15 Jun 2015

Mahfodz Johor Terkedu, DAP Tolak Kerjasama Dengannya...


DAP Johor tak kerjasama dengan Mahfodz

DAP Johor berikrar untuk tidak bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Johor yang baru dilantik Datuk Mahfodz Mohamed.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata selaku ketua Dewan Ulama, Mahfodz bertanggungjawab terhadap resolusi dewan itu yang menggesa jawatankuasa pusat PAS dan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Resolusi itu kemudiannya diterima oleh muktamar PAS minggu lalu.

Dilantik pemimpin PAS Johor semalam, Mahfodz berkata bahawa hubungan PAS Johor dan DAP negeri itu berjalan seperti biasa sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan.

Sebagai maklum balas, Liew berkata kedudukan bercanggah yang dipegang oleh Mahfodz itu, membuat hubungan antara kedua-dua pihak tidak dapat dipertahankan.

"Secara tiba-tiba, dia kini ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Saya rasa (dengan berbuat demikian) dia tidak mempunyai integriti.

"Saya melihat tidak ada ruang untuk kerjasama dengan Mahfodz," kata Liew, dalam posting Facebook dalam bahasa Cina. -mk


Jangan letak jawatan dulu, kata ketua Dewan Ulama PAS

Datuk Dr Mahfodz Mohamed meminta ahli-ahli PAS di Selangor dan Pulau Pinang agar tidak meletakkan jawatan terlebih dahulu sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan walaupun muktamar lalu menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ketua Dewan Ulama itu berkata, Majlis Syura Ulama akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik antara PAS dan DAP yang dijangka diadakan dalam tempoh sebulan.

"Kita mahu perbaiki hubungan kerjasama ini. Sebab itu kita juga minta negeri-negeri lain terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor supaya jangan letak jawatan dulu sehingga keputusan dibuat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Johor berkata, pada ketika ini kepimpinan parti di Johor masih meneruskan kerjasama bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti biasa sehingga keputusan mengenai perkara itu diputuskan.

“Mengenai hubungan dengan DAP kita tunggu keputusan Majlis Syura Ulama," katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Melayu itu.

Menurut Mahfodz, beliau turut berharap untuk mengadakan pertemuan bersama kepimpinan DAP Johor bagi memulihkan hubungan dan kerjasama politik di antara kedua-dua parti.

“Situasi di Johor tidak sama dengan negeri lain seperti di Selangor dan Pulau Pinang kerana di sana kerajaan (PR) sudah dibentuk tetapi di Johor hanya parti sahaja. Harap mereka sudi terima pelawaan kita,” katanya kepada akhbar itu.

Mahfodz berkata, PAS dan DAP saling memerlukan bagi mengukuhkan kedudukan dan kemenangan kedua-dua parti itu di kerusi masing-masing adalah disebabkan kerjasama berkumpulan dalam PR.


Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengatakan kerajaan negeri Pulau Pinang menyifatkan keputusan muktamar PAS yang mahu memutuskan hubungan dengan partinya adalah muktamad dan wakil kerajaan negeri daripada parti Islam itu perlu mengundurkan diri.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, PAS harus jelas dan tidak perlu berdolak-dalik mendakwa usul berkenaan masih di peringkat perbincangan kerana muktamar sudah pun meluluskan usul itu tanpa perbahasan.

“Adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit yang mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul ini 'diterima' tanpa bahas dan 'bukan dirujuk' oleh muktamar PAS.

“Perlu diingat yang kerajaan negeri Pulau Pinang masih stabil dan tidak terjejas tanpa penyertaan atau penglibatan wakil PAS,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
-TMI


ULASAN GB

Amacam? Sekarang Dewan Ulama seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, nak berbaik-baik dengan DAP setelah ahli ulama mereka sendiri yang telah mengusulkan putus kerjasama dengan DAP di muktamar yang lalu.

Inilah gara-gara penyingkiran kumpulan profesional dalam PAS, yang tinggal mereka yang berpemikiran jumud yang taksub keterlaluan kepada Presiden parti.

Dan ingat, Mahfodz inilah orangnya yang kerap menyuruh agar tahaluf siyasi disemaksemula malah pada satu ketika menyatakan tahaluf siyasi boleh batal dengan provokatif.


Kini kamu dapat apa yang kamu minta. Lepas kamu ludah kini kamu nak menjilat semula. Tahaluf siyasi sudah tidak bermakna, orang pun dah menolak untuk bekerjasama denganmu, nak bertahaluf macamana lagi?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan....

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAH LUDAH BERKAHAK JILAT BALIK. HADI N THE GENG ULARMAK BINGAI.

Tanpa Nama berkata...

Orang maju ke depan.PASCHAI maju ke belakang.jadi sejarah d ingati ahli PAS betapa hodoh nya perangai PASUG selepas pemergian Tgna.sanggup tikam jamaah sendiri demi jawatan.

Tanpa Nama berkata...

JANGAN HINA ULAMAK! Yg mulia ustaz mahfodz ni maksum! Ilmu agama dia tinggi.. Khasyaf dia hebat..korang baca al- fatihah pun tak betul..Adala strategi dia tu...korang mana tau strategi ulamak ni.. Mula2 kutuk! Pastu maki, pastu Booo..., pastu putus hubungan, pastu kita baik balik.. Saja kasi panas... Baru org boleh bukak mata..ulamak pun hebat jugak sama dengan professional..cuba tgk muka yg mulia ustaz mahfodz tu.. Muka org bijak tuh! Muka presideng pun bijak jugak! Yg paling bijak muka ustaz nasrudin hassan. Dia bukan setakat ada vellfire. Dia ada siku.. Otak dia pulak ada kat lutut! Hebat tu!

Tanpa Nama berkata...

INI LAH ULAMAK PAS YANG TAK TAHU JADI ULAMAK , TAPI BACUL

Macam mana nak kembang Ajaran NABI SAW jika sendiri tak ikut Ajaran NABI SAW

Ulamak tak kejar DUNIAWI lah....

Teringat pulak MONK MONK sami sami yang rogol orang..... Macam macam!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Apakah yang ada dalam kepala hotak pemimpin PAS yang baru dipilih ini apakah mereka ingat selepas putus hubungan dengan DAP mereka ingat DAP negeri tidak terikat dengan DAP pusat dalam PAS mungkin begitu sebabnya PAS terangganu tidak sama dengan PAS di kelantan atau kedah kerana pemimpin PAS dinegeri kedah boleh bekerja sama dengan DAP tapi di negeri kelantan dan terangganu PAS tidak mahu DAP bertanya khabar hal dalaman PAS jadi sekarang jilat lah semula apa yang telah dikatakan oleh presiden sendiri tanggunglah kesan dari keceluparan dan tololan yang ditunjukkan oleh yang mengaku ulama.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dari segi bahasa kasar,pas ni telah membuang org2 yg pandai,tinggal golongan2 bodoh yg perasan pandai didalam pas,lalu keputusan pun adalah keputusan yg bodoh.skrg br terasa bahana org2 bodoh memimpin pas.so apa lagi nk diharapkan dlm pas..org2 bodoh sombong agak2nye apa kesudahannya.sama2 kita lihat nt apa berlaku pada PAS

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya kita tak bolih nak harapkan Pas lagi.Pimpinan yang ada sekarang HAMPAS2 belaka.Cepat2lah tubuh Parti baru ganti Pas.Perkemaskan PR untuk PRU 14 Kami ahli Pas akar umbi akan memberi sokongan padu.Berjuanglah dengan ikhlas smoga diBERKATI.

Timnajib Jomfikir berkata...

Kawe pun rasa mereka-mereka tu..hebat..

Tapi, hebat mereka tu..

Hebat, duk gila talak dan jawatan!

Timnajib Jomfikir berkata...

Betul. Kami hendak parti ISLAM yang BARU!

Tanpa Nama berkata...

Setuju wujud parti islam yg baru..takbirrr

Tanpa Nama berkata...

Pas xkan kemana2...pi mai pi mai tang tu jugak....SOKONG PARTI ISLAM DEMOKRAT BARU....Pas buleh jalan berpimpin tangan dgn amno...Elokla pas cepat2 gabung ngan amno=Ampas.....apa lg nk tunggu,nik aziz dah meninggal,golongan professional dah berjaya diSingkir...so jgn selindung2 malu2 kucing lagi....terus terang jele nk kawin umno setelah cerai DAP...jgn jd gila talak kat DAP pula masih nk bsama walau dh lafaz cerai.tu kan zina namanya...kata Ulamak suci tapi nk berzina.....Buang la serban tu,merosakkan nama islam dimata org kafir je..malu aku ada parti mcm Pas ni....

Tanpa Nama berkata...



GB..

Hari itu, presiden siku-LUTOT dah sebut..bhw yg tolol boleh keluar!..KELUAR!!!

Mrk dipilih dicalonkan & disokong oleh KETOLOLAN hasilnya adalah fakeh-TOLOL ygSoheh!

Apalah yg nak diharapkan lg drp siku-LUTOT yg dah tolol dr kapla sampai lah kebuntot!!

He he he..sape yg akan keluar SEKARANG?


SEKARANG

SEKARANG dah makin jls..

Skrg..DAP kat Penang dah pon tunjuk jln KELUAR kpd yg betul7TOLOL tuu

Terbaru DAP Johor pula sulohkan jln terang kpd siTOLOL itu agar KELUAR jgn jd tak tau malu

Mrk ygTOLOL siku-LUTUT tuu dah tak patut lg duduk ddlm PR..mrk wajib bramboss KELUAR!!!

TEPAT sprt kata presiden mrk sndiri t.hari.."yg-tolol keluar..KELUAR"!

Presiden patut bangga, bukan hanya stakat tolol jer..tp TOLOL tahap siku-LUTOT..bonus2!!!

TUHAN

TUHAN dah ajar mrk..

TUHAN dah ajar scara "simbolik",,sbb mrk tak-KELUAR drp PAS..tp trpaksa-KELUAR drp PR!

Maha7SUCI "MU" TUHAN...GODs move mystrious way!




LAWAN kpd tolol itu GENIUS hehehe..


GENIUS..

GENIUS GENIUS..

Apa itu GENIUS?

Carilah...IQ merit-bakat "RESULT" yg betul7HEBAT..

Org yg betul7HEBAT-genius..TAK perlu kpd GLAMOR dinobat2kan mcm budak2HINGUSAN..

Org yg GENIUS "kebiasaan"nya sentiasa OPEN-terbuka kpd hujjah-DEBAT-wacana..

Org yg GENIUS akan akur-INSAF-humble kpd IDEA yg lebih GENIUS lebih canggih drp nya..

Org yg GENIUS mbaca mnganalisa mbuka-RAHSIA..ibarat-"sKILAS pandang ikan diair jerr.."

Org yg GENIUS sentiasa meraikan khadiran individu2 genius sprt Hang Nadim dll..

Org yg GENIUS gumbira dgn kritikan demi mnyumbang kpd nilai-PENINGKATAN

Org yg GENIUS ibarat sbnr7CAHAYA yg mmancar2..mmbuka ruang & PELUANG kpd jutaan org...pasaran prniagaan & pkerjaan..explorasi inovasi n kretiviti



DAN..


Org yg GENIUS tak suka diprbudak dibodoh & diTOLOL2kan...

Org yg GENIUS tak suka kpd samar-GELAP-songlap..dengki FITNAH & khianat..

Org yg GENIUS sgt kenal-UMPAN??..umpan hanya sesuai utk 'nelayang' TANGKAP ikang!?

...mrk tak sggup jd tolol utk ikut SKRIP-arahan..mcm drama pilkuda-HUDUD dsbnya?

Org yg GENIUS sgt sgt sgt7ALERGIK kpd org yg tak guna-OTAK..tp guna siku-&-LUTOT???



WUJUD

WUJUDkan lah parti..

...parti yg bnar7MERAIkan ramai GENIUS2 yg dihormati serta mnjd pujaan diHATI

...GENIUS2 yg bnar2 rela-CINTA brbakti..SELFLESS, totally surrender 2 d ALMIGHTY-&-ummah as d absolute-TOP priority..

...GENIUS2 sprt nabi2 as yg LANGSUNG smaskali tiada sklumitpon "NIAT" pentingDIRI yg mmiliki merit-AUDIT-dasar-HATI yg bnar7TERANG brCAHAYA demi mnerangi SYSTEM hidup yg tak perlu diragu & disangsikan lg..

Nota:

Dgn "SYSTEM" berCAHAYA-audit-TELUS stelus7nya...brp ribu brp JUTA @ puloh-JUTA silebai coba nak sorok akan terbongkar jua dgn sekelip mata jerr..w.pon coba disembunyikan kat ujung donia..hahaha!

Merit bro..merit merit merit,,cari yg betul ada "MERIT" buat kerja gerenti solosai punya!

MERIT..langsung TAKde ddlm hamno & hamPAS!

Tanpa Nama berkata...

Semoga PASMA dpt menggantikan Pas..ti lenyap

Tanpa Nama berkata...

wei msu elok kau pergi berbaik dengan mca lah kami dah jijik tengok muka korang.

Tanpa Nama berkata...

Minta pihak yg ingin menubuhkan parti baru menggantikan pas ni...usah guna kalimah islam dlm nama parti mereka..dan juga usah diwujudkan dewan dipanggil dewan ulamak..islam dan ulamak terlalu tinggi nilai kesuciannya..jgn rosakkan imej islam dan ulamak lagi..skg rakyat makin konfius btl ke ahli yg brada dlm dewan ulamak pas itu selayaknya dipanggil ulamak jika mereka langsung tidak menunjukkan integriti..

harap pandangan saya diambil utk dibincangkan oleh pihak berwajib..

ABU DAN ASAP...

ASALKAN BUKAN UMNO..
ASALKAN BUKAN PAS..

wan amero berkata...

Ketua dewan Alamak PAScai yg bangang bodoh barua tolol...paling tak ada tokoh dlm sejarah PAScai.

Tanpa Nama berkata...




.

Jin pun tahu nak pergi bila kena halau. Kalau dia tak nak balik ke tempat asal dan kalau tuan nya dah tak nak bela dia lagi, kita tinggal kan je kat busut. Tahu jugak dia malu dan kadang tu sebelum pergi dia minta maaf kerana menganggu cucu-cicit Adam.

Yang kena halau di Selangor dan Penang, orang bukan jin. Liat dan degil. Tak tahu malu. Bukan kita tak cari kan tuan presiden yang baru tapi entah kenapa orang-orang ini yang masih berpresiden tak jugak belah.

Kalau abduh yang berada di tempat mahfodz yang buat perkara yang sama, kita faham lah sebab dia muda dan malu dia pun taksampai tahap yang tinggi. Ini mahfodz lebih tua dari kita, boleh tak rasa malu ke?

Kan keputusan muktamar ialah memutuskan hubungan dengan DAP. Tak ada langsung usul tersebut nyatakan DAP Pulau Pinang atau DAP Selangor.

Kita kalau ada lah orang cina tanya hal inii pada kita,aduh kita malu lah!
Pelik tak kan lah bila ada kumpulan profesional baru pro ulamak ada rasa malu. Atau dulu lagi tak ada rasas malu!!

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Kluk klek kluk klek geng ulamak PASCAI ni... nampak sgt hati tak ikhlas..Keputusan dibuat mengikut nafsu amarah sahaja...
selamat tinggal PASCAI...

Tanpa Nama berkata...

Aduhhh malunya tgk geng ostaz gila talak tahap gaban...mulut tk reti insuran,biol dok bg statmen kt media omnongok tu...agak agak la kalu nk tunjuk kebiolan anda...jgn kaitkan ngan islam malu malu...dorang ni kan bak kata pepatah ...hidung tk mancung pipi tersorong sorongdan ludah melahap jilat kahak balik...aduhhhh mana nk sorok malu...dah tak reti malu geng olarmak semua kerana fulus dan doniawi janji ada keta beso...koperla,range rober,la helfire la..naik private jet laaa bior rakyat minum air paip mkn nasi garemm jer janji ostaz bergaya terbang sana sini london la,istanbul la tokyo la...aduhhhhh rakyat menderita kt bwh ni ada dorang kesah janji elaun ADUN,MP,jalan....tuang sidang parlimen no hal...ana nak ke london miting dan sebarkan islam kt starbuck wehhh...uol jgn jeles ana berjihad nih...

Zukay berkata...

steady bohh..

Tanpa Nama berkata...

Datuk bila nak letak jawatan?