PAS sambut baik usaha kerajaan menentang keganasan
PAS menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.
"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita ... kami menganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.
"Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media di Rusila di sini hari ini.
Berhubung penangguhan pembentangan Rang Undang-undang persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke sesi Dewan Rakyat akan datang dijadual pada Mei, Abdul Hadi berkata, beliau berpuas hati kerana perkara itu telah dipersetujui sebulat suara selepas satu perbincangan diadakan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.
Katanya, PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini.
"Saya juga dimaklumkan bahawa ada menteri yang membuat kenyataan di Parlimen bahawa akan dipanjangkan perkara ini dalam sidang akan datang. Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," katanya.
Jelas Abdul Hadi, beliau turut berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh anggota Parlimen yang beragama Islam termasuk UMNO dalam perkara itu dan menganggap penerimaan terhadap hukum berkaitan Islam semakin baik berbanding dahulu.
"Keadaan sekarang tidak seperti tahun 50-an dulu. Tahun 50-an dulu, orang memomokkan undang-undang Islam ini. Tapi, perkara ini dah dianggap sebagai ilmu sejak tahun 70-an hingga hari ini termasuk berlaku perbincangan dalam UMNO dan MCA juga menganjurkan seminar hudud walaupun ada kekalutan. Tapi, itulah, dia (MCA) berjaya anjur secara akademik, secara ilmu dan ini satu perkara yang sangat positif," katanya. – Bernama
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan...
Haji Hadi memaparkan sikap sebenar yang nampaknya jiwanya lebih hampir kepada UMNO BN daripada Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat telah mengundi untuk menolak POTA kerana ia adalah jelmaan ISA yang mengizinkan penangkapan tanpa bicara.yang bertentangan dengan Islam.
Sejarah membuktikan bahawa kewujudan ISA dulu telah menjadi lesen terbesar bagi pihak kerajaan untuk menjustifikasikan bahawa pihaknya sentiasa benar, alasannya untuk memelihara ketenteraman awam atau kepentingan rakyat. Dalam masa yang sama kerajaan memiliki super power untuk menekan suara kedua atau pendapat alternatif yang cuba dibangkitkan oleh sejumlah rakyat, yang tidak mampu dijawab dengan memuaskan oleh kerajaan. Sedangkan rakyat yang memerhati dapat memahami bahawa ‘ketenteraman awam atau kepentingan rakyat’ yang dilaung-laungkan itu, dalam banyak keadaan adalah ketenteraman dan kepentingan politik dan kedudukan pihak kerajaan sendiri iaitu UMNO BN.
Menteri KDN, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa POTA tidak akan disalahgunakan - tetapi apa jaminannya? Sedangkan ISA dulu pun dikatakan oleh kerajaan tidak akan disalahgunakan, tetapi berapa banyak kali ia disalahgunakan untuk menangkap dan menekan suara pembangkang termasuk ppara pemimpin PAS?
Maka terlalu malang apabila Presiden PAS memgambil sikap menyokong malah memuji POTA berkenaan. Beliau menyatakan bahawa "undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen" sedang beliau sendiri TIDAK HADIR untuk membahaskan undang-undang berkenaan. Setelah ahli-ahli parlimen PR berhempas-pulas menentang RUU POTA berkenaan, tiba-tiba Haji Hadi mengeluarkan kenyataan menyambut baik RUU berkenaan.
Kedua mengenai isu RUU Persendirian menegenai hudud. Tiba-tiba hari ini Haji Hadi membuat U-Turn menyatakan PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal. Siapa yang sebenarnya yang sebelum ini terburu-buru hendak membantangkan usul itu di dalam sesi ini kalau bukan beliau sendiri? Malah beliau dilaporkan pernah hendak bertemu Najib bagi mempercepatkan pembentangan sul berkenaan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang berusaha menemui Datuk Seri Najib Razak sebelum sidang Dewan Rakyat yang bermula jam 10 pagi esok, bagi membolehkan rang undang-undang persendirian yang dibawanya ke Parlimen dapat dibentangkan pada sesi kali ini, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Ketua sekretariat tetap hudud Kelantan itu berkata, presiden PAS itu sedang menunggu kemungkinan bertemu Najib sama ada malam ini atau esok pagi memandangkan esok merupakan persidangan hari terakhir mesyuarat pertama penggal ke-3 Parlimen ke-13 yang sedang berlangsung ketika ini.
Usaha Hadi itu ialah bagi membolehkan rang undang-undang persendirian itu, yang kini berada di kedudukan terakhir aturan urusan mesyuarat Dewan, diangkat ke kedudukan yang membolehkan ianya dibentangkan di dalam Dewan esok. -petikan TMI 8/4/2015
Kita sudah menyatakan lebih awal bahawa kita tidak perlu terburu-buru di dalam soal hudud. Banyak hal perlu diutamakan terlebih dahulu dan dalamasa yang sama penerangan dan pendidikan terutama kepada bukan Islam adalah lebih patut didahulukan daripada bebrgegak-gempita mahu melaksanakan undang-undang tersebut.
Kini hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Haji Hadi akur dengannya.
Nampaknya Haji Hadi sudah mahu membawa PAS semakin jauh dari Pakatan Rakyat sekalipun muktamar PAS bertahun-tahun membuat keputusan mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Apa yang dilakukan Haji Hadi lebih lebih kepada mempurkukuhkan UMNO BN dan benarlah kenyataan kita sebelum ini bahawa Hadi Akan Diingati Sebagai Penghancur Pakatan.
58 ulasan:
Ptt ramai ahli parlimen pas x hdir msa mngundi tmasuk marang
Amacam penyokong pas,dah nmpk blm niat presideng korg..wala' la lagi
selalu disebut dlm Qur'an ialah Islam tidak suka kezaliman! kalau senang2 boleh tangkap rakyat tanpa bicara, apa hukumnya?
wahai rakyat Malaysia,
sekiranya geng yg melabelkan diri mrk sbg ulama (graduan bidang agama)boleh ditipu dgn mudah oleh kelicikan munafiqin, apalah lg dgn rakyat yg didikan agama setakat fardhu 'ain!
sehingga hari kiamat akan terdpt ulama2 jahat; yg sanggup menjual agama mrk utk habuan dunia.
Kesian, mrk2 ini kbykannya tlh hampir di garisan penamat. Amat mlg, kiranya diakhir hayat, iman di U-turn kona baring utk bersama2 org2 yg zalim atas nama melayu Islam. Melayu didahulukan, Islam dikemudiankan???
Ckp berbelit2 mcm anaconda menyerang mangsa. Amanat dulu pun hilang entah kemana. Sanggup ponteng sidang parlimen (yg digaji oleh rakyat) utk berkempen.
Kiranya ada rakaman ceramah di kg nakhoda hrp disiarkan. nak tau juga samada ceramah agama atau kempen pemilihan akan dtg.
buat malu weh ..
parti Islam gapo nih ..malu pada orang non-muslim ..
parti dan presiden sokong undang2 draconian..
sunnah mana preiden pakai nih..
elok bubar je pas nih ..
memalukan orang Islam aje..
"ana umno lah"
"ana kawan dengan umno"
"ana mesti sekata dengan umno"
wakakaka
Yeah right, TGHH ... you're the best ... not ! The beast ? haha .. some're really freaking b@$tard !
"We can't beat them, we just join them" .. apa susah ? haha.. kita yang susah hati buat apa, demer hapah pun idak ! Chillout !
Nampak sgt dah nak suruh "dihalau" keluar pr.....lepas tu tuduh dap yg menghalau...dan dap pun dikecam oleh MElayu MElayu pas dan bn yg 'brutal tapi beriman' dan juga yg berWALA.....skrip Lama berulang kembali.....tunggu Dan lihat
Haji hadi awang nie bangang, ketika mangsa banjir di kuala krai tidur didalam khemah, cuba memperbaiki rumah runtuh, teruk menghadapi kenaikan barang akibat gst dia sibuk dengan hudud (Syaidina umar enggan menguatkuasakan hudud ketika musibah), ramai penyokong dan pendokong pas ditangkap, Mat sabu, bunyamin ditangkap dibawah ISA, ibrahim libya mati ditembak pihak polis, Abdul samad gol terbunuh di rantau panjang dia sibuk menyokong pota. Menunjukkan dia seorang ketua yang tidak punya kasih sayang terhadap penyokong dan pendokong sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi muhammad saw yang berbelas kasihan terhadap penyokong dan pendokongnya tetapi garang terhadap penentangnya.
Bhai Greenboc...
Kepada para penyokong statement Hadi Awang nih... Satu jer gua nak ingatkan... Kalu ader adik beradik, anak beranak, sepupu sepapat lu nanti kena tahan tanpa bicara ... Tolong jangan melalak sana sini bising aaa.. Dan tolong jangan buat demo ker bantahan ker.... Malah jangan gatal nak kutip derma ka... Pasai lu orang dah bersetuju ngan akta zalaim nih....
Padan muka lu orang jer gua gelakkan dan ludahkan nanti.... Hahahaha
en hadi da biol yg wala termasuk ulamak dalam pas da jadi ulamak haram jadah atau lebih mudah ulamak walpukimak
Time to say goodbye to TGHH. after a deep study on what he has been saying (the flip flop statements especially), his support to BN depressive acts, his silence on the assault suffered by dr Zul and others, his back stabbing move on other PR candidates, his curses on PAS members whom he thinks not enough wala' to him and many more, I would now say this HA has become a liability to this Islamic party. Members of PAS, are we still moving on the right track?
Siap tuang minyak lagi dengan memuji MCA
Beberapa tahun dulu beberapa ahli PAS telah ditangkap setelah pergi ke negara bergolak Sedangkan mereka telah kembali dan menjalani hidup sepeti biasa
Salah seorang yang di tangkap selepas mengajar agama dan salab seorang ia lah anak TGNA sendiri
UMNO mengaitkan PAS dengan Penganas
Hj Hadi memang dah tak sayang PAS Tak pernah UMNO di tangkap atau di tahan Polis samada kerana kenyataan perkauman apalagi ISA Jadi menyokong undang undang zalim POTA adalah zalim kerana tidak dikenakan kepada yang menyokong UMNO
Baru terserlah wajah sebenar hj hadi setelah tiadanya tuan guru nik aziz...dulu masa tgna masih ada dia tak berani...ahli pas perlu mainkan peranan sebaiknya...turunkan hj hadi n the geng ug yg besar kepala skrg...pas ok...yg tak oknya hj hadi n the geng ug jea...selamatkan pas...
Ambo tok cayo doh si dia ni. Nok bodek umno pulok doh, bodek MCA pulok.... terok benor ... mana gok prinsip mu,. dulu dok kato umno to tok molek. PAS yang molek.
Nok jumpo PM.... PM tadok maso nok jumpa mu wei......
Ambo orang Umno. Bagi ambo Kekuatan BN tu lebih ambo utamakan. Buken agenda PAS.... maaf ya.....
Nampok gaya Husam orang yang harus dinaikkan menjadi Presiden PAS.
ambo dok hormat doh mu ni....
Dah asal usul orang otak gred 3 tidak cerdik jaja jaja ayat quran tuk cari makan
Rakyat lah yang bodoh angkat orang gagal sebagai pemimpin
Orang Gagal kerja nya nak menipu saja
Hadi ini sendiri Jenama GAGAL
PAS yang bahalol , tiada kredibility
Hadi? Tuan guru? Ustaz? Ulamak? Alim? Pada aku dia adalah seorg yg Tak berapa pandai! Sorila..no respect for u!
Sekarang jelas Hj Hadi tergesa gesa bentang hudud untuk tidak memberi peluang berbincang dan mendengar pandangan PKR dan DAP Hal ini memang di sengajakan
Tetapi sekarang Hj Hadi ada banyak masa untuk berbincang dengan PKR dan DAP Susun atur kan hal ini dengan kebijaksanaan Guna pakai lah format dan modal MCA menganjurkan seminar yang Hj Hadi kata cara akedamik Kelakar jugak Presiden tahu akedamik ke tidak
Siapa pemimpin PAS yang hadir atau mewakili PAS dalam seminar yang di anjurkan oleh MCA?
Hudud boleh di lewatkan sebab dulukan agenda negara seperti isu keselamatan dan keganasan Tapi isu ekonomi dan bantuan banjir bukan agenda negeri yang perlu di utamakan pulak dah Alasan sebab dah lama hudud tertangguh tangguh
Bagi satu kejadian keganasan yang telah terjadi di negara ini?
Bagi satu hujah yang keselamatan negara ini terancam?
Semua yang ditahan dan di tangkap nak pergi ke luar negara Mereka di tuduh nak rompak bank nak culik pemimpin Sedangkan kumpulan penganas tersebut bergerak selama ini belum sampai tahap Osama
Jawapan bertindak dulu sebelum terjadi membuktikan undang undang yang sedia ada ada lah mencukupi Tak perlu POTA pun mereka telah dikenakan hukuman
Jika ditanya kepada aku, antara pemimpin iaitu TGHA dan Husam Musa yang mana lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Maka jawapanku adalah Husam Musa kerana dia berada dalam tempoh yang lama di dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan. TGHA pada aku kurang layak untuk menjawat sebarang jawatan menteri kerana pengalamannya terlalu cetek di dalam aspek pentadbiran negeri... kurang 5 tahun... ditambah pula rentetan kekalahan negeri asalnya.
Bro, are you serious of "Semakin"? Dah begitu lama begitu terang. Kenapa ahli pas nak sokong dia juga????
Barua? Jual pill kuda?
Org yg jahat
org yg memang berniat jahat
Org yg suka songlap ddlm gelap
Org yg tiada akur setia pd janji
Org yg pakai hentam FITNAH mrapu2
Org yg sgt2 takut RAHSIA jijik trbuka
Org yg guna sorban dan agama utk mnutup BANGKAI2 harta dunia
Org yg bodoh lg rosak serta mmbodoh dan mrosakkan lg ramai umat dgn kbodohan mrk yg sgt terang nnyata
Mrk tentu skali mnyokong POTA agar sgl PEKONG jahat yg mrk songlap ddlm gelap itu, jgn diwar2kan konon2nya itu dianggap sbg "mnghasut" rkyat w.pon kebejatan ekonomi dan sosial sgt2 nyata didepan mata gara2 khianat FITNAH rakus disbbkan tangan2 mrk yg mmegang kuasa
Alangkah aneh & sgt2 hinanya seorg yg mngaku fakeh dan KONON2nya pewaris nabi boleh jd serendah sejijik itu
Salam
Tajuk ni sebenarnya cerita basi
Mohon hadi tghh berhenti dgn retorik yg sesat.
Non Muslim akn keliru dan bertambah benci sama hadi tghh .
Paling teruk benci pd islam nurun ala nur
Hadi stop being like isil
Saya sokong TGHH kerana x kan nk biar pengaruh IS masuk mesia.. dewa pasma LKS pun x mau nih..
Jgn biarkn keganasan ganggu keamanan negara.. Sy sokong TGHH terus menerajui PAS..
Sudah jelas dan terang Presiden Pas bersekongkol dengan kezaliman BN, kami sebagai ahli Pas dibawah ini merasa sangat keciwa punya Presiden yg mirip pada umno, kita nak beritahu, jangan salahkan kami kalau Pas akan banyak kalah pada pilihanraya yg akan datang, Pas sudah tidak sama saperti zaman arwah Dato Fazhil Noor dan arwah Dato Nik Aziz
Hahaa...saya setuju dengan admin dan sokong komen Hanz azdi...
Nik Abduh, your comment please!
Apa salah hadi baik dengan umno sedangkan umno sokong hudud.harap DAP atau PKR tak jalanlah hudud di malaysia.saya lebih yakin umno boleh martabatkan islam dan melayu bersama pas berbanding lim guan e v lim kit siang atau wan azizah
Haji Hadi pon x datang masa bahas pindaan akta hasutan kelmarin.. jadi setuju la kalau kerajaan BN tahan aktivis PR dan NGO counter kerajaan tanpa bicara selama 3 tahun..?
Aku pada mulanya sukar nak percaya teori kata Hj Hadi adalah agen umno sejak dari awal lagi.. tapi semakin lama teory itu semakin jelas.. tugas agen umno ialah utk mempertahan umno secara x sedar dan meruntuhkan kekuatan musuh umno.. Dibawah Hj Hadi kerajaan Pas Trengganu hanya sepenggal.. gitu juga Pas Kedah.. kerajaan PR Selangor nk disabotaj tp x berjaya.. Sekarang semasa politik Umno tgh kritikal tugas agen amat diperlukan.. Aku berharap agar teory ini tinggal teory walaupun hakikatnya hampir terserlah.. Wauallahualam..
aku maseh ingat "AMANAT HJ HADI"hingga terjadi peristiwa "MEMALI"..sayang hj hadi dah terlupa atau buat2 lupa..
Remove him or we will be removed by the rakyat.
jgn bawa PAS keluar pakatan rakyat...sepatutnya tendang keluar Hj Hadi dari PAS.
Pokok isu nya nape jd begitu?
Berapa RATUS juta yg telah disuap?
Berapa bnyak jumlah ddlm akaun gelap?
POTA nak mengelak mrk dr ditangkap
Jadi POTA diguna utk menangkap rkyat
POTA tak bg CAHAYA disuloh kdlm gelap
Kerana ddlm GELAP mrk kenyang mmakan bangkai2 SONGLAP dgn smahu2nya drp khazanah keringat rkyat
Sbb itu POTA disokong krn serakah buas KEGANASAN mrk mnipu mmFITNAH melahap mrembat serta mngKHIANATI hak2 rkyat...yg sengaja mrk putar2 dolak-dalikkan seolah2 rkyat pula yg diwar2kan akan mnghasut/membuat keganasan!?
dah jadi barua pula kok?
Ingat Permatang Pauh
Ingat Rompin
Kita tengok samada PAS memberi kerjasama.
Kalau rindu sangat kat Umno, elok jangan bertanding di Rompin.
Okay???
Pokok isu nya nape jd begitu?
Berapa RATUS juta yg telah disuap?
Berapa bnyak jumlah ddlm akaun gelap?
POTA nak mengelak mrk dr ditangkap
Jadi POTA diguna utk menangkap rkyat
POTA tak bg CAHAYA disuloh kdlm gelap
Kerana ddlm GELAP mrk kenyang mmakan bangkai2 SONGLAP dgn smahu2nya drp khazanah keringat rkyat
Sbb itu POTA disokong krn serakah buas KEGANASAN mrk mnipu mmFITNAH melahap mrembat serta mngKHIANATI hak2 rkyat...yg sengaja mrk putar2 dolak-dalikkan seolah2 rkyat pula yg diwar2kan akan mnghasut/membuat keganasan!?
Amanat Hj Hadi ttg isu kafir dulu2, masa tu saya kecik, tapi yg saya tau ramai org melayu /Islam yang bermusuh2an, adik beradik, sedara mara tak bertegur sapa dll.
Betul ke, atau org2 tu yg tak faham amanatnya tu?
Sabar semua..... Sabar. Jangan kita duk mengutuk, mencaci, menghina dan seangkatan dengannya. BERDOSA tau. ALLAH MAHA MENDENGAR & MAHA MENGETAHUI.
Pejabat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan laporan Bernama yang memetik beliau sebagai perkata parti itu menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha politik presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata laporan tersebut adalah tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan sebenar Abdul Hadi.
Laporan Bernama itu memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media di Rusila di Marang semalam.
"Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, presiden PAS menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada dasarnya itulah yang disebut dalam Islam," jelas Dr Ahmad Samsuri.
"Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh Islam.
"Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk mengelakkan fenomena islamfobia terus dijaja dalam dunia Islam.
"Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan kerajaan dalam sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar sebelum ini," tambahnya.
Dengan penjelasan ini, kata Dr Ahmad Samsuri, pejabat presiden PAS berharap, laporan itu tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendokong PAS seluruh negara.
Menurutnya, rakaman sebenar sidang media presiden PAS itu boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan lebih lanjut.
Islam menganjurkan KEADILAN dan menentang KEZALIMAN / KEMUNGKARAN.
Bila negara sedang bergolak dengan GST (Good Sales Tax ~ terjemaahan aku sendiri iaitu Cukai Jualan Terbaik sebab semua rakyat terkena), depa dok kalut dengan Hukum Hudud? Sedarkah depa bahawa GST tu zalim sebab rakyat yang sebelum ini tak layak membayar cukai pendapatan pun terkena cukai. Alasan ramai rakyat tak bayar cukai pendapatan, jadi salah rakyat atau salah pegawai JHDN? Adakah pegawai JHDN menjalankan tugas depa dengan baik atau setakat duduk dalam pejabat yang penuh dengan hawa dingin (sama seperti pegawai Jabatan Zakat).
Bila Parlimen dok kelam kabut membahaskan rang undang-undang zalim POTA (tahanan tanpa tempoh), depa pi ceramah kat surau? Agenda mana yang lebih besar? Memberi ceramah kepada segelintir manusia atau agenda kebangsaan POTA???? Yang paling sedih ialah dah la tak datang ke parlimen untuk perbahasan, la ni pulak keluar kenyataan menyokong POTA sebab ianya menghalang kezaliman. Selama ni siapa yang zalim? Yang dok sokong atau yang dok menentang? Entahlah.
Sebagai "Ulamak" yang diiktiraf "dunia" (aku pun tak tahun sama ada gelaran itu diberi atau dipilih secara demokrasi atau bedasarkan ketinggian ilmu atau amalannya???), kenapa boleh menyokong pihak yang suka menzalimi? Nampaknya ianya bertentangan dengan Islam yang menganjurkan menegakkan KEBENARAN dan melarang KEZALIMAN/KEMUNGKARAN. Inilah asas Islam. Bayangkan kalau asas pun tak dapat pegang dengan betul, mana mungkin dapat mengolah agenda yang lebih besar seperti tahap negeri, negara dan antarabangsa. Jadi tak hairanlah, Allah swt hanya memberi PAS berkuasa sepenggal sahaja di Kedah dan Terengganu sebab Allah swt mungkin khuatir puak akan mencemarkan nama Islam itu sendiri. Wallahualam.
Ni masalah nya bila ada wartawan tanya pasal undang undang atau yang berkaitan penganas ketika isu POTA Kena lah bijak jawab Dah tentu lah wartawan tersebut maksudkan POTA Walaupun tak di sebut POTA
Alahai Hj Hadi tak kan tak tahu tak ada angin tak ada ribut tiba tiba wartawan tanya pasal penganas bukan pasal GST Atau pasal prk
Tukar lah Presiden !
Yang sokong Hj Hadi dan UMNO tak nak pengaruh penganas masuk negara ada lah bebal
Hari hari Polis dan Immigresen kejar pendatang Berita tengahari tadi Pendatang jual paspot
Saya attachkan artikel dari MK. Semoga abg greenboc tidah sama terpalit fitnah.sekian.
http://m.malaysiakini.com/news/294966
Sah pembelit putar alam. Geng serbani memang tak boleh percaya. Buat malu je. Dia pusing sana pusing sini orang tak boleh baca apa puak-puak ni buat. Lakonan semata-mata apa saja yang dilakukan asal matlamat perut dan di bawah perut berhasil. Cakap berdegar-degar nak keluar PR tapi skrip tak begitu berjalan lancar. Kena tunggu takut kalau-kalau hilang fulus wa jawatan dan UMNO kencing lagi deras. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Nak tutup malu dah kena tipu kenalah kasi bodek itu UMNO punya undang-undang...untung-untung dapat bentang private bill. Boleh pulak tunggu dan tangguh. Cakaplah sekarang pada UMNO terimalah daku dalam dakapan mu.
berapa tahun dah umno perintah? mana hududnya. naive betul
Saya dh baca di malaysiakini. saya dapati ia berbelit2. hj. hadi mungkin memang tak sokong RUU itu tetapi hj.hadi tak sebut pun beliau menentangnya.
So, penafian setpol hj.hadi itu kabur dan masih boleh dipertikaikan
Kalau nanti ditakdirkan suku sakat kau kena tahan tanpa bicara baru kau tahu apa itu erti keadilan...
Aku pun dah mula rasa begitu...seolah hj hadi dah jadi pelakon dlm pas utk pecah belahkan Pakatan Rakyat yg akan beri keuntungan kpd BN...
Itu yg sebetulnya dan tepat... harap sgt hj hadi dan geng ug dinyahkan pada muktamar nanti...pas kalau nak bergerak sendiri dlm politik, baik gi kelaut mukat ikan lagi baik...puuiii...
Walau tak ada hudud selama umno perintah 50 tahun tapi ada bank islam tabong haji buat orang islam menabong ada mara bantu orang melayu belajar dan meniaga ada universiti islam serta University awam yang menghasilkan candikiawam dan teknokrat melyu.nak harap lim guan eng lagi di halanya orang melayu dan tanah dirampas.naive ke tu...
Amanat hadi sama je dengan amanat ali penyanyi pakistan..kegemaran mereka adalah berdondang sayang
Diaorg ni dh buta hati dh. Adab berjemaah dh xde. Percaya sngt dgn LGE. Baca tranungkite utk dpt berita credible. Malaysiakini pun xleh caya. Dh mcm utusan meloya tarafnya.
Tuan presiden beradab berjemaah sgt ke? Langgar keputusan Ajk pas, suka hati tak mau hadir meeting, letak calon last minit utk bertembung sesama sendiri...banyak lagilah kalu nak highlight satu per satu...nak wala sgt pun agak agaklah sikit sedara...
Yang kata ada Bank Islam Universiti Islam termasuk Pusat Islam tahu tak ia nya hasil ilham Anwar Ibrahim Tabung Haji diusahakan oleh Prof DiRaja Ungku Aziz yang di ambil alih oleh UMNO
Ko ingat kalau Hj Hadi masuk UMNO atau bergabung dengan UMNO apa yang dia boleh buat Belum masuk pun dah barua kan orang
Betull tu
Rakyat Trengganu pun reject dia. Dia ni ada shock sikit.
kalau hadi tak pecahkan Pakatan Rakyat, bagaimana UMNO nak berkuasa
Catat Ulasan