8 Mei 2015

Tengok Gambar Ini, Kumpulan Mana Ganas Baling Meja Semalam?

sumber gambar: Malay Mail Online

PRK Permatang Pauh paling ganas buat SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sebagai yang paling ganas dengan banyak insiden provokasi antara penyokong parti-parti politik yang bertanding.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan penyokong yang terlalu beremosi antara penyebab berlakunya perkara tidak diingini.

"Sehingga hari ini, PRK ini yang paling buruk pernah saya alami dengan keganasan penyokongnya dan banyak insiden yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.

Beliau berkata para penyokong pada PRK Permatang Pauh sangat agresif berbanding PRK Rompin, hingga menyebabkan ada yang cedera dan harta benda rosak.

Mengenai mereka yang melanggar peraturan berkempen, Abdul Aziz berkata SPR akan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan dan tindakan.

Abdul Aziz berkata semua aduan yang diteriam SPR juga akan diserahkan kepada polis untuk disiasat.

"Polis akan lakukan siasatan dan sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh, kes itu akan diserahkan kepada AG (Pejabat Peguam Negara) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Semasa proses pengundian tengah hari tadi, seorang pemberita dan seorang anggota polis cedera akibat 'perang' objek yang dibaling oleh penyokong kedua-dua pihak, selain kereta SPR turut dirosakkan.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). - Bernama


Penyokong BN mengganas baling kerusi dan botol takutkan pengundi warga emas, OKU

PERMATANG PAUH: Suasana di pusat mengundi Sekolah Menengah Guar Perahu sekali lagi bertukar kecoh apabila penyokong BN bertindak agresif dengan membaling botol air dan kerusi plastik, semalam.

Kekecohan tersebut telah menakutkan para pengundi yang hadir untuk membuang undi terutamanya warga emas serta golongan kurang upaya.

Walaubagaimanapun, keadaan huru-hara selama lebih lima minit itu berjaya diakhiri dengan tindakan segera anggota keselamatan.

Akibat dari kekecohan dan provokasi kotor tersebut, keadaan lalu lintas yang sedia sesak menjadi bertambah sesak dari Guar Perahu ke Penanti.




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita masih menunggu tindakan PAS terhadap beberapa demo kalangan yang mengaku sebagai pro ulama.

Ramai ahli akar umbi mahu melihat ketegasan Presiden PAS bertindak keatas sikap biadap sekumpulan ahli yang membuat sabotaj dan provokasi melampau terhadap kestabilan parti dan hubungannya dengan rakan tahallufnya.

Antaranya demo yang lakukan oleh puak-puak ini ialah :

1) Demo mendesak beberapa AJK PAS Pusat letak jawatan oleh Pemuda Kuantan yang dikepalai sendiri oleh Ketua Dewan Pemudanya, Fadhli Ibrahim pada 8 Februari lalu.
2) Demo di Kampung Kubang Semang yang menghasut para pengundi PRK Permatang Pauh supaya menyokong Umno yang kononnya menyokong hudud.Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar dilaporkan sebagai kepalanya.
3) Demo Depan Masjid Batu Kampung Pertama pada 1 Mei oleh sekumpulan yang sama, PAS Cawangan Bagan yang dikepalai oleh Azmi Jaafar.
Selagi PAS tidak mengambil tindakan yang wajar keatas gejala yang dilakukan sebagaimana di atas itu, keadaan pasti akan bertambah buruk di masa hadapan dan Hj Hadi dilihat seolah-olah merestui kelakuan biadab mereka itu.

Protes pemuda terhadap Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda yang lepas tanpa diambil apa-apa tindakan hingga ke saat ini, membuktikan kepada kita semua bahawa Hj Hadi adalah seorang pemimpin yang lembab.
foto sila refer disini..
wrlr.blogspot.com/2015/05/bukti-presiden-pas-tidak-kisah.html

sarjanhasan berkata...

BN MEMANG. Amalkan budaya samseng

pan berkata...

Bagi penyokong BN mcm.mana ganaih sekalipun, kamu semua maksum dimata kerajaan kamu..HOREY!HIP2..HOREY!

Tanpa Nama berkata...

.

Hj Hadi dok telan pil selepas prk PPauh

Nak ambik tindakan macamana Nak kena bentang hudud pun entah ingat lagi ke tidak

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

.

Tujuan nya ialah untuk menakutkan kaum lain Lihat lah nanti apa jadi kalau UMNO kalah Itulah message yang mereka sampaikan


Susah betul otak ni nak terima atas alasan apa sehingga mereka tidak merasakan beban GST sedangkan Sultan Johor sendiri tahu GST membebankan rakyat yang hanya mampu memiliki motosikal





Tanpa Nama berkata...

Itu bebudak bahalol umno kan

Itu pun makan gaji dari periuk sama macam si Aziz juga

Lahanat saja

Tanpa Nama berkata...

Bukan horey ! Ini lah barisan kita. Kkkkk

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam ini perangai ahli umno jangan mimpi lah Mahathir boleh buat Najib berundur

Melayu mudah lupa! Mahathir yang di sanjung sebagai pemimpin yang hebat sudah tidak di dengar kata kata nya lagi oleh ahli ahli umno

Kalau dah sampai tahap ini memang Mahathir kena bersama sama PR Bukannya suka pada Mahathir tapi memang bebal tahap kronik perlukan kekuatan yang luar biasa

Malaysiabaru berkata...

Mat Malaya dah cabut lari...

Sarjan tak nampak ker

Kalau jumpa Noh Omak tangkap baru soal ... Ikut style IGB maa!

Umno kini selamanya Mafia

Tanpa Nama berkata...

penyokong umnu memang bertaraf kerusi dan bangku saja

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Bila cadangan dari PR untuk memansuhkan sistem pilihanraya yang ada sekarang dengan digantikan sistem pilihanraya baru, mereka kata tidak demokratik. Sebenarnya sistem pilihanraya yang ada sekarang adalah ketinggalan zaman, sepatut sistem pilihanraya telah diubah dengan lebih ekfisen. Semua parti dibenarkan menyampaikan agenda dan manifesto melalui media massa, ruang-ruang yang adil bagi kemudahan awam dan penyalahgunaan agensi kerajaan dibenteras sama sekali. Iklan-iklan di media massa, surat khabar awam dan iklan-iklan dibenarkan secara saksama. Maka masalah pertembungan yang tidak sihat dapat dielakkan. Debat-debat antara pemimpin-pemimpin atau calon parti secara terbuka di tempat awam diamalkan bagi menyampaikan agenda yang bakal dibawa. Mengurangkan perang-perang poster atau bendera dan tidak membenarkan kempen senyap dilakukan. Ini semua akan mengelakkan masalah yang dihadapi sekarang. Semoga sistem pilihanraya baru ini akan mematangkan lagi parti-parti politik yang ada di Malaysia. Perkara ini pernah diutarakan oleh pemimpin-pemimpin PR satu masa dulu tetapi malangnya dipandang sepi dari SPR dan PDRM. Bila diutarakan ayatnya 'debat bukan budaya kita', 'rakyat Malaysia belum bersedia'. Akhir sekali ahli panel SPR sepatutnya dilantik oleh Agong tanpa sebarang pengaruh politik (nasihat PM). Semoga perkara ini dapat perhatian dan dinilai semula, agar sistem pilihanraya di Malaysia ini lebih bersih, telus dan dipandang tinggi di dunia.

Tanpa Nama berkata...

kenapa masa hari mengundi ahli ahli ini berani ? Sebab mereka ini tahu polis akan mengawal keadaan

Sekurang kurang nya pas bagan ada jugak lah jantan nya buat demo semasa kempen