Terdapat beberapa kesalahan dan kekeliruan yang berlaku berkenaan dengan nahas helikopter yang telah menyebabkan enam orang terbunuh semalam.
Pertama ialah Robert Tan. Maklumat yang beredar semalam menyatakan mangsa ialah Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng. Sebenarnya bukan.
Menurut bekas Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai bahawa itu (yang terkorban) bukan Robert Tan Chung Meng yang kini masih hidup dan berada di Australia.
Yang menjadi mangsa nahas semalam ialah seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.
Yang kedua ialah pembantu juruterbang yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. Foto yang banyak beradar semalam sebenarnya bukan foto beliau tetapi foto milik Dzuriasikim Dzulkefli.
Dzuriasikim berkata beliau mengetahui mengenai identiti foto yang salah pada kira-kira 7:00 malam tadi apabila beliau menerima panggilan dan mesej daripada rakan-rakan dan keluarga yang bertanya.
“Mereka memberitahu saya gambar saya dengan Cliff telah tersalah anggap dan bahawa ia telah menjadi viral pada beberapa laman rangkaian sosial dan kumpulan Whatsapp” katanya.
Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?
Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.
Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.
Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.
Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.
Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier.
Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap.
Ketiga ialah pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis iaitu Mohd Razkan Seran, pengawal peribadi Datuk Jamaluddin Jarjis yang turut terbunuh. Namanya sebelum ini jarang kedengaran.
Beliau berasal dari Tuaran Sabah.
Menurut sepupunya, Marnis Sijan, isteri dan dua anak Razkan yang berusia dua serta enam tahun berada di HKL untuk menuntut jenazah Razkan.
Marnis berkata, sudah 10 tahun Razkan bertugas sebagai pengawal peribadi.
14 ulasan:
Ini yang menyampah
Susah ke nak dapat maklumat dan pengesaha dari
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain yang turut menaiki helikopter itu kan terselamat
Jangan lepas ni kata tak naik helikopter tersebut !
Jangan kata masa naik helikopter dan semasa turun helikopter jumlah penumpang 6 orang Bukan 7 orang !
Pi tanya la dayuk yg turun dulu tu sapa yg ada..
Pelbagai musibah menimpa negara bbrp tahun kebelakangan ini....apa lagi yg bakal menyusul pula....bertaubatlah wahai pemimpin2 smua...
Patut lah mh370 sampai hari ni tak jumpa! Najib najib! Buntut sepol lagi penting ka? Kah kah kah! Najib tau 3 hari sepol kemut.........
Tertanya-tanya bagaimana seorang anggota PDRM boleh jadi pengawal peribadi kepada salah seorang SU Politik atau Ahli Parlimen? Adakah SU Politik atau Ahli Parlimen mempunyai kelayakkan menggunakan pengawal peribadi dari PDRM? Mohon pihak berkaitan dapat bagi penjelasan kerana mendatangkan kemusykilan rakyat.
SIAPA AIDANA INI SEBENARNYA... DIA BUKAN CO-PILOT... KENAPA DIA ADA DLM PESAWAT ITU... BAGAIMANA DIA BOLEH NAIK BERSAMA VIP... APA HUBUNGAN DIA DGN VIP DLM PESAWAT ITU... KENAPA MAYAT DIA TIDAK SEGERA DITUNTUT... KENAPA MAYAT DIA TIDAK MENDAPAT LIPUTAN MELUAS?... SEPERTI ADA SESUATU YG CUBA DISELINDUNG...
SIAPA AIDANA INI SEBENARNYA... DIA BUKAN CO-PILOT... KENAPA DIA ADA DLM PESAWAT ITU... BAGAIMANA DIA BOLEH NAIK BERSAMA VIP... APA HUBUNGAN DIA DGN VIP DLM PESAWAT ITU... KENAPA MAYAT DIA TIDAK SEGERA DITUNTUT... KENAPA MAYAT DIA TIDAK MENDAPAT LIPUTAN MELUAS?... SEPERTI ADA SESUATU YG CUBA DISELINDUNG...
Takkan sykt helicopter yg disewa tak ada maklumat tentang co pilot?
Memang penumpang asal helikopter tersebut adala. 7 orang, tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain, telah diturunkan dulu di Rompin kalau tidak silap saya. Jadi mangsa semasa kejadian adalah cuma 6 orang.
Helikopter diterbangkan oleh pemilik syarikat tersebut, cara maklumat penerbangan dilaporkan tidak dapat dipastikan, sebab itu mereka masih menyiasat.
betul ke meletup di udara?
guna bom apa ye? ... 4 ke
datuk yang turun dulu adalah saksi utama untuk dapatkan maklumat...
maklumat sebelum penerbangan tentu ada..ni bukan naik bas henti henti,,,
bila siasatan ada kepentingan tertentu akhirnya berita yang disajikan ada saja yang tak kena
Adakah menjadi keperluan seorang co-pilot untuk helikopter dlm industri aviation?
Pasal Pengawal Peribadi yang disebut itu pendapat kita pun begitu Tuan Koperasi Prihatin Kedah Berhad
Bila berita TV sebut Koperal Razkan apa pulak anggota Polis jadi Pengawal Peribadi Kalau anggota Polis yang jaga keselamatan itu bukan Pengawal Peribadi nama nya Yang kita upah dan yang kita bayar gaji untuk jaga keselamatan kita baru lah kita kata Pengawal Peribadi
Dengan keadaan tujuh orang Pergi kenduri Naik heli Turun kereta terus naim heli Turun Heli terus naik kereta Memang keselamatan sangat terancam
Pihak Penyiasat tidak boleh mengambil mudah kes ini apa lagi salah se orang ada hubungan baik dengan US yang ramai tidak menyenangi negara tersebut
Tapi negara kita selamat dan aman kan
Catat Ulasan