Reaksi wajah Najib jadi tanda tanya
Reaksi wajah Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media sebaik mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selesai pada petang Isnin menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Selain mesyuarat yang berlangsung agak “panas”, kenyataan yang dibuatnya turut dipersoalkan.
Dalam entri terbarunya, bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin membuat analisis berdasarkan gerak geri Najib ketika berdepan dengan media.
“Daripada apa yang diluahkan Najib selepas mesyuarat hari ini, jelas bahawa perbincangan berjalan dengan agak panas dan tegang.
Wajah Najib ketika bercakap dengan media adalah gambaran beliau tidak cukup gembira, tambahan pula Muhyiddin yang di sebelahnya langsung tidak menampakkan wajah senyum”, tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.
Shahbudin juga mempersoalkan hasil perbincangan empat mata antara Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyuddin Yassin, yang berlangsung di Putrajaya.
Katanya, berdasarkan reaksi yang ditunjukkan, ia menjadi tanda tanya apakah hubungan kedua mereka telah benar-benar pulih.
“Semua orang sedar sebelum mesyuarat MT semalam banyak tembakan telah ditujukan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO terutama berkaitan isu 1MDB, Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat.
“Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin peringkat bahagian tampil satu demi satu meluahkan kebimbangan mereka tentang kedudukan semasa UMNO”, dakwanya.
Mengenai kenyataan Najib berhubung pertemuannya dengan Muhyiddin yang berlangsung di pagi Isnin, blogger itu turut mengulas lanjut.
“Hari ini jugalah Najib akhirnya mengakui dan mungkin baru menyedari beliau sebenarnya ada timbalan yang boleh membantu dan sepatutnya selalu diajak berbincang.
“Gambaran daripada kenyataan ini tidak diragui lagi membuktikan Najib tidak pernah atau jarang mengajak Muhyiddin berbincang sebelum ini. Ia diperkukuhkan lagi apabila Najib memberi pengakuan “kita akan selalu bincang” yang memberi erti selama ini mereka tidak pernah berbincang sama sekali.
“Adakah Najib selama ini mentadbir seorang diri atau beliau sebenarnya ada rakan bincang yang lain selain Muhyiddin?”, soalnya.
Berdasarkan jawapan yang diberikan, dia membuat andaian mungkin, orang nombor dua itu tidak pernah diajak berbincang sehingga menyebabkan Muhyiddin mengatakan beliau enggan menjawab mengenai 1MDB setiap kali rakyat meminta penjelasan daripadanya.
Isu 1MDB yang semakin terdesak juga menyebabkan buat pertama kali selepas enam tahun, Najib cuba menerima pandangan beberapa ahli MT yang menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan syarikat itu.
“Hakikat ini menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah besar dan Najib nampaknya sudah tidak berupaya lagi merungkai kekusutannya. Patutlah banyak pertanyaan Tun Mahathir tidak mampu dijawabnya?
“Secara langsung hampir benarlah dakwaan pelbagai pihak termasuk Tun Mahathir terhadap 1MDB selama ini!” tulisnya.
Bagi Shahbudin, dia apa yang dinyatakan Najib berhubung sokongan yang diterima pada sidang media hanya bersifat luaran atau permukaan wal hal ia berada dalam keadaan yang rapuh.
“Soalnya berapa lamakah sokongan itu mampu dipertahankan, terutama jika terbongkar lagi isu-isu lain seperti Tabung Haji yang dikaitkan dengan 1MDB tempohari?” tulis Shahbudin ketika mengakhiri blognya. -FMT
Ungkapan "Kita Akan Selalu Bincang" Petanda Najib Mulai Bimbang
Apakah yang dapat disimpulkan daripada mesyuarat MT UMNO semalam di sebalik beberapa penjelasan yang diucapkan Najib Razak kepada media sebaik saja mesyuarat itu berakhir?
Adakah semuanya sudah beres dan keakraban kembali seperti sedia kala apabila Najib berkata semua ahli MT memberi sokongan penuh kepada beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin?
Apakah hubungan Najib dengan Muhyiddin sudah pulih dan mereka benar-benar tiada masalah lagi hanya dengan adanya pertemuan hati ke hati pada sebelah pagi sebelum mesyuarat semalam?
Kenapa ketika bercakap dengan media wajah Najib tidak begitu ceria manakala Muhyiddin kelihatan masam mencuka?
Semua orang sedar sebelum mesyuarat MT semalam banyak tembakan telah ditujukan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO terutama berkaitan isu 1MDB, Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat.
Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin peringkat bahagian tampil satu demi satu meluahkan kebimbangan mereka tentang kedudukan semasa UMNO.
Shafie Apdal paling ketara tingkahnya, selepas melahirkan kebimbangan mengenai 1MDB yang tidak ditangani secara telus, kemudian pergi menunaikan umrah dan tidak hadir beberapa program parti dalam dua tiga hari ini, dari Mekah pula beliau mengeluarkan kenyataan lagi agar UMNO dijadikan parti akar umbi dan bukannya eksklusif kepada golongan tertentu saja.
Pemuda-pemuda UMNO negeri sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang senada dan seolah-olah kecewa dengan beberapa isu yang dilihat tidak telus serta tidak diurus dengan baik sehingga memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di Rompin dan Permatang Pauh.
Daripada apa yang diluahkan Najib selepas mesyuarat semalam, jelas bahawa perbincangan berjalan dengan agak panas dan tegang. Wajah Najib ketika bercakap dengan media adalah gambaran beliau tidak cukup gembira, tambahan pula Muhyiddin yang berada di sebelahnya langsung tidak menampakkan wajah senyum.
Hari semalam jugalah Najib akhirnya mengakui dan mungkin baru menyedari beliau sebenarnya ada timbalan yang boleh membantu dan sepatutnya selalu diajak berbincang.
"Saya berjumpa dari hati ke hati dengan Muhyiddin pada pagi tadi dan saya memberi pengakuan kita akan selalu bincang untuk memastikan kepimpinan UMNO di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan selesa dan kukuh supaya tidak ada sesiapa boleh memecah belahkan kita," kata Najib.
Gambaran daripada kenyataan ini tidak diragui lagi membuktikan Najib tidak pernah atau jarang mengajak Muhyiddin berbincang sebelum ini. Ia diperkukuhkan lagi apabila Najib memberi pengakuan "kita akan selalu bincang" yang memberi erti selama ini mereka tidak pernah berbincang sama sekali.
Adakah Najib selama ini mentadbir seorang diri atau beliau sebenarnya ada rakan bincang yang lain selain Muhyiddin?
Apakah kerana Tun Mahathir sudah beberapa kali menyebut Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri, maka Najib baru menyedari beliau sedang disaingi dan kini cuba "mengepung" timbalannya itu?
Mungkinkah kerana tidak pernah diajak berbincang itu menyebabkan Muhyiddin mengatakan beliau tidak tahu nak jawab apa mengenai 1MDB setiap kali rakyat meminta penjelasan daripadanya dan ia akhirnya menjadi sebab utama kekalahan BN di Permatang Pauh?
Selain itu, kenapa pula Najib memberitahui beliau ada perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin pada pagi sebelum mesyuarat MT kali ini?
Jika beliau selalu mengadakan perbincangan dengan Muhyiddin atau setiap kali sebelum mesyuarat bulanan MT, pertemuan dengan timbalannya itu sentiasa diadakan, tentulah tidak perlu diberitahu adanya pertemuan hati ke hati ini?
Dengan baru sekarang mengaku mengadakan pertemuan hati ke hati dengan timbalannya, bukankah ia bermakna mereka tidak pernah berbincang sebelum ini?
Lebih dari itu, bukankah apabila ada perbincangan hati ke hati, bermakna memang ada perkara yang terbuku di hati?
Buat pertama kali juga Najib cuba menerima pandangan beberapa ahli MT yang menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan 1MDB.
Kenapa hanya setelah enam tahun dan hutangnya sudah mencanak melebihi RM42 bilion baru Najib mahu berbuat demikian? Mengapa tidak bersikap telus sejak awal penubuhan 1MDB lagi?
Hakikat ini menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah besar dan Najib nampaknya sudah tidak berupaya lagi merungkai kekusutannya. Patutlah banyak pertanyaan Tun Mahathir tidak mampu dijawabnya?
Secara langsung hampir benarlah dakwaan pelbagai pihak termasuk Tun Mahathir terhadap 1MDB selama ini!
Dilihat daripada ketegangan beberapa hari sebelum mesyuarat MT kali ini, Najib mungkin kelihatan berjaya merumuskan sokongan tetap diberikan oleh ahli-ahli MT kepadanya dan juga Muhyiddin serta semuanya kelihatan beres, walaupun hakikatnya cuma di permukaan saja.
Soalnya berapa lamakah sokongan itu mampu dipertahankan, terutama jika terbongkar lagi isu-isu lain seperti Tabung Haji yang dikaitkan dengan 1MDB tempohari? -shahbudindotcom
ULASAN GB
Betul juga kata Shahbudin. Muka Najib semacam menyembunyikan sesuatu, manakala Muhyiddin pula mencuka dari awal hingga akhir.
Itu satu hal. Kedua, anehnya pernyataan sokongan kepada Najib "disampaikan" oleh Najib sendiri. Ada sesuatu yang tak kena di situ. Semua dapat mengesani keanehan dan kepelikan itu.
GB dapat merasakan ada semacam satu "deal" yang berlaku di antara Najib-Muhyiddin apabila ada pihak sebelum ini mendakwa ada pertemuan sulit di Milan yang merancang untuk menggulingkan Najib. Terdapat penafian oleh Menteri Peancongan mengenainya tetapi penafiannya macam tidak terlalu kukoh. Yang turut serta di dalam pertemuan itu ialah Daim Zainuddin. Dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang rapat dengan Daim Zaiinuddin telah membuat spekulasi di dalam blognya bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Apakah agaknya "deal" diantara Najib-Muhyiddin? Apakah Najib meminta sepenggal lagi sepertimana Pak Lah dulu meminta kepada Najib sewaktu kumpulan Najib mengasak Pak Lah untuk turun?
GB bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu bahawa Najib sepatutnya membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan dan perdana menteri itu mendapatkan mandat baru daripada rakyat. Ini kerana Najib menyatakan beliau mendapat sokongan dari rakyat dan ahli UMNO untuk terus menjadi Perdana Menteri. Beranikah Najib bubarkan parlimen lebih awal? Takkan berlaku begitu kerana masing-masing sudah sedia maklum siapa Najib...
5 ulasan:
Tolonglah jgn digantikan Najib dgn Muhyiddin. Pi mai pi mai tang tu jugak. Ekonomi dan perpaduan rakyat akan terus meruncing.
Gandingan Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim adalah yg terbaik.
Ada dua rundingan sekarang. Satu dengan Hj Hadi. Satu lagi dengan Muhyiddin.
Satu untuk terus kekal. Dan satu lagi untuk kekal sementara.
Yang mana satu yang kurang cerdik?
Kira ada lah sekarang ini PM kita hanya di beri permit sementara supaya terlepas dari semua kesilapan dan kesalahan yang telah di lakukan.
Kalau macam ini lah dari satu PM ke satu PM tak ke mana lah kita.
3juta ahli umno di bawah PM Najib. 1jita ahli PAS du bawah TPM Hadi
Umno 88 kerusi pas 20,kerusi
Ok wat?
Satu rasuah besar satu ajaran sesat
Inilah di namakan MALAYSIABARU!
Malaysiabaru
Cukup ke untuk luluskan hudud.
Dah senyap ni macam orang ramai dah faham kot.
Apa yang nak di runding dengan Muhyiddin. Tak boleh pakai. Langsung tak ada mengerakkan 'move' dalam mendapatkan kuasa. Semasa Pak Lah ada juga lah dengar ujud nya kem Najib yang bergerak untuk menekan supaya Pak Lah berundur. Apa kah masa itu Najib ingin menyelamatkan UMNO atau sekadar menguna kuasa yang ada seperti sekarang.
Bagi Muhyiddin samada dia jadi PM atau tidak sama je. Lantak lah dengan apa nak jadi pada rakyat dan negara.
Muhyiddin ni sama seperti Hj Hadi. Pemimpin tak ada idea. Rasa nya Muhyiddin lagi cepat di minta berundur jika dia yang jadi PM selepas ini.
Tak silap salah satu sebab Najib mendapat sokongan MT ialah kerana MT akan sama sama mencari kaedah menyelesaikan masalah 1MDB. Sedangkan hampir setengah hutang 1MDB telah di selesaikan dengan GST Jangan auta lah nak cari kaedah. Kalau tak ada GST semua MT pun dah cabut. Kita tenguk PRU nanti. Tak ada perebutan untuk menjadi calun BN. Ketika itu Bahagian cuma hantar satu nama tak seperti yang lepas sampai 6 nama dan di saring dua tiga kali.
Catat Ulasan