7 Apr 2015

[VIDEO] Siapa Si Gadis Misteri Di Dalam Helikopter Itu...


Siapa 'wanita misteri' Kyrgystan dalam heli?

Spekulasi muncul kenapa terdapat seorang warganegara Kyrgystan dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan enam orang pada Sabtu.

Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini.

Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media.

Seorang pegawai kedutaan Kyrgystan mengesahkan kerakyatan Aidana dan memberitahu mStar bahawa dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.

Maklumat lain, daripada laporan The Malaysian Insider, menyebut Aidina masih bujang.

Aidana dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabtu malam sebagai pembantu operasi helikopter.

Spekulasi menyebut bahawa beliau pembantu juruterbang tetapi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu.

Menteri: Pekerja syarikat penerbangan

Dakwaan bahawa seorang wanita bertudung yang bergambar bersama juruterbang helikopter itu Clifford William Fournier itu sebagai Aidana juga ternyata palsu.

Selain Aidana dan Fournier, penumpang lain dalam helikopter itu ialah anggota Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis, setiausaha sulit perdana menteri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang serta pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Punca nahas masih disiasat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini turut mengulas mengenai identiti Aidana yang menimbulkan tanda tanya.

Liow sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang, lapor Bernama.


Nahas Helikopter: Identiti Mangsa Keenam Masih Misteri

Misteri menyelubungi mangsa keenam nahas helikopter Sabtu lalu apabila identitinya masih belum dikenal pasti seperti yang didakwa oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Seorang jurucakap hospital memberitahu pemberita bahawa tidak dipastikan bahawa mayat berkenaan merupakan Aidana Baizieva seperti yang dilaporkan media.

"Kami juga tidak pasti jantina mangsa.

"Satu perkara yang kami dapat sahkan bahawa sekumpulan pelawat dari Kedutaan Kyrgyzstan tiba di bilik mayat pagi ini," katanya.

Jurucakap itu turut mendedahkan bahawa Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sedang mempersiapkan kertas kerja yang diperlukan sebelum menuntut mayat juruterbang, Kapten Clifford Fournier.

"Ia merupakan kes polis dan siasatan sedang berjalan maka kita tidak boleh mendedahkannya lagi," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin yang nyaris terlibat dalam nahas helikopter Sabtu lalu apabila beliau turun di Muadzam Shah di Rompin, kira-kira kurang sejam sebelum insiden berlaku berkata, beliau tidak mengetahui siapakah wanita yang duduk di sebelah juruterbang.

"Saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan saya tidak bertanyakan siapa dia.

"Syarikat helikopter sepatutnya lebih tahu kerana juruterbang akan memaklumkan mengenai setiap pergerakan kepada menara kawalan atau syarikat," katanya.


Terdahulu, wanita berkenaan yang dipercayai merupakan saudara tiri Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Dia tiba bersama seorang pegawai Kedutaan Kyrgyzstan di bilik mayat HKL kira-kira pukul 10.45 pagi.

Seorang jurucakap Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan Baizieva merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia.

"Rekod menunjukkan dia (Baizieva) berada di Malaysia hampir setahun," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Baizieva dikatakan terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu yang turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita itu dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter dan kemudiannnya disahkan sebagai kakitangan syarikat penerbangan swasta, Cempaka Aviation.
-mstar



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Potensi yg boleh ditelah adalah dia mungkin bakal madu kpd seseorang dan sekarang tidak lagi, itu saja....

Malaysiabaru berkata...

Perempuan Rusia kazakhtan krzgstan dah lama dtg Malaysia jd pelacur dan gadis escort... High class demand...

Yg dlm heli tu allahuaalam..terpulang pd siasatan d setiap sudut...termasuk sudut seks

Anti Fitnah berkata...

Bila seseorang anak Adam tu dah meninggal dunia, biarlah urusan dia dengan Allah swt.
Tak perlu kita menokok tambah terutama hal-hal yang buruk sebab si mati dah tak boleh memberi jawapan kepada kita. Jawapan dia dengan Allah swt shj.
Biarlah kita dengan urusan dunia kita dan simati dengan akhiratnya. Yang penting, kita jadikan ini sebagai pedoman hidup kita sebelum kita pulak yang mati. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Lari Tajuk .. TERBARU
Grup Hj Hadi bekerjasama luluskan POTA.

Prevention of Terrorist Act 2015 (POTA)
Akta yang lebih kejam dari ISA.
Telah lulus dengan 60 undi tidak menyokong.
80 undi menyokong.

Ahli2 parlimen PASUG tidak hadir:

MARANG
POKOK SENA
KOTA RAJA
TUMPAT
TEMERLOH
PASIR MAS
RANTAU PANJANG
KUALA NERUS
KOTA BHARU
PKLN CHEPA

Khianat amanah rakyat!

Kesan POTA: Semua org boleh dituduh pengganas? POTA akan brtindak kpd org2 yg x disukai?

Turut tidak hadir:
PKR 10
DAP 2

Cilaka!


P/S: POKOK SENA tidak hadir kerana masih dalam pengantungan dewan.

Jeman berkata...

So bkn la UG aje yg khianat.. 10 org dr PKR pon khianat besar.. geng UG ni mmg dh sedia tau kaki ponteng tp yg PKR ni jadah apa?

Tanpa Nama berkata...

bila lg pemimpin kita nak bertaubat. mcm2 bala menimpa lepas satu, satu. kita ingat kita pandai simpan rahsia tapi Allah lebih tahu dan lambat laun akan membocorkan rahsia kita

Tanpa Nama berkata...

Bila malaysia diperintah oleh buaya2...x akan betul sampai bila2...

Tanpa Nama berkata...

jgn salahkan rakayt buat spekulasi.... rakyat teringat altantuya je.

takkan itu pun salah.

bila teringat altantuya, bila dikatakan heli meletup, maka teringat bom C4.

takkan itu pun salah.

tp jgn lupa... GST tetap diingati.

Tanpa Nama berkata...

dari banyak filem barat/kafir yg aku pernah tengok, gro dalam pesawat mewah adalah perkara biasa. malah golongan elit diraja saudi juga ada mengimpot sundal-sundal menggunakan jet mewah mereka. korang janganlah pura-pura bodoh atau sememangnya bodoh azali. tak perlu iq tinggi utk merungkai misteri kecik macam ni

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

maae berkata...

Ingat Allah, lagi baik. Lahaulakuwatailllahbillahilaliyulazim !

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown unused dick says: sejak Najib jadik PM, macam2 benda bencana misteri berlaku.. oleh kerana PM & bininya adalah misteri, kena ganti dengan individu yang tak misteri lagi seperti Hasan Malek kaaaah kah kah kah mampos Tanah airku

Tanpa Nama berkata...

Lagi lama misteri lagi banyak yang di perkatakan

Selalunya pendatang tanpa izin mati kena bunuh yang Polis susah nak dapatkan maklumat Ini bukan mati bergaduh dekat rumah kongsi Ini mati dengan VVIP yang kebetulan ahli UMNO pulak

Memang sah perempuan itu bukan pembantu juruterbang sebab yang duduk sebelah Juruterbang orang lain dan heli tersebut di buat tanpa pembantu juruterbang

Kalau Aidana misteri yang datang tuntut mayat pun misteri lah jugak Apalagi leher nya kelihatan seksi Bak kata pujangbuaya Patah tumbuh Hilang berganti


Tanpa Nama berkata...

Pompuan tu duduk belakang tak bawak helikopter ?

Kata pilot no2 ????

Macam mana cerita ini ???

Apa apa pun yang dah KIOK seksa menjawab dalam kubor tu.

Tanpa Nama berkata...

Bala menimpa kepada kedua2 belah pemimpin baik pemerintah mahupun pembangkang. Trajedi MAS, banjir besar....jadi kedua2 belah pihak sila ambil ikhtibar.

kucen master berkata...

siapa dia dah tak penting lagi
http://kucenmaster.blogspot.com/

wsc original berkata...

jangan cari kambing hitam