Percaturan menghancurkan PAS Oleh Mujahid Yusof Rawa
Suasana sukar yang dilalui oleh PAS hari ini adalah merupakan antara ujian paling getir yang pernah dilaluinya. Suasana PAS dalam keadaan sekarang tidak meninggalkan kita banyak pilihan ia hanya dua iaitu antara PAS undur ke belakang atau PAS maju ke hadapan.
Pencapaian PAS tidak pernah difikirkan oleh pemimpin PAS sebelum ini apabila dengan izin Allah adanya Pakatan Rakyat telah membolehkan PAS berada pada tahapnya hari ini. Di Pulau Pinang walaupun berbekalkan hanya satu kerusi PAS dapat berperanan sebagai kerajaan berbanding dengan Johor yang ada empat kerusi PAS namun peranannya adalah sebagai pembangkang sahaja.
Pencapaian PAS dalam memecahkan tembok perkauman dipermudahkan dengan adanya PR di mana telah terbukti di tempat yang kerusi campuran PAS berjaya menembusi dengan sokongan pengundi Cina dan India. Sentimen pengundi Cina dan India banyak dipengaruhi oleh asakan PR dan manisfesto yang dibawa. PAS telah berjaya memanfaatkan sokongan ini apabila ia bersama PR dan berjaya mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.
Umno Kecewa
Perkembangan dan pencapaian PAS sangat menyakiti Umno, sebab itulah sejak pasca 2008 lagi, Umno cuba melemahkan kebangkitan PAS. Taktik Umno menggunakan umpan “perpaduan Melayu” bagi melemahkan kemaraan PAS. Usaha sejak 2008 tanpa henti kononnya Melayu perlu bersatu-padu dan mengharapkan PAS dan Umno dapat melakukannya. Digerakkan slogan palsu ini bukan kerana Melayu perlu bersatu tetapi supaya PAS menjadi lemah dan memecahbelahkan kekuatan PR.
Slogan “perpaduan Melayu” naik satu tahap lagi dengan mempertaruhkan Islam sebagai umpan untuk PAS. Maka bermulalah episod isu Islam untuk menggoda PAS supaya PAS dipisahkan dari PR. Mereka membawa isu sentimen Islam dengan mempromosikan PKR sebagai liberal Islamnya manakala DAP adalah anti-Islam.
Serangan media ini bermula sejak 2008 hingga kini namun PAS tidak berganjak menyatakan komitmen kepada PR. Isu perpaduan Melayu dan Islam hanyalah usaha untuk melemahkan kemaraan PAS dan tanda kekecewaan Umno, tidak lebih dan tidak kurang.
Usaha Pecahkan Saf PAS
Salah satu taktik Umno melemahkan PAS ialah menyokong dari dalam PAS mereka yang sedia mengambil jalur keras untuk membawa Islam. Hujah yang selama ini dibawa oleh ISMA dan PERKASA sudah menyusup dalam PAS kononnya untuk memelihara dasar parti, PR tidak menguntungkan Islam dan mara ke Putrajaya hanya untuk memenuhi kehendak Anwar dan PAS menjadi kuda tunggangan DAP.
Begitu juga isu keputusan Tahaluf Siyasi PAS dituntut beberapa kali oleh Multaqa Ulama PAS untuk dibuat penilaian semula walaupun PAS berpegang dengan tahalufnya.
Percaturan kali ini bukan aturan dan aturcara yang ditetapkan oleh PAS dalam mencari penyelesaian. Kalau hendak dikatakan PAS tidak pernah berkonflik itu satu pembohongan tetapi PAS ada caranya sendiri, namun kali ini ‘orang luar’ yang mencaturkan PAS dan penyelesaiannya adalah mengikut skrip yang tamat ceritanya ialah “lemahkan PAS dan kemudian hancurkannya!”
Membentuk Kelompok
Walaupun selama ini isu kelompok memang tidak dapat dielakkan dalam PAS tetapi ia hanya perbezaan pendapat yang masih di bawah kawalan. Namun semenjak kebelakangan ini usaha memecahkan lebih berstruktur dan canggih.
Taktik musuh PAS cuba membahagikan dua kelompok antara yang mempertahankan keberlangsungan PR yang mereka gelar “Anwarinas” dan kelompok yang kononnya mempertahankan dasar PAS iaitu “ulama”. Umno tahu selagi kelompok yang mahu melihat PAS maju ke hadapan melalui PR menguasai parti maka amat sukar strategi Umno melemahkan PAS dari dalam.
Taktik pecah seterusnya ialah menanamkan kebencian kepada kelompok yang mahu bersama PR dengan tohmahan dan fitnah seolah kelompok ini lebih pentingkan kuasa dan sedia menggadaikan perjuangan PAS demi bersama PR.
Kelompok ini difitnah sebagai mengamal Islam liberal, tunduk kepada Lim Guan Eng dan menjadi barua kepada parti lain malah hilang wala’ kepada parti. Taktik ini berjaya didoktrinkan sehingga perpecahan dalam PAS bukan lagi perbezaan pendapat biasa tetapi perpecahan yang menguntungkan strategi musuh yang sudah merekrut unsur dalam PAS sendiri.
Alat paling berkesan ialah sosial media yang menjadi rujukan utama doktrin pemisahan kelompok oleh musuh. Anasir dalam PAS digunakan untuk mengapikan lagi kebencian sehinggakan tidak ada lagi perasaan hormat menghormati malah ramai yang menjadi mangsa doktrin ini tanpa disedari.
Grand Design dan End Game
Trend memisahkan kelompok dalam PAS ini sejak 2008 adalah untuk membina momentum bagi MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) parti di mana ia adalah usaha penghapusan satu kelompok dalam PAS untuk membuka jalan supaya PAS akan lebih mesra Umno dan seterusnya meninggalkan PR.
Ini adalah “Grand Design” dan “End Game” yang ingin dicapai oleh elemen Umno dalam PAS. Para konspirator melontarkan isu hudud, isu persempadanan semula dan isu anti Islam sebagai umpan menarik PAS lebih jauh ke dalam perangkap jahat mereka.
Pencapaian objektif strategi mereka ialah pecahkan PAS supaya PAS tiada lagi dalam PR dan kerana itu lebih mudah untuk Umno menguasai PAS dan sekaligus melemahkan PAS yang sudah jauh ke hadapan kini.
Seruan Saya
Mari kita secara jujur dan ikhlas serta dengan mendapat petunjuk Allah untuk berfikir sejenak kegilaan apakah yang telah menimpa PAS hari ini. Ulama, wala’ dan dasar parti cuba dipertaruhkan bagi tujuan kelompok kecil yang bekerja untuk tuan-tuan besar di luar PAS yang mahu melihat PAS lemah dan kemuncaknya hancur.
Ketahuilah bahawa ia bukan soal ada “Anwarinas”, “liberal”, “anti hudud” atau “broker dan barua” dalam PAS seperti yang cuba dimomok-momokkan, ia adalah tentang satu konspirasi jahat dan para konspirator ada di kalangan ahli PAS dan pimpinan PAS sendiri di semua sektor parti. Tentera setia mereka ialah di kalangan facebookers hantu, bloggers upahan dan pengadu domba yang cap jarinya menyertai PAS belum pun kering lagi.
Pesan saya, jaga dan selamatkanlah PAS daripada para konspirator dan PAS pada saat ini memerlukan kepimpinan yang tegas dan kembali kepada landasan perjuangan yang betul, berhemah dan berperinsip.
Lebih utama PAS memerlukan ahlinya yang bijak membaca gerak geri para konspirator, umpama pepatah, “sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina”.
MAZLAN ALIMAN MENULIS MENGENAI RAKAN SEPERJUANGANNYA, BACALAH DENGAN HATI
Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda.
Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, 'duit belanja ada?' Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.
Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit.
Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.
Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. 'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.
Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.
Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, 'saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini (ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.
Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.
Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat
Mazlan Aliman
20 ulasan:
nampak cam ramai pegi ceramah azmin di permatang pauh smlm...dgr kate..150 ribu turun...bagus la tu..bile ada kawan buat cm sampah..lawan la sorang2
Mencari Hang Nadim dan Bendahara dalam Pas
-------------------
Ibarat dalam sebuah negeri apabila orang menjadi raja sudah tidak boleh diharap mentadbir dan menguruskan tanah jajahan dengan baik, sama ada kerana sakit atau "lus skru", maka harus ada satu puak ataupun seseorang dalam kalangan mereka yang cerdik dan bijak akal untuk menjadi penasihat bagi menyelamatkan keadaan negeri.
Mereka harus ditampilkan sebagai pemangku bagi mentadbirkan negeri.
Seperti mana dikisahkan dalam riwayat Singapura di langgar todak, ketika itu wujud seorang budak bernama Hang Nadim yang bijak akal mengatasi masalah todak yang mengganas. Raja atau sultan sendiri ketika itu sudah tidak tahu apa hendak dilakukan lagi, biul kerana ramai penduduk negeri itu mati kerana ditikam todak
Saat raja sudah hilang akal dan ilmu itulah Hang Nadim muncul menyelamatkan keadaan. Menjadi super hero. Dengan kelebihan akalnya dengan mudah serangan todak itu dipatahkan apabila beliau mengarahkan penduduk menjadikan batang pisang sebagai perisai.
Malangnya kehadiran Hang Nadim itu tidak dihargai oleh sultan. Sebaik Hang Nadim berjaya menewaskan todak dia dihukum bunuh. Alasan sultan ialah bimbang budak yang cerdik itu akan menguasai negeri dan mengambil alih tempatnya. Pemikiran demikian tidak patut diwarisi kerana ia merugikan.
Malang dan sedihnya tidak ada siapa yang mempersoalkan tindakan sultan pada masa itu melainkan setelah ianya terkambus dek sejarah. Mungkin rakyat Singapura semuanya taksub dan wala' bengung kepada raja itu sehinggakan semuanya terminum air kencing pandir.
lanjut http://msomelayu.blogspot.com
Dr. Hassan Ali sahkan memang ada usul gabung PAS / Umno dan ia dibawa oleh Hj.Hadi
-----------
Dr. Hassan Ali sahkan memang wujud usul UG untuk gabung Umno/Pas dan cadangan oleh Hj. Hadi sendiri.
Minggu lepas ketika mencari video lama di 'youtube' tiba - tiba terjumpa sebuah video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan 'Berita Terkini' yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton di sini klik https://www.youtube.com/watch?v=9s6dOkF8FjQ&hc_location=ufi&app=desktop
Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin Pas, Datuk Dr. Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.
Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Dr. Hassan menyatakan sememangnya wujud usul untuk menggabungkan Pas dan Umno dalam usul yang dinamakn usul UG yang dibawa oleh Tuan Guru Hj. Hadi Awang sendiri. Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong perbagai pihak dalam Pas antaranya ialah Ust.Nasharudin Mat Isa (Bekas Timbalan Presiden Pas) termasuk beliau sendiri. Dr. Hassan dengan tegas menyatakan (Tuan Guru) 'Nik Aziz' pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan Pas itu.
Dengan nada menghina Dr. Hassan menyebut 'Nik Aziz' ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Bharu tetapi sebaliknya pergi ke rumah Karpal Sigh, untuk menyambut ulang tahun Karpal. malah Dr. Hassan menyatakan selagi 'Nik Aziz' hidup jangan mimpi UG terlaksana.
Dr. Hassan dalam video tersebut beberapa laki menegaskan Hj. Hadi sangat pro pengabungan Pas / Umno tetapi telah dihalang oleh 'puak - puak' Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam Pas.
Dr. Hassan tanpa berselindung menyatakan menjelang Muktamar Pas Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hj. Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan 'ulama' yang lebih terbuka dan sanggup bergabung Pas dan Umno demi Melayu dan Islam.
Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti respon Tuan Guru Hj Hadi , Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ? Adakah benar kempen pemilihan dalam Pas yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang 'usul UG' dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno - Pas itu sendiri. Jika ia fitnah maka video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hj. Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Dr. Hassan Ali menarik fitnah tersebut atau disaman.
Mohon respon dari YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Sanggup PAS Kalah Demi Sokongan UMNO Terhadap Hudud
Presiden PAS dilaporkan berkata:
"Umno kata hendak sokong hudud – dalam Islam kita diajar menerima ucapan zahir daripada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang munafik sekali pun.
"Jadi, dengan cara ini yang munafik pun akhirnya bertaubat," kata Hadi pada forum “Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi”, di Shah Alam petang ini.
Soalnya sekarang, apakah asas keyakinan Haji Hadi Awang akan sokongan UMNO terhadap bil persendirian yang bakal beliau bentangkan di Parlimen?
Wujudkah keputusan MKT UMNO yang akan menyokong bil persendirian Haji Hadi Awang tersebut?
Wujudkah kenyataan rasmi Presiden UMNO bahawa ahli2 PArlimen UMNO akan menyokong bil persendirian Haji Hadi tersebut?
Asalnya UMNO telah berjanji bawaha merekalah yang akan meminda Akta 355 tapi akhirnya mereka mungkir.
Kami ahli2 PAS tersangat hendak tahu.
TULANG BESI
ps Haji Hadi juga dilaporkan sanggup lihat PAS kalah piliharanya demi sokongan UMNO terhadap hudud. Ia bermakna Haji Hadi mahu mengulangi apa yang beliau telah lakukan di Terengganu pada tahun 2004. Malangnya selepas PAS kalah di Terengganu tiada hudud terlaksana di Terengganu sama sekali.
Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.
[HR Ahmad]
Apa salah Hj Hadi dan pro UG yang kita marahkan sedangkan ahli ahli telah memilih siapa yang jadi YDP Kawasan Dan yang mencalunkan Hj Hadi untuk kekal sebagai presiden ?
Tak salah pun jika Ulamak yang nak pimpin PAS
Tapi berterus terang lah pada ahli yang mereka akan bergabung untuk kerjasama dengan PAS Sekarang ahli pilih mereka semata mata kerana mereka ulamak dan sebab hudud dan percaya kan PAS akan terus dengan PR
Ahli ahli perlu di beritahu yang jika Hj Hadi dan pro UG menang maka usaha tersebut akan lebih mudah Jangan berhelah PAS masih bersama PR
Dan jika ahli ahli diberitahu secara jujur PAS UMNO bergabung dan ahli tetap memilih pro ulamak ug juga maka kita kena terima kehendak ahli walaupun ini bermakna mereka sokong fitnah mereka sokong kezaliman mereka sokong anwar di sumbat dalam penjara
Dalam komspirator mesti ada ketua Dalam PAS siapa lagi kalau bukan Harun Din
Kalau kelebihan Harun Din kerana ceritanya bermimpi bertemu Nabi Muhammad saw maka ketahuilah orang lain pun bermimpi bertemu Nabi saw Abu Jahal hidup hidup jumpa Nabi saw
Ini masalah orang kita menganggap ianya satu kelebihan yang tidak akan merubah sikap seseorang Apa tujuan mendedahkan pertemuan tersebut secara umum ? Atau adakah Kerana pertemuan tersebut maka Harun Din lebih mulia dari orang seperti TGNA ?
Mahkluk yang jumpa bercakap dengan Tuhan pun boleh engkar pada Tuhan
Kepada Allah kita kembalikan
Kata Hadi:
Umno kata hendak sokong hudud – dalam Islam kita diajar menerima ucapan zahir daripada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang munafik sekali pun.
Firman Allah swt:
"Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal." (Al-Hujurat:6)
Perintah dari Allah swt:
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Hujurat:9
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." Hujurat : 10
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." Hujurat : 11
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Hujurat : 12
Bila PasMa hendak daftar jadi parti politik..?
Semua geng progresif harap bergabung.
Selamatkan negara dahulu,martabatkan rakyat tidak kira apa kaum dan berikan penerangan tentang syariat Islam step by step secara tersusun bukannya secara paksaan mahupun secara kelam kabut.
knp hadi harus berselindung. klu kamu minat nak gabung dgn umno terus terang sajalah. skrg kedudukan kamu dah selamat. insyaallah kekal sbg presiden. takut apa lagi. bukankah sepatutnya takut kpd Allah saja
Perkara yang perlu diperkatakan secara jelas sekarang ialah prinsip PAS dari kaca mata presiden.
Presiden perlu memberikan hala tuju yang jelas kepada akar umbi.
Presiden perlu dilihat berupaya mengawal gelodak berpuak-puak dalam PAS.
Presiden perlu menyatakan secara jelas prinsip PAS, mahu bersendirian, mahu ber'UG' atau mahu tersu ber'PR'.
Presdien perlu tegas mengawal fatwa-fatwa songsang dari kumpulan 'ustaz' kawasan.
Presiden perlu tegas dengan prinsip yang diputuskan dalam muktamar berbanding mempertahankan keinginan peribadi segelintir puaknya demi kepentingan tertentu.
Apabila UTUSAN dan TV3 memberi ruang yang luas dan kempen untuk sesuatu kumpulan dalam PAs bererti mereka ini adalah sebahagian dari agenda besar UMNO.
Pull Stop
Kalau tidak kerana PasMa, Pas dah hancur...
TGHH perlu berani mengemukakan idea ber'UG' secara TERUS TERANG seperti mana yang dijelaskan oleh Hassan Ali, Nasharudin Mat Isa dan Ustaz Ahmad Awang.
Kenapa harus berselindung atau mengelak apbila idea-idea itu sudah didedahkan.
Saat terbaik sekarang, kekuatan TGHH bersama-sama Mursyidul Am dan segelintir pendokong UG sudah jelas menjalankan agenda tersebut. Wajarlah berterus terang.
Biarlah akar umbi membuat pilihan. Jika diterima teruskan ber'UG', jika ditolak boleh terus bersama PAS atau bersama UMNO atau tubuh parti baru atau terus saja mengajar di surau dan masjid.
Pilihannya;
(i) kumpulan menerima UG atau kumpulan menolak UG akan terkeluar daripada PAS
(ii) PAS akan terus hidup didokong oleh kumpulan menerima UG atau kumpulan menolak UG
(iii) Ahlli-ahli PAS tetap ada label...'Barua', 'Broker', 'Parasit', 'Jebon' dan sebagainya.
PAS BAKAL DISONTOT OLIH UMNO BN. HANCUR LEBUR PARTI PAS BAKAL TERKUBOR.
Bilalah PAS nak keluar dari PR.Biarlah PAS keluar sekarang daripada terus merosakkan PR & harapan rakyat. Majoriti rakyat tetap akan sokong PR walaupun PAS keluar sebab PAS + umno = pengkhianat rakyat. Siapa pun yg bersekongkol dgn umno/bn mereka sama zalim kpd rakyat.
Jgn tunggu PRU 14 baru nak keluar PR akan huru-hara PR oleh karenah PAS nanti. Biarkan PAS hanyut dgn golongan ulamak yg sombong , angkuh dan kaki fitnah tetap pengecut bersemuka atau berdebat.
kenapa hadi tk berani ckp :
"UMNO menyokong PAS laksana hudud kelantan, maka PAS mesti kerjasama dgn umno.
DAP dn PKR tidak menyokong PAS, maka PAS mesti utamakan umno yg telah 'insaf'"
kenapa susah sgt nk ckp mcm tu.
bila ckp jelas mcm tu, ada 2 manafaat;
pertama ; kita akan tgk reaksi umno, adakah benar2 sokong hudud atau mula berdalih
kedua ; kita akan dpt penjelasan PR yg lain adakah mereka memang menolak hudud atau menangguh hudud kerana ada agenda utama perlu dibuat
kalau perkara semudah ini hadi tk pandai nk fikir, memang layaklah dia jadi guru pondok saja.
UG sepatutnya menguji umno betul2 sebelum wala' kpd mereka yg kelihatan menyokong hudud. kenalpasti betul2 niat mereka.
jgn kerana bersikpa culas, maka dgn senang berkata PAS tk kisah kalah, yg penting Tuhan redha(betul ke redha dgn tingkah laku UG tu?)
atau hudud pun hanya topeng, ada agenda lain yg lebih utama yg tersembunyi.
dalam PAS tiada ANWARINAS, yang ada dalam PAS adalah :-
UMNORINAS
Kta tgk je puak UG uruskan pas mcm mna.....harab2 sagat Sagat2 boleh buat kempen hudud 1 Malaysia dengan umno...baru boleh puak UG bnyak jawatan(gila jawatan) boleh pakai motokar bosar2 walaupun kalah pilihan raya...janji nasib rakyat terus susah dapat gst dapat birm dapat kena tipu dapat mcm2 bala kan baik untuk rakyat
Di Rompin. Kalahkan PAS, Penderhakan PR, Penderhaka rakyat ABU, Penderhaka ahli keluarga Saudara Anwar Ibrahim, Penderhaka Langkah Kajang, Penderhaka bantu Penjarakan Anwar.
Di Pematang Pauh. Kalahkan BN sama dgn Kalahkan PAS UG. Penderhakan PR, Penderhaka rakyat ABU, Penderhaka ahli keluarga Saudara Anwar Ibrahim, Penderhaka Langkah Kajang, Penderhaka bantu Penjarakan Anwar.
Kuburkan PAS Hadi, bantu tubuh PASMa.
aku ahli PAS tegar.
kalau Pemimpin PAS masok dalam tong taik Amno.
Aku keluar PAS.
Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi
Dah cakap dah Hudud yang di hebuhkan bukan hudud sebenar tapi Hudud PAS atau Hudud citarasa Hj Hadi
Hj Hadi melihat hudud dengan cermin mata politik Bukan dengan mata hati nya Maka sudah pasti pandangan ulamak lain seperti Yusof Qardhwi tidak di ambilkira
Catat Ulasan