13 Apr 2015

Habis, Hadith "Jangan Sampai Dipatuk Ular Dua Kali" Itu Apa Maknanya?


Umno pelawa runding hudud, PAS wajib terima, kata Hadi

Susulan pelawaan rundingan Umno berkenaan hukum Islam, hudud, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu wajib menerimanya dan mengetepikan pandangan mereka sedang ditipu.

Hadi sebaliknya berkata, ‘ikhlas’ adalah urusan Allah dan mereka wajib menerima pelawaan rundingan Umno.

"Ikhtilaf (berbeza pendapat) boleh, membantah hukum tidak boleh. Sebab itu dalam menangani isu ini, DAP tidak setuju, mintak ditangguh sejak 20 tahun, sedangkan kita nak hukum orang Islam saja, kita pilih pandangan ulama, (berkenaan) hukum orang Islam.

"Dia nak ganggu juga. Umno ajak kita berunding, wajib kita berunding, ada yang kata dia (Umno) nak tipu, tipu itu urusan Allah, kita anggap semuanya ikhlas, jangan kita campur urusan ikhlas ini," kata Hadi, ketika berucap dalam Program Nadwah Fiqh Ikhtilaf, di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, hari ini.

Hadi berkata, dengan pelawaan Umno itu, PAS membuka peluang rundingan.

"Bila ada orang itu terima, zahirnya, kita terima, maka rundingan dibuat mengikut ijtihad," katanya, di depan lebih 300 peserta program dialog anjuran Pemuda PAS itu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, hudud yang dibawa PAS dan cuba dilaksanakan di Kelantan itu berbeza daripada undang-undang Islam yang diguna pakai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) serta Taliban.

"Kita melaksanakan hukum ini bukan macam Isis, Taliban, mereka menegakkan negara tanpa asas Islam yang kukuh, belum apa-apa hukum bunuh, ini bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, terdapat ulama dalam PAS yang mampu mengendalikan perkara itu, lebih-lebih lagi kerana mempunyai Majlis Syura Ulama.

"Ada ulama yang boleh kendalikan isu ini, PAS ada Majlis Syura Ulama yang boleh berijtihad, dalam mengendalikan hukuman ini perlu kepada kepakaran.

"Majlis syura boleh panggil doktor pakar, sebab itu kita boleh tangani ikhtilaf ini dengan sebaik-baiknya.

"Perkara manusia tidak boleh fikir, perlu lihat hukum Allah, perkara manusia boleh fikir, kita serah kepada rakyat,” katanya.

Hadi sebelum ini membawa usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 ke Dewan Rakyat, dalam usaha bagi meminda kuasa Mahkamah Syariah untuk membolehkan Enakmen Jenayah Syariah II di Kelantan dilaksanakan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan enakmen berkenaan pada 19 Mac lalu, yang meliputi pelaksanaan hukuman hudud.

Hadi bagaimanapun menghantar notis kepada Dewan Rakyat, sehari sebelum enakmen berkenaan diluluskan, untuk membolehkan rang undang-undang persendirian ahli bukan kerajaan yang dibawanya dapat dibentangkan dalam sesi Dewan yang tamat pada Khamis lalu.

Susulan tindakannya itu, DAP memutuskan hubungan secara rasmi dengan Hadi, namun mengekalkan tahaluf siyasi mereka dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, bersama PKR.

Hadi bagaimanapun perlu mengemukakan usul semula kepada Dewan Rakyat untuk membawa rang undang-undang persendirian berkenaan ke Parlimen pada sesi akan datang yang bermula pada 18 Mei, berikutan usul itu tidak dapat dibentangkan pada sesi kali ini. -TMI

ULASAN GB

"Ikhlas" itu urusan Allah kata Tuan presiden. Habis hadith Nabi ini untuk apa?

Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)

Bukankah hadith itu menyaran dan menyuruh umat Islam agar tidak ditipu lebih sekali?

UMNO sudah menipu berkali-kali pun mahu hulur diri untuk dipatuk lagi. Hairan kita.

Jauh berbeza dengan sikap TG Nik Aziz yang lebih bijak di dalam berpolitik supaya kita berwaspada dengan makhluk yang bernama UMNO itu...

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju benar saranan tgna tu.

Tanpa Nama berkata...

Ularmak mana mau dengar hadis macam tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau bukan ulamak dalam Pas nak di tenggelamkan, kalau UMNO nak diselamatkan, rakan ditikam, musuh dipertahankan

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu dan lihat apa akibat yang akan berlaku pada Pas,Dan jangan menyalahkan allh sekirnya Pas hancur kerana kesalahan peminpin yang berfikir mengunakan otak beku.Peminpn yang tidak meneliti apakah takatik umno ini benar2 untuk kuatkan islan atau hanya pura2.Biarkan pas terjun dengan lamabangnay asekali.Birakan..biarkan selagi ada peminpin sepert Hj hadi ni.

Unknown berkata...

Dah ajak berunding utk hudud.. Bukan berunding utk melayu.. Wajib la kena sahut

Tanpa Nama berkata...

Dah kata UMNO pulak yang ajak berunding Makin mengarut Sebelum ini guna nama TGNA memberi wasiat kepada pemimpin PAS Lepas ini apalah pulak ya?

Sebelum ini berdolak dalil kata bukan hudud tapi Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Guna hukum Allah untuk menakutkan orang je Sekarang ini nak tahu lah yang mana hukum Allah Hukum Hudud atau RUU ? Mustahil dua dua hukum Allah

Semua tahu RUU tak dapat di bawa masuk ke parlimen sebab Hj Hadi tergesa gesa Guna alasan menipu jugak ia itu isu keselamatan negara dan keganasan di utamakan

Kalau UMNO yang pelawa berunding letak lah syarat yang pindaan RUU di bawa ke persidangan dewan yang lepas Runding lah supaya Negeri yang diperintah UMNO pun buat hudud Dalam berunding pun dah kena tipu

Ini semua menipu lah Ikhlas tak ikhlas tu kita tak boleh soal tapi kalau menipu memang ini kerja menipu

Kalau ikhlas urusan Tuhan kita boleh nilaikan UMNO dari sudut jujur atau tak jujur dan amanah atau tak amanah Orang yang kita nak ambil berkerja dengan kita atau nak jadi menantu kita ada cara kita menilaikan hati nya Sekurang kurangnya ini dapat menyelamatkan PAS masuk lubang yang sama dan dipatuk pula ular yang sama !

Atau PAS pun dah jadi Ular !

Mengapa Negeri dibawah pemerintahan UMNO boleh pulak hukum Allah itu di bantah dan tak pelawa PAS berunding sekali untuk negeri negeri lain

Tanpa Nama berkata...

Kesalahan ahli ahli pas yang diam diri dengan sikap manufik pemimpin2

Tanpa Nama berkata...

Kalau Iraq Syria Taliban yang Arab tu pun boleh tersilap pasal undang undang Islam ini kan pulak yang cuma melayu

Nampak sangat selain dari berunding secara sulit mengenai isu MB Selangor Hj Hadi juga telah berunding secara sulit dengan UMNO mengenai Hudud yang lebih dari 20 tahun di bantah oleh pemimpin UMNO

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi kena ingat hadith “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,”

Ya bukan semua ular berbisa dan mematuk tapi semua ular yang duduk dalam lubang adalah berbisa hanya menunggu masa mangsa lalu atau masuk lubang

Iraq Taliban Syria bila laksanakan hukuman atau dalam perang pun sebut Allahhuakhbar !

Maaf bukan tolak hudud tapi keyakinan pada Ulamak macam Hj Hadi ini membuatkan kita perlu berhati hati

Hj Auta ini banyak menipu Dari sumber yang kita baca Dr Maza yang memberi taklimat dan penerangan mengenai hudud kepada ahli parlimen BN bukan nya Hj Hadi

Tanpa Nama berkata...

Kenapa x buat di ganu dulu.....ngoknya....rasa mcm kartun pulok.....

Tanpa Nama berkata...

Setelah

Setelah buat FITNAH

Setelah PONTENG berkali2

Setelah putar BELIT u-turn

Setelah maki HALAU mmFITNAH ahli

Setelah KHIANAT mnodai JANJI

Setelah diBODOHkan umno smahu2nya


Kini
Kini bercakap pula soal "IKHLAS"
Seolah2 umno akan berjanji "IKHLAS" ddlm soal HUDUD

Sdangkan umno TIDAK pernah "IKHLAS" ddlm sgl perjanjian..

--janji ROYALTI diTrngganu
--janji ROYALTI diKlantan

Klu umno "IKHLAS" betul2 hendakkan hukum-TUHAN, alangkah elok dimulakan diTrengganu KERANA Hadi Awang sbg presiden "symbol-HUDUD" apatah lg sbg ulamak GLAMOR no.2 donia dtg nya dr Trengganu..
..dan smua ADUN pon melayu Islam

Klu umno memang "IKHLAS" betul2 lg kaw2 brhajat kpd TUHAN, nape negeri Perlis yg ada Morshittdol hebat dgn Dr. MAZA itu tidak memulakannya utk mnjd cth & tauladan..
..smua ADUN Perlis pon melayu-Islam

Bukankah Hadi Awang & Haron Din lg trsgt2 hebat Islamnya berbanding dgn Nik Amar dan Ahmad Yaakob? Oleh itu nape negeri Hadi Awang serta negeri Haron Din itu TIDAK diberikan swajar2 KEUTAMAAN!?

Adakah Hadi & umno tidak "IKHLAS" dinegeri Trenggannu?

DAN

Adakah Haron Din & umno juga tidak "TKHLAS" dinegeri Perlis?

Apakah makna/ERTI/definasi "IKHLAS" yg keluar drp mulut Hadi Awang itu?

Adakah sebutan "IKHLAS" itu sama dgn sebutan "pilkuda" sbg FITNAH merapu yg TIADA rasa malu & bersalah mmberi peluru idup kpd umno sbg onar utk diputar2?






Tanpa Nama berkata...

Setelah

Setelah buat FITNAH

Setelah PONTENG berkali2

Setelah putar BELIT u-turn

Setelah maki HALAU mmFITNAH ahli

Setelah KHIANAT mnodai JANJI

Setelah diBODOHkan umno smahu2nya


Kini
Kini bercakap pula soal "IKHLAS"
Seolah2 umno akan berjanji "IKHLAS" ddlm soal HUDUD

Sdangkan umno TIDAK pernah "IKHLAS" ddlm sgl perjanjian..

--janji ROYALTI diTrngganu
--janji ROYALTI diKlantan

Klu umno "IKHLAS" betul2 hendakkan hukum-TUHAN, alangkah elok dimulakan diTrengganu KERANA Hadi Awang sbg presiden "symbol-HUDUD" apatah lg sbg ulamak GLAMOR no.2 donia dtg nya dr Trengganu..
..dan smua ADUN pon melayu Islam

Klu umno memang "IKHLAS" betul2 lg kaw2 brhajat kpd TUHAN, nape negeri Perlis yg ada Morshittdol hebat dgn Dr. MAZA itu tidak memulakannya utk mnjd cth & tauladan..
..smua ADUN Perlis pon melayu-Islam

Bukankah Hadi Awang & Haron Din lg trsgt2 hebat Islamnya berbanding dgn Nik Amar dan Ahmad Yaakob? Oleh itu nape negeri Hadi Awang serta negeri Haron Din itu TIDAK diberikan swajar2 KEUTAMAAN!?

Adakah Hadi & umno tidak "IKHLAS" dinegeri Trenggannu?

DAN

Adakah Haron Din & umno juga tidak "TKHLAS" dinegeri Perlis?

Apakah makna/ERTI/definasi "IKHLAS" yg keluar drp mulut Hadi Awang itu?

Adakah sebutan "IKHLAS" itu sama dgn sebutan "pilkuda" sbg FITNAH merapu yg TIADA rasa malu & bersalah mmberi peluru idup kpd umno sbg onar utk diputar2?






Tanpa Nama berkata...

Yg penting "JANGAN PERCAYAKAN UMNO"kuatkn PR dulu....jatuhkn bn...dh dpt kuasa baru lah berpakat buat yg baik2 ...

Nostalgia abkk berkata...

Kalau Dia nak terjun ke dalam lubang yang sama berkali2 sekali pun biarkan lah...kenapa harus Kita ikut

Tanpa Nama berkata...

zaman Rasullulah dulu pun ada tok arab haprak yg membina masjid dgn tujuan utk memecah belahkan ummah. tapi kemudian dirobohkan.. kalau tidak sure para sahabat kena tipu.

Tanpa Nama berkata...

Apabila TG Hadi lebih berminat menumpukan kepada kanun jenayah Islam bagi mentadbir negara tanpa mempeulikan teguran dari ahli maka secara jelas dapat kita nilaikan bahawa PAS tiada agenda ekonomi yang dianggap amat penting dalam merealisasikan kehidupan rakyat agar lebih selesa yang boleh menghalang mereka dari terjebak dalam jenayah.

Tanggongjawab itu yang sepatutnya perlu dilaksanakan dulu, tapi malangnya hukum tuhan yang dipinda-pinda itu pulak yang diutamakan.

Saya seorang rakyat Malaysia, berbangsa melayu beragama islam.Saya bekerja didalam sektor awam bergaji dibawa paras kemiskinan iaitu RM900 sebulan. Mempunyai seorang isteri, dan memiliki 3 orang anak. Menyewa rumah RM550 sebulan.

Ketika kerajaan BN melaksanakan cukai GST, pendapatan saya menjadi kurang dan merungsingkan kerana terpaksa membayar cukai kepada kerajaan yang korup.

Dalam keadaan terdesak ini saya akan bersedia untuk melakukan apa saja tindakan yang bertentangan dengan agama islam demi memberi nafkah ahli keluarga saya dirumah. Susah saya ada siapa yang peduli.

Kalau saya mencuri dan didapati bersalah maka tangan saya akan dipotong. Setelah dipotong tangan, sudah pasti saya tidak mampu lagi bekerja untuk memberi nafkah pada ahli keluarga saya.

Siapa yang akan tanggong mereka. Apakah TG Hadi akan membuat kutipan derma setiap bulan untuk ahli keluarga saya ? Jika tidak diberi bantuan, isteri saya pula yang akan mencuri......potong tangan lagi.

Oleh kerana itu, saya tidak akan menyokong keputusan pemimpin tertinggi PAS mahu melaksanakan hukum syariah hudud di Kelantan atau dimana-mana dalam Malaysia kerrana PAS lebih mengutamakan hukum hudud dari agenda ekonomi.




Tanpa Nama berkata...

Benar2 satu keadaan yg menyedihkan apabila golongan professional seolah2 dijadikan punca kemelut sedangkan mereka hanya mahu menyatakan kebenaran. Tingkahlaku, kenyataan sesetengah golongan ulamak pula kini mendapat highlight di akhbar2 mainstream BN yg dulu bukan sedikit memfitnah parti Islam ini. Kini setelah hudud tertangguh, HA pun nmpk rela, tidak lg berkobar2 seperti sebelum ini, barulah beliau mahu bercakap ttg GST. Sedangkan, kalau lah ketika GST mahu dilaksanakan, anwar Ibrahim mahu dipenjarakan, POTA mahu diluluskan PR bersatu menentang, saya kira peluang utk semua itu dilaksanakan mungkin tidak semudah yg kita lihat. Seolah2, ada satu bantuan dari dalam PR sendiri agar apa yg dirancang BN menjadi mudah tercapai. Maaf terpaksa bersikap skeptikal apabila PAS tidak sehebat dulu membantu kawan2 dalam PR malah jelas dapat dilihat gangguan demi gangguan yg diberi ( kes perlantikan MB Selangor cthnya). Manakala apa sahaja rancangan BN pula mendapat sokongan - Kalau di baca kenyataan2 HA. kini , selepas segala plan BN terlaksana, barulah sesetengah golongan ulama bersuara. Golongan professional yg dari dulu telah berjuang akan tersisih dan muktamar nnt mereka bukan lg heroes di mata perwakilan.

Tanpa Nama berkata...

Sungguh bijak si hadi ini, sama bijak penyokong sendiri, bermain hadith pandai sekali, tp. Strategi jauh sekali, udoh guane yg buta tuli, calon presideng sekali lagi, punah jahanam pas kini, dek kontot akal geng UG ni..

Tanpa Nama berkata...

Majlis syura ulama
Zaharuddin tu ulamak ke?
Rasanya dia menantu hadi awe ug
Nasaruddin wellfire tu ulamak besar ke?
Ramai lagi ulamak yg lebih alim dari 2 org ular dlm semak ni...

Tanpa Nama berkata...

Benar2 satu keadaan yg menyedihkan apabila golongan professional seolah2 dijadikan punca kemelut sedangkan mereka hanya mahu menyatakan kebenaran. Tingkahlaku, kenyataan sesetengah golongan ulamak pula kini mendapat highlight di akhbar2 mainstream BN yg dulu bukan sedikit memfitnah parti Islam ini. Kini setelah hudud tertangguh, HA pun nmpk rela, tidak lg berkobar2 seperti sebelum ini, barulah beliau mahu bercakap ttg GST. Sedangkan, kalau lah ketika GST mahu dilaksanakan, anwar Ibrahim mahu dipenjarakan, POTA mahu diluluskan PR bersatu menentang, saya kira peluang utk semua itu dilaksanakan mungkin tidak semudah yg kita lihat. Seolah2, ada satu bantuan dari dalam PR sendiri agar apa yg dirancang BN menjadi mudah tercapai. Maaf terpaksa bersikap skeptikal apabila PAS tidak sehebat dulu membantu kawan2 dalam PR malah jelas dapat dilihat gangguan demi gangguan yg diberi ( kes perlantikan MB Selangor cthnya). Manakala apa sahaja rancangan BN pula mendapat sokongan - Kalau di baca kenyataan2 HA. kini , selepas segala plan BN terlaksana, barulah sesetengah golongan ulama bersuara. Golongan professional yg dari dulu telah berjuang akan tersisih dan muktamar nnt mereka bukan lg heroes di mata perwakilan.

Tanpa Nama berkata...

pas dibawah pimpinan hadi skrg bukan lg ancaman kpd umno. tidak spt pas semasa dipimpin tgna, umno cukup takut dan benar2 memusuhi pas krn pas merupakan ancaman yg nyata bg umno

Tanpa Nama berkata...

Kena tipu lagi PAS dgn Umngok.. Jual Kelantan pulak lepas ni....tunggu dan lihat..Kalau umngok/BeEnd tawarkan utk bangunkan Kelantan kenapa perlu kita tolak? Trengganu terjual sudah...Kedah terjual sudah.. Kahkahkah Mudah cair dipujuk Umngok...

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakkan ahli PAS veteran memang tidak setuju dengan gelagat TGHA, malah tidak kurang juga ahli PAS yang tidak setuju dengan sikap TGHA. Tapi kebanyakkan mereka ini tidak mempunyai kedudukan di dalam jawatan2 penting PAS malah bukan kalangan latar pendidikan agama... maka kebanyakkan suara mereka ditenggelamkan dan dinafikan hak mereka oleh pemimpin pro TGHA, jadi dakwaan anda tidak benar.

Aliyya Najihah berkata...

Ahli pas and UMNO sekarang kamcing la...he he.Dulu kena tindas,skrg leh dapat projek,la...

Aliyya Najihah berkata...

Hadi ni memang tiada sifat Bijaksana.Mungkin kat Mahathir betul.....yang sokong Hadi ni tidak mengambarkan realiti sebenar kerana takut derhaka pada ulamak.Yg menyokong as sisi di mesir pun ulamak juga.

obat pelangsing herbal berkata...

kalau kena dua kali berarti orang bodoh tuh

Tanpa Nama berkata...

Dalam isu ini mana boleh berunding dengan UMNO

Hj Hadi sendiri cakap hukum Allah wajib terima Kalau dah wajib tak boleh lah berunding Yang kita kena bawa berunding pada orang bukan Islam

Tak kan berunding pasal 6 sebatan Mana cukup?, Hj Hadi pun kata 20 sebatan UMNO ? Setuju Berunding Hj Hadi kata penjara 5 tahun lah oh tak boleh UMNO kata kena nanti keluar duit kena buat penjara untuk orang Islam Tak boleh campurkan dengan penjara awam Penjara orang Islam makan minum kena bagi ikut Islam

Dalam hal hudud PAS tak ada kuasa penentu Semua nya bergantung pada UMNO jadi jika hudud lulus bukan atas usaha Hj Hadi sebab semua nya bergantung pada UMNO

Tanpa Nama berkata...

Bukan nak menyokong keganasan tapi kekejaman yang dilakukan oleh ekstrimis Islam ialah kerana keciwa dengan pemimpin dunia Islam yang tunduk pada pemimpin barat

Nak kata terus hukum bunuh pun rasa nya tak patut Kalau dah mengaku nak bukti apa Dan siapa yang nak bantah keputusan ketua yang begitu tegas dengan Islam nya Tak setuju dengan Hj Hadi pun cukup lah Nasib baik Hj Hadi bukan PM

Tanpa Nama berkata...

Berani engkau soal dan menentang ulama pas tersuci termulia?

Patut semua rakyak wala kepada ulama ulama pas

Tanpa Nama berkata...

UMNO ular yang sama spesis dengan menantu?

IrWrWs berkata...

Semakin TGHH difitnah semakin kami ahli majoriti bersatu di belakang beliau..
Kes MB x dibawa berunding terlebih dahulu kami sokong pas krn x bersetuju krn khalid x bersalah pun..
Kes bincang hudud dgn unno kami sokong krn x kan nk bincang dgn dap pkr yg dah terang2 menentang..
Kes GST kita sokong dewan ulamak pas yg menentang GST..
Kes POTA kita simpati kpd TGHH krn difitnah lg..

Tanpa Nama berkata...

1) Difitnah ke atau haji hadi memang seorang pemfitnah?

2) mana ada sokongan padu utk Haji Hadi? Dulu menang tanpa bertanding skrg sudah berapa byk kawasan yang mencalonkan orang lain bertanding?

3) Kes MB Selangor x dibawa berunding... memang tak boleh dibawa berunding sebab PAS telah diketahui akan membocorkan rahsia kpd UMNO. Khalid x bersalah? Tapi telah terdedah Khalid orang yang tak pentingkan solat

4) Bincang hudud dengan UMNO yang munafiq boleh ya?

5) GST - Dewan Ulama menentang hanya utk raih publisiti menjelang muktamar. Akhirnya demo anti-gst dpt sokongan polis dan dbkl. Yg hadir hanya pro-ulama. Rakyat marhaen perhatikan saja "permainan" dewan ulama.

6) Kes POTA - Hadi terbelit dan perlu diselamatkan oleh Setiausaha Politiknya. Jika POTA ditentang kenapa ponteng parlimen semasa perbahasan?

Piiiiraaaahhhh...

Tanpa Nama berkata...

1 Pil Kuda Tuduh Barua Tak datang Mesyuarat UG adalah fakta

2 Sampai hari ini Khalid tak masuk PAS Khalid dengan Hj Hadi dua kali lima Tapi PKR berani mengambil tindakan ke atas Khalid PAS ? Masih bela komodo

3 Berunding dengan UMNO apa ke benda Mahathir cakap kalau PR memnang pemimpin UMNO lah yang masuk penjara

4 Dah laksana GST baru nak kata haram Ini lah yang di kata kan otak lesu UMNO pun buat tak tahu tak balas keputusan Ulamak

5 POTA Ingat Hj Hadi tahu ke apa yang dia kata masalah teknikal Kalau ada masalah teknikal ke tak ada ke POTA zalim Hj Hadi tak sokong POTA tapi Hj Hadi sokong zalim