22 Jun 2015

Mahfuz & Salahuddin Dilantik AJK, Mahukah Mereka Terima?


Salahuddin, Mahfuz dilantik AJK PAS pusat

Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.

Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan Ibrahim.

Malaysiakini telah menghubungi Salahuddin tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Manakala Mahfuz pula berkata beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.

"Saya belum terima surat seperti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, saya akan jawab secara bertulis (jika terima surat). Saya masih belum terima lagi surat itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, lima lagi pemimpin PAS dilantik ahli jawatankuasa PAS peguam Datuk Wan Mutalib Embong, Dr Najihatul Salihah Ahmad, Mohamad Husin, Mukhtar Suhaili dan Zainal Abidin Kidam.

Tuan Ibrahim turut mengumumkan bahawa Datuk Mustafa Ali sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pusat.

Manakala jawatan Setiausaha PAS kini disandang oleh Datuk Takiyuddin Hassan yang dibantu oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi.

Bagi jawatan bendahari pula PAS melantik Mohamad Noor Mohamad sementara Ketua Penerangan oleh Nasrudin Hassan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat telah menerima surat peletakan jawatan Mazlan Aliman sebagai anggota jawatankuasa PAS dan beliau akan menggantikan calon lain bagi mengisi kekosongan itu.

“Peletakan jawatannya (Mazlan) diterima. Masih ada satu kekosongan dan akan diganti,” katanya.

Minggu Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meletak jawatan itu serta merta kerana mahu fokus kepada NGO yang disertainya. -mk

ULASAN GB

Sehingga ulasan ini ditulis, kedua-dua Mahfuz dan Salahuddin belum membuat keputusan samada menerima atau menolak perlantikan sebagai AJK PAS Pusat.

berdarakan kehadirannya di himpunan "Perjuangan Baru Bermula" di Bakri minggu lalu, Mahfuz dan Salahuddin sepastinyalah telah mendengar dan menyaksikan sendiri apa kehendak akar-umbi.

Dan sepastinyalah mereka berdua mendengar dan menyaksikan bagaimana rakyat akar-umbi telah menyambut Mazlan Aliman dan menobatkannya sebagai seorang "wira" pada malam itu. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana Mazlan, sekalipun menang sebagai AJK, tetapi beliau secara gentleman telah mmelepaskan jawatannya kerana selain dari ingin bergiat sepenuh masa di dalam NGO ANAK, tetapi juga ingin terus bersama dengan rakan-rakan dari kalangan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan yang lalu.

Rakyat akar umbi sudah meluat dengan PAS, sebuah parti Islam yang TIDAK DAPAT DIKATAKAN ISLAM LAGI kerana mengamalkan akhlak-akhlak yang tidak Islam. Melabel, memfitnah, mencaci, memaki sudah menjadi budaya dan resam baru ulama-ulama PAS.

Sehinggakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam telah menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti yang dikatakan parti Islam.

Itu sebab mengapa akar umbi mahkukan sebuah parti Islam yang baharu, mereka jijik dengan perlakuan ulama-ulama PAS yang berakhlak lebih dasyat dari "kafir" sehingga memeranjatkan DHPP sendiri.

Justeru itu terpulanglah kepada Mahfuz dan Salahuddin untuk memilih, terima atau tolak perlantikan tersebut.

Sebaik-baik jalan ialah beristikharah untuk mendapatkan jawapan. Di sana telah tersedia jawapannya. Dan GB yakin bersamaan denga apa yang GB nukilkan di atas. InsyaAllah.

21 ulasan:

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Seandai Datuk Mahfudz Omar dan salahuddin Ayub menerima perlantikan sebagai AJK Pas Pusat, bermakna mereka mengikhtiraf cara pengundiaan secara "block" menggunakan "cai" yang telah direstui oleh konspirator-konspirator pro-Barisan Nasional. Tergamakkah mereka ini melihat sahabat-sahabat progesif profesional yang selama ini sama-sama membangun "Pas For All" tersisih lantaran kerana "penghapusan etnik" oleh gerombolan pro-ulama? Kehadiran mereka berdua ini tidak akan mampu mengembalikan era kegemilangan Pas, melainkan digunakan sebagai peluru untuk membedil rakan-rakan yang tidak sealiran dengan presiden parti.

Rakyat Malaysia tidak lagi selesa hidup di bawah kerajaan BN. Rakyat sudah terlalu menderita. Rakyat mahukan kerajaan BN yang menjadikan Malaysia negara beban hutang digantikan dengan kerajaan baharu. Kerajaan baharu hanya boleh dibentuk melalui PKR, DAP dan parti Islam yang lebih progesif berbanding Pas. Muktamar Pas 2015 telah membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP. Jadi Pas sudah tidak lagi bersama Pakatan Rakyat. DAP dan PKR memerlukan sebuah parti baharu yang berkonsepkan Islam progesif untuk menggantikan Pas. Akar umbi ahli-ahli Pas mahukan kumpulan Mat Sabu menubuhkan parti baharu sebagai altenatif kepada Pas yang tidak lagi disenangi oleh DAP dan PKR.

Salahudin dan Mahfudz mesti sanggup menanggung risiko, menerima atau menolak jawatan yang ditawarkan oleh PAS. Menerima perlantikan bermakna membina jurang dengan rakan-rakan progesif profesional. Menerima perlantikan bermakna sanggup bersengkokol dengan kepimpinan pro ulama yang tiada hala tuju perjuangan.Percayalah gelombang rakyat tidak dapat dibendung untuk menjatuhkan BN pada PRU 14. Rakyat akan mengundi apa sahaja parti Asalkan Bukan Umno (ABU) dan Pas. Pendek kata, rakyat akan menghumbankan BN dan Pas ke dalam Arkib Negara pada PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

Mazlan Aliman yg dah terpilih pun letak jawatan, inikan pula selepas difitnah ditohmah dan dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama sbg batu penghalang. ..
Pada aku jika Mahfuz dan Salahudin terima jawatan tsb ianya adalah amat memalukan sekali...bila kedua duanya dah masuk dlm golongai cai...maka rakyat juga akan menolak mereka..

air gunung berkata...

1.Parti pempinannya dipilih berdasarkan CAI.
2.Berjenama agama pulak tu.
3.ulamak la lagi.fuyyoooo.
So ada aqal x yah fikir dah.
Menda dah nampak jelas.
Mana kamu nak.
Putih atau hitam.
Sejelas itu Allah dah tunjuk

Tanpa Nama berkata...

Kalau menurut kiasan salahudin tu nmpak spt die akan menolak....Elokla tolak lantikan tu sbb ulamak suci xblh dikotorkn oleh jebon.professional pas merupakan jebon knp mrk nk lantik jebon pulak...kasila ulamak walaon semua yg jg anggota jwtnkuasa semua.kenapa perlu jebon,bukankan jebon tu disingkirkan...buktikan ulamak mampu bergerak tanpa jebon2..mahfuz dah salahudin sila jangan kene patuk 2kali.mrk cuma nk memperalatkan korang je.korg buat kerja,depa dpt nama lepastu dilabel sbg jebon syaitanla dsb.fokuskan pada parti baru harapan rakyat.biarkn ulamak kembali kn pas menjadi parti kampung semula....cuba survey pengundi2 pas dulu melayu cina india, mrk xkan sokong pas lagi dh...yg sokong cuma segelintir geng ulamak pas yg malas berfikir..goodbye pas

Tanpa Nama berkata...




Jangan kan terima nak berpikir ambil masa pun tak sepatutnya.
Itu kalau ada maruah lah.

Pro Ulamak tawar pun sebab yang lain-lain dah tolak, kalau tidak jangan harap lah Mahfuz dan Salahudin dapat tawaran tersebut. Dapat tiga atau empat muka profesional cukup lah bagi pro Ulamak membuktikan yang mereka tidak meminggirkan profesional.

Bagi kita tak perlu nak berasap kemenyan. Bila-bila boleh kena pecat sebab jawatan tersebut di lantik. Tapi kalau terima, tak payah lah nak bagi alasan bagai. Jawab je dengan ringkas saya menyokong kepimpinan Ulamak, dengan cai cai nya sekali.

Kepada Allah kita kembalikan.




Tanpa Nama berkata...

Mahfuz dan salahudin tolonglah jg ln jd lembu lagi...salahudin nampak bijak cergas tp mahfuz kdgkala merapu.tp bfikirlah mgunakn otak,jgn gunakn siku atau lutut

Malaysiabaru berkata...

Kami parti sejahtera ummah (pasma) memerlukan ketokohan dan tunjuk ajar 35 tahun untuk pulau pinang( mat sabu) Kedah (mahfuz) johor(salahudin) perak( nizar) Selangor (dr Rani) untuk melonmakan pasma within 1year dan pru14.

Kami perlukan pengalaman anda. Tolong jgn sia sia kan permohonan rayuan ikhlas kami... Kami merayu kpd kamu berlima

Pleassssse!!!

Tanpa Nama berkata...

Wah ostad vellvell fire jadi Ketua Penerangan. Tolong cakap tu cermat sikit. Jangan nak merapu, jangan nak mengutuk. Bukan semua kawasan yang PAs berpengaruh lu boleh masuk bebas. Ada kawasan tertentu kalau salah parking takut vellvellfire jadi bonfire.

Tanpa Nama berkata...

Manusia yg berprinsip dan berintegriti di Malaysia setakat ini hamba lihat hanya Anwar Ibrahim saja. Walau di caci, maki, fitnah dan segala macam tohmahan tetap berjuang bersama rakyat menolak BN. Kalau lah beliau kaki bodek, ampu dan jilat PM yg terdahulu...sudah lama beliau jadi PM skang ni. Tetapi mengapa beliau dipenjara sekarang? Kita semua fikirkan dan harap Mahfuz, Salahudin dan lain2 yg telah disingkir dgn begitu hina sekali semasa muktamar dpt membuat keputusan yg bermaruah utk diri, keluarga dan legasi anda pada masa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

Dua dua bijak ya. Dua dua berotak ya.

Tenguk selepas 6 bulan samada mereka bijak lagi ke tak atau berotak ke tidak sekiranya kedua-dua mereka terima tawaran tersebut.

Ramai cerdik pandai masuk UMNO termasuk yang ostad-ostad, tak sampai sebulan dah guna kepala lutut dan buah siku.

DinSikuLutut. berkata...

kah kah kah
PAS tidak akan bersama PR, adakah DAP sudi minum balik air kencing PAS?.
PAS akan cari kawan baru, PKR bukan kawan PAS!. Bukankah PAS menganggap PKR seperti budak bodoh dan Presidennya tidak pernah menyukai dan mengiktiraf Anwar dan Presiden PKR wan azizah.
Kawan dan teman yang sedang menanti adalah UMNO, pimpinan PAS sekarang pun merasakan penghalang utama kepada pergabungan dengan UMNO sudah tiada(TGNA).
Kalau Saluddin dan Mahfoz berada dalam AJK PAS pusat, mereka akan memecah geng 18 dan pasti menjadi tukang mengiakan pergabungan PAS dengan UMNO.
Pimpinan PAS hari ini amat terdesak, bila kebangkitan penyokong dan akar umbi PAS mula menyerlah. Bukan sahaja di negeri pantai barat, bahkan di Kelantan. Penyokong dan akar umbi PAS tanpa rasa hormat dan segan silu menolak kelakuan buruk pimpinan parti semasa muktamar dahulu. Mereka mula tidak mempercayai keteguhan pimpinan menolak untuk bergabung UMNO dan sedang mencongak, bilakah pimpinan PAS mahu membawa parti bergabung dengan UMNO.
Semua ini telah dihidu oleh Tuan Man dan pimpinan PAS Kelantan, mereka jadi kelam kabut dan mula terkencing dalam seluar.

Tanpa Nama berkata...

Pada saya ka-2, pemimpin ni terlalu lemah untuk bersama rakyat, masakan masih mahu bersama PAS yg tidak ada VISI langsung bersama rakyat.Lupakan saja mereka ini, Saya lebih Respect Saudara Aiman, walaupun menang tetapi mempunyai perjuangan yg jitu utk bersama rakyat.

Mana mungkin ke-2 ini memikirkan DIRI SENDIRI,apa untungnya aku berada dlam PAS,Apa yg aku dapat, dengan mereka sendiri meNGIakan pengunaan "CHAI"

Mereka adalah pemimpin yg lemah,pemimpin2 macamnilah yg membuatkan "BERJASA DAN HAMIM" TUTUP KEDAI.

zab berkata...

Bila TITM kata mahu Mat Sabu perkukuhkan PAS, saya terfikirkan, selepas memalukan, mengfitnah dan menghina, how dare they? Jenis muka tebal, orang lain buat tahi, disuruhnya orang lain yang bersihkan. Kamu yang runtuhkan usaha Mat Sabu, kamu suruh Mat Sabu bina balik? How dare you!

Apa kata kamu sendiri yang cuba bina semuanya. Tak payahlah mintak tolong geng jebon, parasit dan barua ni. Tak usahlah berselindung di sebalik memperkukuhkan jemaah. Kamu yang rosakkan jemaah, nah kamu buat lah balik. Muka tak malu sungguh.

Tanpa Nama berkata...

Depa dok kutuk jebon apa bagai tu semata nak rampas kuasa masa muktamar. Chai dan segala apa medium diguna sepenuh daya termasuk bantuan media umno. Bila dah pegang kuasa memasing jadi kelu taktau nak watpe... al maklumlah para ostad ni cakap je lebat tapi gerak keje hancor. Jadi nak mudahkan balik perjalanan parti di KUTIP balik geng2 progresif ni utk masuk ke dalam saf. Alahai... taktau la kalau bijak sangat nak terima semula jawatan tu. Aku yg tak berparti ni jgn harap la nak pangkah PAS lagi pasni. Majoriti sokongan rakyat utk pemimpin yg bersama pakatan rakyat.. PAS dah lebohhh.. toksah dok gila talak la dgn PAKATAN RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

JANGAN TERIMA JAWATAN2 BODOH TU.

jebon2 umno nk jawatan, taknak keje. nk glamor dan duit taknak susah payah masuk lokap. nk popular tp guna org lain utk ceramah. bila PAS disanjung semula, mereka dpt nama. ikhlas nya tidak ada.

jika berlaku kesilapan profesional bakal jadi kambing hitam selamanya. mereka itu boleh sabotaj keje2 profesional utk burukkan profesional.

mereka dh tunjuk pakar membohong, maka org membohong ini bersifat munafik dan tk blh dipercayai.

mereka nk guna profesional utk kekalkan undi penyokong yg dh menyampah dan undi bukan islam. selepas PAS UG menang nnti mereka U turn dan sekongkol dgn umno.

ulamak dan ust yg membohong hina dpd mat rempit yg membohong.

rakyat tkde masa nk layan kerenah jebon2 umno dlm PAS. profesional juga jgn buang masa dlm PAS, anda akan tertekan selamanya.

rakyat nkkan perubahan segera dan sesuatu yg segar utk lawan BN. tk guna mengharap PAS yg sakit dan penuh kudis jangkitan HIV umno... takde harapan nk pulih dah.

talkin utk arwah PAS.

HMK berkata...

Mintak2 dua orang ni janganlah ikut telunjuk puak UG ni.Percayalah anda berdua akan digunakan sebagai umpan sahaja oleh puak2 UG ni. Pada saya puak UG ni memang jenis tak tau berfikir dan asik gunakan hujah hukum sahaja apa2 hukum, apa2 hukum apa punya orang la ni.Pening Aku Sekarang(PAS)

Tanpa Nama berkata...

Terbaek!!!

Unknown berkata...

Kalu mahfuz dan salahudin terima lantikan sahlah mrk pun 2×5=5×2=....

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku president yg tidak pernah menunjukkan prestasi baik menjadi pemimpin parti..nescaya akan matilah parti tersebut..yg menonjolkan pas sebenarnya adalah almarhum ustaz fadzilnor dan tuan guru nik aziz yg telah menunjukkan bukti bahawa beliau adalah pemimpin yg sederhana dan berprinsip..yg lain walaupun seangkatan..tidak ada apa2 yg boleh dibanggakan selain bercakap x serupa bikin..

bat8 berkata...

Hangpa berdualah jadi gurkha yg buat semua kerja untuk mengerakkan PAS.Hang kena pikoi semua kerja politik dari ketja poliyik Presiden, MSU, JKKP, DUPP. Depa hanya nanti ambik hasil dari titik peluh hangpa je.....ini aku pasti sebab semua yg menang tu semua buta kayu nak buat kerja2 politik parti.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah break dengan DAP, tetapi masih menyimpan perasaan rindu yang mendalam terhadap DAP. Dengan itu maka dipasanglah hajat supaya golongan profesional dapat dijadikan JAMBATAN atau POSMEN supaya golongan pro-ulama boleh skodeng serta mengorat DAP itu. Gila talaklah katakan, tak kan itu pun susah nak difikirkan?

Senyum.....