24 Apr 2015

Kerana Tidak Dikategorikan Sebagai Ulama, Dr. Abd Rani "Dipancung" Dari Jawatannya....


Akibat pertembungan dalaman, PAS hilang tokoh bawa Selangor ke puncak

Walaupun berjaya membawa PAS ke tangga paling tinggi dalam sejarah politik negeri, namun kerana beliau bukan tergolong dalam kumpulan ulama, Dr Rani Osman diketepikan daripada jawatan yang dipertua PAS kawasan Kapar, Selangor dalam pemilihan hujung minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru itu dikalahkan bekas timbalannya, Najhan Mohd Salleh sebagai yang dipertua PAS kawasan Kapar apabila hanya mendapat 114 undi berbanding 282 diperolehi Najhan.

Dr Rani menyertai bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang dijatuhkan di Kampar, Perak dan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari yang dijatuhkan di Alor Gajah oleh pencabar masing-masing yang terdiri daripada golongan ulama.

Sehari sebelum Mesyuarat Agung PAS kawasan Kapar, penulis berkesempatan makan malam dengannya bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada 18 April.

Ketika ditanya persiapannya menjelang pemilihan itu, Dr Rani dengan selamba berkata:"Aku tidak pernah kisah dan tidak pernah bincang hal pertandingan dalam kawasan. Lantak merekalah."

Begitulah pendirian doktor perubatan lulusan universiti dari Mesir yang bertubuh kecil ini.

Walaupun kecil, Dr Rani tidak pernah merasa rendah diri. Beliau menubuhkan "Kelab 52" untuk mereka yang bersaiz kecil, lebih rendah daripada 5 kaki 2 inci.

Beliau menamakan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sahabat baiknya, sebagai presiden kelab itu.

Hubungan mereka berdua rapat, tetapi penyokong kumpulan ulama dalam parti tidak menganggap beliau ulama, lantas tidak menerima Dr Rani sepertimana mereka menerima Tuan Ibrahim yang kini menerima pencalonan terbanyak untuk jawatan timbalan presiden.

Tuan Ibrahim setakat hujung minggu lalu memperolehi 59 pencalonan untuk bertanding kerusi timbalan presiden PAS, berbanding 9 yang diperolehi penyandangnya Mohamad Sabu.

Semasa menjadi pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani berjaya membawa PAS negeri ke aras paling tinggi apabila ia mencipta sejarah mendapat 15 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013 berbanding 8 kerusi dalam PRU sebelumnya.

Namun kerana tidak berminat menjadi pemimpin besar, Dr Rani menulis surat secara peribadi kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memohon tidak dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Selangor selepas PRU13.

Hadi kemudiannya melantik Datuk Iskandar Samad sebagai pengganti Dr Rani.

Dr Rani mula menjadi calon PAS dalam PRU 2004 dengan mewakili PAS di kerusi DUN Meru, namun tewas.

Dalam PRU 2008, beliau menang di kerusi yang sama dan pada PRU13, beliau berjaya lagi di kerusi sama dengan tambahan bilangan undi.

Daripada majoriti 5,513 pada 2008, beliau berjaya menambah majoritinya kepada 9,079 pada PRU13.

Kerusi Meru merupakan lambang kerusi pelbagai kaum di negara ini. Ia umpama kedudukan Malaysia dengan komposisi kaum 60% Melayu, 27.5% Cina dan 12% India, di kalangan 39,457 pengundi.

Berpusat di Klinik Fitrah yang terletak di pekan Meru, Dr Rani menggerakkan sokongan untuk PAS di kawasan itu.

Hampir setiap hari beliau bergerak ke merata tempat dalam kawasan pilihan rayanya dan bertemu segenap lapisan masyarakat.

Dengan profesion sebagai doktor, beliau membantu orang sakit tanpa mengira kaum dan agama atau statusnya dalam masyarakat.

Sebagai bekas pelajar timur tengah, Dr Rani boleh bertutur bahasa Arab dengan baik di samping dapat memahami Al-Quran.

Hampir setiap Jumaat, beliau menjadi khatib di beberapa masjid di Meru termasuk Masjid Asy Syarif, masjid paling besar dan tersergam indah di pekan itu.

Malah, di Masjid Asy Syarif itu juga, Dr Rani pernah dikunjungi bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelang kejatuhannya, untuk membincangkan keadaan semasa, kerana beliau sedar kekuatan pengaruh yang dimiliki Dr Rani.

Namun, walaupun beliau memberikan kuliah agama hampir setiap minggu, oleh kerana status sebagai doktor perubatan, beliau tidak dikategorikan sebagai ulama.

Tanyalah Melayu, Jawa, Cina atau India di Meru, siapa Dr Rani. Tanyalah juga orang Umno di Meru, nescaya mereka akan kata, selagi Dr Rani calon PAS, jangan mimpi Umno akan menang semula di Meru.

Pendek kata, Dr Rani sangat berpengaruh dalam masyarakat pelbagai kaum di kawasannya. Namun ahli PAS nampaknya masih tidak berpuas hati dengannya.

Bagi Dr Rani, beliau tidak pernah terasa rugi dengan kekalahan sebagai yang dipertua PAS kawasan Kapar kerana beliau tidak pernah meminta jawatan itu.

Kalau jawatan pesuruhjaya PAS Selangor yang diberikan kepadanya pun pernah diserahkannya kembali, apatah lagi jawatan yang dipertua PAS kawasan yang perlu ditandingi untuk dimenangi.

Dr Rani gembira dengan apa yang berlaku.

"Alhamdulillah, hilang lagi satu bebanan aku," katanya kepada penulis ketika memaklumkan keputusan PAS Kapar yang menolaknya sebagai yang dipertua.

Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bersuara.

"Inilah wajah baharu PAS," katanya memberi amaran PAS akan berwajah baharu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti.

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak dalam PAS yang berkempen besar-besaran untuk menguasai parti, dipercayai merujuk kepada pertembungan antara golongan ulama dan golongan profesional di dalam parti Islam itu.

ULASAN GB

Demikialanh episod yang menyayat hati di Selangor. Golongan yang dikatakan pro-ulama sanggup mencantas seorang pemimpin yang hebat semata-mata Dr. Abdul Rani tidak dikategorikan sebagai seorang "ulama" (dalam definisi mereka yang amat traditional).

Sewaktu beliau dilantik menggantikan Hassan Ali dulu, GB ada mengulas. Petikan:

Memerhatikan jawapan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman tatkala diajukan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat, menampakkan beliau memang seorang yang merendah diri dan tawadhu - sifat yang begitu jarang ditemui di kalangan pemimpin.

Biasanya seseorang akan melompat kegirangan apabila disebut-sebut sebagai exco, malah ada yang lebih dasyat, merancang pula nak jadi MB sebaik saja menang pilihanraya dengan pelbagai helah dan cara, tetapi tidak diizinkan Allah rencananya itu.

Malah satu ketika seingat GB, ketika nama Dr.Rani Osman disebutkan untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun, beliau sanggup bernazar hendak sembelih kambing jika tidak terpilih.

Dr.Rani mengetahui bahawa sesuatu "jawatan" itu bukan satu tasyrif (keistimewaan), tetapi satu taklif (bebanan tanggungjawab).

Inilah ciri yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda kepada Abd al-Rahman Bin Samurah ra:

"Wahai Abdulrahman, kamu jangan meminta imarah(pemimpin), kerana, jika tugas pemimpin diberikan kepada kamu kerana kamu minta ia akan diserahkan kepada kamu dan kamu dibebani. Jika ia diberikan kepada kamu bukan kerana kamu minta, kamu akan dibantu atas (kendalian) nya". - Bukhari, Muslim

PAS perlukan ramai pemimpin seperti Dr.Rani ini.


Sungguh berbeza dengan sikap dan perangai "ulama-ulama" yang ada dalam PAS kini. Berebut-rebut untuk mendapat jawatan, malah sanggup bertindak di luar batas akhlak Islam untuk menjatuhkan lawannya dari golongan progresif.

Dr. Abdul Rani sudah pun membuktikan bahawa semasa beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, PAS Selangpr berjaya memperolehi 15 kerusi DUN di dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Kita akan sama-sama selepas ini menyaksikan pula performance Iskandar Samad yang dijulang hebat oleh golongan Geng Ustaz di dalam pilihanraya akan datang nanti.

31 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Y.bhg ustaz doktor rani

anta yang sanggup tinggalkan klinik di klang semata perjuangan parti tarekat sesat sehingga tergadai segala kemewahan...

anta tetap sabar dan setiap hr membantu exco di selangor...

Anta ajar ana rendah diri dan konsep ketuhanan yg sebenar ..

anta tolak jawatan pjaya pas sel

anta tolak jawatan demi jawatan

Mana mau cari ini mcm manusia

last last puak tarikat sesat ayoh hadi ping dan menantu buang anta jauh jauh..

mai kita launching parti a.b,u

mohd shahran berkata...

pas akan menyalak macam anjing selepas pru14 ke seluruh pelusuk negara negara islam seperti tahun 60 an dan 70 an. sedangkan jalan untuk ke arah itu sudah mula terbuka... yang paling gembira ialah umno akan mendapat majoriti mudah di semua dun dan parlimen. ini adalah kerana kebodohan tuan presiden dan pewala kepala bana

Tanpa Nama berkata...

PAS kini tidak seperti dulu lagi. Kepimpinan Hadi terutama dlm setahun dua ini menarik PAS mundur ke belakang. Karenah Hadi dan ulamak yg menyokongnya sekarang kelihatan melampau. Ramai orang sayangkan PAS tetapi benci sikap golongan ulamak yang berfikir dan bertindak tidak seperti ulamak. Mereka sedang
menanam benih kejatuhan PAS dan PAS sedang merobohkan PR dengan ganasnya. Hadi dan ulama tua dalam PAS barangkali hampir nyanyuk dan telah hilang kewarasan berfikir. Percayalah jika golongan profesional dikerdilkan, PAS akan jadi parti kecil untuk berdakwah sahaja. Barangkali itulah yg utama sekarang untuk Hadi. Jika PAS tidak berhasrat untuk berkuasa membentuk kerajaan, penyokong akan lari meninggalkan PAS. Maka jadilah PAS sebagai pengacau daun dlm politik Malaysia. Harapan ramai orang untuk melihatkan kerajaan BN yg korup, zalim dan tidak adil ditumbangkan tidak akan tercapai. Ucapan tahniah awal untuk PAS kerana mengecewakan banyak orang.

Tanpa Nama berkata...

Org yg walaq buta lg bebal sntiasa mmuji mmuja2 ilmu Hadi Awang dan Haron Din

Cer tanya kat mana Hadi Awang blajar?
Depa tentu akan jwb kat Mesir, ada ijazah dan ada MA lg tuu

Cer tanya lg sape yg iktiraf ijazah & MA dia tuu...adakah ALLAH dan nabi SAW??

BUKANkah seluruh univrsiti dbwh/ddlm kuasa PBB mesti akur tunduk kpd kuasa pgIKTIRAFAN drp "unessco" ddlm soal SYALIBUS-ranking-anugrah-ijazah-MA- PhD dsbnya???

Tahukah pmuja2 Hadi Awang sape itu UNESSCO?????

BUKANkah siYahudi & siNasrani lah yg mnguasai spenoh2nya UNESSCO itu??????

Klu begitu hebat sgt kah pngIKTIRAFAN drp siYahudi dan siNasrani yg slalu mrk kutuk2 itu?

BUKANkah Yahudi & Nasrani itu trsgt2 jijik lg JAHAT jd knapa WALAQ kpd MA @ PhD mrk itu?

CER..

Cer tanya lg..adakah nabi SAW & shbt2 belajar sprt "SYALIBUS" yg Hadi belajar tu?

Cer "VISUALISE" dgn mudah..

Alangkah mudah mudah MUDAH dan sgt SIMPLEnya shbt2 belajar dgn nabi SAW yg "buta" huruf itu...dan dgn cara yg sgt2 MUDAH lg SIMPLE itulah mrk mnjd sgt-MIRACLE diatas donia ini shingga mnjd HISTORY of all time!

Alangkah indahnya klu kita dpt mnjd-MIRACLE dgn jln yg MUDAH lg SIMPLE sprt nabi & shbt2 nabi SAW itu..bcoz "the significance is hidden in INSIGNIFICANCE" = iaitu ssuatu yg hebat itu tersembunyi ddlm ssuatu yg sgt7SIMPLE lg sgt7MUDAH...visualise kan bgmn MUDAH simple nya ALLAH mmberi "NAFAS" kita itu!?

Sbnr7KBNARAN itu adalah smudah2CAHAYA & smudah "NAFAS" kita itu!

Sbnr7KBNARAN itu adalah ibarat sterang7CAHAYA yg sgt7TERANG

CAHAYA yg bnar7TERANG itu SIMPLE mudah lg sgt7MEMUDAHkan

Nabi SAW bnar7 mmbawa CAHAYA yg sgt7 TERANG lg MUDAH itu


Adakah nabi SAW & shbt2 nabi perlu mmiliki ijazah MA & PhD yg diIKTIRAF oleh "UNESSCO" sprt Hadi yg sgt hebat beputar u-turn ponteng HALAU-maki dan mmFITNAH itu??

If you really want to know The TRUTH...The TRUTH is very very very SIMPLE!!!

Nota:

Ramai yg kagum mmuja2 pndaki2 gunung EVEREST diserata donia trmasuk pendaki dr Msia ttpi ramai yg lupa/INSIGNIFICANCE jasa 'sherpa' yg TAK HERAN skitpon w.pon beratus2 dan beribu kali turun naik kepuncak Everest itu sbg "SIFU" yg tak disanjung & dikenali!?

Ramai yg mngkagumi OTAK mnusia yg hebat ttpi mrk "lupa" tanpa NAFAS sbg punca(seolah2 dilupa/INSIGNIFICANCE) itu smuanya LANGSUNG tak brfungsi & OTAK pon mati!!!!

Begitulah aku melihat ramai blogger2 dan aktivis2 LEBIH layak dipanggil ulamak yg REAL-SIMPLE-insignificance "tanpa UPAH-gelaran" bnar2 banyak ber"JASA" mmberi sbnr2 pncerahan-CAHAYA dibandingkan dgn siularrrrMAK2 glamor makan "UMPAN"-gelap auta-putar-khianat-FITNAH yg dah pon ditipu oleh UNESSCO itu!


Of course...The TRUTH is very very very SIMPLE!!!

Tanpa Nama berkata...

ustaz (aku tak panggil mrk ulama) nak menguasai pas. biar kat mrk. kita tgk sejauh mana mrk boleh majukan pas

Timnajib Jomfikir berkata...

Tubuhkan parti baru berteraskan Al-quran dan Sunnah Nabi SAW.

Vs. dgn parti Pas ulama sombong.

Bosan berkata...

Beliau tewas dalam pemilihan bukan ditolak secara sembrono saja. Kita tidak tahu kenapa beliau ditolak oleh mereka dikawasan nya sendiri. Menyalahkan mereka yang memilih pemimpin baru hanya mencermin keegoan kumpulan yang kalah.

Tanpa Nama berkata...

Kenalah hormat pilihan akar umbi. Bila akar umbi dah buat pilihan, pikullah amanah dengan sebaik-baiknya.

wan amero berkata...

Celaka PAS....goodbye PRU 14 nanti aku akan pastikan seluruh keluarga aku di kelantan tidak mengundi PAS.

otoote berkata...

kita tau sebabnya le mat. ko tak kenal Rani kan.
Kan Hadi dah caksp masa muktamar...dia nak bawa ahli ZpAS ke dyurga buksn ke neraka. Syurga dunia rupanya.
berbahahialah korang kat dunia ni...ambil le berapa byk bukit emas pon tak kan memcukupi

shahrun supian berkata...

ana ramai kekawan terengganu, kebanyakan mereka mmemang pantang di tegur dan tak menerima pendapat orang lain,ini jelas pada sifat tuang presedent...... memang benar lah kata sahabat ana orang kelantan yang lebih pandai mengambil hati kawan dan lawan seperti yang kita sayangi Tuan Guru Nik Aziz

Tanpa Nama berkata...

Pas parti munafik, presideng sebut "barua" dan "jual pill kussa" Tanpa bukti tapi ahli ahli sokong.

Alhli munafik

Tanpa Nama berkata...

Sy merupakan peduduk asal meru. Dr Rani jd adun meru dh 2 penggal dah. Bg sy cukup elok dan sempurna dia jg kwsn nye. Tiap kali sembahyang subuh YB akan sembahyang di setiap surau di kaw meru bergilir2 setiap hari. Dari situ beliau dapat bemesra dgn penduduk meru dan tahu apa mslh yg dialami oleh mereka. Sy sbg penduduk Meru pun berbangga dpt YB mcm ni. X tau pemimpin yg mcm mn lg yg geng pas ni mahu.

Tanpa Nama berkata...

Sambungan..

Apakah..
Apakah dia..

Apakah dia sbnr7CAHAYA ygTERANG lg amat MUDAH yg tlh dibawa oleh nabi SAW itu?

Sudah tentu nabi SAW tak berikan MA atau PhD sprt yg UNESSCO berikan itu!
TETAPI..nabi mmberi,
..mmberikan sbnr7CAHAYA ygTERANG yg sgt7MUDAH lg SIMPLE kdlm HATI shbt2nya..

Mari
Mari sama2 kita saksikan..
CAHAYA yg bnar7TERANG yg lg sgt7 meMUDAHkan dijiwa-HATI shbt2nya itu adalah..

--CAHAYA sbnr7KEJUJURAN...sincerest to the core
--CAHAYA sbnr7KEIKHLASAN...honesty to the core
--CAHAYA sbnr7KESUCIAN...purest/TRANSPERENCY to the core
--CAHAYA sbnr7AMANAH...INTEGRITY to the core
--CAHAYA sbnr7KEADILAN...fairest/JUSTICE to the core
--CAHAYA sbnr7BAKAT...talent/MERITOCRACY to the core
--CAHAYA sbnr7pngHAMBAAN...being humble/SERVANT to the core
--CAHAYA sbnr7CINTA-kaseh-SAYANG... giving-LOVING-sharing to the core
...............DAN...............
--CAHAYA smutlak7KBNARAN-HAQ...the ABSOLUTE-TRUTH to the core!

Sbnr7 sbnr7 sbnr7CAHAYA yg sgt7MUDAH lg sgt7SIMPLE yg diatas itu tiada & TIADA sape yg dpt mnandingi SUCI serta "KEINDAHAN"nya didonia ini..dan itulah sbnr7PASRAH-sbnr7SURRENDER-sbnr7ISLAM kpd ALLAH yg tlh disuloh dan dipancarkan dgn sgt7SIMPLE skali kdlm HATI shbt2 nabi SAW yg tak perlu pon ijazah-MA-PhD yg berjela2 dan berbelit & 'berputar2' sprt yg dberikan oleh suku sakat apco-UNESSCO itu!?


INSAFIlah..

Semua ciri2 CAHAYA-miracle yg sgt7MUDAH lg sgt7SIMPLE diatas itu adalah sbnr7 "RESEPI"-miracle, apb bnar7 mmancar ddlm HATI pasti akan dpt mnyelesaikan smua MASAALAH kehidupan ddlm ummah..lantas mnjd The EXCELLENT-best-OF-the-BEST yg trtggi & tiada lg yg lebih TINGGI, yg mampu utk mnandinginya-CONFIRM!!!

CAHAYA-miracle-SIMPLE yg diatas itu hanya hadir kpd mrk yg bnar7PASRAH=surrender=ISLAM sprt nabi SAW & shbtnya2 bukan bukan & BUKAN pasrah=surrender kpd 'upah-title2' yg diiktiraf sprt MA PhD drp UNESSCO itu1?

CAHAYA-miracle-SIMPLE itu hanya diberi kpd nabi2 shbt2nya & kpd sbnr7pnCINTA smutlak7KBNARAN yg tidak tidak & TIDAK mminta2 upah-GANJARAN-title-pangkat dan GELARAN2 drp sesama manusia dewa-dewata-raja-kisra-kaisar-UNESSCO dsbnya..

INGATlah..
"Laa AJRIYA illa min indi'LLAH.."

Aku tiada minta GANJARAN-pngkat-gelaran-upah mlainkan upahku hanya disisi ALLAH"(26:109)

CAHAYA-miracle-SIMPLE itu hanya & HANYA diberi kpd mrk yg sdikit sklumitpon TIADA mmentingkanDIRI selain kpntingan-UMMAH demi sbnr7 smutlak7kpntingan-"ALLAH" smata2..

If you really want to know The TRUTH...The TRUTH is very very very SIMPLE!!

Of course...really very very SIMPLE!

Tanpa Nama berkata...

Ada jugak komen yang tak nak pakai otak Konon bersangka baik lah tu

Yang kalahkan Rani tu bekas timbalannya Jadi nak senang cerita supaya kita faham isu ini boleh tak PAS Selangor lantik Najhan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor

Hadis Nabi saw tu berguna sebagai petunjuk untuk memilih pemimpin atau ketua yang macamana yang patut kita pilih Jangan pilih calun yang minta jawatan Jika bukan kerana menyandang jawatan tersebut Rani dah tolak pencalunan

Jika rekod dan peribadi Rani dan yang lain lain sama macam rwkod dan peribadi Hj Hadi memang lah patut lawan !



Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS ini ada dua kumpulan ahli

Yang satu akar umbi Yang dah masuk umur Rumah suruh pergi Nak harap amalan tak seberapa jadi kena lah tumpang amalan dan berkat doa ulamak Takut kat sana terpinga pinga sebab tolak ulamak Sebab tu kalau ada ulamak UMNO masuk PAS seminggu tak lama pun kumpulan ini akan tetap pilih ulamak

Kumpulan kedua pertengahan umur yang rasa Islam nya hebat dan anak anak muda yang baru nak berjinak dengan PAS dan kumpulan ini rasa perlu beri sokongan pada ulamak untuk menambahkan sayang nya pada Islam

Dalam UMNO sehebat hebat Ulamak tak kan kemana Kat situ je Habis kuat ahli majlis tertinggi UMNO

Kita tak nak semua itu kita nak letak Ulamak betul betul pada tempatnya Duduk nya kita hormati Berdirinya kita sanjungi Tak kira lah mana dia duduk dan mana dia berdiri

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

ciri2 munafiq ialah:

bila berkata dia bohong - hadi tuduh calon pkr sbg pengedar pil kuda tanpa bukti hinggakan mahkamah sahkan hadi membuat kenyataan fitnah.

bila berjanji dia mungkir - hadi janji nak bentang ruu dlm mesyuarat PR. dia tak buat. terus mohon bentang ke parlimen.

bila diberi amanah dia khianat - hadi enggan letak jawatan bahkan suruh ahli wala pada dia walaupun telah hilang dua negeri.

bila bermusuh dia kejam - hadi serang peribadi presiden PKR dengan menghina kak wan. Jangan hina kaum hawa sebab ko pun keluar dari mereka. Kak wan dapat gold award dalam pengajian beliau di Ireland.

Amuraria berkata...

Lupakah mereka ada kaum munafik & lahanat dari gerombolan biru yang mahu memecahkan kesatuan parti islam ? Lebih teruk lagi dari simusibat al-sisi di mesir, dan mereka jalankan jarum tanpa disedari ahli parti islam, kini mereka sedang ketawa terbahak-bahak terguling-guling atas hasil kerja khianat dari selatan hingga ke utara ! Allahu Akhbar ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu dan lihat episod seterusnya wajah2 sebenar ostaz2 kita.

cucu mamak kutty berkata...

sape yg sokong hj hadi tu kompom org umno,sape yg maki hj hadi tu kompom org pas ori punya

Tanpa Nama berkata...

Golongan ulama dalam PAS masih kurang akhlak Islam. Mereka ingat ulama boleh lakukan apa sahaja untuk menewaskan BN. PAS akan semakin jauh daripada didekati golongan profesional. Mereka angkuh dengan pegangan bahawa golongan ulama perfect dan tidak boleh disentuh. Selepas Hj Husam Musa dan Dr Rani ditendang, maka siapa pula yang akan jadi mangsa politik bodoh PAS ini.

Tanpa Nama berkata...

Puak dalam Pas ramai yg bodoh sombong tak sedar diri nak masuk lubang biawak lebih 2 kali, bab cakap pasal ugama berdegar degar bagai halilintar tapi habuk pon tarak. Mereka dulukan nafsu meteka ikut rentak puak umno yaaa bahalolo and tolol. Tak reti bahasa bodoooo .

Tanpa Nama berkata...

PAS semakin berwajah umno.

cantas mencantas sudah berlaku walaupun tiada kesalahan syarie.

PAS sedang mem'bersih'kan kepimpinan dpd golongan professional. Pemimpin bukan 'barua' pun kena singkir.

Ust Ahmad Awang pula ditarik 'permit' ceramah di selangor.

PAS juga tidak hirau akan sokongan bukan Islam

Yang penting 'asal Tuhan redha'.

Mana tahu Tuhan redha semua tu?

Semakin jelas UMNORINAS dalam PAS.

Yang belum UG buat ialah MENUKAR SERBAN KEPADA SONGKOK TINGGI. Bila agaknya ye?

Jgn terkejut jika selepas ini jika ada lagi golongan professional dlm PAS yg suka bersuara, maka akan keluar pula SAIFOOL Versi PAS dengan video liwat versi PAS.

Jgn pula sampai ada pula Altantuya versi PAS.

PAS ke arah wawasan 1020.

PAS is PAST !

Tanpa Nama berkata...

En BOSAN 10:19

Sebelum Ikhwan Muslimin menang PRU Mesir dulu, Hosni Mubarak menang pilihanraya Presiden dengan mendapat undi sebanyak 98%. Begitu juga sebelum Khadaffi digulingkan, beliau mendapat mandat rakyat hampir 100%.

Adakah bermakna kedua-dua sosok ini benar-benar dipilih oleh rakyat...jawapnya TIDAK. Mereka didokong oleh syaitan-syaitan sehinggga mendapat kemenangan besar. Ada faham sekarang?

Wan Rosli berkata...

Betapa tinggi dan tajamnya pandangan politik TGHH sehinggakan dia menyindir UMNO pun macai2 DAP dan PKR x dpt nak faham..

Maksud PAS ialah jika ada kuasa sampai 60 tahun mcm UMNO tp x boleh nak wat hukum islam (namun begitu kini PAS sdg berusaha agar dpt mendesak UMNO utk sama2 luluskn hudud) lebih baik lah hilang kuasa atau serahkn shj pada PAS.

Dan seperti biasa kami tetap di belakangmu wahai TGHH..!! Jgn sekali2 tunduk kpd DAP dan PKR secara mengkhinzir buta!! Diaorang pun tgh gelabah sbb x de jentera nk bantu kempen pilihanraya kecil.. sekian adanya!!

Dan satu lg patutlah ahli2 parti diaorg x ramai mcm PAS.. rupa2nya mereka x brp cerdik utk berada bersama2 kita dlm PAS yg mempunyai bacaan politik yg tinggi malah di luar keupayaan IQ mereka !!..

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah
kelakar baca komen wan rosli di atas...

berlagak macam pas sajer ada jentera. sama-sama tengok nanti prk rompin, pas terkangkang ke tidak. Terengganu dulu macam tu lah, berlagak ada jentera kuat, konon tak perlu PKR. Akhirnya apa jadi? tertonggeng!

ahli2 parti pkr dan dap tak ramai macam PAS? lagi kelakar.... PKR baru tubuh sudah ada ahli hampir 3 juta. PAS dah berapa lama tubuh? ahli baru nak cecah 1 juta...

IQ Hadi tinggi? lagi besar kelakar. dah kena patuk ular 10 kali pun dikatakan bijak oleh para pentaksubnya.

Tak lama lagi Hadi akan masuk penjara. Nak bet?

Tanpa Nama berkata...

Nah, sekarang jelas apa yang PAS buat tentang EKJS2 hanyalah dolak dalik sahaja...Hakikatnya kerajaan sudah lama berusaha ke arah itu...Rata-rata Hudud menjadi kambing hitam untuk mewujudkan keributan tanpa benar-benar diberi penjelasan, sedangkan yang mahu diusulkan ialah AKta 355...

Jika apa yang diutarakan oleh JAKIM, maka apa perlunya PAS terhegeh-hegeh membawa usul Akta 355 ini? Sewajarnyalah Menteri berkenaan yang mengusulkan...Malang lagi segalanya terselindung di sebalik Hudud...yang diperlekeh ialah hudud, yang namapk hodoh ialah hudud...Inilah natijah tindakan terburu-buru 'ustaz-ustaz' kerajaan Kelantan.

Baca ini...

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan membawa rang undang-undang persendirian Akta 355 bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah negara ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata ia juga merupakan perjuangan Jakim dan kerajaan sejak sekian lama dalam usaha memastikan undang-undang syariah dilaksanakan di negara ini.

"Dalam perkembangan mengenai hudud, kita tak mahu orang ramai keliru, rang undang-undang persendirian yang sedang dibawa oleh Presiden PAS Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) ke Parlimen sekarang ini adalah Akta 355 dan bukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri yang telah diluluskan oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan.

"Ia bagi menaikkan kadar hukuman pesalah jenayah negara ini ke kadar lebih tinggi atau maksimum yang dibenarkan oleh syarak. Jika kita tidak setuju apa yang menjadi perjuangan kita (Jakim) sejak bertahun-tahun dulu, maka ia tidak akan terjadi," kata Othman dalam ucapan beliau selepas merasmikan penangguhan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Peringkat Kebangsaan 2015 di ibunegara hari ini.

Tanpa Nama berkata...

Selama ni pun kau tu biru pekat amero woii.. Mcam LA orang tak kenal dgn macai

Wan Rosli berkata...

Sbb tu kami x rela didokong atau ditarik hidung oleh dap dan pkr bimbang perkara yg sama berulang spt yg tn anon 4.34pm persoalkan di atas.. Ada faham sekarang?

Tanpa Nama berkata...

Kelakar ler baca tulisan wan rosli... konon x rela ditarik hidung oleh dap dan pkr...
kalau macamtu belah ler keluar dari PR... apasal tuang presideng kau masih gila lagi buat statement "kami masih bersama PR?"

kan ke bangang nak mampos puak UG ni... (sorry admin, terkasar bahasa sikit)

Zaki berkata...

Stratigi mereka menjatuhkan kita menggunakan tenaga kita sendiri semakin berjaya. Jangan salahkan mereka sahaja. Kejayaan mereka disebabkan kehebatan mereka lihat kejahilan kita sehingga kita dilaga-lagakan sesama sendiri. Keldai takkan tahu apa yang ada disebalik bukit sebab hanya melihat menggunakan mata dan tidak melihat menggunakan akal.