13 Jul 2015

[GAMBAR & VIDEO] Bas Rombongan Bawa Nor Azli Taliban Ke Ayer Hitam Terbakar

Nak pergi berbuka, bas terbakar

Seremban: Seramai 24 orang yang dalam perjalanan menghadiri majlis berbuka puasa di Johor berdepan detik mencemaskan apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar, petang semalam.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Johor secara tiba-tiba berasap sebelum berhenti di tepi jalan di Kilometer 264 Lebuhray PLUS arah selatan, berhampiran plaza tol Seremban.

Difahamkan, cemas dengan keadaan itu, pemandu bas meminta semua penumpang masing-masing 17 lelaki dan tujuh wanita turun menyelamatkan diri.

Penolong Penguasa Bomba Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.57 petang dan tiba di lokasi 22 minit kemudian.

"Sebaik tiba, kita mendapati bas persiaran terbabit sedang terbakar dan tiada mangsa yang terperangkap.

Bas itu musnah 100 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. -HM

ULASAN GB

Tak sangka pula bas yang terbakar itu rupa-rupanya membawa rombongan beberapa orang ahli PAS dari Perak termasuk seorang AJK Pas Pusat iaitu Ust Nor Azli Musa atau dikenali Nor Azli Taliban berdasarkan kepada "printscreen" dari media sosial facebook yang viral sejak petang semalam.

Rombongan itu dikatakan sedang menuju ke Ayer Hitam untuk bersama di Program presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan AJK PAS Pusat dengan pimpinan PAS Negeri Johor.

Alhamdulillah, mujur semua penumpangnya selamat. Innalillahi wainna ilahirajiun.




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patutla bloggor omak kau mewar-warkan program tuang peresedeng ramai
yang nadir,rupa-rupanya penyokong kena angkut dgn bas dari Perak pulak tu,jauhnya.
macam umno pulak, maklumlah nak ug,ug.

Nak tanya jangan marah ada dapat duit poket ke?
Jangan marah saja saja nak tanya kalau berbaloi saya pong nak ikut juga.

Tanpa Nama berkata...

UMNO sewa satu bas penuh.
Kalau nak penuh kena lah bagi duit merah 5 keping yang baru. Tak ada orang PAS, angkut orang yang UMNO angkut selalu.
Nak iku Nabi ikut Nabi betul-betul. Jangan mandai-mandai dulu kat hudud.
Nak ikut UMNO pun macam tu , kena ikut betul-betul. Jangan nak lokek !!

Tanpa Nama berkata...

Amaran dah menjelma..

Nostalgia abkk berkata...

Macam program PM bersama rakyat...angkut sana angkut sini.

Unknown berkata...

Salam semua:Terima kasih GB beri latest info;

Takziah pada bus:Takpa tawkey boleh claim insurance,
Allah nak tunjuk case pada ahli-ahli PAS, Beginilah caranya bagaimana pemimpin2 PAS (Chai) nak menunjukkan mereka mendapat sokongan ahli-ahlinya,terpaksa ikut strategy umno.

Strategy pemilihan party:ikut umno (chai)
Booo mengeboooo:ikut umno
Label-melabel :ikut umno
Ponteng malas kerja :ikut umno;
mengunakan ayat2 allah :ikut umno
angkut mengankut ahli-ahli untuk sokongan :ikut umno
Kemaruk dgn jawatan:ikut umno
Menikam rakan-rakan dari belakang:ikut umno
Memungkiri janji:ikut umno

HABIS APA LAGI AJARAN YG DIBAWA OLEH PAS!!! Cuma hudud/?;boleh ka!! kalau benda-benda BASIC , masih berterabur.

Supaya menjadi PENGAJARAN PADA KITA SEMUA,jangan terikut-ikut rentak mereka-mereka ini, yang penting kita jalan kerja ikut tertib yg betul dan di redhai oleh ALLAH.

HARAPAN & IMPIAN BARU:RAKYAT MALAYSIA.
WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Apa pun syukur mereka selamat..ke mana jua destinasi mereka itu tidak penting..jika mereka ingin ke prog hadi itu hak mereka..ini negara demokrasi.biarkan lah mereka dgn prog mereka..jgn kita bermusuh dgn pas..kerana musuh kita adalah ubn..even dgn ubn pun tidak perlu kita doakan yg x elok utk mereka...doakan yg baik2 bt mereka..sekali lagi syukur mereka selamat...

Tanpa Nama berkata...

Satu peringatan daripada ALLAH TAA'LA untuk Ustaz Azli Taliban dan semua ahli-ahli PAS.

mohd shahran berkata...

tu dari perak. allah nak tunjuk, maknanya geng2 tolol ni ke mana2 ada bas angkut dari seluruh negara. lepas tu dengan bangga isytihar ramai yang hadir bila geng ug buat program.. phak tuuuiii . kalau tak menipu bukan ulamak pas namanya

Tanpa Nama berkata...

Bas terbakar satu hal.
Kena pulak kat Tol Seremban.
Negori yang majoriti tak sokong Hj Hadi punya geng. Jangan mainkan orang Den ni. Tak mati badan merasai. Hehe.

Tanpa Nama berkata...

Apa juga yang berkaitan dengan UMNO, sekali pun kerusi meja berlogo UMNO adalah musuh kita !!

Tanpa Nama berkata...

moral of the story :

syarikat bas jgn angkut puak UGPAS, bahaya

biar depa naik kenderaan sendiri, guna duit sendiri.... demi mendapat redha Allah.

satu lagi petanda PAS nk kawin umno... sebb mula nk jelajah johor negeri umno. dan nk tunjuk kat LKS.

pegi balik lubuk kamu masing2 lah. kan PAS dah undur ke tahun 60an.

Tanpa Nama berkata...

luar dr topik

Isu low yat

Org kita jual baju t-shirt kelab bpl tiruan, kena serbu kena rampas. padahal harga murah bukan ikut harga ori.
Org kita jual kueh di bazaar, kena terjah dan kata ada peniaga buat untung.

HP klon hrg mahal, ada ambil tindakan?

Tanpa Nama berkata...



ALLAH dah kasi 'warning' terang2

Sblum nih geng hudud UG dah pon ALLAH "hudud"kan kdua2 belah kaki!

Slps peristiwa pilKuda yg PANAS itu, asrama Hardy Awings kat Rusila TERBAKAR hangus!!

Dan kini..bas rombongan ala2-umno itu pula HANGUS dijilat api!!!

Kita tunggu apa lg yg akan "HANGUS" slps ini..gara2 panasnya api FITNAH itu?

Tanpa Nama berkata...

low yatt

jadi yg salahnya adalah penguatkuasa dan mungkin juga org politik yg memakan rasuah dpd peniaga yg bermaharajalela

yg jadi mangsa pembeli. jika disiram api perkauman yg jd mangsa org awam melayu dan cina. yg makan rasuah pi makan angin

rasuah ni bermula dr atas. selagi tk benteras kepala, maka sukar benteras ekornya

Tanpa Nama berkata...

Tuan, kita janganlah jadi mereka memaki hamun. Mari kita jaga akhlak supaya Allah pandang kasih pada kita dan parti baru kita, GHB.