17 Apr 2015

Kumpulan UG Pasti Binasa, Demikian Hukum Alamiah....


Selepas Jebon, Parasit Pula?

Baru-baru ini satu gambar pamplet yang bertajuk “Siapakah perosak sebenar PAS?” tersebar melalui media sosial WhatsApp. Di bawah tajuk itu tercatit pula takrif perkataan ‘parasit’. Di dalam pamplet tersebut disenaraikan pula 8 pimpinan PAS yang digelarkan sebagai ‘parasit’ dengan urutan ranking tertentu.

Nampak gaya seolah-olah satu atau dua gelaran tidak memadai dalam usaha golongan ini menjatuhkan pemimpin. Sebaliknya mereka memanafaatkan gelaran sebanyak mana yang mungkin demi mencapai matlamat mereka. ‘Jebon’, ‘Parasit’, ‘Anwarinas’, ‘anti-ulama’, ‘anti-hudud’, ‘liberal’, ‘sekular’ dan apa sahaja yang mungkin digunakan untuk menimbulkan kebencian terhadap kumpulan pemimpin ini. Samada gelaran ini betul atau pun tidak, benar ataupun fitnah, tidak langsung diendahkan. Yang penting, berjaya ditanam kebencian terhadap mereka ini.

Golongan tukang label ini menggelarkan diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ tetapi hakikatnya, perangai mereka lebih sesuai dengan gelaran ‘geng-juhala’. Ini adalah kerana hanya yang jahil akan bersikap dan bertindak seperti mereka. Kononnya mereka lakukan demi menyokong calon ‘ulama’ dalam Muktamar. Kalau benar, maka saya harap calon ulama ini bukan jenis yang ‘bisu’, tidak menegur kejahilan dan kejahatan penyokong.

ASAL USUL GELARAN ‘PARASIT’

Setakat mana saya ingat, orang yang mula-mula gunakan gelaran ‘parasit’ adalah Dato Dr. Hassan Ali. Bersama beberapa pengikut tegarnya, DDHA menggunakan gelaran itu terhadap mereka yang menentang hajatnya untuk PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Selangor pada 2008 dengan dirinya sendiri sebagai MB Selangor. Tidak sangka masih ada yang sanggup menjadi ‘tukang-tiru’ kaedah DDHA dalam PAS! Berkemungkinan juga mereka adalah orang-orang yang sama yang merupakan ‘tukang-tiru’ Zul Nordin pencipta gelaran ‘Anwarinas’!


Selepas ghaibnya DDHA dan ZN, budaya gelar-menggelar dan label-melabel diteruskan ‘tukang-tiru’ dengan turut tersebarnya gelaran baru yang dicipta mereka!

SIAPA PARASIT SEBENAR?

Parasit ditakrifkan oleh pengarang pamplet sebagai “menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat dari tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai”.

Bagi pandangan saya, 8 pemimpin yang digelar sebagai ‘parasit’ (termasuk saya), tidak menepati takrif di atas. Malahan ianya lebih sesuai digunakan terhadap golongan ‘geng-juhala’ yang baru muncul ini. Ini adalah kerana 8 pemimpin yang digelar ‘parasit’ ini sebenarnya telah bersama PAS sejak PAS parti lemah yang tidak mendapat sambutan, samada dari orang Islam atau bukan Islam. Keterlibatan kami sejak tahun 80an semasa PAS tidak mempunyai Ahli Parlimen ataupun ADUN kecuali sedikit dan hanya di Pantai Timur. Dan melalui maklumbalas yang diterima, usaha kecil kami bersama ahli PAS yang komited memperjuangkan Islam telah menyumbang kepada bertambah kuatnya PAS dan bukan sebaliknya.

Atau adakah ada yang beranggapan PAS lebih kuat pada tahun 80an berbanding 1998 hingga 2013?

‘Parasit’ datang pada tubuh yang kuat dan menjadikannya lemah (seperti sekarang) dan bukan datang ke tubuh yang sedang ‘lemah’ dan membantu mengukuhkannya. Kemanisan manafaat atau ‘zat’ yang telah dihisap tidak lain dari celaan berselang kutukan masyarakat pada ketika itu serta ditahan di bawah ISA dan bermalaman di lock-up!

PARASIT MULA DATANG...

Tetapi sekarang, tubuh PAS sudah kuat dan kukuh. Maka amat menarik bagi ‘parasit’ datang menghinggap dan menghisap! Maka inilah masanya dan bukan 20 tahun dahulu!

Mereka muncul entah dari mana, muka baru yang melayari alam maya, menaburkan fitnah dan adu-domba. “Pemimpin ini Liberal, Sekular dan Plural. Mereka anti-ulama, anti-hudud dan ingin jatuhkan DS Presiden” kata mereka. Mereka menonjolkan diri, menggambarkan diri sebagai penyokong PAS tegar tetapi dengan setiap kejayaan yang mengukuhkan kedudukan mereka, PAS menjadi semakin berpecah dan semakin lemah.

Ukhuwwah dalaman semakin parah, hubungan dengan PR semakin retak, penerimaan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam semakin merosot. Sambil itu mereka bertambah ‘kenyang’. Disanjung atas sebab dianggap ulama. Laluan disediakan permaidani merah dan mereka inilah parasit sebenar.

Mereka hisap zat kekuatan PAS demi keuntungan peribadi. Mereka semakin kuat, PAS semakin lemah dan lunyai.

DUIT DATANG DARI MANA?

Ada juga yang bertanya, “buat pamplet ini banyak belanja. Mana datang duit?”

Adakah mustahil mereka ditaja? Oleh yang inginkan PAS dan PR berpecah untuk UMNO kekal memerintah.

KESIMPULAN

Nasihat ikhlas saya pada ‘tukang-tiru’ DDHA dan ZN, sekiranya kamu hendak gelar dengan gelaran menghina sekali pun, pilih-pilihlah. Silap-silap terkena batang hidung sendiri. Sudahlah akhlak terkutuk, nampak kebodohan lagi... bab duit, sila jawab sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


ULASAN GB

Saya tidak dapat untuk tidak bersetuju dengan tulisan Ahli Parlimen Shah Alam di atas.

Nampaknya mereka yang menamakan diri mereka pro-ulama (baca: pro-UMNO) rupa-rupanya menggunakan istilah-istilah yang pernah satu ketika dipopularkan oleh Hassan Ali dan Zulkifli Noordin apabila melabelkan golongan progresif dalam PAS dengan istilah-istilah Anwarinas, Parasit, Libaral, Jebon dan seumpamanya.

Pergilah ke facebook-facebook kumpulan UG - label-label itulah yang akan anda temui.

Seperti yang GB ungkapkan berkali-kali, perbuatan-perbuatan mereka itu seperti mendapat restu dari pimpinan PAS PUsat terutama Presiden dan Setiausaha Agungnya. Tiada sebarang tindakan dan kenyataan dikeluarkan untuk menghentikan perbuatan mereka itu. Jika ada pun kenyataan ialah dari Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta "facebooker hantu" seperti Tok Usin Ceroi, ElHaraki dan Keli Laut untuk menutup akaun-akaun mereka. Walaupun arahan itu dikeluarkan dan damage has been done, namun tiada tanda-tanda permintaan itu dipatuhi, malah wujud pula lebih ramai geng UG ini menggunakan nama seperti Nur Muhammad, Nurul Islam, Nurul Mohamad Yusof dan lain-lain.

Tujuan mereka untuk mempengaruhi ahli PAS supaya menyokong Haji Hadi sebagai presiden dan menolah kumpulan progresif dari saf kepimpinan PAS Pusat menjelang pemilhan nanti.

Berjayakah mereka Setakat ini mereka berjaya. Beberapa YDP kawasan termasuk DS Nizar tewas dan beberapa orang yang menjadi pilihan mereka diangkat dikawasan-kawasan termasuk menantu Haji Hadi di Subang.

TETAPI, berkatkah tindakan mereka. Itu persoalan penting. Soal berkat - sama seperti persoalan "ikhlas", "niat" dan seumpamanya adalah urusan Allah dan Allah melalui hukum kebenaran dan keadilanNya memberikan jawapannya dengan terang dan jelas. Sebab taaluq sifat ilmu Allah itu "inkisyaf" (tersingkap, terang & jelas).

GB beri contoh iaitu di dalam isu Bil Persendirian yang dihantar oleh Presiden PAS. Haji Hadi menyatakan apabila UMNO mengajak kita berunding, maka wajib kita terima, samada mereka ikhlas atau tidak, itu urusan Allah. Kita telah menyatakan kepada beliau bahawa UMNO sudah dikenali sebagai kumpulan penipu dan Rasulullah telah berpesan melalui hadithnya jangan dipatuk ulas dua kali.

Apa jadi... semua orang tahu. Haji Hadi yang "yakin dapat memebntang Rang Undang0undang itu pada sessi parlimen yang lepas diaibkan... "Masa tak cukup nak bentang.."... mudah saja ditipu. Sekarang kena hantar semula Bil Persendirian berkenaan untuk sesi parlimen akan datang. Agak-agaknya dapat tak dibentangkan? Ia Bil Persendirian, maknanya terletak di agenda terakhir lagi.Jawapan yang serupa akan diperolehi... tiada masa yang cukup untuk dibentangkan. Berapa kali sudah mahu dipatuk ular?

Begitulah jawapan untuk persoalan "berkat"kah kerja-kerja golongan yang melabel dan memfitnah untuk menguasai jawatan Presiden dan JK Tertinggi PAS Pusat... mereka boleh menguasai 100% sekalipun senarai tersebut tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan menjelaskan kemenangan yang diperolehi dengan cara batil itu tidak ada keberkatannya. Akhirnya akan tumbang sendiri kerana sesuatu yang tidak berkat itu sebenarnya tiada asas yang kukuh.

Samalah dengan nasib yang menimpa Najib kini. GB pernah ulas beberapa tahun dulu. Najib Di Ambang Kejatuhannya. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

Sekarang Najib dihempuk dengan pelbagai masalah. Kajian membuktikan popularitinya merudum, hutang negara meningkat, kenaikan harga meniyak, gula dan barang keperluan lain dan cadangan kenaikan tol serta pengenaan GST yang bakal menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat yang mengakibatkan kemarahan rakyat juga meningkat.

GB pernah juga mengulas bahawa GB amat yakin sekali jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

Setelah GB menulisnya, maka macam-macam berlaku dan menimpa Najib. Kapalterbang hilang, terhempas, helikopter bawa pegawai-pegawainya juga terhempas, diserang pula dengan pelbagai isu seperti IMDB, jet peribadi, keborosan & ketirisan dan sebagainya. Bekas PM pun kini menyerangnya.

Sekarang baca dua tempat yang mereh itu sama-sama. Sudah menjadi kenyataan bukan?

GB bukan ulama, GB bukan wali. Tapi GB belajar melalui hukum alam. Ayat manzurah itu lebih indah, kekal dan lebih abadi dari ayat maqruah..

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita kata UMNO penipu dan Ular Mereka pro UG kata tidak boleh persoal ikhlas atau tidak urusan Allah

Mereka mengelar pro PR jebon dan parasit tidak kah mereka sebenarnya mempersoalkan keikhlasan pemimpin seperti Khalid Samad Dr Hatta Mat Sabu

Siapa kah musuh mereka sebenarnya?
Siapa saudara sejemaah mereka sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

"Soal berkat - sama seperti persoalan "ikhlas", "niat" dan seumpamanya adalah urusan Allah dan Allah melalui hukum kebenaran dan keadilanNya memberikan jawapannya dengan terang dan jelas. Sebab taaluq sifat ilmu Allah itu "inkisyaf" (tersingkap, terang & jelas)."

Alhamdulillah. Saya belajar "taaluq sifat" di fakulti Usuluddin... sukar untuk memahaminya. Tetapi GB dapat menjelaskannya hanya dengan beberapa perkataan. Syabas Tuan GB.

Kena lawan kebatilan dengan tauhid, baru mantap.

Malaysiabaru berkata...

Jika pas boleh berbaik dgn umno
Maka
Pas boleh berbaik dgn Yahudi

( Upco menasihati hadi setelah singkir menantu)

aku berkata...

Biarlah Geng2 Ustaz bergabung dengan UMNO, aku pun nak merasa juga pangkah BN ni, nak juga rasa bagaimana serononya pangkah BN. Asyik pangkah PAS je boring juga.

Anti Fitnah berkata...

Dalam Al-Quran atau Hadis, ... adakah menyuruh memartabatkan Melayu?
Adakah memartabatkan Melayu itu Rukun Islam?
Adakah memartabatkan Melayu itu Rukun Iman?

Kalau begitu sayangkan Melayu, kenapa sampai hari ini kita belum mendirikan Tanah Perkuburan Melayu Islam? Kenapa?
Kerana kita tahu bila kita mati, malaikat tidak bertanya keturunan kita?

Jadi apa faedahnya kita memperjuangkan Melayu sedangkan ianya tidak memberi apa-apa faedah semati kita mati? Hanya munafikun saja yang sengaja nak menegakkan benang yang basah.

Satu lagi soalan, siapa Hasan Ali berbandingan TG Nik Aziz? Gunakanlah akal yang waras dalam menilainya. Janganlah Melayu rugi bukan saja di dunia tapi di akhirat juga.

Tanpa Nama berkata...

Patutlah Pas tak boleh perintah Malaysia sekian lama, baru menang beberapa kerusi sudah jelas belang ulama...

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas boleh sebut 'Barua', apalagi ulamak Cap Ayam dalam Pas, biasalah????

Tanpa Nama berkata...

Orang yang ikhlas muka nya jernih Kena puji jernih Kena maki pun jernih

Orang yang ikhlas berpendirian tapi boleh di bawa berunding

Semut hitam memang ada dalam gua yang gelap tapi ikhlas tak duduk dalam hati yang gelap yang menipu menfitnah dan dengki Tidak mengharamjadah kan orang Tidak menjebonkan orang

Kalau ikhlas hanya sekadar sebutan dan sikit pun tidak tahu makna dan bagaiman 'rasa' nya baik jangan di cipta perkataan ikhlas

Sebab itu orang yang ikhlas tidak membiarkan orang lain mempermainkan keikhlasan nya dengan menyerahkan nya begitu senang pada orang yang tidak tahu menghargai keikhlasan

Dengan ini saya serahkan keikhlasan saya pada Allah Di sini lah Allah melalui hukum kebenaran dan keadilanNya memberikan jawapannya dengan terang dan jelas seperti yang GB nyatakan

Samada kita menerima sebagai hukuman atau kita menerimanya untuk di perelukkan lagi Tetapi kalau nak serah ikhlas pada Allah serahkan dengan betul Betul betul ikhlas!

Tanpa Nama berkata...

jangan terperangkap dgn kerja2 musuh yg membuat fitnah utk pecahkan pAS seperti mana berlaku zaman rasulullah yg nak pecah belahkan muhajirin dan ansar.elok diam ikut pimpinan.saidina omar pun selalu berselisih pendapat dgn saidina abu bakar dizaman abu bakar jadi pemimpin tetapi bila saidina abu bakar buat keputusan saidina omar taat.ikuti kaedah berjemaah.yg nak menangkan islam itu Allah sejauhmana kita ikut panduan yg ditunjukkan secara praktikalnya oleh rasulullah dan para sahabat.

Tanpa Nama berkata...

Jika telefon pintar itu lebih pintar kerana teknologiya, manusia pula perlu lebih pintar menganalisis kebenaran dan keburukan perkhabaran yang kita terima. Jangan kita telan dan hadam semuanya. Janganlah disebabkan kemudahan WhatsApp ini kita begitu mudah terjerumus dalam sifat-sifat sombong, dengki, takbur, mengumpat dan menyebar fitnah. Sekali lagi dalam hal ini, ambil panduan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengumpat) sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesunggunya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang’’ - al- Hujurat:12

Amat malang sekali, sembang WhatsApp ini telah membuat diri terjerumus dalam fitnah tanpa ditegur oleh rakan-rakan dalam grup kerana bimbang atau tidak yakin teguran itu dapat diterima. Lebih-lebih lagi grup yang mempunyai golongan bergelar ustaz, cerdik pandai dan terpelajar yang sepatutnya lebih layak menegur hanya diam malahan tumpang semangkuk memberi komen tanpa usul periksa berdasarkan andaian dan dengar cakap. Tidak dinafikan sesetengah kiriman itu ada kebenarannya, atau samar-samar. Kiriman itu hanya bertukar menjadi fitnah atau mengumpat akibat komen atau ulasan ibarat ‘nasi tambah’ .

Apakah kita yang menegur ini semuanya baik belaka? Tidak pernah melakukan kesilapan? Tegur dan kritiklah tetapi jangan sampai bertukar menjadi fitnah dan umpat mengumpat. Jagalah lidah dan tangan kita. Awasi tangan daripada mengirim kata-kata yang tidak berfaedah berbentuk mengumpat, memfitnah dan mengaibkan. Ingatlah fitnah boleh menimbulkan permusuhan dan persengketaan. Jangan kita menghalalkan segala perbuatan atas alasan mahu menegur dan mengkritik. Susahnya bagi orang kita, kebanyakannya hanya menyedari yang haram itu sekadar babi dan arak sedangkan banyak perbuatan lain tanpa disedari adalah haram.


Tanpa Nama berkata...

Ada kah Ust AA juga memberi pandangan yg salah ? Adakah Ust AA berbohong ada kata nya jgn ingat tak ada dlm pas yg minta Ust AA membentuk perpaduan pas umno di perak?

Klau Hj Hadi tak boleh di pegang katanya dan klau Ust AA di ragui kata kata nya kita menuju kpd kebinasaan bila tdak ada lg yg bijak dan yg kata kata nya tdak lg keramat

mari lah kita saksikan kehancuran pas sedikit sedikit smp skg hj hadi jgn kan menghalang menegur pun tidak

Tanpa Nama berkata...

Ulama Pas hanya nak berdakwah, bukan nak menang Pilihanraya, tak perlulah bertanding, menghabiskan beras saja.

Tanpa Nama berkata...

bukan kerana tk hensem, tp aku benci tgk hasan ali sebb dia agen umno yg merosakkan PAS dan PR.

dia masih berperanan... so hati2 dgn ular sekor tu.

dia tuduh azmin share isteri dgn anwar dlm ceramah dia. cari dlm youtube.

akhlak hasan ali sudah bertaraf najis khinzir.

agama hanyalah mainan mulut munafiknya.

airmatanya adalah pura2

smapai teresa sendiri sedih sebb 'org islam (hasan ali) sanggup menipu dlm bulan ramadhan'... ketika isu azan subuh dihalang oleh DAP.

jumpa ular dan hasan ali, ketuk patah tengkuk hasan ali dulu.

UG semua tu projek hasan ali lah. hadi pula mudah dibeli dgn dunia yg sedkit. menyokong syiah syria dna hezbosyaitan yg sgt kejam telah mengundang bala Allah pd hadi di dunia lagi.