Syahadah 1 famili
Port Dickson: “Doa anak lelaki saya yang bersungguh-sungguh meminta kepada Allah SWT supaya membuka pintu hati kami sekeluarga memeluk Islam ditunaikan Allah,” kata Safiyyah Abd Aziz, 42.
Menurutnya, anak lelaki kedua daripada empat anaknya, Muhammad Daniel Chan, 19, terlebih dulu memeluk Islam pada 2013 ketika berusia 17 tahun sebelum seorang demi seorang ahli keluarga mengikut jejak langkahnya itu.
Menyingkap kembali perjalanan mengucap dua kalimah syahadah, Muhammad Daniel mengambil keputusan memberitahu keluarga hasrat memeluk agama suci itu dan dengan bantuan guru serta ustaz di sekolahnya, dia mengucap dua kalimah syahadah.
Safiyyah yang dulunya bernama Sofiya Siswagi berkata, dia dan suami tidak menghalang Muhammad Daniel memeluk Islam, malah tertarik melihat kehidupan anaknya selepas memeluk agama itu.
“Saya dan anak bongsu, Muhammad Hamim Chan, 13, mengikut langkah Muhammad Daniel memeluk Islam pada Oktober 2013. Selepas itu, suami saya Muhammad Chan Kum Tong, 56, dan anak ketiga, Muhammad Aiman Malek Chan, 15, menyusul pada Julai 2014. -HM
9 ulasan:
Subhanallah. Semoga kehidupan keluarga ini sentiasa mendapat keredhoan dan rahmat Allah. Amin.
dapat hidayah yang baik
Syukran .. besar pahala Ustaz tersebut dan anak ini..
inilah jihad kita cari2 dalam dunia modern ini..
diharap puak UG renung2lah akan anak ini dan dakwah Ustaz tersebut.
jgn memusuhi dan pandang serong nonm-muslim.
siapalah kita jika dibandingkan dgn anak ini dan Ustaz itu..
banyaknya saham akhirat dia dpt ..
so kita?
berapa ramai dah kita dakwah pada non-muslim dan convert to Islam..
beluml lagi kita kira jiran kita non-muslim claim kita kat akhirat sebab kita tak dakwah mereka..
so jgn bangga diri kita ahli syurga, belum tentu lagi..
Alhamdullillah. Amin Ya Allah
Semoga Allah merahmati keluarga ini.
.
Ini tak. Berdoa 'Kesian mudahan ulamak ini tidak suulkhatimah amin ya Rabb.' Macamana ?
Kita bila berdoa pada Allah swt minta yang baik baik.
Yang jahat pun berdoa jugak tapi minta pada Iblis lah.
nur emily tu sapa?
dh ada yg punya ke?
abg ada... tk tinggal sembahyang tau
great sahre
Catat Ulasan