18 Mei 2015

Pro-UMNO kehabisan Modal, Pakai Hujjah Ahmad Awang Lebih Tua Dari Hadi..


Ahmad Awang terlalu tua banding Abdul Hadi

KUALA SELANGOR - ‎Ketua Ulama Pas Selangor, Mohd Zain Abd Rahman berpendapat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar terus memimpin parti itu selepas pemilihan pada Muktamar Pas ke-61, bulan depan.

Menurutnya, ‎meskipun, Ahmad Awang layak bertanding bagi merebut jawatan nombor satu parti itu, namun dari segi perbezaan usia jelas menunjukkan‎ bekas Naib Presiden Pas itu terlalu tua.

"(Yakin Abdul Hadi menang) Sudah semestinya. Sebab Presiden (Abdul Hadi) pun lagi muda daripada yang seorang (Ahmad) itu.

"Takkan nak pilih orang tua. Kalau nak cari suami pun, nak suami muda. Betul tak?‎,"
katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada Muktamar Tahunan Ulama Pas Selangor ke-27, hari ini.

Ahmad, 79, mengesahkan‎ bakal menentang Abdul Hadi, 68 dalam Muktamar Pas ke-61 awal bulan depan bagi merebut jawatan Presiden Pas.

Mengulas soal pertandingan yang pertama kali berlaku bagi jawatan Presiden Pas itu, Mohd Zain berkata, Ahmad mungkin merasakan dirinya layak untuk bertanding hingga beliau membuat keputusan untuk menerima pencalonan tersebut.

‎"Perlembagaan menyebut, siapa sahaja layak bertanding, maka dia boleh bertanding. Jadi, mungkin dia (Ahmad) fikir dia layak bertanding, maka dia bertandinglah.

"Soal menang kalah itu persoalan nombor dua. Perlembagaan kata, cukup pencalonan, dia boleh bertanding," katanya.

Namun, beliau percaya Pas kawasan yang mencalonkan Abdul Hadi sebelum ini akan tetap memilih pemimpin itu dalam Muktamar Pas nanti.

"Dari sudut berapa pencalonan yang dia (Ahmad) dapat dan berapa pencalonan yang Presiden dapat. Biasanya, perwakilan ini mencalonkan Presiden, maka calon yang dicadangkan kawasan itu mereka akan pilih (dalam pemilihan) nanti.

“Kalau bandingkan dua (calon) ini, tengok pada majoriti...itu sahaja. Dewan Ulama (Selangor) memang menyokong kepimpinan ulama khasnya Presiden (Abdul Hadi)," katanya.

ULASAN GB

Nampaknya kumpulan pro-UMNO kehabisan hujjah untuk meyerang dan memfitnah Ustaz Ahmad Awang, calon Presiden yang akan menetang Haji Hadi di dalam pemilihan di Muktamar ke 61 nanti.

Maka digunakan hujjah siapa lebih muda... maka menurutnya yang muda itulah jadi pilihan.... hujjah yang lansung tidak bersandar ilmu dan peliknya ia dinyatakan oleh seorang yang memegang jawatan ketua Ulama PAS Selangor.

Beliau membandingkan pemilihan Presiden dengan calon suami. katanya, "kalau nak cari suami pun, nak suami muda. Betul tak?"

Satu perbandingan dan ukuran yang berdasarkan hawa nafsu ... nak cari suami muda, kononnya gagah. Itu taraf pemikiran "Ketua Ulama PAS Selangor!".

Sedangkan di dalam Islam faktor umur juga adalah penting di dalam menggalas tugas dan tanggungjawab seseorang "imam" iaitu ketua muslimin. Jika kedua-duanya bertaraf ulama maka faktor umur perlu diberikan perhatian. Sabda Rasululullah saw dari Ibnu Masud:

"Adanya Rasulullah saw mengusap-usap bahu kami dalam solat sambil berkata: "Ratakan saf dan jangan berselisih, nanti berselisih hati kamu. Hendaknya menghampiri kepadaku orang-orang tua dan yang berilmu dari kamu, kemudian orang di bawah mereka, kemudian yang di bawah mereka, kemudian yang di bawahnya."

Dan di dalam satu hadith lain baginda bersabda:

"Yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum ialah yang terpandai dalam memb aca Kitabullah, kalau dalam membaca ini mereka sama, maka yang terpandai dalam hadith (sunnah), dan kalau dalam hal ini mereka sama pula, maka yang terlebih dahulu berhijrah dan kalau dalam hijrah mereka sama, maka yang tertua usianya." (HR Ahmad, Muslim)

Malah jika diamati di dalam perlantikan Khalifah Islam selepas Rasulullah, turutan nama-nama Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali adalah berdasarkan faktor umur masing-masing selain dari faktor keilmuan yang dimiliki.

Justeru itu faktor umur yang dibangkitkan oleh Ketua Ulama PAS Selangor itu batal. Malah Islam menetapkan yang terlebih tua itulah yang wajar dipilih apatah lagi jika menelek dari sudut kesihatan, beliau lebih sihat dari yang muda.

Kedua Ketua Ulama PAS Selangor itu menyatakan lagi:

"Dari sudut berapa pencalonan yang dia (Ahmad) dapat dan berapa pencalonan yang Presiden dapat. Biasanya, perwakilan ini mencalonkan Presiden, maka calon yang dicadangkan kawasan itu mereka akan pilih (dalam pemilihan) nanti.

“Kalau bandingkan dua (calon) ini, tengok pada majoriti...itu sahaja......" katanya.

Benar, Haji Hadi mendapat banyak pencalonan berbanding Ahmad Awang (haji Hadi 98 berbanding Ahmad Awang 5). Tetapi jumlah pencalonan yang ditentukan oleh pemilihan PAS kawasan baru-baru ini bukan penentu, sebaliknya keputusan sebenar ditentukan perwakilan pada Muktamar PAS nanti.

Beliau agaknya terlupa dimana di dalam kes Ustaz Nasharuddin Mat Isa lawan almarhum Ustaz Hassan Syukri untuk jawatan Timbalan Presiden PAS pada tahun 2005 di mana Nasarudin Mat Isa dulu hanya mendapat 2 pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden lawan Ustaz Hasan Shukri, tetapi akhirnya yang menang ialah Nasharuddin.



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takkan ketua ulama tak tahu pasal hadis ini? ataupun tau tp sengaja menyembunyikannya? kalau cam tu gugurlah status ketua ulama. konon ulama tp tak beramal dgn ilmunya.

hadi tu dah sakit. sapa yg bayar bil hospital turki? kelakuan dia pun tak standard ulama - ponteng sidang, ponteng mesyuarat, fitnah org, label orang, hina orang, hati penuh kebencian hasad dengki khianat. dia dah jual tganu dan kedah.

Tanpa Nama berkata...

Allah dah tunjuk ramai golongan ustaz yg dah rosak dlm pas...rosak dsbbkan ketaksuban..sebab tu masih xdpt lawan UMNO hgga arini

Amuraria berkata...

biarkan siluncai terjun dengan 'ug' nya ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

kenyataan yg memakan diri sendiri... suh ketua ulama pas selangor tu belajar lagi... wat malu pas saja...

Tanpa Nama berkata...

Jangan hina ketua ulamak selangor,begitu juga dengan YDP Perak,mereka ni semuanya maksum,seprti kata seseorang baru2 ni bahawa hj hadi tak pernah buat dosa pun dengan sengaja,aduh mhabis ulamak pas maksum belaka,poning kita dibawah ni di buatnya,mereka ni seperti mabuk air sejuk.

fazilzura berkata...

Pendapat ulamk selangor berdasarkan pada nafsu dan lupa pada ketentuan allh,sombongnya ,sombong Hj hadi dapat banyak pencalunan dan perlekeh Ustaz Ahmad Awang dapat sikit.golognan taksub memkhinzir tuli.

Anti Fitnah berkata...

Usia jadi tua ... pasti. Tiada insan yang dapat menafikannnya.
Adakah kita nak menjadi tua atas usia?
ATAU
Adakah kita nak menjadi tua atas matang pemikirannya?
Kesimpulannya kepada ahli-ahli PAS yang bergelar ulama: Jadilah tua kerana kematangan dan bukan kerana usianya.

mosabit berkata...

bilal surau kat kag aku pun lebih baik dari dia ni...kah kah kah

otoote berkata...

depa ni tahsjjud tisp malam....idtikhorah tak tinggai....solat sunat semua istiqamah. Nak kata bingai...aku ni cukup2 solat 5 waktu jek. Perdialan yg selalu mwngetok hati....adakah mungkin...seorang yg beramal berilmu sedemikian cakap cam budak sekolah tadika? Apakah amalan depa ni tidak mampu untuk mengangkat mertabat mereka di mata masyarakat? Kenapakah dgn ilmu mereka yg tinggi itu masih lg menyebabkan mereka dipandang jelik dan tak cerdik?
Adakah aku dihina Allah sampai tidak tergerak hati untuk menghormati 'ulama2' ni...atau 'ulama' ni dihina Allah dengan dipandang keji oleh masyarakat yg mereka sepstutnya bimbing?...

air gunung berkata...

Parah parah tersgt parah...
awat jd lagu ni...
tobat kena gelak jer laaaa..
jgn sebab kamu institusi ulama' diperlekehkan.
apa dah jd dgn alPASuun skrg...
jgn jangkit virus cgpa 3.65 udah laaaa..

Tanpa Nama berkata...

Tidak semestinya orang muda itu waras dari segi pemikiran dan sihat dari segi kesihatan. Ramai orang muda tetapi tiada ilmu dan kematangan. Ramai orang muda juga yang berpenyakit. Jika orang muda berpenyakit kencing manis, maka perempuan tersalah pilih untuk dijadikan suami.Sudah tentu gagal untuk memberikan nafkah batin kepada pasangannya. Lebih baik pilih orang tua yang sihat dan matang daripada orang muda yang mulut celupar, tiada strategi politik dan lidah bercabang.Pendek kata, lebih baik pilih Ahmada Awang berbanding Hadi Awang dalam persaingan merebut jawatan presiden Pas.

GEBU berkata...

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Fasal tu lah! Jgn ingat bila kita jadi Ketua Ulama PAS Selangor kita rasa kita dah hebat dan boleh menghukum orang. Siapa kamu nak hukum org? sedangkan kamu tu sendiri...dari tiada kpd ada...jadi kamu sendiri itu adalah tiada dari segi hakikat. Waallahhualam!

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) dan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen hari ini.

Upacara angkat sumpah itu diadakan di hadapan Speakder Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Wan Azizah, yang kembali ke Parlimen selepas tujuh tahun, juga diumumkan oleh Speaker sebagai ketua pembangkang baru.

hahaa apa kata TGHH and the geng ..
dulu masa MB selangor bukan main kutuk DSWA ..skrg menikus ..
hukum kebenaran terserlah ..
tu pun masih tak sedar lagi ..

Tanpa Nama berkata...

.

Jika ilmu dan kebaikan nya jadi ukuran maka di dahulukan yang tua kerana jika di ambil umurnya pasti 79 tahun lebih dari 68 tahun. Yang tua lah yang berhijrah dulu. Yang tua lah rasa garam dahulu. Logik nya yang tua lah yang buat baik dulu. Kalau yang tua ada buat jahat yang tua lah yang bertaubat dulu.

Orang yang tua 79 tahun lebih hampir pada mati dan sentiasa sedar mati nya lebih cepat dari 68 tahun. Tak di nafikan pun yang ajal maut di tangan Allah.

Orang yang tahu mati nya semakin dekat seboleh boleh nya tak nak buat dosa. Berbanding 68 tahun yang sakit tapi melihat ada lain yang sakit tapi masih hidup hingga 80 tahun, orang ini lah yang tak peduli tentang dosa sehingga umur nya nak masuk 75 tahun.

Jangan pilih tua atau tidak tapi pilih yang takut buat dosa sebab mati itu mengingatkan dirinya. Lagi pun yang 79 tahun sihat belum pernah masuk ward. Kalau tak nak lawan berdebat, cuba lah lumba berjalan kaki 150 meter je.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

.

Tenguk muka antara Hj Hadi dengan Ahmad Awang, ramai yang kat Hj Hadi lagi nampak tua.

Lagi pun yang muda lah kena mengalah bila abang masuk bertanding.

Pro ulamak ala ala umno kena ikut sejarah melayu. Kisah Jebat menyerahkan keris taming sari pada Tuah Kerana menghormati Kekanda Tuah.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Tua atau muda tak penting...yg penting jgn perangai hudud mcm Geng UG...
mohon agar pada muktamar nanti perwakilan nyahkan Geng2 UG perangai huduh tu...

sb dehlawi berkata...

ulama pas pencacai umno ni memang jahat. dungu tamakkan harta

esye berkata...

Asal dari seusia...ke alam insan berlainan waktu...kembali jua kpdNya....dalam seusia...kekalnya...Pilihlah yg Rassulullah anjurkan...

Tanpa Nama berkata...

Yang muda pun dah sakit jantung tggu nak p aje.. Yg tua mnpak mcm muda itu lah ustaz ahmad awang.. Lagi matang dlm pemikiran.

Abdul Said berkata...

Inilah yang membuat orang ramai yang tak aktif politik parti pening. Ulamak je ada 4 jenis. Ulamak kerajaan, ulamak umno, ulamak pas dan ulamak bebas. Lagi satu kalau perangai orang dalam pas sama saje macam orang dalam parti sekular atau assobiah tak de lah beza mereka ni. Sama-sama cari kuasa dan nak pegang sampai mati, sama-sama cari gelaran, cari istana, kereta-kereta mewah dan bini-bini cantik.Jalan terbaik dan pantas nak semua itu ialah bergabung dengan umno walau pun kes Samad Gul dan Ustaz Ibrahim LIbya masih tergantung.Suko ati kau la bai, janji idup sonang!!