11 Mei 2015

Pertentangan Golongan Ulama Dan Profesyenal Gugat PAS


Darihal ulama dan walak dalam politik Islam Oleh Dinsman

Seolah-olah dalam sekelip mata cepatnya, tetapi tidaklah sekelip mata begitu - hanya untuk menggambarkan betapa cepatnya perubahan itu berlaku. Tiba-tiba saja, dan ia sudah merebak ke seluruhnya. Menunjukkan sebenarnya ia bukanlah satu perubahan yang baru terjadi secara tiba-tiba. Ia sebenarnya terjadi dengan cukup terancang. Belum pernah ia terjadi demikian dalam sejarah gerakan Islam yang kita kenal di negara ini.

Dan mereka mulai menyingkirkan golongan yang bukan ulama. Secara terang-terangan, secara agresif, melalui kempen yang diperhebat di seluruh negara. Tiga tahun lalu golongan ulama dan bukan ulama itu saling bergandingan bantu-membantu dalam satu sinergi yang sangat harmoni, dan serentak itu juga menarik golongan bukan Islam untuk turut serta membantu ke arah kemenangan tokoh-tokoh pimpinan Islam - ulama mahupun bukan ulama.

Kini segala-galanya sudah berubah. Tepatnya setelah berpindahnya Tok Guru Nik Aziz ke alam baqa, 12 Februari yang lalu. Rupa-rupanya mereka memang menunggu-nunggu saat itu, kerana selama ini adanya Nik Aziz itulah yang menghalang mereka daripada menzahirkan perancangan mereka itu.

Rupa-rupanya mereka memang sudah lama bergerak ke arah itu. Kalau kita masih ingat lagi langkah-langkah sumbang yang diusahakan oleh Hassan Ali dan Nasharuddin Md Isa itu. Kalau kita masih ingat lagi muktamar khas yang dipanggil Nik Aziz bagi membincangkan khusus isu tersebut.


Tentunya kita masih ingat episod sumbang dalam sejarah gerakan Islam di negara kita itu. Dan Nik Azizlah yang menjadi benteng mempertahankan kesucian Islam di dalam parti yang dikatakan dan dikenali sebagai parti Islam di negara kita itu.

Kini, ketiadaan Nik Aziz seorang - menyebabkan segala-galanya dalam pertubuhan "gerakan dakwah dan siasah" yang bernama PAS itu berubah, dan berubah dengan begitu drastik dan agresif sekali. Belum pernah ada hal yang demikian itu dalam sejarah agama mahupun politik di negara kita.

Saya katakan "segala-galanya" dalam gerakan yang bernama PAS itu berubah. Maksudnya ialah teras perjuangannya yang sangat penting, yang juga menjadi daya tarik utama mengapa golongan profesional dan bukan ulama serta bukan Islam, menjadi tertarik untuk menyertai atau menyokong PAS.

Soalnya ialah mengapa? Maksudnya mengapa golongan ulama itu tiba-tiba menjadi benci sangat kepada mereka yang bukan ulama, yang menjadi pemimpin peringkat pertengahan dan malah pemimpin nombor dua dan nombor tiga di dalam parti itu? Apakah kesalahan besar yang dilakukan tokoh pimpinan bukan ulama (tetapi) yang menerima kepemimpinan ulama dalam parti itu, hingga mereka perlu dan mesti disingkirkan?

Tidak pernah ada peristiwa yang menunjukkan tokoh pimpinan bukan ulama, ataupun mana-mana golongan bukan ulama dalam parti itu, menentang atau menolak dasar dan prinsip "kepemimpinan ulama". Tidak pernah ada. Jadi apakah masalahnya? Dan apakah salahnya mereka?

Nampaknya tidak ada apa-apa salah mereka dan tidak ada apa-apa masalah pun. Kecuali satu! Ya, kecuali tokoh pimpinan golongan ulama itu hendak memilih untuk berpakat dengan Umno, dan berpisah dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP. Itu sajalah sebabnya.

Sudah beberapa kali mereka berusaha ke arah melaksanakan apa yang dipanggil Unity Government atau dikenali dengan sebutan UG itu. Sudah lama, dan sudah melalui 2 atau 3 muktamar tahunan yang menegaskan PAS tetap akan bersama dengan PR, dan jangan ada lagi cakap-cakap mengenai Unity Government.

Tetapi sekejap saja. Mereka hanya bersandiwara. Secara diam-diam, "di belakang tabir", mereka terus menjalankan kempen mereka itu, tanpa mempedulikan keputusan dan arahan daripada muktamar tahunan berkenaan.

Dan secara diam-diam juga berlaku usaha memperkukuhkan hubungan mereka sesama golongan ulama, dan mereka yang taksub (walak) dengan pimpinan ulama. Tak mengapa walaupun mereka sendiri bukan ulama, asalkan walak'. Maka terdapatlah pemimpin peringkat pertengahan yang tiba-tiba sahaja bertukar uniform bertukar wajah menjadi ulama, sedangkan sebelumnya dia bukan ulama pun, dan tak ada latar belakang pendidikan agama yang melayakkan dia jadi ulama. Yang penting ialah walak.

Istilah walak pun - sebelum ini tidak pernah ia dijaja seperti sekarang dan setahun dua ini. Sekarang walak selalu benar disebut - seperti suatu istilah yang menjadi ciri utama yang ditekankan Islam dalam adab berjemaah.


Memang walak penting dalam adab berjemaah. Tetapi ia bukanlah sampai menjadi alat untuk mengekang jemaah daripada bersuara atau menyuarakan pandangan yang berbeza, hingga menimbulkan suasana kediktatoran dalam kepimpinan.

Ada semacam 'ancaman' dan 'ugutan' kepada ahli supaya memberikan taat setia yang tak berbelah bagi walau apa pun. Sampai ke peringkat mereka sanggup menganjurkan demonstrasi bagi menyatakan sokongan tak berbelah bagi itu, sambil membuat pelbagai tuduhan jahat bagi menjahatkan pihak dan individu pemimpin tertentu, yang dikatakan tidak walak kepada presiden.

Mengapa hal walak ini tidak pernah menjadi isu pada zaman kepemimpinan Ustaz Fadzil Nor Nik Aziz? Mengapa pada zaman Datuk Seri Abdul Hadi Awang walak menjadi isu penting? Ini perlu difikirkan!

Dan sehubungan dengan itu juga, hasil wujudnya golongan ulama dan bukan ulama itu, yang ditimbulkan golongan ulama (bukan ditimbulkan golongan bukan ulama), maka tersebarlah pula dengan meluasnya fenomena kata-mengata, umpat-mengumpat, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah secara berleluasa, di kalangan ahli parti. Dan ini sesuatu yang sangat pelik, kerana ia sangat bertentangan dengan asas dan dasar perjuangan Pas sendiri.

Kempen inisiatif golongan ulama muda di dalam parti itu menjadi suatu proses yang mahu mengeluarkan sebahagian daripada ahli partinya, termasuk beberapa pemimpin penting yang banyak berjasa kepada jemaah. Apakah tujuannya itu? Yang saya nampak tujuannya ialah supaya hanya orang golongan mereka saja yang berpeluang menjadi pemimpin, dan seterusnya berpeluang menikmati kuasa dan pelbagai nikmat kuasa itu, apabila menang nanti.

Apakah pandangan dan rumusan saya ini salah? Saya harap begitulah. Biarlah pandangan saya ini salah. Agar parti Islam yang pernah menjadi harapan saya dan ramai kawan saya itu masih mempunyai masa depannya yang cerah.

Namun, buat saat ini, hanya fikiran seperti di atas itulah yang dapat saya fikirkan. Ini adalah satu fenomena yang pelik, yang barangkali ia bukan inisiatif dalaman parti Islam itu sendiri. Ya, melihat pada cara dan proses ia berlaku, dengan begitu rapi terancang dan efisien, saya tidak percaya ia hanya kisah dan urusan dalaman saja.

Saya fikir ada cerita lain lagi di sebalik fenomena yang sangat pelik ini. –

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila golongan berserban besar ditipu iblis....

Tanpa Nama berkata...

Jika yg dikatakan ulama itu setakat boleh melabelkan ahli yg tidak sehaluan dgn pelbagai istilah spt barua, broker, jebon, parasit, anwarinas, liberal dll serta boleh membuat fitnah pil kuda & kominis ditambah pula sering buat keputusan u-turn, ponteng mesyuarat, amat lembab bertindak, tiada sifat menghormati kpd yg bukan ulama dan bermacam-macam lagi, alamatnya PAS hanya akan menjadi melukut ditepian gantang. Untuk mentadbir dikalangan ahli parti sendiri pun kucar kacir, tentu rakyat tertanya-tanya mana mungkin PAS boleh mampu mentadbir negara yg lebih rencam ini!

IrWrWs berkata...

Dinsmann.. x payah reka2 cerita.. kami pergi usrah pas setiap bulan sejak pru13, x pernah pun diajak atau dihasut utk bergabung dgn umno.. apa yg tuan tulis di atas sebenarnya terbalik 360 darjah dari realiti.. sbb tu tuan x faham kenapa golongan bkn ulamak ditolak.. pd saya yg bkn ulamak, golongan ini ditolak kerana mengajak ahli pas agar tunduk dgn segala kemahuan dap n pkr.. cth dap yg mengaku perjuang demokrasi tp bila rakyat kelantan secara demokrasi nk hudud dap tentang... cth pkr.. sesukahati nk buang tski tanpa beliau ada kesalahan dr segi syarak.. kedua2 dap n pkr ni lah yg golongan bkn ulamak (baca pasma) nk suruh kami walak kpd mereka.. dan menjauhi TGHH.. mintak mahap lah tuan..

Tanpa Nama berkata...

Golongan UG bergerak macam gerakan bawah tanah yahudi... FREEMASON.

Tanpa Nama berkata...

Pas akan terus mundur kebelakang apabila kumpulan profesional hilang dari saf kepimpinan.. Hadi awang lah ptresiden pas yg ternyata bodoh yg menjadi barua kpd bn.. Mudah2an bala akan menimpa pd sekutunye..

sb dehlawi berkata...

dipendekkan cerita, puak ulamamak dlm pas ni dungu berpolitik..mka marahkan puak profesional..apa pun aku hanya tunggu pasma daftar parti je ...lepas tu bye bye pas ulaama yg dungu

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju jika Pasma didaftarkan. Selagi hj Adi jd presiden agenda ug x akan hilang.

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli,

Anda tidak perlu menafikan tentang kewujudan perancangan penubuhan UG kerana seluruh rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya. Ia telah ditentang hebat oleh almarhum TGNA. Pemergian almarhum telah menyebabkan Haji Hadi menimbulkan semula idea UG tersebut dengan alasan untuk melaksanakan hudud. Sedangkan apa yg dipersetujui oleh UMNO hanyalah seperti golongan khawarijyang meletakkan Al-quran di hujung tombak untuk menipu PAS.

Tuduhan anda habawa golongan profesyenal tunduk kepada segala kemahuan dap dan pkr hanyalah fitnah. Kerana di dalam PR, PAS dengan tahaluf siyasi sedia untuk bertolak ansur untuk kebaikan bersama. Malahan Haji Hadi sendiri PERNAH membuat pengakuan bahawa HUDUD BUKAN KEUTAMAAN.... Yang utama ialah seperti yang diputuskan oleh Muktamar PAS iaitu perkukuhkan Pakatan Rakyat.

Anda menuduh lagi kononnya PKR sesuka hati nak buang TSKI. Akhirnya kebenaran terserlah bahawa TSKI adalah seorang yang mengabaikan solat, oleh itu Allah sendiri "menurunkan" beliau dari kerusi Menteri Besar dan meletakkan Azmin di kerusi tersebut.. Apakah mengabaikan solat itu nbukan kesalahan dari segi syarak?

Jika tak mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP, dan jika percaya sangat dengan janji UMNO untuk laksanakan hududu adalah terlebih baik PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Tetapi ini tidak dilakukan, mulut Haji Hadi kata nak terus bersama PR tetapi hatinya tak mahu hidup bermuafakat.

Nak suruh kami wala dengan Haji hadi yang terang-terang "tidak ikhlas" di dalam Pakatan Rakyat...? Minta maaplah....

Unknown berkata...

Hahaha

Wan Rosli ni dalam blog Yong pun meracau. Maleh layan.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan ulamak dalam PAS, tua dan muda, tidak pandai berpolitik TETAPI sangat mahukan kuasa. Kalau tidak dapat kuasa pemerintahan, dan memang sukar untuk PAS dapat kuasa pemerintahan, dapat kawal seluruh jemaah PAS atas dasar walak pun jadilah..itulah makna kuasa bagi sesetengah orang. Rusia dan Korea Utara pun menekankan walak dalam kalangan rakyatnya.

abuamir berkata...

Tunggu bila PAS nak keluar dari PR & bila parti PASMA nak ditubuhkan? Sekarang pun ramai ahli PAS terutama golongan muda dah tak aktif atau tinggalkan PAS secara senyap2. Tetapi kami tetap tolak umno/bn & bersama PR.

ABU- Asal Bukan Umno

Tanpa Nama berkata...

Yong, memang Wan Rosli ni Barua Umno.Dia rajin antar komen pada blog kita juga. Maknanya, Wan Rosli ni bukan dikendalikan oleh seorang bajingan sahaja, tapi beberapa bajingan yn memang tugasnya memantau dan meracau diruangan komen blog penyokong Pakatan Rakyat. Abaikan dia macam kucing kurap yg melintas didepan rumah kita tu...kimek!

manuk berkata...

Daftarkan PASMA secepat mungkin barulah kuburkan PAS pimpinan TGHH dan sekutunya..habis cerita tak penting kpala!!

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli adalah contoh ahli letak akal kat lutut..
mudah di walak oleh pro ularmak..
Jika ada ahli mcm dlm pas ..lingkup parti ini..
Apa khabar hellfire ust nasha temerluh lumayan kan?
so join umno akan lumayan anda semua.. itu yg lain termasuk TGHH meroyan mahu UG ..apakhabar menantu TGHH lumayan kan ..? mudah nya dpt title ularmak ..
tak payah nak tipu diri sendiri ..dan hasut orang lain.
Gunalah ilmu sebaik mungkin..tq

Aliyya Najihah berkata...

Wan Rosli, Hang cuma Pengikut....yang tiada Ilmu..

Tanpa Nama berkata...

.

Kita pun mula hairan dengan sikap Hadi yang memihak kepada Najib dalam keadaan yang melampau bila Hadi hanya meminta isu TH di bawa ke parlimen Mulai hari itu lah segala isu besar yang melibatkan rakyat yang perlu di selesai mengikut undang undang akan hanya di bawa ke mahkamah Ini bukan sendiwara Ini betul betul!

Ok lah tak percaya UG ujud tapi kita akui yang hubungan Hadi dengan Najib baik dalam masa Mahathir belasah Najib cukup cukup

Dalam kesibukan pemimpin bukan ulamak sibuk menjalankan tugas sebagai pemimpin PAS bersama sama PR seperti isu GST 1MDB dalam masa itu lah mereka berkempen dengan menguna walak

Modal Najib untuk bertahan dalam UMNO cukup kuat ia itu mengunakan Hadi untuk menghancurkan PR dan sekali dalam waktu yang sama PAS Mana pilihan pemimpin UMNO masalah kewangan negara seperti 1 MDB dan TH atau meranapkan PR dan PAS

Ini bukan sendiwara Ini pengkhianatan

Kepada Allah kita kembali

obat pelangsing tubuh herbal ampuh berkata...

juangan biarkan kesalahan dua kali

Tanpa Nama berkata...

Masa belajar, golongan prof tak banyak belajar pasal agama. Kbnyakan belajar hal2 basic. Bila mereka minat & dalami agama, mereka ada 2 ilmu, misalnya ilmu kejuruteraan & ilmu agama, pergaulan pula kbnyakn mereka ni luas, sbb masa mereka praktikkan prof, banyak kawan muslim & non muslim.

Dan otak mereka terbuka & banyak ide2.

Itu yg kbnyakan golongan kelulusan agama tak mau terima tu, sedangkan gol prof bersedia utk menyumbang idea2 kepakaran mereka kepada Islam.


Tanpa Nama berkata...

Tuan Alhusseyn,

Benar kata tuan. WAN ROSLI adalah salah seorang makhluk pencacai UMNO dari kumpulan CIRIT = Cybertroopers Tiga Ringgit.

Satu kali komen dapat klaim 3 ringgit dari UMNO.

Maka Wan Rosli & makhluk sebarua dengannya berlegar2 di alam maya ini selagi hayat dikandung badan, mencirit kan najis pemikirannya kesana sini.

Tak susah nak jadi CIRIT seperti Wan Rosli ni. Langsung tak perlu ijazah kerana yg jadi CIRIT ini memang jenis bahlol. Orang cerdik tak sanggup jadi barua macam mahluk yg menyorok dibalik nama WAN ROSLI ni.

Yang perlu hanya dua perkara

1. Muka kena tebal macam kulit babi - harga diri tolak ketepi, yg penting sekali komen dah boleh klaim 3 ringgit

2. Ikut style syaitan - bila orang berbincang tentang PAS, menyamar konon ahli PAS, ikut usrah segala.. Boleh menjelma dalam pelbagai bentuk semata2 tujuannya untuk MENYESATKAN.

Dalam urutan tangga kelas ekonomi manusia dalam mencari rezeki, makhluk kemaruk mentekedarah 3 ringgit ini seperti WAN ROSLI ini berada paling bawah, lebih rendah dari pemulung yg mengutip sampah utk dikitar semula.

Kelas terbawah inilah yg dipanggil barua, pariah atau pencacai (tukang angkat tong taik) kerana hanya mereka ini sahaja yg sanggup cari makan dengan buat kerja jijik yg orang lain tak sanggup buat.

WAN ROSLI = CIRIT (Cybertroopers tiga ringgit)

Tanpa Nama berkata...

JGN LAYAN WAN ROSLI, MAYBE DIA TU HASSAN ALI... DALANG UTAMA PROJEK UG SEJAK SEKIAN LAMA.

HASSAN ALI AGEN UMNU PRO APCO