walhal org tua tu sengaja tinggal solat? org yg istiqimah dlm solat mohon pd Allah swt supaya kekalkan org munafiq jd pemimpin dia?
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran haram dan tak Islam?
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg dia ponteng?

Tanpa Nama berkata...

Gerakan Harapan Baru bertindak sbg `third force' dlm arena politik negara. Wadah perjuangan berteraskan Islam utk memakmurkan Malaysia yg lebih baik dan dihormati rakyat berbilang kaum serta agama.

Abdul Said berkata...

Semoga perjuangan tuan-tuan dan puan-puan berpaksikan keadilan sosial dan kesejahteraan semua bangsa rakyat Malaysia. Selamat Haju Jaya dan insyaAllah pihak tuan mendapat sokongan kami sekeluarga (7 undi).

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang cina belum Islam (ikut kata rakan di fb) rasa bangga kerana ustaz Ahmad awang bersama g18. Ini terbukti masih Ada harapan kerana masih adanya ulama berkualiti.

Saya amat benci orang pas Suka buat kata Hina kepada "kapir" dan sebagainya. Sila Berhenti. Ok?!

Tanpa Nama berkata...

Adakah tuan tahu Banyak dalam parti "passed" ni kononnya beragama Suka buat label Hina seperti kapir najis, kapir Babi dan sebainya.

Apa ni ???

Tanpa Nama berkata...

Nak harapkan Hj Hadi dan Harun Din nampaknya kita akan terus duduk di bawah pemerintahan umno bn utk 50 tahun lagi...
Syabas kpd harapan baru...menyediakan wadah baru dgn kekuatan baru utk tumbangkan umno bn...saya pasti pilihhh...

Unknown berkata...

saya sokong anon 2.29 dan omar daud,kalau kita sokong maka lakukan sedikit pengorbanan,berikan sumbangan sekadar yang termampu,anggaplah sumbangan anda sebagai pelaburan untuk masa depan anak cucu kita dan generasi akan datang ,jika kita tak mampu tampil didepan sebagai pejuang maka kita bantulah dari belakang supaya para pejuang ini mampu bergerak kedepan demi anak cucu kita juga......