7 Apr 2015

MP Pakatan Rakyat Ponteng, POTA Diluluskan!


Dewan Rakyat lulus Pota lepas lebih 12 jam dibahas

Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi tadi, selepas dibahaskan lebih 12 jam.

Pota diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).

Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan ahli Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.

Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir semua 35 Fasal, memaksa 8 undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu. Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul pindaan dibawa pembangkang.

Antaranya, cadangan pindaan termasuk supaya pangkat pegawai polis dalam penangkapan suspek hendaklah tidak rendah daripada superintenden, selain berhubung tempoh tahanan reman yang digesa tidak melebihi 14 hari berbanding cadangan rang undang-undang itu yang membolehkan suspek ditahan sehingga 21 hari.

Ahli Parlimen pembangkang turut mengusulkan supaya beberapa peruntukan termasuk di bawah Perkara 13 hingga 28 yang menyentuh mengenai perintah tahanan dan sekatan dibatalkan kerana disifatkan berniat jahat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa berkata kerajaan tidak melihat pindaan yang diusulkan itu perlu dibuat pada masa ini.

Katanya, Pota harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu, selain tidak harus dibandingkan dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

Terdahulu, Zahid ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, berkata elemen pemulihan menjadi keutamaan dalam pelaksanaan Pota.

Zahid berkata, ini kerana Pota tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.

"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan. Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90% berjaya dipulihkan," katanya.

Zahid juga memberi jaminan Pota tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu. – Bernama


ULASAN GB

79 sokong (BN) 60 menentang (PR)

Seramai 22 Ahli Parlimen PR tidak hadir. 10 PAS 10 PKR dan 2 DAP.

GB tidak mahu megulas tentang MP-MP PKR dan DAP, tetapi mahu menyentuh tentang ketidak-hadiran Mp-MP PAS yang sepuluh orang itu.


Telah acapkali berlaku dimana di dalam pengundian belah-bahagi, PR tewas kerana ramai ahli parlimen PR tidak hadir semasa pengundian dijalankan.

Sebelum ini pada tahun 2011 lagi GB telah mengulas:

GB tertanya-tanya kemana perginya ahli-ahli parlimen PR yang lain yang kesemuanya berjumlah 75 orang?

Banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng.

Contoh yang nyata ialah kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru.

Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap mediocre. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!

Rakyat pilih kamu sebagai wakilnya untuk bekerja melawan BN di Parlimen, bukan untuk ponteng atau tidur. Diberi gaji dan elaun beribu-ribu, buat kerja kamu tak mahu. Teruk punya ahli parlimen. Ramai YB yang ponteng ini yang kena maki dengan rakyat sebab kamu-kamu telah menghampakan rakyat yang memilih dan mengundi kamu, para blogger yang tak dikenang oleh PR juga hampa dan kecewa kerana bersusah payah para blogger PR berkempen dan "berjuang" setiap hari setiap malam sepanjang tahun melawan BN untuk memenangkan kamu.

Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka dan bertanggungjawab kepada Allah sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang dan dihukum oleh Allah swt kerana khianat. GB ingin memberi amaran: jangan main-main dengan amanah rakyat!


Firman Allah s.w.t.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Al-Anfal :27

TAMBAHAN

Hadith Nabi bermaksud:

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu : Dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu jika ia berbicara sentiasa berdusta, dan apabila berjanji sentiasa mungkir janji, dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatinya. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Bagi YB yang tidak ada alasan kukoh dan tidak ada uzur syari'e maka ke atas kamu hukuman yang berupa laknat Allah nanti kerana telah mengkhianati amanah yang telah diletakkan ke atas kamu oleh rakyat.

Berikut ialah komen pengunjung pengunjung yang rata-ratanya meluahkan rasa marah mereka dengan sikap dan perangai YB-YB Pakatan Rakyat tersebut:


ahmad said...

Senaraikan nama MP MP tersebut sebagai panduan rakyat semua. Mereka ini memang tidak lagi perlu diletakkan di Parlimen semasa PRU 13 nanti.
October 6, 2011 3:54 PM
------------------------------

Anonymous said...

kita marah ibrahim ali tidur di parlimen, tapi bila masa undi belah bagi beliau terjaga dan boleh mengundi

sedangkan mp pakatan tidur kat rumah. apa nak mengundinya? gentel karipap tak sudah2.... khinzir betol!

October 6, 2011 4:05 PM
------------------------------

Tokan said...

Saya turut kecewa...
October 6, 2011 4:06 PM
------------------------------

nina said...

setuju dengan ahmad ...nama lagi wakil rakyat bukan wakil diri sendiri .. kerjalah untuk rakyat
October 6, 2011 4:07 PM

------------------------------

Anonymous said...

blacklist semua yang suka ponteng tu .... tak amanah ....
October 6, 2011 4:09 PM
------------------------------

Anonymous said...

yang ponteng tanpa alasan kukuh patut disingkirkan dam PRU13. MP kena ambil berat dalam perbahasan.

October 6, 2011 4:26 PM
------------------------------

Anonymous said...

setuju ulasan gb.

Walaupun pedas, x patut yb PR hampakan rakyat yg memilih mereka.

Allah akan balas perbuatn mrk yg tiada alasan. Mati atas katil atau mati suul-khatimah sbb khianat.

October 6, 2011 4:28 PM
------------------------------

Anonymous said...

belum memerintah lagi, dah tiru perangai Bn. mampos rakyat macam ni. bn salah, pr pun sama.

pakatan rakyat perlu ada badan disiplin pantau kehadiran yb-yb di parlimen.


geram betul dgn mereka ni.
October 6, 2011 4:44 PM
------------------------------

dimble said...

melihat kepada senarai MP yg hadir, nampak sangat hanya PAS sahaja yg berminat memperjuangkan nasib orang Melayu.. bukan Kampung Baru saja, banyak kes lain dah.. mintak sangat lah pimpinan PAS jangan terlalu berlembut dengan DAP dan PKR..
October 6, 2011 4:55 PM
------------------------------

Anonymous said...

malang....amat malang sekali...kalaulah mentalliti ahli parlimen pakatan rakyat macam ni macammna nak tawan PUTRAJAYA...silap haribulan tangga PUTRAJAYA pun tak sempat pijak....tunggu belanjawan yg akan dibentangkan nanti....tak betul cara rakyat boleh turnning over memihak pada BN...
October 6, 2011 5:04 PM
------------------------------

Amuraria said...

CONTOH YANG DITIRU DARI BARUA BARUA BARISAN ! KINI PR PULAK NAK JADI MACAM BARUA BARUA PARTI PANDI KUTTY ,SETUJU GB NAMAKAN WAKIL YANG TIDAK HADIR DAN KITA MAKI SIANG MALAM SELAMA 40 HARI ! MUNGKIN AKAN JADI BAIK DARI AL KATAKI YANG WALAU TIDO BANGUN JUGA UNTUK UNDI PARTI PANDI KUTTY !
October 6, 2011 5:04 PM
------------------------------

Anonymous said...

suruh dia org pulang balik gaji dan elaun kpd rakyat. Haram makan gaji buta.
October 6, 2011 5:07 PM
------------------------------

Anonymous said...

Dewan rakyat bersidang bukan setaip hari...Dah memang kamu wakil rakyat...Datanglah ke dewan...Haramjadah punya YB..Cakap berdegar degar..Amanat rakyat buat main2 saja...Ko jawap la sendiri dengan Allah nanti...bagi ler alasan yang musabahhhh...
October 6, 2011 5:14 PM
------------------------------

tanda soal said...

saya 100% sokong cadangan ahmad, biar rakyat semua kenal satu persatu MP tersebut....
October 6, 2011 5:27 PM
------------------------------
Anonymous said...

Ramai MP Pakatan Rakyat ni memang pandai cakap aje.Waktu sessi Parlimen ramai yang keluar negeri,tak tau buat apa.Tugas asasi mereka diParlimen diabaikan.Ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat baik ambil tindakan atas MP-MP yang ponteng ni.Cakap berdegar-degar nak kePutrajaya tapi tak ada komitmen yang mantap.
October 6, 2011 5:48 PM
------------------------------

Anonymous said...

bagus pendedahan GB ni sekarang supaya PR berhati-hati menamakan calon-calon nanti.
October 6, 2011 6:03 PM
------------------------------
Anonymous said...

Korang baru tau MP Pakatan Rakyat ni mcmana yaaa...dia org tau cakap je sana sini..buat PC sana sini..duk hentam sana sini..semua tk betul dia tau ckp..tp bila sampai masa mcm ni...lubang hidung tk nampak..

pahni yg mana tk mengundi tu ..akan cakap la..ada urusan sana sini..urusan keluarga sana sini..urusan itu ini..ketua parti masing..tk leh buat apa..tk panggil pun bawa surat tunjuk sebab..

Ntah2 ketua pun sama saja..
.
October 6, 2011 6:25 PM


Itu duly, 2011. SEkARANG BERULANG LAGI!!

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ayat saya senang kali ini..
jika pemimpin PR kena tangkap terutama pas..
PADAN MUKA..
kerja ponteng ..
jgn dok sibuk ajak rakyat demo atau buat bantahan jika terkena hidung sendiri..
elaun ambil kerja tak buat ..
jwablah kamu di akhirat kelak

Tanpa Nama berkata...

mnta gb senaraikan jg YB2 PKR&dap yg xhadir..sbb seolah2 skrg nni gb menyalahkn yb pas bila kalah undian semalam..kl 10 yb pas dtg smalm pn blm tentu mng sbb akn jd kerjaan 79-pembangkang 60...kita xtau kenapa yb2 tu xdtg..mgkn sakit or brada luar kwsn..so ini akn menimbulkan fitnah..

Tanpa Nama berkata...

moral disini mudah..
macamana Non-muslim nak sokong hudud sedangkan muslim sendiri keluarkan POTA dan puak PR pula ponteng [setuju senyap2lah tuh]

so akhlak MP muslim pun diragui sebab sokong undang zalim POTA,
jadi non-muslim akan keliru dgn Hudud RUU apatah lagi utk
pelaksanaan nya.
fikir2lah ..

Tanpa Nama berkata...

MARK THEIR NAMES AND VOTE NO MORE FOR THEM.

Tanpa Nama berkata...

MP Pas kalau nak kira dari segi servis kepada rakyat, rata-rata tak memuaskan, cakap ja pandai, kadangkala setengah MP UMNO lagi baik, tapi orang undi sebab meluat kepada UMNO, bukan suka kepada Pas

Tanpa Nama berkata...

Pas diundi kerana benci kepada UMNO, bukan sebab wakil Pas @ Presiden Pas bagus..

Tanpa Nama berkata...

Pota=Penangkapan Orang Tanpa Asas

Tanpa Nama berkata...

time keno tangkap bising...lepah tu ckp mcm2.. tak adil la apa la... mano yb pasir mas yg suko sgt ckp depan tv tu.. time bahas tidak pulak berani...wakil rakyat PR pon begong jugak...

Malaysiabaru berkata...

Salam

Sebenarnya dah memang standard BN menang semua Bills of Parliament dgn jumlah 80 undi minima... Termasuklah hudud yg akn dtg d buat secara undian rahsia

Apa yg penting pru14 ada at least 98 mp. PR jadi susah BN nak pg overseas atau duduk d kementerian sebab melekat d parlimen aje.

PR boleh tak pru14,,, ug/xug?

Undilah husam musa presiden pas

Unknown berkata...

Sya mengikut sidang parlimen di rtm1 & internet. kecewa dg MP yg tak nampak dlm sidang. Kalau ada pun diam tak berbahas. Asyik MP sama sje. Bila ceramah agama berdegar2.

Tanpa Nama berkata...

satu jer aku nak kate!memang bangsattt!!!

Tanpa Nama berkata...

Malas nak datang Sidang parlimen..Malas berbahas tak apa tapi jangan tak mengundi tunjukan solidariti. Ini soal undang2 yang boleh menjerat leher dia orang juga. Kalau kena tahan tanpa bicara nak salahkan undang2 itu tapi masa undi belah bahagi ponteng. Kalau semua datang 82 Vs 79 kalah BN.

Tanpa Nama berkata...

GB tersilap lapor. Sepatutnya wakil PKR & DAP yg tak hadir tak perlu disebut. Nanti ramai yg tau wakil PKR & DAP pun sama hapraknya. GB patut sanjung mereka tu, kalau nak kutuk hanya PAS saja yg layak GB kutuk.

Tanpa Nama berkata...

Walau apa pun TGHH tetap ulama no 2 dunia mesti kena wala'.

Kg Morten berkata...

YB Pas yang x hadir yang disiarkan di atas tu (kebanyakannya UG ni):

Marang -- TGHH ke?
Pokok Sena -- Mahfuz?
Kota Raja -- Dr Maria (mengundi dia ni, siap ikut bersama masa pencalonan)
Tumpat -- ?
Temerloh -- ini ostad Vellfire ni
Pasir Mas -- Nik Abduh?
Rantau Panjang -- ?
Kuala Nerus -- ?
Kota Baharu -- ?
Pengkalan Chepa -- ?

Tanpa Nama berkata...

PONTENG

AUTA menipu

BELIT putar/u-turn

KHIANAT

LANGGAR aturan

JANJI dnodai

MAKI & halau

SOMBONG angkuh

FITNAH merapu2

Semua yg diatas itu bukan bukan bukan & BUKAN drp kbnaran "AKIDAH" Islam!

Jd "akidah" sapekah yg mrk TIRU?

Ddlm ucapan KALIMAH-SYAHADAH mrk tlh berSAKSI & mnjd sbnr7SAKSI bhw nabi Muhammad itu sbg Rasul-abdi-ALLAH!

Adakah "AKIDAH" Rasul-abdi-ALLAH yg brnama Muhammad itu ada mngajar umat & shbt2nya perkara2-keji-JIJIK sprt yg diatas itu?

Jd "AKIDAH" sapekah yg bnar2 tlh mrk tiru & benar2 tlh mrk SAKSIkan ddlm KALIMAH-syahadah mrk itu??

Bukankah CAHAYA itu sgt mudah lg TERANG mnyuloh bhw sbnr2 "akidah" mrk SERTA syahadah yg mrk lafazkan itu juga kini adalah PALSU???

KERANA...dgn mlanggar sepadan2-aturan2-batas2-HAD2-atau-HUDUD sprt prkara2 jijik-KEJI yg diatas itu shj adalah TERANG skali mrk tlh pon brbuat "SONSANG" dgn "AKIDAH"-suci yg tlh pon diatur-batas-HAD2-atau-HUDUD kan oleh nabi SAW!


JADI

Sepadan2-aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD sapekah lg yg mrk ILUSI-sandiwarakan itu klu bukan aturan2-HAD2-@HUDUD "palsu" yg takde bezanya dgn FITNAH pilkuda-PALSU yg mrapu2 itu.

Nota:
Fikirkan dgn "MUDAH" apakah makna HUDUD yg sengaja dimomok2kan itu?

LIHAT
Sepadan2=aturan2=batas2=HAD2=HUDUD

Ddlm Al-Quran selain prkataan "hudud" ALLAH mnggunakan prkataan "hukum" & "ayat2"NYA sbg isyarat jgn ssekali sepadan2-aturan2-batas2-HAD2'NYA itu diLANGGAR atau diENGKARI..

Tanpa Nama berkata...

MP dari PAS rata rata tidak cerdik dan tidak penting kan Rakyat

Mereka hanya mau gaji dan elaun MP kerana orang yang tidak cerdik rata rata malas dan selfish


Bahalol saja

Tanpa Nama berkata...

Anon 4{09... jangan bersikap seperti Pak Pandir ... Pak Pandir berkata kepada Mak Andeh, .. anak orang lain mati juga...
sebelum kita betulkan orang lain betulkan ahli parti sendiri. Itu yg GB lakukan...

Mengapa kamu bodoh sangat?

Tanpa Nama berkata...

Pokok sena bkn pontng tp kna halau kes ari tu..kna gntung lg..

Tanpa Nama berkata...

untk makluman pokok sena kna gntung kes ari tu..

Tanpa Nama berkata...

masih berlangsung Pota ..
nampaknya geng profesional je yg aktif bahaskan .. hok Pro UG menikus ..
tidak produktif ..
http://rtmparlimen.rtm.gov.my/

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan anon 5:58... memang pon golongan pro-ulamak ni semua bangang2 belako...

Tanpa Nama berkata...

"Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi tadi"

Kenyataan di atas menjadi tanda tanya, mengapa setiap rang undang-undang yang sensitif mesti diluluskan selepas tengah malam iaitu 2.25 pagi? Mengapa tidak disambung esok untuk pengundian? Adakah ini strategi BN untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang yang dipertikai dengan cara meluluskannya pada tengah malam?

Apa-apapun ketidakhadiran MP-MP Pakatan Rakyat tersebut memang patut dipersalahkan.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn Anon 12:36 pm !

kampong lad berkata...

wakil rakyat bagi rakyat susah.

pemimpinrakyat berkata...

http://pemimpinrakyat.blogspot.com/2015/03/assalamualaikum-semua.html?m=1

Rakyat dalam kesusahan Gst.....pemimpin gaduh utk usul hudud....mana yg lebih penting sekarang. ... tulisan di atas menceritakan antara sebab Lim Guan Eng marahkan Hj Hadi Awang

Tanpa Nama berkata...

Inilah bisnes namanya.. UMNO nak Pota dan Pas nak Hudud. So, sedang berlaku sistem barter.

Tanpa Nama berkata...

Yang tak hadir satu hal

Yang paling teruk ada tak dari pembangkang yang menyokong POTA

Tanpa Nama berkata...

Saya merasa amat kecewa kerana ketidak-hadiran ahli parlimen PAS, PKR dan DAP telah menyebabkan POTA diluluskan oleh parlimen. Ahli-ahli parlimen ini tidak layak menjadi calon PRU14 kerana mereka tidak menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Tahniah dan syabas kepada ahli parlimen PAS, PKR dan DAP yang telah hadir dalam perbahasan parlimen dan berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan hak asasi rakyat dan menentang POTA yang menafikan hak rakyat untuk membela diri dalam mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

admin mesti siarkan juga mp2 pkr dan dap yg gagal hadir. mungkin mereka2 ini agen bn dlm parti.

Tanpa Nama berkata...

‘Awak kat mana’, soalan kepada ahli Parlimen Pakatan ketika Pota diluluskan

Tanpa Nama berkata...

Setiap kali ada perkara penting untuk dibahaskan adakah ahli parlimen mengetahui akan perkara itu? Jika ia melibatkan perbahasan sepenting ini kenapa TIDAK HADIR?? PENAT SAJA BAGI UNDI KEPADA MEREKA yang lebih mengutamakan AGENDA peribadi dari perbahasan POTA. SIAPA YANG MENGUSULKAN POTA ini?? BARU TAU bila heboh diperkatakan..MAAF.

Tanpa Nama berkata...

Masukkan senarai SEMUA mp yg tak hadir...tak adil senaraikan nama mp pas je..tanggungjawab kehadiran adalah bagi SEMUA MP lah...mp bahalol pkr/dap pun jangan ditinggalkan...biar jadi pengajaran pada semua...
Guan Eng ada tak?...

Tanpa Nama berkata...

Kelakar sungguh tuan admin..sekali lagi bersikap keanak anakan apabila highlight tntng ketidakhadiran MP Pas sedangkan jumlah PKR yg ponteng adalah sama?apa motif kamu wahai admin?again,buka hati buka minda.

HP

Tanpa Nama berkata...

Erm... Aku ada dengar selama diaorang dok bahas pasai BOTA ni.... memang semua pembangkang tolak... tapi kita pun tahu kalau semua hadir pun Bota tetap akan diluluskan....

Bahkan beberapa act kat dalam BOTA nie diminta untuk dimansuhkan.. tetapi orang kerajaan tetap tak setuju...

memang berat sebalah...

so next time kou org pilih la BN lagi... lebih dari BOTA dia org akan cipta nanti....


**Aku layan perbahasan mereka kat : HIJAU.FM

Tanpa Nama berkata...

jaga jaga tepi kain orang... jaga parti sendiri... parti lain takder ulamak. PAS ada ulamak, patut menjadi contoh teladan yg baik utk semua.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju denagn kenyataan Anon April 9, 2015 at 3.16AM di atas sebabnya jika semua MP-MP BN dan PR hadir sekalipun, tetap BOTA itu diluluskan juga kerana MP BN adalah majoriti.