15 Jun 2015

[TERKINI] Mazlan Aliman Letak Jawatan AJK PAS Pusat


Mazlan Aliman letak jawatan AJK Pusat PAS

Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa PAS meletak jawatan tersebut serta merta hari ini.

Bagaimanapun beliau tetap akan bersama PAS sebagai anggota parti.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu, Mazlan berkata beliau meletakkan jawatan itu kerana mahu memberikan tumpuan kepada NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuainya.

Beliau yang sebelum ini mempertimbangkan akan meletakkan jawatannya itu, mendapat sebanyak 593 undi dan berada ditangga ke 14 daripada 18 jawatan dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Menurutnya lagi, beliau turut terkesan dengan krisis yang dihadapi PAS pada ketika ini yang dianggapnya sangat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi.

Sebagai pemantau kepada kegiatan Felda, Mazlan turut sedih apabila ramai rakan seperjuangannya tewas dalam pemilihan yang menyaksikan kumpulan proulama menyapu bersih jawatan dalam kepimpinan parti. -mk


Mazlan Aliman umum lepaskan jawatan AJK PAS Pusat

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman hari ini membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Mazlan berkata, rakan-rakannya yang tidak terpilih dalam AJK PAS Pusat bukanlah satu-satunya sebab peletakan jawatannya tetapi untuk membuka lebih ruang dalam penglibatannya dalam Anak.

"Saya mengambil keputusan meletak jawatan serta merta bermula hari ini. Saya memohon maaf atas keputusan ini.

"Saya tetap bersama PAS walaupun ahli biasa. Saya tetap akan menegakkan kebenaran," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS hari ini.

Mazlan berkata sama ada golongan yang berjaya dalam pemilihan PAS atau mereka yang kecundang, kesemuanya merupakan rakan dalam meneruskan perjuangan.

Katanya, tidak adil melabelkan dirinya sebagai pemimpin PAS yang pro Pakatan Rakyat (PR) kerana beliau sudah bersama parti Islam itu sejak 30 tahun lalu.

"Kalau nak kata tak ada kena mengena langsung, mungkin tidak tepat, tetapi tentulah sepanjang persahabatan, ukhuwah dan kebersamaan saya bersama rakan-rakan yang kalah, ia sedikit sebanyak satu titik hitam dalam hidup saya.

"Apabila polemik ini tidak berkesudahan, ia memberi luka yang amat dalam kepada saya dan sekiranya sebarang dakwaan mengatakan pemilihan kali ini ditentukan melalui proses ‘cai’, tentu sekali ia sangat memilukan dan kita tak lagi berada atas landasan yang pemimpin dipilih melalui prestasi atau kerja mereka," katanya.

Ditanya sama ada akan meninggalkan PAS dan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mazlan berkata beliau tiada kaitan dengan NGO itu.

"Saya tidak ada kaitan dengan PasMa. Itu saya boleh katakan. Apa pun yang mereka nak buat, itu tiada kaitan dengan saya," katanya.

Mazlan berkata Anak kini tidak lagi diletakkan di bawah PAS selepas ia mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) empat bulan lalu.

Katanya, Anak akan meneruskan misinya membela peneroka Felda, dan dengan tidak lagi menganggotai AJK PAS Pusat, usaha berkenaan akan menjadi lebih mudah.

"Apabila dapat kelulusan (RoS), Anak lebih bebas kerana Anak dianggotai bukan sahaja ahli PAS, tetapi ahli Umno. Maknanya kita bebas," katanya.

Sebelum ini, Mazlan membuat kenyataan menyatakan beliau sedang menimbangkan sama ada kekal atau melepaskan jawatan itu, mengatakan pengumuman akan dibuat pada masa yang sesuai.

Katanya, sungguh pun komitmen terhadap Anak akan diteruskan, kemelut dalaman PAS memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
-TMI



SURAT PERLETAKAN JAWATAN AJK PAS PUSAT

15 Jun 2015 (Isnin)

Kepada:
YB DATO’ SERI TUAN GURU HJ.ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Tkt.4, Pejabat Agung PAS Pusat
318 A, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

YB Dato’ Seri Tuan Guru,
PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KERJA (AJK)

Perkara diatas adalah dirujuk.

Setelah mengambil masa dan pertimbangan, saya membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai AJK berkuatkuasa serta merta (hari ini).

Saya amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan dalam pemilihan di Muktamar PAS Kali ke 61 baru-baru ini. Namun saya memohon maaf diatas keputusan yang saya ambil walaupun ianya amat sukar dan menyedihkan.

Sudah sampai masanya saya mesti memberikan lebih tumpuan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saya ketuai iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan beberapa NGO lain antaranya Badan Prihatin Orang Asal (BATIN), Pertubuhan Kebajikan Anak Penoreh Getah (PETAH) dan Pertubuhan Kampung Tradisi Dan Warisan Bangsa Malaysia (ANAK WARISAN) dimana saya adalah penasihat kepada NGO tersebut. Kesemua NGO ini telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Saya tetap bersama PAS walaupun sebagai ahli biasa dan akan terus memberikan sumbangan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. Saya ingin memanfaatkan masa dan ruang untuk mengambil inisiatif menggabungkan NGO-NGO bagi menangani isu-isu kritikal seperti FGV, GST, kos sara hidup rakyat dan lain-lain dengan mekanisma yang lebih berkesan.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Dato’ Seri Tuan Guru yang telah memberi kepercayaan, tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang saya menjadi AJK. Saya memohon maaf diatas segala kesalahan, kelemahan dan keterlanjuran dalam tempoh saya menjadi AJK.

Sekian.

Yang Benar;


...........................
Mazlan Aliman

s.k : Setiausaha Agung


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas mazlan aliman....biar pas ditadbir ulamak2 yg suci murni wala...kita sudah nampak bagaimana pas skrg menuju kehancuran bilamana ulamak siku lutut mentadbir pas.mrk xperlukan golongan yg dikatakan jebon yahudi anwarinas dsb.biarkn mereka buat kerja mcmne.hahahaha.respek mazlan aliman

Tanpa Nama berkata...

GOOD!!!!!!

Orang Orang yang BER FIKIR tidak mungkin dapat di pimpin oleh Orang Orang yang BER HARAP.

Ini COMMON SENSE

Sama saja macam kes NAJIB dengan RAKYAT

Bahalol Saja

Tanpa Nama berkata...

pimpinan baru dah hampir 100% suci drpd jebon2 dan parasit lps ini agar pimpinan baru akan lebih cemerlang, gemilang, terbilang di bawah pemimpanan ulama tersohor didunia dan syaf ulama2.dgn kuatan ini ditambah dgn bantuan siku dan lutut juga ilmu gulingan atas jalan maka aku lihat pas bakal ganti umno selps ini.

Timnajib Jomfikir berkata...

Harap-harap, beliau salah seorang yang akan menarajui parti Islam baru.

Tanpa Nama berkata...

Andaikata beliau tak sertai parti yg bakal di tubuhkan,kemungkinan beliau akan sabotaj undi PAS akan datang.kira bagus juga sebab ularmak yg ajar kita cara sabotaj parti sendiri dan parti rakan lain.kita ahli PAS dan undi kita pada otai PAS dan rakan pakatan.jika ularmak PASUG yg jadi calon kita undi lawan dia.kita belajar cara sabotaj yg d amalkan geng ularmak PASUG elhakaki tok usin dan lain2.

ustazCakarRimau berkata...

Mazlan membuàt keputusan tepat, sesuatu yang pelik bin ajaib bila beliau telah dikategorikan sekelas dengan jebon, parasit, berakidah liberalisme, ejen Anwar/DAP dan seorang yang menentang hudud, namun masih dilantik sebagai AJK PAS Pusat.
sebagai seorang yang berwatak negatif dan pengkhianat parti, aku masih hairan kenapa beliau masih menjadi pilihan kepada perwakilan.
pada masa ini aku sedang menanti dengan penuh sabar bilakah pimpinan baru mahu menghalau keluar semua pengkhianat2 parti dari PAS.
Jenayah mereka terlalu berat, perbuatan menjadi ejen kepada pihak lain dan menolak hudud merupakan musuh dalam selimut.
aku harap harun jin dan ahli majlis syura bertindak dengan cepat, seperti mana tindakan mereka ke atas Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa.

amar asyraf berkata...

Terbaik tuan mazlan....untuk hindari fitnah berterusan....biar puak paschai pula berlaga sesama
Depa...nasib baik pr x dpt perintah malaysia...rupanya ada hikmah....nnt geng ulama buat hal masalah jdnya pd pr malaysia....ohhhh...Allah telah tunjukkan sst....geng dorang ni geng cari makan gila kuasa....

Tanpa Nama berkata...

Jangan gusar dan gundah gulana. Barisan kepimpinan PAS kini sangat bersemangat dan akan menjadi " king maker" dalam menentukan hala tuju politik negara. Mengikut Zuhdi, PAS akan menjadi parti utama yg bakal diperlukan setiap parti yg ingin mentadbir Malaysia. Begitulah ketajaman pembacaan politik pimpinan "cai" yg penuh fantasi dan mengangap rakyat Malaysia mudah percaya sekiranya segolongan manusia berjanggut dan lekuk didahi yg memberi pandangan. Walaupun SDR Mazlan pergi, PAS kini mempunyai Din Ayam, Mokhtar Snake dan Azli Taliban..don't worry everything will be fine

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan ahli mana2 partai politik,.....hanya pemerhati dan kdg2....rasa cenderung utk mengundi PR....
WBP, perkembangan terkini PAS mengubah pesepsi saya n perlu memikir semula kerana pd pdgn msta kasar PAS tdk ubah mcm UMNO.
SYABAS....100X syabas kpd sdr Mazlan yg utuh dlm prinsip perjuangan....semoga sdr dan rkn2 istiqamah dlm perjuangan.

pemerhati tanpa tauliah.

Tanpa Nama berkata...

Cuma nak tahu bila Presideng dan MSU mahu pecat semua jebon, parasit, Annwaris, barua kelaur parti ?

Tanpa Nama berkata...

Syabas...

Tanpa Nama berkata...



.

Jasa mu tetap di kenang. Nama mu tidak berpisah dengan Felda. Malah nama mu lebih di kenali dari Isa Samad.

Mazlan letak jawatan walaupun khidmat nya tidak ada kena mengena dengan DAP. Mazlan tahu dia akan rasa kekok macam kera sumbang tetapi macamana PAS di Selangor dan Pulau Pinang yang dah tolak DAP masih tersenyum-senyum macam kerang busuk masih tak lepaskan jawatan??

Kepada Allah kita kembalikan.

Teacher Ibu berkata...

Syabas en Mazlan Aliman..terus istiqomah bersama PAS, jadi Khalid al Walid di alaf ini..jgn jadi mcm meteka yg kecewa dlm PASMA..tiada hala tuju yg jelas tetlompat sana sini kerana kejar jawatan,

Tanpa Nama berkata...

Alfadhil Tuan Guru Hadi Awang dan Alfadhil Datuk Mahfodz bila pulak nak letak jawatan? Dah buat taik dan kencing merata lepah tu senyap je. Orang sekeliling sibuk pasal busuk, pasal najis lu worang tara bunyi!! Ayoyo ada artika???