1 Jul 2015

[VIDEO] Apa Yang Menyalak Sekiranya Bukan Anjing?


Hadi sebut menyalak, orang terjemah anjing

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad menegaskan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyebut langsung perkataan anjing dalam ucapannya sebaliknya hanya menggunakan perkataan menyalak.

"Yang diucapkan ialah menyalak tapi orang terus terjemahkan menyalak itu anjing.

"Sebenarnya bukan beliau kata anjing. Tidak disebut pun perkataan anjing," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan salah anggap itu perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.

"Salah anggap itu biasa. Seperti kita memasak bubur lambuk dan letak banyak kacang tapi ada satu biji kacang itu busuk. Seluruh bubur itu dianggap rosak semua. Sedangkan hanya kerana sebiji kacang itu," katanya.

Ucapan Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin menarik perhatian apabila beliau dilaporkan menggelar golongan yang menentang hudud sebagai anjing.

Namun Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu dalam ucapan selama satu jam setengah itu, Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan di padang pasir akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.

“Syair itu membawa maksud agar kabilah tidak takut dengan anjing dan serigala dan teruskan perjalanan. Jadi ia sebagai kiasan atau kata-kata semangat kepada kita agar jangat cepat menyerah dalam perjuangan walaupun ada banyak cabaran,”
katanya.

Beliau berharap tidak ada lagi pihak yang salah faham terhadap ucapan tersebut.

“Saya harap semua faham, ucapan ini bukan mengejek atau gelar sesiapa sebagai anjing.

“Ceramah Abdul Hadi berlangsung satu jam setengah, jadi tak boleh kita ambil satu patah perkataan saja lalu perbesarkannya. Sebab bidalan itu perlu dilihat konteks kiasan,” katanya. -SH

ULASAN GB

Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajah kata buruk padahnya. Itu pepatah Melayu, terang dan jelas.

Setelah membawa syair Arab tentang "biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan", kini masih-masing cuba mempertahankan Presiden PAS.

GB sudah mengulas sebelum ini. Petikan:

Apabila anda mengungkapkan perkataan ANJING MENYALAK, maka sebenarnya perkataan itu akan kembali kepada diri anda sendiri.

Sebelum ini pun Haji Hadi kerapa menutur perkataan-perkataan yang buruk seperti BARUA, TOLOL dan seumpamanya. Misalnya perkataan BARUA... tiba-tiba BARUA menimpanya - beliau diheret ke kandang orang salah di dalam satu kes saman fitnah pil kuda dan walaupun beliau bebas dari tuduhan itu tetapi Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan "kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah". Dengan automatik jatuh maruahnya kerana telah diisytiharkan "seorang yang mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah". Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan... BARUA menimpa sipenuturnya.

Begitulah juga dengan penutur-penutur JEBON, MUNAFIK HARAKI, SYAITAN, BABI dan sebagainya.... usah bimbang ia akan kembali menimpa si penuturnya... kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan (sunatullah) berjalan .. dan Allah berjanji sunnatullah itu tidak berubah .

Sedangkan di dalam Al-quran telah jelas:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. -terjemahan Al-Hujurat:11

Dah terbiasa menggunakan kata-kata kesat, akhirnya tertimpa diri sendiri.

Anehnya ada yang cuba mempertahankan sehingga Ketua Ulamak PAS terus menafikan yang Haji Hadi ada menyebut anjing. Katanya "Yang diucapkan ialah menyalak tapi orang terus terjemahkan menyalak itu anjing.". Habis tu, jika benar tak sebut anjing binatang apa pula yang menyalak? Kucing, stong, lembu, harimau?

Petikan kata-kata asal ucapan Haji Hadi:

“Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak,”

Melawan hukum Tuhan? Habis tu, bagaimana pula kata-kata Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi ini:

“dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, [barulah] kita laksanakan [hukum] hudud”.




Sekarang apabila Yusof Al-Qardhawi sendiri yang menyatakan bahawa "dasar perlaksanaan hudud ialah tidak dilaksanakan hudud melainkan kita telah melaksanakan seperti yang telah saya katakan ajaran-ajaran Islam yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tatasulia, dan nilai-nilai murni... kita bangunkan masyarakat Islam (terlebih dahulu), apakah kata-kata Yusof Al-Qardhawi itu ditafsirkan sebagai "salakan" oleh Haji Hadi?

Jika Haji Hadi dan "ulama-ulama" yang menguasai PAS sekarang ini terus juga ingin mempertahankan syairnya itu, maka tidaklah salah jika ada yang menggunakan syair yang sama untuk menyatakan bahawa "biarlah anjing dna serigala menyalak, kabilah berjalan terus, (iaitu) parti baharu akan terus ditubuhkan...." seperti kata TITM, "ia sebagai kiasan atau kata-kata semangat kepada kita agar jangat cepat menyerah dalam perjuangan (menubuhkan parti baharu -tambahan GB) walaupun ada banyak cabaran!"

Menyalaklah lagi kecuali terkena kepada diri sendiri!

28 ulasan:

Saiful berkata...

Biarkan.. musuh kita umno bn..pas blh buat cara mrk..pr 2 mesti jadikan kenyataan..taka meriam ke umno..

Tanpa Nama berkata...

Setelah membawa syair Arab tentang "biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan", kini masih-masing cuba mempertahankan Presiden PAS.

atau

Setelah membawa syair Arab tentang "biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan", kini masih-masing MENYALAK mempertahankan Presiden PAS.

Tanpa Nama berkata...

BUAH SALAK sebab walaupun namanya SALAK tapi tak menyalak dan pokok nya hendak lah tumbuh dii Pasir SALAK .


Kerana se orang punya mulut, habis melibatkan yang lain untuk berbohong di bulan yang mulia ini dengan memutar belitkan cerita asal. Kalau pilih ketua pilih yang betul-betul layak. Kalau tak ini lah padah nya ikut ketua yang dah tak betul, yang lain-lain pun jadi tak betul !

Mana lah pergi nya kebenaran yang di tuntut oleh Islam ?

Unknown berkata...

Salam semua:

GB good points: Saya tertarik kata-kata ketua ulamak seperti di bawah, macam ia,mengiakan kebejatan presidentnya:
"Salah anggap itu biasa. Seperti kita memasak bubur lambuk dan letak banyak kacang tapi ada satu biji kacang itu busuk. Seluruh bubur itu dianggap rosak semua. Sedangkan hanya kerana sebiji kacang itu," katanya.

SEBENARNYA PEMIMPIN2 PAS, TAK TAHU APA DICAKAPKANYA, KONONYA NAK COVER LINE PRESIDENT,TAPI DIA SENDIRI BAGI TAHU PRESIDENTNYA TU SEBIJI KACANG YG BUSYUK..

OK..Tuan-PUAN/SAUDARA/SAUDARI, sesudah kita baca hiburan yg di hidangkan oleh GB, Let's get serious;Thanks GB;
TIPS/HINTS SURE WIN PILIHANRAYA:
Dari pengamatan,dan analysis pengundi2 Malaysia terutamanya orang2 melayu, majoritynya nak senang,semuanya buat kerja nak short-cut,tak mahu bersusah payah,pernahkah kita terfikir orang2 muda yg berumur 21 tahun keatas tak register mengundi lagi, dari kajian >70% pengundi2 kategory ini tak register.Sebab itu Umno bijak dia tak mengarahkan SPR membuat secara autamatic ,seperti negara2 maju,dimana sesiapa berumur 21 thn keatas SPR negara mereka menjadikan mereka secara autamatik boleh mengundi.Kategory ini majority tak akan mengundi BN, jadi dibiarkan mereka lalai dgn hiburan dan raja lawak.Untuk kita menang pilihanraya menentang BN, Bukanya mudah,Kita bukan sahaja kena lawan BN tapi SPR,Jentera2 kerajaan,TV1/2/3/ASTRO,UTUSAN,BH,METRO,Terbaru harakah.Jadinya kalau kita nak masuk bertanding ikut style PAS(ug), Memang hilang deposit.Untuk itu kita gunakan AKAL fikiran yg dikurniakan ALLAH,
STEP Pertama: Kita kena ada one/two or more steps AHEAD dari lawan2 kita.
Okay, sya nak cadangkan pada tuan-tuan, yg bersemangat pejuang kena lakukan ini, IS A MUST, contohnya saya ada 6 orang adik beradik dan 8 orang ipar, apa yg saya lakukan sejak thn 2004, saya pastikan anak2 mereka jika setiap sorang ada 2 anak yg berumur 21 thn keatas, saya akan pastikan mereka mendaftar mengundi, dan dapatkan data-data mereka, kawasan,dun/parlimen.Bermakna 28 orng di registerkan dibawah pengetahuan kita.Dan juga pada kawan-kawan rapat.Andai kata mereka2ini tak conderong undi pembangkang, buat DEK ajer.UMNO takkan buat kerja ini,sebab dia nak senang dan kena upah,takada upah dia tak buat.
Step kedua: Step ini ialah "killing step" yg ini takkan di hebahkan.
Step ketiga: Menawan negeri tumpuan utama ialah Selangor alhamdulillah kita ada Godfather Tan sri Muhammad Taib dan IR. Khalid Samad,menawan Johor negeri pertama MBnya pembangkang 30 DUN,Godfathernya Sallehuddin Ayob,Suhaizan.menawan negeri perak Godfathernya Ir.Nizar.Menawan negeri kedah Godfathernya Ir.phakorazi dan ir. Amir hamzah.
step keempat: Benteng terakhir pertugas/hardcore yg boleh dipercayai yg dishaHkan oleh godfather2 nanti.

DI ATAS CUMA DRAFT2 yg mana group kami pernah buat di peringkat grass-root, tertawannya selangor.Baru-baru ni group kami pergi permatang pauh membantu kak wan, kami lebih tertumpu di kawasan2 melayu PAS, yg mempunyai lebih kurang 3k ahli,memang ada sabotage dari geng2 ug, dari analysis kami cuma 1000 yg lari bermana penyokong2 PAS 2000 BERPIHAK PADA KAK WAN,Alhamdulillah usah takut grass root tak lari, kita cuma nak 50% sahaja dari grass-root pas, tak sangka pengaruh Abg Mat hebat.

Sekian sahaja tuan-puan,cerita kongsi pengelaman untuk bersama-sama maju kedepan.Bila bertindak "SELALU 1/2 Step kedepan dari musuh"

HARAPAN & IMPIAN BARU :RAKYAT MALAYSIA.
SALAM RAMADHAN
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Aku pelik juga mcmne org xda kualiti mcm ni blh jg apa tu naib presiden ulamak dunie.apa dh xda org lain ke yg layak.maka gegak gempita la ulamak walak bangga dgn hadi padahai hadi kalau dibanding dgn lge mmg hadi xda prinsip.malukan islam je.puihhhhh

Tanpa Nama berkata...

"Salah anggap itu biasa. Seperti kita memasak bubur lambuk dan letak banyak kacang tapi ada satu biji kacang itu busuk. Seluruh bubur itu dianggap rosak semua. Sedangkan hanya kerana sebiji kacang itu," katanya. - Mahfodz Mohammad.

Seperti 'menyalak' begitu lah 'kacang busuk'. Kita pulangkan balik pada dia orang.

Perumpamaan ini sesuai untuk parti PAS sebab ada satu kacang yang busuk. Yang suka ponteng. Yang suka U-turn. Yang suka cai. Yang suka mencela. Sebab kacang yang busuk inilah PAS akan musnah.

Bila kita fikirkan semula, masa ini lah masa yang sesuai menyerang Hj Hadi dan ulamak yang lain. Kalau PAS kelam-kabut dan tak tentu arah, UMNO yang lemah tak akan jadi bergantung pada kerjasama dengan geng Hj Hadi. Lebih susah dan payah kerja kita sekira mereka bergabung atau berkerjasama semasa PAS stabil. Sebelum Hj Hadi bangun kita bagi dia 'smack down' !!!

PAS lemah UMNO pun semakin lemah.
Kacang busuk@Hj Hadi.


air gunung berkata...

Tq bro

Tanpa Nama berkata...

Wahai anjing2. Op! Maaf. Wahai orang2 yang menyalak. Berilah laluan selesa kepada para kabilah itu meneruskan kembaranya. Terimalah keputusan dan hala tuju kabilah2 itu. Sekarang nampaknya mereka menuju ke tempat asal mereka. Tempat asal mereka di ceruk² kampung. Kembalilah ke zaman puntung berasap 50 tahun dahulu. Di sana tiada hiruk pikuk kota yang dipadati pelbagai kaum. Tiada serabut dan pening dengan segala macam teknologi yang pelik2. Apalagi menghadam dan mengenal kompleknya pola kehidupan yang penuh tipu daya. Pendidikan kitab mesir tak mengajar sistem kepelbagaian yang Allah takdirkan wujud ke atas bumi malaysia. Oleh itu para intelek atau profosional tidak diperlukan.

Terimalah keputusan mereka. Jangan diganggu. Selagi tidak gugur akidah mereka, sayugia kita tidak diizinkan Allah menghina dan mengutuk mereka. Bukankah tiap saat ada malaikat yang menulis amalan kita? Takutilah cacatan amalan kalau bersabit hubungan sesama manusia. Payah kita nanti. Kita terpaksa mencari mereka di mahsyar untuk meminta ampun.

Memang kita geli dengan bermacam lontaran kata2 yang tidak patut diucapkan oleh amir kabilah mereka. Kita usahlah membalas balik kata2 keji itu dengan caci maki. Katakanlah ' Ye ke? Silakanlah apa pun tuan nak kata. Kalau tak betul pasti dipulangkan balik oleh Allah kepada tuan. Sila terima, ye..'

Kita sedia maklum. Kita sedang memulakan langkah pertama membangunkan wadah baru yang amat teristemewa. Maka marilah beramai2 mempersembahkan hujah dan buah fikiran bernas. Luahkan segenap gagasan hebat anda agar pembaca serta kepimpinan parti baru kita dapat mengutip sebanyak2nya ilmu dan panduan. Senario sosio politik sudah berubah. Kita sedang berhadapan soal hidup mati anak cucu kita. Sudahlah keadaan kita masih lemah dan miskin kita dipaksa untuk menjadi bertambah miskin dan derita lagi. Kita kini bukan kita yang dahulu lagi.

Ya Allah. Berilah kekuatan dan pertolongan yang sebesar2nya kepada kami dan pimpinan kami agar kemenangan yang hak atas yang batil segera dihadirkan. Amin..

Tanpa Nama berkata...

Biarkang anjing dan serigala menyalak mempertahangkang tuang presideng kongkang dan ularrrmak lai chee kang. Tuang presideng ang entah kemana menghilang macang dah lari lintang pukang. Muka tuang presideng ang tak ada aura lansung. Muka riak ujub dan takabbur mengikut kata kawang kawang aku termasuk aku. Orang kampung tuang presideng kagi tau. Ucapangnya pung tak menarik lansung macang professor kangkong.

Unknown berkata...

"Salah anggap itu biasa. Seperti kita memasak bubur lambuk dan letak banyak kacang tapi ada satu biji kacang itu busuk. Seluruh bubur itu dianggap rosak semua. Sedangkan hanya kerana sebiji kacang itu," katanya.

adakah tuan guru haji hadi kacang yang busuk tu??

Tanpa Nama berkata...

Boleh gunapakai idea Encik Omar Daud, kalau boleh rancang dari sekarang..tubuhkan Jawatankuasa sementara di setiap negeri, anjurkan seminar2, penerangan dan gerak kerja secepat mungkin. Adakan perjumpaan dengan Dr Zulkefli dan Encik Suhaizan bagi marangka program penyelarasan awal di peringkat pusat.

Unknown berkata...

Tak sabar rasanya menanti parti baru/pakatan 2.0 tanpa parti amir kabilah kacang busuk. BeEnd harus ditumpaskan kerana menganiaya rakyat

Tanpa Nama berkata...

Ini perang psyco.Dan wartawan memang suka cerita macam ini.
Bila terjadi perkara tak baik seperti ini ia nya bukan lagi kesilapan sahaja tapi itu lah gambaran watak sebenar orang tersebut. Kita tak serang tapi kita ada hak persoal boleh ke seorang taraf ulamak mengeluarkan kata-kata macam ini? Dan bila kata-kata tersebut keluar ianya tak terang-terang di tujukan kepada sesiapa maka kita akan lihat apakah isu yang dikaitkan bila dia bercakap macam itu. Maka timbul lah apa maknaya 'menyalak' yang di ucapkannya.
Dan menambah buruk kan keadaan ialah bila dua orang pembela mengatakan di tak sebut anjing. Yang di sebut menyalak. Dan sebelum itu se orang lagi kata itu syair yang menyebut walaupun anjing menyalak. Yang cela menyalak satu hal dan yang kata tak ada sebut anjing dan yang kata ada perkataan anjing satu hal.
Mereka dalam keadaan tertekan dan terus melakukan kesilapan demi kesilapan. Bila ini terjadi secara tak langsung menguntungkan pihak lain.

Sekarang mereka hilang tumpuan untuk menyelamatkan ketua mereka tapi dari merapu lebih baik mereka menegur si pencela tersebut yang dia banyak buat silap. Sampai bila nak menutup kelemahan dia ?

Tanpa Nama berkata...

dalam banyak banyak kacang yg ada,kacang yg busuk itu juga UG nak.

Anti Fitnah berkata...

Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA atau KERANA SEEKOR KERBAU MEMBAWA LUMPUR, TERCALIT SEKAWAN.
Yang hairan ialah kenapa kita dok pertahankan nila atau kerbau yang membawa lumpur atau kacang yang busuk tu? Kalau kerbau dan kacang busuk, kita boleh keluarkan. Bagaimana pulak dgn nila? Bolehkah nila dikeluarkan daripada susu? Atau susu tu pun asalnya berwarna BIRU juga?????

Zab berkata...

Saya amat berterima kasih kepada abang Omar Daud, GB dan lain-lain. Sejak saya menyertai PAS (saya tak masuk PAS selepas Anwar dipecat, kalau wala'un nak pertikai). Saya masih ingat selalu ke Taman Melewar untuk aktiviti jemaah, mahupun khidmat masyarakat. Namun sebagai professional muda, pada masa itu, saya sudahpun tertanya-tanya adakah para agamawan akan membenarkan para professional menduduki hirarki tertinggi parti sekiranya mereka layak. Walaupun telah hampir 20 tahun, akhirnya persoalan itu terjawab. Pas bukanlah seperti Hamas, yang mana pemimpin tertingginya tak terhad kepada agamawan saja. Ada ahli fizik, pakar pediatrik dsb. Tak apa, mereka tidak mahukan kita takpa, tapi jangan kita hampakan rakyat. InsyaAllah, laluan ke Putrajaya akan dipermudahkan selepas ini setelah kemuncup dibuang (meminjam pepatah kesukaan wala'un).

Kali ini saya akui, saya amat teruja untuk melibatkan diri untuk berkhidmat dengan wadah baru. Harap GB, Abang Omar dan otai lain dapat mengajar orang muda macam kami. Mudah mudahan Allah membantu kerana daripada feedback rakan-rakan di Kelantan, hampir pasti pas akan tumbang. Takpa, BN boleh ambil Kelantan, tapi Putrajaya kita punya, insyaAllah.

Lagi satu, tak payahlah balas cacian mereka dengan cacian juga. Mereka boleh menyalak, tapi kabilah tetap bergerak lurus.

Tanpa Nama berkata...

sekadar ingin bertanya, GB ada grup WA khas untuk kami join?

Tanpa Nama berkata...

Name it! Jackass Cleric, Barking Doggy Cleric, and now smelly-rotten-nuts cleric!
Lord is so true, and now everything goes back to him. LoL!

Tanpa Nama berkata...

jgn keluar kabilah nnti kamu karam !!!

kita hendaklah mantapkan kabilah!!!

.... begitulah salakan anjing gamak nya.

maaf ye serigala tk menyalak, serigala melolong

hanya anjing menyalak

Unknown berkata...

Bukan....kacang kuda yg busuk lagi membusukkan !! Tak sangka ya bodoh2 belaka pimpinan pascai nih....

Unknown berkata...

Itu semestinya hadi !!

Unknown berkata...

Hantar kesemuanya masuk hospital bahagia tanjong rambutan...

Tanpa Nama berkata...

Anjing dan Serigala adalah label bagi Ulama Jahat

Tazkirah Ramadhan : Apa yang disebut oleh Tuan Guru Haji Hadi berkenaan Kabilah, Anjing dan Serigala hanyalah pepatah arab yg masyhur. Namun pada padangan aku, penggunaan pepatah arab itu pada tempat dan tujuan yang salah..

Apa yang menariknya, samaada ia suratan atau kebetulan, dan Ulama yang menjual agamanya seperti mana yang telah di nukil di dalam di dalam Quran dan Hadis...
1. Quran menyifatkan Ulama yang menjual agama nya di dalam Quran Sebagai Anjing - (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيْنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ ٱلشَّيْطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلْغَاوِينَ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخْلَدَ إِلَى ٱلْأَرْضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ ۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا ۚ فَٱقْصُصِ ٱلْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir” (Surah al-A’raf: ayat 175-176

Tanpa Nama berkata...

cepat lah tubuhkan parti baru untuk gantikan pas. pas oparti bermasalah dan ber risiko utk dijadikan teman. tak sabar tul. lamanya nak tunggu 2 minggu lagi.

GB ada ke wa group. mohon. nak join.

Tanpa Nama berkata...

Berbelit lidah deme nak mempertahankan dan membetulkan keadaan.

Tanpa Nama berkata...

Jawapan untuk Apa yang menyalak kalau bukan anjing ?

ANJING JADIAN .

Faizal berkata...

Tuan Omar kene cerita tu step kedua kalau dah killing step. harap2 dapat lah bersua muka kita nanti. saya dah nekad utk bersama parti baru (org baru dlm buat keje parti). insyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

KALAU BOLEH BUAT PEBDAFTARAN ONLINE LAGI LAGI BAGUS. AKU DAH GELI TENGOK MUKA MURSYIDUNG ANG TUANG PRESIDENG ULARRRMAK CAI SERBANG BERTANDUK SYAITANG. AKU DAH MEELUUUAAAAT.