15 Apr 2015

PAS Tak Perlu Lagi Undi Bukan Islam? - Pak Syukur


Undi bukan Islam tidak penting? Oleh A Shukur Harun

Ramai yang berkongsi kerunsingan dan menyertai kebimbangan bekas pemimpin PAS, Ustaz Haji Ahmad Awang apabila beliau berkata, “ramai yang sedih melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat. Sama ada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang mengentahui.”

Menurut Ahmad Awang, kata-kata seperti “PAS mampu bersendirian”, “Putrajaya bukan matlamat kami”, “Sokongan bukan Islam tidak penting” dan sebagainya adalah sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu.

Ungkapan seperti ini bermunculan ketika tercetusnya krisis berat dalam PAS sendiri sekarang ini, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar Tahunan PAS bulan Jun depan.

Menurut pendapat saya, pandangan PAS mampu bersendirian sementara sokongan bukan Melayu tidak penting adalah kata-kata yang menggambarkan betapa naifnya bacaan politik mereka ini, yang sama sekali tidak berasaskan realiti politik yang ada.

Bahkan pandangan begini membahayakan kelansungan masa depan PAS lebih-lebih lagi apabila golongan ini berkata, “Putrajaya bukan matlamat kami”.


Pandangan seperti ini bukan saja aneh, tetapi juga membayangkan pemikiran paranoid, kecelaruan, bahkan kedangkalan politik.

Belum pernah dalam sepanjang sejarah politik moden seperti PAS yang berjuang untuk kemenangan politik dan kuasa, tiba-tiba merasakan Putrajaya (pusat kuasa) tidak penting. Kalau begitu adakah PAS mahu berhenti sebagai parti politik dan hanya mahu menjadi badan dakwah? Pendapat begini bertentangan dengan wawasan pemimpin masa lalu. Perlu diingat, pelaksanaan hudud itu sendiri, umpamanya memerlukan kuasa politik. Oleh itu sangat aneh dan dangkal pemimpin politik yang berkata, “Putrajaya bukan matlamat kami.”

Sepanjang sejarahnya, selama ini pemimpin PAS berjuang dalam politik diiringi dengan niat untuk mencapai keredhaan Allah. Ini bermakna kemenangan politik dan redha Allah itu tidak pernah terpisah. Oleh itu, janganlah ada pemikiran dangkal memisahkannya.

Sementara itu, jika ada pemikiran PAS perlu menumpukan perhatian kepada pengundi kawasan majoriti Islam saja untuk menang, maka pemikiran politik seperti itu sangat naif dan ketinggalan zaman.

Ia hanya merugikan PAS sendiri dan tidak menolong usaha memperkukuh Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama dalam empat kali muktamar tahunan PAS sebelum ini.

Keadaan ini berasaskan realiti demografi pengundi di negara ini yang taburannya pelbagai, di mana negeri di Pantai Timur – Terengganu dan Kelantan – jumlah pengundi Melayunya besar. Tetapi di Pantai Barat, jumlah pengundi Melayu sekitar 60% atau kurang dari itu, sementara jumlah pengundi bukan Melayu ialah sekitar 40%.

Adalah sangat naif jika berfikir cukupkah kalau PAS dapat menang di negeri yang majoriti Melayunya besar, seperti di Pantai Timur.

Sikap seperti itu hanya mahu menarik PAS undur ke belakang 20 atau 30 tahun. Tidak munasabah jika PAS yang sudah berumur 63 tahun hendak ditarik ke belakang semakin jauh.

Sementelah lagi apakah teori memberi fokus lebih kepada kawasan Melayu itu saja, konon kerana orang Melayu majoritinya “pasti” akan mengundi PAS dengan andaian ia didukung orang Melayu/Islam. Sejarah pilihan raya yang lalu menunjukkan keadaan seumpama ini jarang, malah tidak berlaku.

Menurut suatu kajian lain pula, jumlah pengundi Melayu di luar bandar akan jauh merosot di tahun-tahun akan datang di mana mungkin susut hingga tinggal 25% saja dari jumlah keseluruhan peratusan pengundi di Malaysia hingga PRU akan datang.

Ini kerana jumlah pengundi di luar bandar banyak berpindah, mengikut anak di bandar, meninggal dunia dan beberapa sebab lagi ke bandar. Dengan itu jumlah pengundi Melayu seperti di Lembah Kelang, sekitar bandar di Johor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang dan lain-lain akan terus bertambah.

Oleh itu, tumpuan pengundian pada asasnya kini ialah di dalam bandar, iaitu pengundi Melayu dan bukan Melayu. Ini tentunya sangat signifikan dalam menentukan kemenangan sesuatu parti yang bertanding dalam PRU akan datang.

Dalam PRU yang lalu, banyak calon PAS menang di kawasan campuran iaitu di bandar seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Perak. Tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, terbukti sukar bagi calon PAS untuk menang. Inilah hakikat yang sebenarnya dan terimalah realiti ini walaupun mungkin sukar diterima. Parti politik yang matang menerima realiti yang wujud dan berusaha berasaskan rialiti yang ada.

Bagaimanapun saya yakin, pendukung PAS yang berfikiran jauh ke depan tidak akan berfikir untuk bertanding secara bersendirian dalam PRU akan datang betapapun didorong kemarahan atas apa yang berlaku dalam Pakatan sendiri. Emosi dan pemikiran sempit tidak wajar diberi ruang dalam membuat keputusan politik.

Pemikiran besar dan jauh ke depan perlu ada pada pendukung PAS. Maka di sinilah saya masih ingat pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Mat, beberapa tahun lalu:

“Kita (PAS) berada dalam Pakatan Rakyat, banyak manfaatnya. Kita dapat berdakwah dengan luas kepada semua kaum. Kita dapat menjalin hubungan dengan mudah dengan bukan Islam.”

Memang diakui sejak krisis yang menimpa Pakatan Rakyat lebih tujuh bulan lalu dan merecik menjadi krisis dalam PAS sendiri, tetapi ini tidaklah boleh menyebabkan sesetengah pendukung PAS terdorong mahu PAS bersendirian dalam perjuangan politik walau apa hujah pun.

Seperti diketahui, sebanyak empat kali muktamar PAS bukan saja menunjukkan komited dengan Pakatan Rakyat, bahkan berikrar memperkukuh Pakatan Rakyat.

Jadi tidaklah wajar ada sesetengah pihak di dalam PAS sendiri, walau dalam status apa pun, begitu mudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengugut, mendesak, mengancam, menyindir, memberi kata dua dan sebagainya mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Yang perlu di sini ialah PAS bersama komponan Pakatan perlu kerap berunding untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. – TMI

ULASAN GB

Jika berdasarkan pegangan politik kumpulan pro-ulama yang kini diketuai oleh Presiden PAS sendiri, maka PAS sudah tidak lagi perlu kepada undi bukan-Islam. PAS akan kembali seperti dudu-dulu - perjuangan era Datuk Asri - Islam kebangsaan.

PAS akan kembali ke era "katak bawah tempurung" - hanya mendominasi di kawasan-kawasan majoriti Melayu/Islam - itu pun akan terpaksa bertemu dulu dengan UMNO untuk menang. Jika tidak PAS kembali ke surau-surau hanya untuk menyampaikan kuliah ugama - itu pun perlu melutut dapatkan tauliah dari kerajaan UMNO terlebih dahulu.

Golongan progresif di dalam PAS dihentam begitu hebat. Dicari segala jalan sekalipun menggunakan cara-cara non-Islamik untuk mengalahkan mereka. Fitnah direka dan ditaburkan, sehingga PAS kini dilihat hanya dikuasai oleh golongan pro-ulama. Yang menentang mereka dituduhnya anti-ulama, dituduhnya berfahaman liberal malah dilabel dengan segala macam label seperti Jebon dan seumpamanya.

Dengan berprinsip "matlamat menghalalkan cara", kumpulan pro-ulama kini melakukan apa saja untuk menguasai Jawatankuasa PAS Pusat. Ditambahi dengan "grand design" peringkat tertinggi untuk menepis keluar golongan progresif dalam PAS.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.... akan tetap ada suara-suara ulama yang berpandangan jauh dan ikhlas di dalam perjuangan mereka. Kemunculan Ustaz Ahmad Awang untuk bertanding jawatan Presiden, diharapkan dapat mereda dan meletakkan kembali asas perjuangan PAS ke landasan yang betul.

Dan cita-cita kumpulan pro-ulama untuk menobatkan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri, malah sebagai Ketua Pembangkang sekalipun sebenarnya kini bukan semakin dekat tetapi semakin jauh.... si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan ... biarkan...

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakan perbahasan atau dailog diantara 2 tokoh ulama, yg kita sayangi ini untuk mendengar hujah dan wawasannya.perwakilan boleh bertanya pelbagai soalan.baru buat pemilihan presiden.

Tanpa Nama berkata...

Pas hanya perlu Ulamak undi mengundi mereka, boleh menang besar pilihanraya seperti di Terengganu

Sam Sung berkata...

Ulamak tu ape?kne perangai mcm TGHH tu baru blh jd ulamak yerr..

Tanpa Nama berkata...

jangan tunduk mcm umno tunduk kpd mca untuk laksana hudud

Tanpa Nama berkata...

Itu maknanya Ulama dlm PAS mahu UMNO yg memerintah Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Pru 14 pas tak perlu sokongan yg ramai, cukup lah pak aji mak aji dan relax tak perlu pening kepala , jadilah habuan umno bn.

Tanpa Nama berkata...

Pas kena ingat juga tujuan asal penubuhan PR untuk ke Putra Jaya kenapa pula sekarang nak bersendiri? Bermaufakat adalah lebih baik tak rugi bersama PKR dan DAP perkara yg baik patut diteruskan . Jangan banyak cakap lebih baik banyak kerja.

Tanpa Nama berkata...

Ada kawan bagi aku info ni mohon sebarkan.
Aku tolong je ler.

Nota: SPR = Jawatankuasa Pemilih

PEMILIHAN PAS SELANGOR: SPR MEROSAKKAN DEMOKRASI DALAM PAS!!!

1. Pemilihan DPP Kuala Selangor. Calon tidak mendapat makluman daripada SPR sedangkan cawangan cawangan mencalonkan beliau. Akhirnya KP GU menang tanpa bertanding.

2. Pemilihan di Puchung. Calon calon tidak dimaklumkan juga nama mereka dicalonkan sedangkan cawangan mencalonkannya. Hari mengundi YDP menang tanpa bertanding walaupun ada pencalonan lain dari cawangan.

3. Pencalonan ajk PAS kawasan Klana Jaya. Tarikh tutup menjawab terima atau tolak petang semalam (13 April) tetapi separuh calon calon tidak mendapat makluman SPR bahawa mereka dicalonkan. Sedangkan cawangan cawangan mencalonkannya.

4. Pemilihan PAS Kawasan Shah Alam. Calon yang tidak dicalonkan langsung sebagai calon oleh cawangan cawangan, tetapi mendapat makluman bahawa nama mereka dicalonkan untuk jawatan tertentu.

Banyak lagi kes kes yang sama di Hulu Selangor dan lain lain. Anehnya calon yang dikatakan pro GU tidak bermasalah.

Maaf. Pengerusi SPR PAS Selangor. Prof Dr Sufian Husin. Sila jawab dan sila letak jawatan. Pemilihan paling buruk dalam sejarah PAS Selangor.

Prof Dr Sufian Husin juga adalah SU SPR Pusat ketika kecoh pemilihan 2 tahun lepas berkait keciciran nama calon ajk PAS Pusat. Semua tuduh ianya dari Asmuni tetapi mereka tidak lihat Timbalan Pengerusi SPR adalah Dato Takiudin Hasan dan SU SPR adalah Dr Sufian Husin.

Umum juga tahu Dr Sufian adalah 'bapa GU' yang kerap melakukan pelbagai serangan dan berhujah atas nama kelompoknya GU dalam pelbagai grup whatsapp dll. Kenapa orang 'bias' sebegini menjadi pengerusi SPR Pemilihan PAS Selangor!!!

Tunggu pendedahan untuk penipuan di negeri negeri lain termasuk Melaka. Mengaku Pro Ulama. Pro Hudud. Tetapi jelas menipu untuk menang.

Harapan Keabadian berkata...

Mungkin Allah swt sedang menguji kepimpinan utama PAS bahawa sikap sombong dan angkuh itu membawa kehancuran.

jarihantu701 Kembali berkata...

ULAMAK?
PAS ADA ULAMAK?
PELIK NIE..
KEPIMPINAN ULAMAK - MAKNANYA KITA DA BOLE MAKI ORANG, BOLE MENIPU, BOLE JANJI LEPAS TU MUNGKIRI...

AGAMA BARU NI...

Tanpa Nama berkata...

Yang dikejar HUDUD tak dapat, yang dapat GST. Ini semua pasal kebodohan Hadi. Kalau tidak, mana berani Najib nak kenakan GST ?

Hanz Azdi berkata...

Setengah Ustaz (ulamak) PAS & penyokong demer dah perasan PAS can go solo & win the war? Gila ker bodoh? haha

PR tak penting, lantak ler jahanam pun? UmNo-BN tepuk tangan guling pering ler...Mungkin demer nak tahaluf siyasi sama UmNo lak pasni? Janji situasi "menang-menang" janji untung 'orang Melayu' 2, 3 kerat tu.. haha

Tanpa Nama berkata...

Boleh buat surat rasmi aduan kepada SU Agung PAS Pusat bersama bukti2 di atas kes yang berlaku

Tanpa Nama berkata...

PAS BODOH

Tak de sokongan Cina dan India , PAS masok bakul sampah saja

Melayu yang ada pon tak sokong PAS

Kecuali Melsyu Otak Gred 3 ikut sokong buta tuli saja

PAS tunggu masa kalah Kelantan kemudian pupus macam Parti Berjaya di Sabah

PAS parti angkot sampah ????

Tanpa Nama berkata...

Nak berunding apa kalau sejak dari 2008 dah tikam belakang

Dan ketika ramai tak menduga PR menang pemimpin PAS dah tawar menawar untuk mentadbir Selangor Perasaan tamak dan berpura pura telah ujud selama ini dalam diri beberapa pemimpin PAS Kalau tidak hal sebegini tak terjadi Malah lebih teruk mereka menganggap kawan kawan lain pun seperti mereka

Kata kata Putrajaya bukan matlamat PAS mampu bersendirian dan terbaru perkara kecil bukan nya datang dari hati yang baru sebulan dua rosaknya tetapi dah lama Sikit sikit lama lama jadi kronik Bukan nya kecik kecik tak mati

Ini bukan lawan hujah untuk menyampaikan pendapatan Ini bukan perbalahan kerana tidak puas hati Ini penyakit seteruk teruk penyakit yang tak ada ubat Potong kaki pun tetap berpenyakit melainkan potong kepala baru hilang penyakit ini Tukar Presiden !

Tanpa Nama berkata...

"Adalah sangat naif jika berfikir cukupkah kalau PAS dapat menang di negeri yang majoriti Melayunya besar, seperti di Pantai Timur".

Menjelang PRU14, sekiranya Hj Hadi masih Presiden,PAS akan kehilangan Kelantan dan kalah banyak di negeri2 Melayu majoriti. Bukan saja non muslim tak percaya pd Hj Hadi, yg muslim sejati pun dah tahap meluat takkan percaya pd ketua yg lemah,pemfitnah dan pembohong mcm Hj Hadi. Beliau telah mencemarkan akhlak ulamak yang sebenarnya.

PAS di bawah Hj Hadi telah menjadi parti pemfitnah dan penghukum bukannya sbg agen pendakwah dan penyebar agama Islam mengikut Al Quran dan Sunnah.

Cadangan saya kalau Hj Hadi masih Presiden PAS, orang Melayu majoriti memerlukan third force parti Islam yang baru dan progresif lagi dinamik utk PR melangkah ke Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak????? Siapa yang beri title ini?
Manusia kepada manusia. Habis?

Cukuplah PAS kolot... Kalau masih kolot mana rakyat mahu undi PAS.

Ingat bahawa rakyat fed up dengan PAS konservatif. Rakyat masih suka pada PAS progresif.

Hidup PAS progresif. Jom kita TOLAK PAS konservatif yang tak guna kalendar kurun ke 21. Kalendar lama dah orang tak pakai.

Tanpa Nama berkata...

Ada ulamak panggil orang BARUA.... dan sering emotional Apakah ini kualiti ulamak? Malu betul.

Bagi saya ini dah jadi ULARmak.

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni tak boleh jadi pemimpin. Sekadar jadi ustaz kampung bolehlah.....

Perintah Terengganu pun gagal..... cakap bukan main lagi....bergegar bumi.

Tanpa Nama berkata...

Jika begitulah keadaannya, Ustaz Idris Hj Ahmad Ahli Parlimen Bukit Gantang bolehlah bersiap-siap packing barang kerana pasti akan kalah kerusi itu dlm PRU14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin kumpulan pro ulamak beranggap Presiden PAS tak ke mana pun bersama PR samada sebagai Ketua Pembangkang apa lagi Perdana Menteri Ini bukan pasal Presiden nya ialah PAS tapi Hj Hadi

PAS mempunyai peluang untuk jawatan tersebut jika Husam yang jadi Presiden Kita sendiri nak rekomen minta DAP terima Hj Hadi pun rasa malu Macam tak ada orang lain

Hj Hadi mencipta ketakutan nya sendiri kerana kejadian berunding dengan Khir Toyo Akibatnya Hj Hadi bersangka orang lain termasuk lah ahli PAS tak menghormatinya sejak pada itu Dia sendiri tidak mempercayai diri nya sendiri dan kedegilan nya meneruskan masalah masalah yang di anggap 'perkara kecik' untuk menunjukkan dia masih kuat (berkuasa je)

Tanpa Nama berkata...

Aku tak pernah undi selain drp PAS semenjak layak mengundi tapi PRU 14 ni mungkin aku tak akan mengundi PAS lagi sebab aku bukan golongan ULAMAK.

Tanpa Nama berkata...

tak perlu tunggu pru14. prk rompin kita biarkan pas go solo. tgk sejauh mana kemampuan dia. biar geng ustaz sj berkempen

Tanpa Nama berkata...

entahla..Parti pas ni Saban hari makin aneh ataupun aku yang aneh?
Kau fahami hijrah,aku berhijrah kau hilang arah...
Kau fahami Aku berfikir, Aku berfikir Kau menjadi fakir
Kau bilang berhimpun, Aku berhimpun Kau selingkuhi aku ya ampun..
Kau ucap tahaluf siyasi, Aku bertahaluf Kau noda-ingkari..
Kau suruh berwala,Aku berwala diatas nama-nama Kau tuduh Aku api yang membara..
Kau suruh istiqomah,Aku istiqomah diatas jalan-jalan Kau tohmahi aku berserah..
Kau suruh fahami keutamaan, Aku cukup maju tentang keutamaan-keutamaan kau tidak karuan...
Kau fahami Aku ini dan itu, Aku faham itu dan ini Kau hiyanati aku itu ini begitu begini..
kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu separuh halkum...
Kau suruh megikut cara,Aku beracara Kau memaki-cara
Kau lontarkan Pecinta sangat hampir, Kau sendiri memanggilnya dengan pembesar suara setiap takbir-takbir...
Aku Kau suruh bangun, Aku membangun Kau ketiduran
Aku Kau suruh bertanggung jawab, Kau sendiri terus berucap Wallahu a'lam bissawab..
-iman'islam,jihad dipentas politics berbeda dengan jihad yang kau Dan dia Omok-omokan!! ketiga-tiga sebagai satu jalinan uqwah.umpama binaan,berfikirlah dengan cemerlang Dan gimilang..agar tiada insan-insan terluka.Jadilah khalifah yang bijak-sana wakil kepada Allah dimukabumi INI....

Tanpa Nama berkata...

saya doakan PAS kembali ke jalan yang lurus. apa yang berlaku sekarang ini sangat mengecewakan bila pimpinan atas berbuat ikut suka dia, tanpa ambil kira perjuangan ahli keseluruhan. jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.

Anti Fitnah berkata...

Yang paling takut bagi kita terutama orang Melayu ialah ulamak kita mula memilik sifat perkauman dalam diri depa tanpa depa sedari sedangkan depa tahu bahawa ini amat dilarang dalam Islam.
Apabila Melayu dan Islam disatukan, bencana akan susuli kerana ianya tidak memberi kebaikan kepada Islam, terutama mereka yang bercakap tentang Islam tapi lebih mementingkan Melayu. Apatah lagi bergabung dengan Melayu UMNO yang memang nyata sifat munafiknya.
Entahlah. Aku memang mengkagumi TG Hadi sebab aku pernah belajar ilmu agama dengan beliau waktu aku berada di Terengganu pada tahun awal 80an. Dengan masa berlalu, aku masih berharap TGHH tidak berubah terutama dengan kehadiran menantunya, Din Ayam. Jangan lupa bahawa anak-anak kita (salah satu punca) yang selalu menjadi punca kita dihumban ke dalam neraka. Nauzubillah. Aku sayang TGHH tapi aku lebih menyayangi perjuangan menegakkan syiar Islam. Melayu walaupun dah lama Islam tapi keMelayuannya sangat menebal. Alangkah sedihnya kenapa tak boleh pegang Rukun Iman dengan KUKUHnya.

Tanpa Nama berkata...

Pas tak mampu ganti umno sebab Pas adalah sebahagian umno.tidak ada apa yg mampu diharapkan dari Pas kalau kumpulan ug mendominasi parti.sedih dgn Pas skrg,janji mungkir,ilmu yg diberi sebagai amanah tp dijaja sebagai modal melabel org.fitnah dan sebahagian kempen pemilihan.

asri adnan berkata...

Geng2 ni lebih teruja dengan Umno. Biarkan saja, nanti pupuslah.