9 Jul 2015

"Janji Untuk Membentuk Gabungan Baru Adalah Realiti, Bukan Angan-angan"

Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya

Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru - bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.

Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.

Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif.

Mohamad berkata, mereka mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terkubur dengan terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perhimpunan itu adalah yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas Aidilfitri nanti.

"Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Mohamad, mereka akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

"Kita juga akan jelaskan bagaimana bentuk gabungan itu nanti," katanya. -mk

ULASAN GB

Segala rencana dan perancangan jahat, kotor dan hina untuk menyingkirkan golongan professional dari PAS kini dismabut oleh G18 dengan penubuhan sebuah parti baharu, sekali gus membentuk sebuah gabungan baru Pakatan 2.0.

Iulah professional namanya. Mereka bukan kumpulan kecewa seperti didakwa oleh pihak yang menyingkirkan mereka.

Seperti yang GB telah utarakan sebelum ini, rencana dan rancangan jahat itu dilakukan oleh pimpinan tertinggi ulama dalam PAS dimana mereka sanggup melakukan fitnah, melemparkan tuduhan dan melabel kumpulan professional dengan pelbagai gelaran buruk seperti Jebon, Anwarinas, Munafik Haraki, barua, tolol, syaitan, anti ulama, kuda DAP dan seumpamanya.

Allah membimbing golongan professional untuk tidak berkelakuan seperti mereka. Malah ditunjukkan jalan apa yang perlu mereka lakukan demi untuk memenangkan Islam kerana Islam itu tidak terhad hanya kepada hudud sepertimana yang diperjuangkan oleh kumpulan yang kononnya memanggil diri mereka "ulama".

Sepertimana kata Pak Syukur sebelum ini (petikan):

Parti baharu ini diyakini akan disertai pelbagai golongan rakyat yang sedar – terutama masyarakat sivil dan generasi baharu – yang dilihat sedang menantikan penubuhan parti baharu ini, Ini gelombang besar yang akan mengejutkan pemimpin PAS sendiri nanti.

Dengan kehadiran media baharu, perkembangan politik baharu ini mudah tersebar luas. Dari itu, menyamakan parti baharu dengan Hamim dan Berjasa tidak munsabah, malah ketinggalan zaman.

Kelemahan pemimpin PAS sekarang ialah mereka tidak memahami perkembangan politik terkini, kerana tenggelam dengan emosi dan prejudis, hanya berbangga dengan lutut dan siku bukan fakta dan ilmu.

Kedua, golongan progresif ini bukan daun yang gugur dan terbuang akibat ribut. Golongan ini masih gemilang dan terbilang. Mereka tetap berharga di kaca mata masyarakat yang sedar, bukan golongan yang jumud dan ekstrem.

Malah, tidak mustahil pula ribut besar yang melanda PAS boleh menumbangkan batang tubuh PAS itu sendiri kerana masyarakat melihat PAS kini sedang melakukan “reverse gear” yang amat menghairankan. Akhirnya ia kembali menjadi parti politik Pantai Timur.

Demikianlah Hukum Kebenaran dan Keadilan berjalan. Apa pun rancangan jahat dan buruk itu akan berbalik kepada perancananya sendiri sepertimana janji Allah swt:

Lantaran kesombongan (mereka) di muka bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (seperti berlakunya) sunnatullah kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapati perubahan bagi sunatullah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnatullah itu. (Fatir: 43)


18 ulasan:

My Kakak berkata...

1. Niat yg teguh 2. Perancangan dan pengorbanan 3. Doa sungguh2, itulah resipi kejayaan. Ya Allah sempurnakanlah " bayi" dalam kandungan masa ini.

Tanpa Nama berkata...

Terbaek..

pru 14 nti...tlg letak calon dkt dun kota lama dan parlimen kota bharu..

aku satu keluarga bserta jiran2 da muak dgn pas...mintak tlg sgt ni...

Tanpa Nama berkata...

Perlis sebuah negeri yang kecil dan tidak ada apa-apa yang istimewanya di banding dengan negeri-negeri lain. Tetapi ada tiga orang yang berpengaruh di sana iaitu MAZA, Harun Din dan Shahidan.

Semuga dengan bermula nya perhimpunan besar-besaran di Perlis ianya menyedarkan rakyat Perlis yang mereka juga perlu mengikuti arus politik tanah air dan pembangunan negara.

Kita mahu Perlis mempunyai perwakilan yang berani dan berfikiran global walaupun terpencil di atas sekali dalam peta Malaysia.

Dari negeri yang kecil, Gerakan Harapan Baru akan melangkah sehingga ke Sabah.

Selamat maju dan selamat berjaya.

Omar Daud berkata...

Salam semua:

Alhamdulillah Parti Baru akan menjadi kenyataan,dengan Gerakkan Harapan Baru, yg teratur.

LIPUTAN SECARA RAMBANG:
selama 2 minggu kami ada buat lawatan di Dun-dun selangor sempat melawat rakan-rakan DAP di PJ dan Kuala Selangor, mengikut ketua-ketua cawagan dan ketua2 masyarakat Cina ,majority mereka sudah putus harap dgn Pakatan bersama PAS, di jangkakan >70% akan full swing mengundi parti baru,di mana 20 kawasan PAS bertanding.Indicator GREEN,Light Green,Kelabu,RED.Parti baru ada=3G,12=LG,K=5.
ini maknanya 3 DUN sudah berada di dalam tangan Parti baru,12DUN >50%,5DUN 50=50.
Apa yg penting, Parti baru disarankan menubuhkan jawatankuasa2 kerja secepat mungkin.Mengujudkan tenaga kerja parti di semua kawasan DUN, Total 56 dun.
Ada 3 faktor yg mebolehkan parti baru mengantikan PAS di Selangor.
Pertama:SOLID >70% full swing pengundi Cina/lain2 bangsa.
Kedua: pemimpin seperti Tan sri Muhammad Taib masih lagi ada pengaruh di Selangor, berkemungkinan dapat menarik pengaruh 5%-15% pengundi umno.
ketiga: Majority penduduk melayu selangor adalah middle class melayu yg tinggal di taman2 perumahan.kebanyakkan mereka cenderong pada pembangkang.

Kekuatan PAS, Mereka sudah lama bertapak dan mempunyai PASTI dan markas-markas sendiri.mereka sedang berkempen"istiqamah utk kemenangan".mengunakan kemudahan yg ada di Selangor.
Kelemahan mereka ialah:Diperingkat PUBLIC mereka tiada mendapat sokongan padu, mereka hanya dikenali lebai-lebai mesjid sahaja,Mereka cuma bergaul hanya sesama geng sahaja.Bertambah malang lagi kekuatan public relation oficer dgn orang ramai tersekat dgn peninggalan golongan progressive.

Setakat ini sahaja , tinjauan secara rambang, DIHARAP pihak2 yg berkenaan, tingkatkan gerak-kerja, tubuhkan organisasi secepat mungkin,lantik pertugas2 parti yg betul2 bersama parti baru.

PAKATAN 2.0
HARAPAN & IMPIAN BARU :RAKYAT MALAYSIA.
WASSALAM.

Malaysiabaru berkata...

Cuba bayangka

Din ayam baru umur 32 tahun

Makna budaya kotor pas akan kekal sekurang kurangnya untuk 25 tahun lagi apabila ding ayang jadi presideng selepas

Tontontvi hellfire
Nik abudoh

Gelap masa depang pas

Tanpa Nama berkata...

sayang..pas yg dibentuk dengan progressive akhirnya di acuankan mcmna yg umno british kehendaki..salute kpada playmaker yg merancang benda ni..satu saja kesilapan playmaker nie...bilamana dia gagal estimate sejauh mana kesan semangat menentang kerajaan bn pada rakyat malaysia..dia tak sedar kebencian rakyat pada bn boleh menyatupadukan rakyat yg menolak kerajaan tanpa mengira hala tuju parti masing masing...walaupun terpaksa meninggalkan ulamak buat seketika...demi menjatuhkan bn...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong penubuhan parti islam yg baru, selamat tinggal pas...

Tanpa Nama berkata...

In sya allah.. dalam masa terdekat ini aku akan buang Kad Ahli pas buat selama lamnya. In sya Allah kita bersatu menegakkan ugama Islam dan umat islam serta bersama dengan bukan islam demi menegakkan keadilan dibumi malaysia yang tercinta ini. Aaaminn...ya Rabb.

Mr Oren berkata...

Saya mengharapkan parti baru kelak agar tidak dipenuhi dengan kebencian secara borong terhadap PAS dan ahli2nya. Saya sendiri masih berbelah bagi kerana melainkan 2-3 ahli cawangan saya yang agak extreme pro mereka kpd presiden, ahli-ahli lain termasuk ketua cawangan biasa biasa saja. Terasa ukhuwah Islam antara kami. Kalau saya mati mereka inilah yang mungkin akan menguruskan jenazah saya.. Masing2 ada sebab dan hak sama ada kekal dalam PAS atau masuk parti baru, oleh itu saya sentiasa mengingatkan diri agar tidak mengungkapkan apa2 perkataan yang mengguris hati sahabat2 saya dlm PAS yang tidak terlibat mahupun bersalah dalam isu sekarang ini.. setiap kali Kalau saya kritik, saya akan kritik khusus kepada siapa dan mengenai apa, bukannya pukul rata kepada semua ahli PAS.. Dan apabila kita sudah di luar PAS nanti, kita kena berhenti komen atau kritik hal dalaman PAS kerana itu bukan menjadi hal kita lagi.. Kita move forward, tumpukan kepada isu2 rakyat yang lebih penting..

My Kakak berkata...

Pembubaran cawangan PAS hendaklah dibuat bersistematik dan diwarwarkan agar memberi motivasi kpd ahli PAS seluruh negara berlumba2 mendaftar sebagai ahli parti baru. Agak2 gempar tak AJK Pusat baru melihat reban roboh satu persatu. Agak2 ada tak yg kena siku dan kena lutut nanti? Selamat berjuang & berjaya pd GHB ( Gerakan Harapan Baru)

air gunung berkata...

Sudah sampai masanya malaysia mengenal apa itupolitic & demokrasi dgn lebih terbuka.bkn jenis sehala dan tertutup sepertimana ajaran doktrin yg umngok be end terapaksakan ke atas malaysia.

So teruskan abg mat..tunjukkan jln mudah utk rakyat memilih antara parti2 bertanding tanpa emosi taksub serta keluar dr jogetari politic bongok sampai payah dan merangkak utk maju ke hadapan.

Tanpa Nama berkata...

Namakan parti itu Harapan dan saya akn jadi ahli.Selamat tinggal PAS

Tanpa Nama berkata...

Saya dh lama tggu parti baru.nu baru nk muncul.alhamdulilla.. Syukur sgt

Tanpa Nama berkata...

Gerakan Harapan Baru sudah di ketahui akan bermula di Perlis dan setiap yang bermula ada penutupnya. Sebaik-baik nya tempat terakhir siri jelajah Gerakan Harapan Baru ialah di Sungai Buluh.

Mereka yang cemburu dengan Anwar perlu di beritahu bahawa rakyat masih terus bersama-sama dengan Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Selamat jalan pas.

Tanpa Nama berkata...

Mr Oren

Anggap lah bila kita menjadi ahli parti, kita sudah berpolitik dan anggap lah parti-parti ini sebagai Kapal di lautan luas yang di kemudi oleh seorang Kapten. Kalau kapal tersesat di tengah laut, semua dalam kapal sama tersesat.

Jangan jadi macam ahli UMNO, rata-rata tidak tahu apa peranan mereka dan mereka didalam golongan yang malas berfikir.

Tanpa Nama berkata...

Terkebetulan..
Tahun nih giliran beraya di rumah mentua yang terletak di Perelih nun..
Selalunya, paling lama pun gua lepak sampai pagi raya kedua jer..
Tapi kali nih, penangan aura parti baru, gua sanggup tunggu sampai malam raya ketiga kat sana nanti..
Insya-Allah..

Tanpa Nama berkata...

Pas nk pecat ahli yg sokong parti baru....rasanya xpayah pecat sbb ahli akan keluar beramai2