9 Jul 2015

Bukankah Tolol Namanya Jika Pecat Mereka Yang Bukan Ahli PAS Lagi?

PAS akan pecat ahli sertai parti lain, kata Hadi

PAS menasihati mana-mana ahli mereka untuk kekal di dalam parti Islam itu, termasuk kumpulan pemimpin progresif yang menggelarkan diri mereka G18, atau dipecat keahlian mereka, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berucap pada majlis berbuka puasa di Kelantan Isnin lalu, Hadi berkata, PAS tidak menghalang mana-mana pihak yang berhasrat menubuhkan parti baharu.

“Tetapi kita kena ingat sejarah politik dan penubuhan parti di negara ini bagaimana nasib parti berkenaan setelah ia diasas kerana kecewa,” katanya, dalam program di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Memetik kenyataan yang dikeluarkan di pas.org.my itu, Hadi berkata, untuk menubuhkan sebuah parti Islam baharu, asas Islam yang kukuh diperlukan, bukan kerana perasaan kecewa dan tidak puas hati.

“Sebagai sebuah parti Islam yang baharu perlu ada asas Islam, bukan kerana tidak puas hati terhadap parti yang didukungi. Kita keluar dan buka lagi parti baharu dan begitulah seterusnya,” katanya.

Beliau turut menyalahkan media sosial yang menjadi medan memperbesar-besarkan isu.

“Media sosial seperti Facebook memberi ruang perkara yang kecil menjadi besar sehingga menampakkan PAS sedang bergolak," katanya.

Muktamar PAS di Kuala Selangor baru-baru ini menyaksikan parti Islam itu bukan sahaja memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi pemimpin dari kalangan kumpulan progresif turut tewas kepada kumpulan konservatif pada pemilihan ketika itu.

Mereka yang tewas dalam pemilihan itu termasuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, naib presiden Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, dan beberapa lagi individu lain.

Susulan itu, kumpulan berkenaan membentuk G18, yang kemudiannya ditukar nama kepada Gerakan Harapan Baharu, dan difahamkan selepas sambutan Hari Raya bulan ini, mereka akan membentuk sebuah parti politik baharu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) baharu.

Selepas PAS mengambil pendirian memutuskan hubungan dengan DAP, parti komponen PR itu kemudiannya mengambil pendirian PR tidak lagi wujud, dan kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil langkah menggesa wakil PAS dalam kerajaan mereka meletakkan jawatan.

Ekoran tidak puas hati dengan keputusan PAS, beberapa ahli mereka, seperti aktivis Pemuda PAS, Syed Omar Ali dan peguam muda, Zulhazmi Sharif membuat keputusan menyertai DAP


Pembangkang dan NGO bincang isu 1MDB di padang kawad parlimen

KUALA LUMPUR: Kumpulan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan di padang kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu.

Perhimpunan dikatakan dibuat di lokasi tersebut atas berikutan lokasi asal yang dicadangkan iaitu bilik mesyuarat di bangunan sementara pentadbiran parlimen telah ditempah awal oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata bahawa mereka pada mulanya dihalang masuk ke bilik mesyuarat kerana diberitahu bilik mesyuarat yang ditempah itu telah dibatalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudian menafikan kenyataan tersebut dengan menegaskan bahawa mana-mana Kementerian tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan tempahan bilik di Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula berkongsi gambar di laman Twitter dengan menulis “ahli-ahli parlimen 'bersidang' dengan duduk di lantai di ruang terbuka kerana tidak dibenarkan guna bilik mesyuarat."

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, turut mengesahkan sidang tergempar Parlimen dan Pimpinan Masyarakat itu diadakan di tangga Parlimen.

Sementara Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang pula mempersoalkan mengapa kawalan keselamatan keterlaluan berlaku di Parlimen.

Bukan itu sahaja, ahli-ahli Parlimen and NGO yang lain turut tidak melepaskan peluang untuk melaporkan keadaan secara langsung dari Parlimen.

Perhimpunan dipimpin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah dan turut disertai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ia bermula sekitar jam 12.30 tengahari.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan.

Pertemuan itu dicadangkan diadakan sebelum ini oleh Wan Azizah Wan Ismail dan disokong oleh ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.
-astroawani


ULASAN GB

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga.

Berbalik kepada soal memecat mereka yang menyertai parti baharu atau parti lain. Sebenarnya tak timbul soal pecat-memecat. Hanya si tolol akan berkata demikian. Sebab seseorang yang telah menyertai parti baharu secara automatik gugur keahliannya dari PAS. Jadi apa hal nak pecat orang yang dah tak ada dalam parti?

Contohnya seorang pekerja yang bernama Ahmad berkhidmat dengan sebuah syarikat katakanlah ABC. Kemudian dia berhenti dan berkhidmat untuk syarikat DEF. Jadi tak timbul soal ABC nak pecat Ahmad kerana Ahmad sudah tidak ada lagi di dalam syarikat ABC. Demikian anologi mudah dan kalau dah faham itulah tolol namanya jika nak pecat orang yang dah tak ada lagi dalam parti. Dan demikianlah juga hukum kebenaran dan keadilan berjalan, tuduhan tolol kini kembali kepada yang menuturnya!

Sebenarnya, kehadiran parti baharu benar-benar telah meresahkan ulama othodox dalam PAS. Sekarang baru mereka tahu hasil dan kesan dari perbuatan kotor dan keji mereka menyingkirkan golongan profesional.

Dari laporan yang GB terima, insyaAllah ahli-ahli PAS seluruh negara akan memberikan sambutan yang besar terhadap kemunculan parti Islam alternatif ini. Kita tidak boleh membetulkan PAS dari dalam lagi. Ia kini dikontrol oleh kumpulan ulama jumud yang ingin membawa PAS 50 tahun ke belakang, ingin membawa PAS kembali ke surau dan gua walaupun Allah telah membawa dan menghantar PAS ke Parlimen dan DUN. Buktinya Presiden PAS sendiri tidak mengendahkan dan tidak mensyukuri kedudukannya sebagai ahli parlimen, mengkhianati amanah dengan ponteng setiap kali parlimen bersidang.

Kemunculan parti baru bakal menghantar sebilangan besar ulama-ulama PAS ke hospital dan IJN. Terkena penyakit lemah jantung. Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

Dan insyaAllah, hanya dengan parti baharu dengan rakan-rakan di dalam PAKATAN 2.0 inilah nanti yang akan merealisasikan impian rakyat dengan tertubuhnya kerajaan baru di Putrajaya!

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasa tak sabar sangat untuk menyambut Hari Raya dengan parti baru, selain dari baju baru.... Apa2 pun selamat tinggal HadiMaru!!!

Tanpa Nama berkata...

Dulu hadi gak yang halau geng jebon keluar parti..takkan da lupa kot...

Tanpa Nama berkata...

Common Sense pon tak ada lagi dalam Otak Otak Pemimpin PAS

TOLOL PAS sudah tiada tandingan lagi

Orang Orang Melayu tu.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah, saya dan isteri akan lompat ke bahtera baru..menuju Malaysia Baru!

Unknown berkata...

Salam Semua:

Sungguh menarik ulasan GB:
Saya terbaca ulasan-ulasan penulisan dari group (Ug) ,kebanyakkan mereka mengatakan group Progressive, tidak gentlement kerana tak muhasabah terhadap diri sendiri, dan jadilah Khalid al-Walid.
Nampak sangat mereka HIPOKRIT, group progressive bukan mempersoalkan tentang Kalah- Menang , Itu bukanlah issuenya,Mat sabu pernah kalah,dan pernah menang itu adat pertandingan:
TETAPI ahli-ahli mempersoalkan Modus Operandi dalam mencapai kemenangan adalah bertentangan dgn Islam.Umpamanya,Disebabkan NAK kan KUASA Fitnah dibenarkan berleluasa di depan mata.Ucapan booooooooooo sudah mengantikan Allahuakbar.Cara2 kempen penerangan mendapatkan perwakilan mengundi tidak Adil pehak lawan tidak dibenarkan ,Satu Konspirasi yg cukup hebat, bermula di tasik kenyir,Mengunakan issue DAP untuk menjatuhkan lawan.Mengunakan fitnah ala papagomo dibenarkan.Dan yg paling ketara PENIPUAN berlaku ,pabila mengunakan sistem CAI,GAMBAR-GAMBAR BUKTI ,sudah terang lagi bersuluh. Media-media umno,secara terang membantu mereka.

PARTI PAS Tidak akan kemana:Mereka tiada mempunyai INTEGERITY,AMANAH,PRINSIP.Siddiq
Contoh:1/Bila 3 parti berpakat, ketiga2 presidin parti dah bersetuju dan bertulis siap tanda tanda tangan, Tetapi PAS menghianatinya.contoh ketara presidin PAS tak hadir meeting dgn presiden Pakatan Rakyat.Perjanjian yg mula di persetujui,tapi dikianati oleh pemimpin PAS.INTERGERITY tak ada.
2/AMANAH rakyat untuk ahli parlimen Marang tak ditunaikan,apa hukumnya bulan-bulan makan gaji buta??.
3/President dan Mursydul am , bela Najib, Tapi TITM, Ustaz deris,vokal dgn najib.APA PRINSIP Parti sebenarnya,Yg atas kata kawan, yg bawah kata lawan.
4/Presidin dan Mursydul tidak ada sifat siddiq ,samada akhlak dan politik.Perlembagaan parti sendiri pun di PIJAK-PIJAK.Sekejap kata usul putuskan dgn DAP,tanpa Bahas, sekarang dah balik umrah buat dekk ajerr.BILA ISLAM BERTEMBUNG DGN DUIT/HARTA/KUASA....ISLAM dah jadi macam barang mainan pula dah,,,,,SEKARANG NI TENGAH NAK CARI HADITH & AYAT QURAN NAK MEMBENARKAN KAWAN DGN DAP..
MEREKA SELALU KUTUK DAP dan G18:Tetapi DAP ada intergerity, mereka dah mengarahkan penjawat DAP lantikkan PAS dikelantan meletakkan jawatan.bEGITU JUGA KUMPULAN G-18 , ada INTERGERITY DAN MARUAH DIRI.Mereka tak menunggu dihalau,atau buat muka seposen/SEKUPANG.
INILAH SEBABNYA KENAPA RAMAI AHLI-AHLI PAS BERALIH ARAH, MENUKAR WADAH..sebab PAS mengesahkan ia TAK ada,PRINSIP,INTERGERITY,AMANAH dan KECERDIKKAN dalam berpolitik lebih mengarah kembali kebelakang.
WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Yelah .memang hadi lupa,dia tak tahu apa yang dia cakap dan dia lupa apa yang dia suruh sekarang dia minta haron mengubati dia agr pemikirang setabil semula.ramai rakyat [ertikai Najis dia dan haron sokong peminpin zalim dia lupa ayat amaran allah yang pada siapa yang menyokong orang zalim apa balasanya. hadi.hadi.haron.haron apa sudah jadi pada kamu ni.pergi basuh muka dulu ye.

Tanpa Nama berkata...

Org gila talak mmg mcmtu cakap merapu2 je

Tanpa Nama berkata...

seperti juga najib
akan memusnahkan umno.
begitu juga hadi
akan menjahanamkan pas.
tunggu...

Tanpa Nama berkata...

Biarkan geng geng tolol gila meroyan. Nak buat macam mana haron jeng dan tuang presideng dah perangai macam tu. Orang yang mental saja yang sanggup walak dengan perangai dia orang ni. Perangai haron jeng ni aku dah tau 25 tahun dulul lagi. Aku belum nak cerita lagi. Bila dia jadi timbalan mursyidung dulu aku dah tak sedap hati. Aku diamlan saja demi pas. Dah melampau lampau mintak maaf ajela. Selagi dua makhluk tu ada dalam pas aku dah tak ada hati la. Aku akan kempen habis habisan untuk pakatan baru sampai nyawa aku habis. InsyaAllah. Selagi pakatan baru tidak merapu mecam pas sekarang. Allaaaaaahuakbar.

Anti ulama su' berkata...

Dulu branding pas yang orang lihat adalah parti 'Lebai Kampung'. Dengan adanya golongan progresif la telah mengubah brand tersebut. Tetapi oleh sebab Hadimaru, Pas dah balik ke brand lamanya. Selamat tinggal parti 'Lebai Kampung'

Tanpa Nama berkata...

TAJUK PAKATAN BER-4
Elok tubuh parti baru dan Pakatan Rakyat jd pakatan berempat. Pas nak bersama boleh keluar pun boleh. Jadi kuasa tawar menawar akan seimbang. Selangor contoh adun Pas yg dibaruakan tak akan dipilih semula dlm PRU akan dtg jd join parti baru yg bergabung maka pasti kuasa tawar menawar dan status quo mereka kekal boleh bertanding semua atas tiket parti baru. Pas terpaksa terima kerana ini pakatan ber-4. Kerana pas berkurangan ADUN maka satu exco perlu diberi pada Parti Baru jd Pas wajar dpt 2 exco sahaja.
Jawatan-jawatan utama spt di GLC negeri di selangor yg asal milik PAS perlu diberi 1/3 kepada Parti baru. Pas kekal 2/3 sebagai menghormati gabungan.
Begitu juga lain-lain ahli parlimen boleh terus kekal bertanding dlm next PRU atas kapasiti pemuafakatan Pakatan ber-4.
Pas ada pilihan untuk keluar tapi semua tahu PAS akan terus kusam jika sendirian dan Kelantan pun boleh terlepas. Jika bergabung dengan UMNO lagi hancur kerana mungkin pimpinan sahaja yg berminat tapi grass-root tidak dapat terima.

Pas tiada pilihan selain bersama Pakatan ber-4 untuk survival, Tapi agihan dan kuasa rundingan cuma tinggal 2/3. Status Quo PKR dan DAP kekal cuma Pas yg perlu berkongsi agihan dgn Parti Baru. Memang parti baru tidak kuat jika sendirian tetapi bersama tongkat dari PKR dan DAP pasti ia kuat dan ada kuasa tawar menawar terutamanya di pantai barat. InsyaAllah

Membangun Bersama Kepimpinan Cai

Duvid-duvid

Unknown berkata...

Dari Perlis..jangan lupa turun ke bawah pula..saya sabar nak JOIN!!

Anti ulama su' berkata...

Dalam hal ini, isu perlulah tepat. Sebab utama parti baru ditubuhkan bukanlah kerana kecewa tetapi masyarakat umum Malaysia yang dah bosan dengan PAS. Kami mahukan alternatif kepada parti jumud

Tanpa Nama berkata...

Tu bukan tolol tetapi dah masuk kategori bahalol.mana ada org sokong pas dah.cuba check kebanyakan rakyat biasa mana ada sokong pas melainkan totok taksub pas tp itupun cuma 10~20 % je.pas akan melingkup bersama bn.tahniah hadi mbawa pas ke arah ketololan.kami xnk sokong parti tolol lg....mentaliti rendah sapa nk sokong,sapa nk percaya hudud pas...hudud hukum Allah wajib dipercayai tp bkn hudud walaon....sampai ada yg kata jatuh kafir kalau keluar pas.adui....dr kampung mana tah mahluk yg ckp mcmtu,org kg pun dah bijak2 skrg...pas makin bodo berbanding org kg...para walaon jgn pula masuk parti baru yea....nt tuan pesideng pecat.kahkahkah.ada ku kesah pecat xpecat.puih.

Tanpa Nama berkata...

TIDAKKAH BARUA UMNO INI SEORANG YANG TOLOL

Tanpa Nama berkata...

Harap serban saja besar. Otak letak kat siku dan lutut macam lebai kampung yang malang. Hentam sajalah labuuu.

Tanpa Nama berkata...

Passs...dah lepasss
lo worang terbabas..

Tinggal sejarahlah ko..Dulu abah kate Haj Hadi sesat..bertegang urat leher aku pertahankan.
Dengar khutbah Hj Hadi di Rusila,,bergetar jiwa..mengalir air mate..

Rupenya,...aku tertipuu..Bijokk Mu belakon.

Selamat Tinggal Pas.....


Tanpa Nama berkata...

Nasihat kepada yang banyak mengutuk kat sini...

Bulan puasa ni, ooi... Takder rasa kene jaga mulut ker..? Saya nak pesan ni.., bimbang nanti puasa yang dilalui ini hanya memberikan lapar dan dahaga SAHAJA...

Wa sudah pesan sama lu..
Lu nak ikut atau tidak, itu bukan kerje wa lagi..

Malaysiabaru berkata...

Sebuah malaysiabaru

Melalui

Party baru

Dan

Kerajaan baru

Bakal jadi

Harapan baru

Untuk pakatan yg bersatu !!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau parti lain tu UMNO, tak kena pecat.

Sebab hny PAS yg boleh selamatkan UMNO !

Tanpa Nama berkata...

Hadi ingat senang-senang nak tubuh parti baharu. Bila keciwa dan tidak puas hati, tubuh parti. Kalau yang keciwa tu G18 je yang seramai 18 orang, apa ingat boleh tubuh parti baharu. Beberapa pemerhati dan penganalisis politik mengatakan pemimpin-pemimpin profesional ini ramai penyokongnya dan ahli yang tak sokong mana-mana pun keciwa dengan ulamak PAS.

Hadi masih salahkan orang lain dan kali ini salahkan Facebook. Orang guna Facebook tak kan Ulamak dan Pemuda PAS tak boleh guna Facebook. Yg sindiran Nakhaie yg PAS akan berkongsi harta rampasan boleh buat tak tahu pulak.

Sudah-sudah lah tu asyik salahkan orang je.

Tanpa Nama berkata...

nk tunjuk garang last2 jadi tolol

konon2 amat berkuasa gertak nk pecat org la

harap2 org yg digertak tu menggigil lutut sebb takut tk wala' nnti jadi batu

kalau masuk parti lain tu kira masih pelu dipecat dr PAS, maka ust nakahie yg masuk umno tp belum dipecat dr PAS, maka dia masih ada 2 keahlian la?

begini saja hadi... u panggil semua UG2 dn ust muda PAS nik beduh tantawi dn lain2. buat usrah pasal perlembagaan PAS. baca dn hafal setiap baris akan maksud yg terkandung.

mengaji dari alif ba ta semula perlembagaan PAS tu sendiri, tk perlu sibuk org lain nk tubuh parti baru, mereka ada peguam2 yg hebat utk gubal perlembagaan parti.

susah nk ajar la geng2 ulamak orthoDOG dlm PAS ni

pandai tkleh diikut tolol tkleh diajar



Tanpa Nama berkata...

Ucapan Hj Hadi serupa jugok dgn kate-kate "mu kalau mati aku bunuh mu nati". Tak ade maknanya, sepatutnya Hj Hadi beritahu begini. Parti PAS kini baru tahu bahawa mereka rupa-rupanya telah bergabung dgn DAP yang memang anti Islam dan PKR sebuah parti yang pemimpin nya tak kisah Islam diperkudakan demi kuasa.

Insiden kalimah ALLAH supaya disyirik oleh pihak gereja yang di sokong pemimpin DAPigs dan PKR jelas menunjukkan fahaman mereka yang merbahaya kepada akidah umat Islam Malaysia. Yang mengakibatkan perpecahan seterusnya ialah apabila pemimpin DAPigs minta supaya PAS ikut perintah mereka dan jangan teruskan Hudud ALLAH. Tak sesuai untuk Malaysia kata “ustaz” Lim Kit Siang yang di jemput Mat Sabu untuk beri ceramah di Masjid Kota Bharu tidak berapa lama dulu. Seolah-olah Lim Kit Siang lebih tahu dan pandai dari yang Maha Mengetahui sendiri.

Kini kesemua bekas pemimpin PAS yang menyokong kuat polisi DAPigs sudah keluar dari PAS dan sedang berusaha untuk menubuhkan parti pemisah bangsa Melayu yang namanya pun macam DAPigs jugak yaitu DIP. Secara logiknya mereka ini bakal meneruskan perjuangan DAPigs yang mahukan supaya umat Melayu di pecah belahkan supaya mudah mereka melemahkan musuh utama DAPigs – yaitu ajaran ISLAM.

Kepada mereka yang bakal menyokong DIP mereka harus meneliti hadis Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi. “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. Sekiranya tuan-tuan menyokong DIP atau DAP bererti tuan-tuan menyokong perinsip sesat lagi syirik mereka juga. Kalau nak tahu apa ancaman yang ALLAH telah firmankan semenjak lebih 1400 tahun dahulu sila lihat surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”.

Jadi fikir-fikirkanlah kerana pengorbanan yang bakal tuan-tuan berikan terlalu besar demi untuk memberi kuasa kepada orang-orang seperti Mat Sabu , Khalid Samad, Guan Eng dan Kit Siang.

Abdul Said berkata...

Nampak sangat otak tuan presiden sudah bercelaru. Mental tak stabil. Cakap merapu. Yang dihujahkan dulu sudah dilupakan. Wartawan dan beberapa penulis harakah terpaksa spin agar dapat memulihkan imej tuan preiden. Namun orang ramai dah tahu. Tak payah tengok blog, tak payah baca harakah atau suratkaba ameno ramai orang tau yang PAS sekarang merupakan satu parti rasis bertopengkan ugama. Kalau tak percaya cuba risik-risik dengan orang bukan Islam yang peka terhadap politik negara>

Tanpa Nama berkata...

Sapa lari dari pas bermakna lari dari perjuangan islam. sapa tolak hudud bererti kafir. Dia ingat islam tu pas punya. Orang yang lari dari pas tu lari dari islam. Dia saja reti ugama. Oi haron din oi haji hadi tak payah dok kencing orang kampong la.... berdosa....tapi orang kampong lagi cerdik pada depa ni. Betoi dulu tok wan aku kata haji hadi ni sesat. 40 tahun aku tertipu. Ptuihh.

Tanpa Nama berkata...

anom July 9, 2015 at 7:11 PM:



ahahhahhha terlepas juga ko dlm comment kat sini.Intro ko cukup bagus,ko nak ambil hadiths rasulallah pulak“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”.

Ko terlupa ka!! bila tawkey kamu(hj hadi) berkawan dgn kaki perasuah(umno),ko lupakah umno berkawan dgn MCA taukeh judi,ko lupa ka tawkey kamu berkawan dgn MIC penyembah berhala!!!ko lupa ka tawkey kamu bersubahat dgn pairin kitingan geng christhian!!!HABIS AYAT HADITH & AL-QURAN NI..NAK BUAT MACAMANA???adakah geng-geng kamu bertukar jadi kaum yg suka rasuah,??adakah geng-geng kamu menjadi kaum yg mengalakkan judi,adakah geng-geng kamu mengalakkan menyembah berhala??adakah geng-geng kamu mengalakkan agama christhian??.
MENGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH, BERPILH-PILIH.....BILA BAB Amanah,fitnah,ponteng parlimen,melabelkan orang....tak pula ko nak ambil ayat2 allah..Dahlah usul tak nak kawan dgn DAP diluluskan tanpa bahas, sebab haram berkawan dgn DAP..TUP..TUP..SYURU/KUASA MISS..SAMPAI SEKARANG HALAL/HARAM TERGANTUNG..ISLAM JENIS APA TAWKEY KAU NAK BAWA INI...
BILA BAB SYURU/KUASA....ISLAM KEMANA..AYAT KAMANA...

Tanpa Nama berkata...


Anon 7:11 :-
Kepada mereka yang bakal menyokong DIP mereka harus meneliti hadis Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi. “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

.........

Jgn menyelewengkan maksud hadith la.

Menyerupai satu kaum itu adalah yg berkaitan dgn agama mereka dan akidah mereka. Contohnya masa thaipusam mereka pakai kalung bunga kat kuil, kita pun pakai sama.

kalau mereka pakai salib atau pakai pakaian sami buddha kita pun tiru, itu semua berkaitan akidah yg memang tidak boleh ditiru.

tapi kalau yahudi pakai tali leher dan baju kod dan makan nasi lemak, kita tiru, itu bukan perkara yg berkaitan khas utk agama mereka.

maka kalau mengikut fahaman anon 7:11 maka salahlah juga UG berbaik dan hendak bersama umno yg berfahaman sekular (mcm mereka tuduh PKR) dan assobiyah lagi. kenapa tolak PKR atas alasan sekular tp terima umno yg sekular dan byk menyeleweng itu?

isu kalimah Allah mesti dikaji halus kes itu. apa yg berlaku. apa yg disokong dll. Allah itu Tuhan semua manusia dan Tuhan sekelian alam. jika kristian kata Allah mencipta alam takkan kita nk kata jgn ckp macam tu sebb awak kristian. tp kalau kristian kata Allah beranak, maka itu kita perlu bantah.

hudud yg hendak dibawa PAS adakah hudud sebenar. setahu kita hanya pindaan enakmen syariah.

setelah disingkir DAP dan PR lain2nya, maka apa halangan utk PAS laksana hudud sebenar? apa alasan lagi? laksanakan lah hudud sebenar maka umat Islam pasti sokong. jgn ckp kosong nnti jadi munafik lebih teruk dpd kafir dan fasik.


Potailangek berkata...

Bodoh nye komen ko...kahkahkah
Baik ko baca blik komen ko..tang mane bodoh nye

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
air gunung berkata...

Alooo sedara 6;22 pm.lu beriman n islam time bulan puasa jer ker?.bln lain boley...kih kih.apa punya klass lu punya statement.nabi n sahabat perang laa time badar.bunuh org lagi..ajaran islam bkn boleh pilih2.tak maw la jd mcm geng tuh..dia jebon munafik tololkan org boley or halal.org lain kate kat dia dan dan tak boley.hina ulamak kunun?kah kah kah.ajaran apa daaaa.

Tanpa Nama berkata...

Apa pulak hukum PAS terima undi orang kafir?
Yg beri undi pada PAS tu semua penyokong DAP.

July 9, 2015 at 7:11 PM - anon tolol betul la, kalau mati, 'kalau' mati tu belum lah lagi mati. Ini pun kes sama, baru makan ubat !

Ada ke fatwa yang orang Islam tak boleh jadi ahli DAP?? Kan DAP itu sesat lagi syirik?? Ramai sudah orang melayu Islam yang jadi ahli DAP bukan setakat menyokong saja.

Parti serpihan, Parti orang keciwa, Mana boleh pecahkan bangsa melayu.

Tanpa Nama berkata...

Gerakan Harapan Baru ialah memertabatkan Islam dan nilai-nilai Islam seperti yang di anjurkan oleh Ulama Yusof Qardahwi dan yang di praktikkan oleh TGNA.

G18 akan meneruskan perjuangan dan matlamat Ustad Fadzil Noor dan TGNA.

Kita sokong 100% + GST.

Malaysiabaru berkata...

Hi hi hi nak gelak

Mcm budak darjah 6 bagi tazkirah... Hadith palsu mana adik pakai nih... Anak guru zuhdi zionis leeer...

Tanpa Nama berkata...

Hang merepek apa ni?

Anti Fitnah berkata...

Kepada Anon July 9, 2015, 7:11,

Bala yang menimpa Malaysia hari ini semuanya salah DAP. DAP tak pandai memerintah Malaysia sehingga rasuah rata-rata berlaku. MARA beli hartanah yang luar biasa mahalnya, 1MDB, Tabung Haji membeli Tanah pada harga 184 juta sedangkan harga asal hanya 4 juta lebih, .... semuanya adalah kesalahan DAP.
DAP memerintah Malaysiakah selama ini?
Akhlak "kau" tu sendiri sudah mencemarkan Islam apabila "kau" menggelarkan DAPig. Bagi aku DAP tidak pernah jadi Pig tapi yang jadi Pig ialah orang macam "kau" tu. Aku sokong DAP bukan kerana DAP tu bukan parti Islam tapi akhlak depa yang penuh dengan integriti dan mesra Islam. Hudud wajib disokong tapi ianya hanya berapa % daripada ajaran Islam? Adakah orang bukan Islam akan respek kita hanya kerana ita menegakkan HUDUD? Awat orang dulu masuk Islam kerana HUDUDkah? Dalam keadaan orang Islam yang lintang pukang dan penuh dengan salah guna kuasa, rasuah, zalim, ... mampukah depa menegakkan Hudud? Tepuk dada tanya Iman.
Jangan "kau" menghina orang lain dengan gelaran seperti yang dilakukan oleh geng UG dalam PAS sebab ianya akan kembali kepada "kau" juga.
Maafkan aku di pagi Jumaat ini sekiranya kata-kata aku melukai perasaan "kau". Kepada Allah swt kita kembali. Inshaallah.

Tanpa Nama berkata...

Wahai anon JULY 9, 2015 AT 9:04 PM
Sebenarnya sudah banyak kali aku “debate” dengan paderi Keristian baik di dalam atau di luar negara melalui kaedah internet ini. Memang pada hakikatnya ALLAH adalah Pencipta seluruh alam semesta ini dan saya tak pernah menafikannya. Yg saya tak setuju penggunaan nama ALLAH didalam kitab Bible mereka itu. Yang menariknya yang paling hebat menentang aku cuma orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Disini elok lah aku akui bahwa aku mungkin tak sepandai kamu semua tetapi aku pernah nyaris-nyaris murtad masuk keristian ni. So bab kitab Holy Bible memang aku pernah kaji dan debate dengan puak-puak keristian ni. Sesuatu yang pasti kitab Holy Bible yang orang Keristian dok kepit selalu itu biasanya adalah King James version. Didalam buku itu anda akan dapati tuhan Biblical mereka memang tak bernama, tuhan mereka hanya di kenali sebagai GOD, FATHER atau pun LORD sahaja. Kita semua sudah sedia maklum bahawa terma itu bukan nya nama pun tetapi ia cumalah ganti nama sahaja.

Menariknya disini semua penganut dan paderi keristian baik didalam atau di luar negara bersetuju bahawa Tuhan Biblical mereka itu ada anak namanya Jesus. Berdasar kepada JOHN 3:16” For God so loved the world, that he gave his only begotten Son ….. (salah satu dari beberapa ayat di dalam Holy Bible). Selama lebih 300 tahun mereka boleh menerima Tuhan “tak bernama” itu se adanya tiba-tiba di Sabah dan Sarawak katanya dah lebih 50 tahun mereka guna nama ALLAH dalam kitab yang modified Bahasa Melayu mereka itu. So tuan-tuan nak setuju ke ALLAH boleh ada anak macam haiwan dan manusia pulak bila di modified kalimah itu kedalam Bible Bahasa Melayu mereka? Kalau Tuan-tuan ingat ALLAH tak marah sila lihat amaran yang ALLAH telah berikan semenjak lebih 1400 tahun dahulu sebelum paderi-paderi Keristian Malaysia ini lahir lagi taw! Sila fahami makna surah dari Al Quran ini

88- Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak
89- Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar,
90- hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh,
91- karena mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak.
92- Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. (Surah Maryam 88-92)

Tidak kah tindakan kita menyokong kehendak pihak gereja Malaysia, Allah jadi murka sebab tindakan itu sememangnya mengundang dosa Syirik. So terpulanglah samada anda takut pada ustaz kamu yang kata boleh itu ke atau pada Allah Ta'ala sendiri? Saya bukan nak mengajar saya cuma nak mengingatkan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Anon JULY 9, 2015 AT 9:04 PM dan juga mereka yang bakal menyokong DIP buatkali terakhir ye tuan-tuan seharusnya meneliti hadis Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi (lagi sekali). “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. Menyerupai satu kaum di sini memberi erti apabila kamu dan mereka (Evangelis DAP) bersetuju dengan sesuatu perkara baik secara lisan berbunyi mahu pun cuma di dalam hati sahaja. Sila fahami maksud dari ayat Al Quran ini "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." (QS. Al-Baqarah: 120)

Tidak kah sebelum ini pihak keristian Evangelist Malaysia mahu supaya kamu semua supaya merestui kehendak mereka untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab Bible Bahasa Melayu mereka? Supaya kehendak mereka dan kamu semua menjadi sama yaitu sama-sama setuju supaya kalimah Allah dibenarkan pihak gereja modified masuk ke bible Bahasa Melayu mereka. Supaya Allah di lihat (Dari kacamata KERISTIAN) juga boleh ada anak pula seperti haiwan dan manusia nauzubillahi minzalik !!!. Sekiranya tuan-tuan menyokong DIP atau DAP bererti tuan-tuan sudah bersetuju dengan perinsip sesat lagi syirik mereka juga. Kalau nak tahu apa ancaman yang ALLAH telah firmankan semenjak lebih 1400 tahun dahulu sila lihat surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”.

Tuan-tuan yang berfikir untuk memberi sokongan ini eloklah fikir-fikirkan kerana pengorbanan yang bakal tuan-tuan berikan terlalu besar demi untuk memberi kuasa kepada orang-orang seperti Mat Sabu , Khalid Samad, Guan Eng dan Kit Siang.