20 Apr 2015

PAS FOR ALL Hanya Tinggal Kenangan(?)


PAS Bakal Mengundang Kegagalannya? -Dr.Dzulkefly Ahmad

Penulis berpandangan PAS kini berada di kedudukan politik terkuat dalam sejarah jatuh-bangun perjuangannya. Sekali pandang, pernyataan ini semacam mudah disanggah pemerhati politik.

Benar, PAS merekodkan prestasi pilihan raya terbaiknya pada Pilihan Raya Umum ke 10 (PRU 10) pada tahun 1999. PAS menang 43% (27 daripada 63) kerusi Parlimen yang ditandinginya sekaligus presidennya diangkat sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia. PAS memerintah dua negeri, Kelantan dan Terengganu. Jumlah kerusi Parlimen ketika itu ialah 193.

Juga benar, PAS tidak dapat mengatasi prestasi terbaiknya ini dalam kedua-dua PRU ke-12 (2008) dan ke-13 (2013) yang lepas.

Pada PRU ke-12, PAS menang 34% kerusi Parlimen yang ditandingi (menang 23 daripada 67 kerusi) dan mengalami penurunan ke paras 28% (menang 21 daripada 73) pada 2013. PAS menawan Kedah pada PRU-12 namun hilang negeri tersebut pada PRU ke-13 lalu. Jumlah kerusi Parlimen terkini ialah 222. Kalau begitu, mengapakah penulis tetap mengatakan PAS berada pada sisi terkuat dewasa ini?

Kekuatan sesebuah parti politik tentunya perlu diukur dari pelbagai sisi dan dimensi. Lebih sukar atau juga tersasar kalau mengukur kekuatan politik hanya dengan jumlah kerusi di Parlimen. Tambahan kalau kemenangan itu disebabkan faktor situasi luaran.

Kekuatan PAS pada PRU 10 tidak syak lagi disebabkan “tsunami Melayu” yang menolak Umno-Barisan Nasional (UBN) akibat kezaliman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS meraih laba politik paling besar dalam PRU 1999, dan tidak langsung mendapat sokongan kaum bukan-Melayu.

Malangnya, kekuatan tersebut tidak dapat lama bertahan. Ya, sebaik sahaja mula sesi parlimen ke-10 (1999-2004), PAS mula hilang arah cerita atau "lost the plot". Bahkan ada pimpinan yang mula menyebut PAS menang kerana orang Melayu mahukan PAS perjuangkan Negara Islam. PAS, malangnya juga mudah lupa.

“Memorandum Rakyat”, sebuah peninggalan legasi Al-Marhum Datuk Fadzil Noor sebagai respons cabaran Dr Mahathir, segera mengalami pertukaran kepada judul “Dokumen Negara Islam”.

Pesanan Al-Marhum kepada penulis dan rakan-rakan think-tank parti lain, supaya memorandum tersebut ditajukkan sebagai “Penghayatan Sebuah Pemerintahan Abad 15H/21Masehi”, hilang dalam hiruk-pikuk polemik tentang dokumen yang perlu dibentangkan kepada rakyat ketika itu. Penulis dan think-tank parti lain terpaksa akur.

Barisan Alternatif (BA) terus berkeberentakan sehingga menyaksikan DAP keluar gabungan pada September 2001. Gabungan BA, baru berumur 2 tahun. PKR (dulunya PKN) terus renggang daripada PAS, masing-masing membawa haluan perjuangan sendiri, meskipun BA wujud pada nama, lambang dan cogan kata, tetapi tidak lagi pada gerak kerja.

Akibatnya, daripada kepimpinan PAS yang "terlupa" menguruskan "kekuatan baharunya", mereka dihukum dan dipukul teruk dalam PRU ke-11 pada 2004.


Dari 27 kerusi, PAS hanya tinggal 6 kerusi Parlimen. PAS kecundang untuk pertahan pentadbiranya di Terengganu dan hampir-hampir kehilangan Kelantan.

Ketika Jawatankuasa Post-Mortem PAS Pusat PRU ke-11 (2004) membentangkan dapatan mereka, pelbagai faktor luaran (penipuan dan media) dan dalaman (jentera) dikenal pasti sebagai penyumbang utama terhadap kekalahan PAS dalam pilihan raya tersebut.

Namun faktor kekalahan paling dominan yang sangat mustahak dan signifikan yang wajar diulangi di sini ialah pelancaran “Dokumen Negara Islam”. PAS membentangkan dokumen tersebut akan tetapi dikenal pasti dalam post-mortem, “gagal mengurus penerangan dan pencerahan kepada semua segmen pengundi”.

Pelbagai persepsi negatif dan tanggapan buruk pelbagai segmen rakyat serta pengundi menjadikan PAS sasaran jahat media lawan.

PAS gagal menangkis tohmahan serta serangan seterunya. Kekuatan dan mandat baharunya musnah dan kembali kepada kedudukan lama atau sokongan "tegar dan asal". Lawan politik tersenyum berbisa, taktik berjaya, gabungan BA punah dan PAS lalu tersungkur. Begitulah lebih kurang naratif atau kisahnya.

Sebaliknya, kekuatan PAS dalam PRU ke-12 dan seterusnya PRU ke-13 adalah hasil pelebaran tapak sokongan baharu.

PAS membina kekuatan itu secara sedar dan terancang. Ia bukan disebabkan PAS "menumpang tui" nasib malang Anwar serta mendapat laba undi protes seperti PRU ke-10.


Tegasnya, PAS membina asas kekuatan baharu dengan cara meruntuhkan prejudis serta tembok halangan golongan pengundi bukan-Melayu dan bukan-Islam. Juga golongan pengundi Melayu Islam bandar dan pinggir Melayu, mula memberi kepercayaan kepada PAS dan memenangkan calon PAS.

Bagi menjayakan pelebaran dan pengukuhan tapak sokongan baharu, PAS melalui satu anjakan besar di segi mesej politiknya.

Daripada menawarkan konsep “Negara Islam” yang telah disalahertikan pelbagai pihak, PAS secara tegas membuat ijtihad beraninya, dalam menampilkan tawaran “Negara Berkebajikan” berserta dengan slogan “PAS Untuk Semua” atau “PAS For All” dalam Manifesto PRU ke-12. PAS mengulangi tema dan tawaran sama dalam PRU ke-13, kali itu bersama koalisi baharunya, Pakatan Rakyat (PR).

Perubahan besar ini berkebetulan diistilahkan Profesor Tariq Ramadan, pemikir kontemporari Islam, sebagai satu eksperimen di seluruh dunia Islam, yang diberi jolokan sebagai "anjakan generasi" atau "generational shift". PAS dan gerakan Islam memasuki era baharu dalam pengalaman "political Islam" di persada persaingan demokrasi atau "democratic contestation".

Meringkaskan cerita, PAS terus menggarap isu besar dalam negara dengan pedekatan inklusif dan menyerlahkan erti dan makna slogan seperti “PAS For All”.

Makna prinsip Islam sebagai “rahmat untuk semua” atau “mercy unto all”, lebih dirasai daripada sekadar diulangi secara laungan retorik.


PAS terus menangani isu krtikal yang menajamkan pertentangan etnik dan membakar pertembungan agama. Isu kalimah “Allah” termasuk pelbagai polemik kaum yang diungkap dengan kepentingan agama secara sempit, ditangani PAS secara konsisten dan berlandaskan syariat yang mensejahterakan dan mendamaikan.

Samada bersama rakan PR dalam “Dasar-Dasar Bersama” atau pun bersendirian, PAS berjaya menyerlahkan erti dan penghayatan Islam sebagai sistem hidup untuk memberikan jaminan “Keadilan Untuk Semua” atau “Justice for All”.

Di samping itu, PAS tegas dalam membentaras polisi yang bersifat perkauman dan yang memangsakan dan meminggirkan sesetengah rakyat, terutama golongan miskin dan berpendapaan rendah. Begitu juga ketegasan PAS menentang rasuah, salah guna kuasa, pembaziran serta pembolotan kekayaan negara oleh segelintir penguasa politik bersama kroni mereka.

Mengambil keseluruhan kemajuan inilah, penulis menyatakan bahawa PAS sedang menduduki posisi politik yang paling kuat dan mantap. Tidak keterlaluan kalau penulis terus menyongsong bahawa PAS berada dalam satu unjuran (trajectory) menempah kejayaan yang lebih baik, tentunya bersama rakan-rakan tahalufnya.

Berdasarkan unjuran yang modest, PAS adalah dalam keluk menambah 13 kerusi (berjumlah 34 kerusi) seandainya PR terus bergandingan secara mantap dan serasi dalam PRU ke-14 akan datang. Unjuran ini adalah sangat munasabah, dengan izin Allah.

Namun, meringkaskan pergolakannya mutakhir ini, kesemua kejayaan PAS yang tertera di atas bakal terencat atau mengalami setback yang mengecewakan.

Permasalahan parti ini, samada yang bersifat keberentakan dalaman mahu pun yang bersabit dengan masalah hubungan di antara rakan komponen PR, mengakibatkan pemerhati politik khuatir dan cemas.

Lebih gusar lagi adalah pendukung dan aktivis parti di akar umbinya, yang secara langsung bakal menanggung kesan serta akibat konflik tersebut, khasnya di negeri pantai barat: Selangor, Kuala Lumpur, Perak serta Melaka-Negeri Sembilan-Johor.

Sebagai contoh, cadangan untuk bersedia bertanding bersendirian atau keluar daripada PR atau menyuruh sesetengah ahli dan kepimpinan keluar parti, adalah tidak harus dilayani atau disokong.

Pimpinan yang matang dan tidak gelojoh serta "ekstrem" tahu akan erti "mengurus ikhtilaf" atau perbezaan dan kepelbagaian dalam sebuah organisasi dan koalisi yang semakin kompleks.

Sementara dalam mengurus isu hudud pula, seteru tradisi PAS sedang menggoda dengan pelbagai cara. Musuh tetap musuh, meskipun tampak "ikhlas".

Sayugia dingatkan tuntutan Allah supaya kita hazar (berwaspada) dan pesanan Nabi bagi mengelak dipatuk dua kali dari lubang yang sama. Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Fadzil Noor acap mengingatkan kita.

Seandainya PAS terus terjerumus akibat kehilangan "jalan cerita" atau "losing the plot" sekali lagi, maka kita bakal mengulangi nasib yang sama seperti pengalaman PRU ke-11 (2004).

PAS dikhuatiri akan kehilangan sokongan baharunya di kalangan Melayu-Islam di bandar dan pinggir bandar, dan tentunya tidak dapat bertahan mengekalkan kepercayaan pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.


Seterunya sangat mahukan natijah ini bagi menggagalkan PAS dan menghancurkan PR. Minta Allah jauhkan!

Setiap kali PAS merasakan parti dan jenteranya "kuat", Allah mengajar kita dengan keputusan yang menginsafkan kita. Di samping pengalaman 2004, pengalaman PRU ke-7 (1986) juga menyedarkan kita. PAS hanya tinggal kerusi tunggalnya, Pengkalan Chepa, di Parlimen dalam pilihan raya yang menyaksikan PAS meletakkan seramai 98 calon, paling tinggi dalam sejarahnya (jumlah kerusi Parlimen 177).

Apakah kepimpinan PAS di peringkat pusat serta di peringkat akar-umbi, khasnya di ambang Muktamar ke-61 ini, akan mengizinkan PAS mengundang nasib buruk ini sekali lagi?

Mampukah PAS kini mengelak kesilapan lamanya?

Berjayakah PAS mengawal suara emosi (‘atifi) supaya jangan mengatasi suara ilmu, kekuatan informasi dan panduan pengalaman (tajribah)?

Penulis akan terus berkongsi pengamatannya dalam artikel seterusnya yang berjudul “Selamatkan PAS”. - Dr.Dzulkefly Ahmad/TMI

Hadi boleh menang, tapi PAS bakal alami luka yang dalam

Kedudukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini tampak lebih kukuh berbanding sebelum ini, dan walaupun berdepan krisis dalaman parti, beliau terus menerima pencalonan bagi bertanding untuk mempertahankan kerusinya pada pemilihan akan datang.

Menjelang tarikh akhir mesyuarat agung PAS peringkat kawasan di seluruh negara 21 April ini, Hadi mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan presiden walaupun buat pertama kali dalam sejarah, dua pencabar jawatan itu layak bertanding dalam muktamar PAS ke-61 Jun ini.

Mereka ialah Naib Presiden Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden Ahmad Awang yang masing-masing mendapat sekurang-kurangnya 8 dan 3 pencalonan setakat ini.

Pada masa sama, seorang lagi naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang masih belum mendapat pencalonan kedua untuk melayakkan beliau turut bertanding jawatan presiden, menerima pencalonan bertanding kerusi timbalan presiden, mencabar penyandangnya Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim mendapat pencalonan dari Kota Bharu untuk kerusi presiden, di awal musim mesyuarat agung kawasan kali ini.

Sesuatu yang mengejutkan apabila beliau mendapat pencalonan lebih banyak untuk jawatan timbalan presiden berbanding Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu.

Berdasarkan trend pencalonan presiden ketika ini, kumpulan ulama dalam PAS mendahului pemilihan kali ini untuk jawatan presiden, dan Hadi dijangka berjaya mengekalkan jawatan ini.

"Tuan guru presiden masih kuat dan beliau akan menang dalam pemilihan kali ini," kata veteran politik PAS Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mengulas trend tersebut.

Dua tokoh kumpulan profesional dalam PAS, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, kalah di Kampar, manakala Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, tewas di Alor Gajah untuk jawatan yang dipertua PAS kawasan.

Menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad pula berjaya mengalahkan penyandang Yang Dipertua PAS kawasan Subang Mesni Dahlan.

Mesyuarat Agung PAS peringkat kawasan bermula 1 Mac lalu dengan PAS Kota Baru mengadakan mesyuarat yang pertama pada 11 Mac.

Wan Rahim berkata tindakan akar umbi PAS yang turut mencalonkan nama lain untuk jawatan presiden perlu diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti agar prihatin dengan tindak tanduk masing-masing.

"Ia memberi mesej kepada pihak tertentu supaya prihatin dengan politik dalaman dan dalam Pakatan Rakyat (PR), sepertimana diputuskan sebulat suara melalui Muktamar PAS 2008 di Ipoh yang mahu PAS kukuhkan PR," kata yang dipertua PAS Kota Baru itu.

Kepada yang dipertua PAS kawasan yang kalah, Wan Rahim menasihatkan semua penyandang jawatan mengambil iktibar dengan menjaga kawasan mereka dengan baik, bukan mengharapkan menang tanpa bertanding sebagaimana sebelum ini.

Penganalisis politik, Ibrahim Sufian dari Merdeka Centre berkata jumlah pencalonan tidak menentukan kemenangan dalam pemilihan ini sebagaimana berlaku dalam pemilihan PAS sebelum ini.

"Pernah sebelum ini, mereka yang hanya mendapat lebih sedikit pencalonan untuk jawatan timbalan presiden berjaya mengalahkan penyandang jawatan itu yang mendapat pencalonan lebih besar," kata Ibrahim merujuk kepada peristiwa Hassan Shukri yang dikalahkan untuk jawatan timbalan presiden PAS oleh Nasharudin Mat Isa sebelum ini.

"Kalau pertandingan berlaku, ia akan cukup untuk melukakan dan menghilangkan prestij presiden PAS itu dan menimbulkan perpecahan dalam PAS.

"Jentera PAS di peringkat bawahan juga boleh lumpuh dengannya," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

PAS kawasan Shah Alam dan Kuala Kedah adalah antara contoh senario yang dinyatakan Ibrahim.

Walaupun kawasan itu memberikan pencalonan kepada Hadi, hampir kesemua undi atau majoriti daripada perwakilan kawasan itu, mungkin akan mengundi pencabar Hadi jika berlaku pertandingan dalam muktamar nanti.

"Misalnya, jika 45% tidak menyokong Hadi dalam pemilihan ini, sudah tentu ia akan memberikan luka yang dalam kepada beliau. Dan ini tidak wajar berlaku kepada PAS," katanya.

Ibrahim berpendapat bagi menangani masalah tersebut, pihak dalam PAS perlu berbuat sesuatu demi kepentingan parti.

"Memandang perbezaan pendapat yang sudah sangat ketara ini, yang sudah sampai ke akar umbi, pihak terlibat kena mula fikirkan untuk membuat rundingan bagi mencari jalan tengah menyelesaikan kemelut ini.

"Ini kerana, jika pertandingan berlaku, ia akan merugikan PAS," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

PAS akan mengadakan muktamar ke-61 di Kuala Selangor mulai 5 hingga 7 Jun. Muktamar Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat pula akan diadakan sebelum itu pada 3 hingga 4 Jun.

Muktamar kali ini akan menyaksikan pemilihan untuk semua jawatan dalam PAS, daripada presiden hingga ahli jawatankuasa PAS Pusat serta jawatan dalam sayap parti, yang disifatkan paling sengit dalam sejarah parti selepas muktamar 1982 yang membawa kepada pengunduran presidennya Tan Sri Asri Muda. – 19 April, 2015.
-TMI


30 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Betul. Slogan PAS for all akan menjadi sejarah yang pahit..

Melihat senario pemilihan skrg, masih ramai lagi ahli bawahan yang berfikiran seperti budak sekolah rendah darjah 6..

mohd shahran berkata...

kalau en hadi awang jadi presiden.. karam pas..kemudian melalak semula ke seluruh negara seperti era 60an dan 70an mencari sokongan untuk mendidirkan negara islam.. en hadi orang yang paling tidak boleh dipercayai..

Tanpa Nama berkata...

ERANA

KERANA ia mrupakan wahyu yg tlh pon dijanjikan oleh TUHAN

LIHAT kdlm surah ke-17 ayat 63
Iaitu surah AL-Israa'...(17:63)

Ddlm ayat diatas itu (17:63), diceritakan "PUNCA" atau "umbi" kpd sgl MASAALAH ddonia ini..

ALLAH telah pon mngajar Iblis bgmn utk tipu = bodohkan = SESATkan = syirikkan anak cucu cicit Adam as tak kira sesiapon pon jua HATTA hullamak no.1 & no.2 donia skalipon!

"Sesatkan/SYIRIkkan mrk dgn "HARTA" & "anak2".." yakni anak2 Adam as yg dpt dibeli sbg sokongan/KUASA! (17:63)

Lihat...bgmn isu "HARTA"/duit/ESOS/BALAK/derma/PROJEK/proxy---Iblis pasang JERAT

DAN...bgmn isu "anak2"/KUASA/sokongan---dpt dibeli/dikuasai dgn HARTA---Iblis bg idea

Drp ayat itu (17:63)..
---No.1 paling utama ialah "umpan" HARTA/duit/ESOS/balak/PROJEK/proxy dsbnya
---No.2 dpt kan "title" KUASA(dgn sokongan "anak2" cucu cicit Adam as yg mampu dbeli/dbodohkan)

Itulah PUNCA dan "umbi" kpd sgl-semua MASAALAH yg trjd diatas donia ini lebih2 lg kpd lebai2 kopiah sorban yg ber'IQ ciput bwh drp gred-3 yg hanya PRASAN & tahu mnghafal shj!?

Drp ayat (17:63) diatas itu..
Apb dpt mmiliki PUNCA No.1 = HARTA maka mudah memanipulasi No.2 = anak2 Adam as yakni mbeli KUASA sokongan

Sbb itu cukong2 sgt mudah menguasai politikus2 SETAN umno dan... dgn sgt MUDAH pula otai2 setan2 yg dikenali dpt menguasai lebai2 fakeh bwh drp gred-3 drp puak UG!?

Sbb itu nabi2 as dan sbnr7PENCINTA kpd yg'HAQ(kbnaran) tidak tidak tidak & TIDAK pernah samaskali meminta upah = bayaran = sampul = gaji =ELAUN = walaq = title = glamor = PANGKAT= gelaran dari kalangan ssama manusia dewa-dewata-raja-kisra-kaisar ddlm sjarah hidup mrk demi mnyuloh sbnr7ERTI CAHAYA KBNARAN..

LIHAT..lihat jwpan mrk/nabi2 itu dlm surah ke-26
Iaitu surah As-Syuaara' (26:109)...(26:127)...(26:145)...(26:164)...(26:180)

Juga ddlm surah Yunus (10:72)

Juga surah Hud (11:29) dan bnyk lg disurah2 yg lain klu bnar2 ingin seNAFAS-sejiwa dgn mrk ddlm mnyuloh sbnr7CAHAYA KBNARAN..

"Aku ssekali TIADA mminta upah-GAJI-pangkat-GELARAN dr sesama mnusia krn "ganjaran"ku hanya dsisi ALLAH shj smata2"!(26:109)

HANYA dan hanya org2 yg "TIDAK-prasan" serta "TIDAK-meminta2" "upah-dan-GELARAN" shj yg bnar2 akan dpt bnar7 dpt mnyelesaikan sbnr7 MASAALAH dikalangan ummah!

SOALnya..
Layakkah silebai2 fakeh sorban bebal yg sgt2 PRASAN mngaku konon2nya sbg ulamak itu betul2 layak dianggap "wostad/hullamak" sdangkan mrk sgt2 TERANG sekali tlh pon terperangkap ddlm sangkar-JERAT Iblis yg sgt2 GELAP sprt diatas itu!?

Ddlm jerat-perangkap ygGELAP itu, yg penoh padat dgn sgl MASAALAH2 dan mrk pula ingin mmbodoh KELIRU kan umat masuk kdlm prangkap GELAP dgn mnambah lg masaalah kpd MASAALAH yg makin padat brtanmbah2!!

INGAT
Ingatlah..
Bhw sbnr2 CAHAYA KBNARAN itu sgt2 mudah & tramat2lah MUDAH!

Ibarat CAHAYA TERANG mentari ditengah2 hari digurun Kalahari-sgl2nya MUDAH sgt2 jls klihatan!

Sbnar2 ulamak..tidak mintak diri mrk diGELAR ulamak..TIDAK mintak upah-gaji pangkat & GELARAN2!

Sbnr7 ulamak terasa sgt2MALU dan sgt2TAKUT/riya' klu digelar ulamak!

Sbnr2 ulamak hanya ingin mnyuloh sbnr7CAHAYA ygTERANG demi amanah CINTA-kaseh-SAYANG utk "selesaikan" sbnr7 MASAALAH ddlm ummah!

Itulah sbnr2 ulamak PEWARIS nabi2..

"Aku ssekali TIADA mminta upah-GANJARAN krn "upah"ku HANYA dsisi ALLAH"!(26:109)

Aarinal-haqqa-HAQQAN .."

Tuan2 & puan2
Layakkah mrk yg bebal & dah kena JERAT-IBLIS ddlm gelap itu dgelar sbg ulamak????????

Sbb itu mrk suka masuk lobang BEWAK dan dipatuk ular yg sama brkali2!!!

If you really want to know The TRUTH...The TRUTH is very very very SIMPLE!!!

Nota:

Upah/GANJARAN = gaji = ELAUN = ESOS = BALAK = PROJEK = proxy = komisyen = title = pangkat = GELARAN(Fakeh ulamak dato' TanSri dll) = glamor = dipuja2 = RIYA'


APRIL 19, 2015 AT 12:05 PM

mohd syahrul berkata...

bila majoriti dah bersuara..kena respek la..walaupun tak menyebelahi geng progresif...dah tu suara akar umbi..kena faham..pas ..itu yg perlu pasma jadi parti politik...

melayu ni tak kira umno ka pas...kebayakkan nya ultras...
kalau dap/pkr dah sentuh sensitip isu...mmg silap la..

Tanpa Nama berkata...

Pas for Hadi and the UG only

Tanpa Nama berkata...

Hadi nak jadi PM, tak mahu Anwar jadi PM?

Tanpa Nama berkata...

PAS patut diubah kepada Parti ulAmak Saja....

Tanpa Nama berkata...

Malang nya pro UMNO berulamak tidak dapat memberi pandangan atau satu rumusan seperti ini mengapa mereka tidak bersetuju dengan Dr Zul atau Ust AA dan tidak memberi kebaikan kebaikan tindakan mereka ini untuk masa depan PAS

Pencalunan Hj Hadi lebih kepada simpati kepada se orang tua kerana mereka yang mencalunkan Hj Hadi ada lah yang tua tua Mereka ini banyak bersusah payah pada PAS Pada pandangan mereka tidak adil mengkhianati Hj Hadi se orang tua yang juga selama ini telah berkorban pada PAS Sama macam UMNO yang mengekalkan Tun Mahathir

Ada orang sesat di pangkal jalan Ada orang yang sesat di hujung jalan Orang yang sesat di pangkalan kerana kurang ilmu Orang yang sesat di hujung jalan kerana tertipu dengan ilmu nya sendiri Hanya Allah yang Maha Tahu hujung nya jalan kita tetapi beruntung lah orang yang diberi kesempatan melalui umur tua nya kerana boleh menjangkakan sejauh mana hujung jalan nya

Hukum kebenaran dan keadilan membuktikan samada kita ikhlas atau tidak Selain dari itu mereka bimbang pada nasib melayu dari masa depan Islam Hudud bukan punca atau matlamat sebenar kerana setiap ahli PAS sedar ketika ini jalan melaksanakan hudud masih kabur Jika buat pun sekadar memlepas batuk di dalam lif



Tanpa Nama berkata...



Tindakan dan hasil yang diperlihatkan kepada kita adalah satu petunjuk

UMNO dengan kekuatan ilmu politiknya banyak melakukan kesilapan yang merugikan negara serta dengan ditambah dengan dosa fitnah nya

PAS dengan kehebatan imej Islamnya membelakangkan tuntutan Islam seperti bijak amanah dan ikhlas (sungguh sungguh) Hasilnya sama seperti apa yang dihasil kan oleh UMNO

Jika Tun Mahathir menangis kerana kekesalan nya Jika TGNA menangis kerana penyerahan nya Kita tunggu adakah Hj Hadi akan menangis juga?

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Apapun dah wujud satu golongan yang berselingkuh dengan musuh Islam yang meracuni orang ramai membenci ulamak. Geng tu kata sekutu tapi sebenarnya menaja keruntuhan seruan Nabi SAW. Geng ni lebih dahsyat daripada Pak Pandir 22st century.

Tanpa Nama berkata...

roper2nya pakei kopiah iblis

elok pkei sorban putih iblis

berseri pakei jubah iblis

dah jadi ulamak iblis, patut ler

iblis dah buat depa tak sedor sbb dah pulun harta dan dah jd glamor

biorkan biorkan jer ler

Yuzz berkata...

Aku rasa senang hati sekarang ni sebab dah buat keputusan untuk keluar dari Pas dan sokong Pakatan Rakyat sahaja. Pas betul-betul dah khianat amanah rakyat.. Kalau aku masih dalam Pas, sampai hari ini hati aku menangis memikirkan perangai dan gelagat pemimpin-pemimpin Pas yang kononnya berstatus ulamak..

Tanpa Nama berkata...

Apa nak Pas nih..
perangai lebih buruk drp BN..


Kempen Sabotaj Calon PKR Permatang Pauh Sedang Giat Berjalan

Mengikut kaum keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh, jentera PAS Kawasan sedang giat berkempen kepada ahli2 PAS supaya jangan mengundi PKR.

Keluarga Tulang Besi ini sudah mengundi di Permatang Pauh sejak zaman Haji Zabidi lagi.

Kempen dilakukan rumah ke rumah dan mereka dtg bertemu dgn kaum keluarga Tulang Besi sendiri
Minta pimpinan2 PAS Pusat ambil perhatian di atas perkara ini dan memberhentikan sabotaj yang sedang berjalan giat di Permatang Pauh.

Jikalau yg beri report ini bukan kaum keluarga Tulang Besi nescaya Tulang Besi tidak akan memperdulikan khabar ini.

Takkanlah keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh hendak berbohong dengan Tulang Besi

TULANG BESI

Tanpa Nama berkata...

Ini kerusi Anwar Musuh Anwar UMNO dan sekarang Hj Hadi yang mengunakan PAS untuk melenyapkan Anwar Menfitnah Anwar tidak cukup Menjarakan Anwar tidak akan menamatkan harapan rakyat pada Anwar

UMNO dan PAS mesti sama sama berusaha untuk mengkebumikan politik Anwar di Permatang Pauh

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Pembersihan puak dalam Pas

Saya tidak mahu menyamakan apa yang sedang berlaku dalam Pas waktu ini adalah satu proses pembersihan etnik. Iya, ia jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Bosnia-Hazegovina kira-kira 10 tahun lalu dimana Bosnia Serb melakukan "ethnic cleansing" pembataian ke atas warga Bosniaks (Bosnian Muslim) atas perasaan benci kepada keagamaan dan perkauman. Tidak.
Tetapi kaedah atau pun emosi yang sedang berbuak-buak dalam sesetenhgah orang dalam Pas kini, sama dengan apa yang berlaku di Bosnia itu, iaitu perasaan atau apa dinamakan kegilaan untuk menghapuskan satu kumpulan dan menobatkan satu kumpulan yang lain bagi menguasai Pas sepenuhnya. Tindakan ini sesungguh kejam dan tidak berhati perut. Biarlah saya menamakan apa yang sedang berlaku kini sebagai proses "menghapuskan puak" (group cleansing) dalam Pas
detail .. http://msomelayu.blogspot.com

IbnAbdHalim berkata...

Kini, Pas for UG!

Jeman berkata...

Sori bro... byk fakta sokongan yg bole diragui.. golongon ustaz dlm PAS pon bkn sampai 50% jumlah keahlian.. pemilihan pon byk diragui

Tanpa Nama berkata...

Pas for all??? Selain daripada ulama ulama, pas penduli apa? Slogan memang niat tipu

Sepatuhnya pas for allll................ulama

Tanpa Nama berkata...

Kualiti tinggi mulut tunduh "barua" dan "jual pull kuda" Tanpa bukti, ini quality pm ker???

Tanpa Nama berkata...

Semua perkara yang salah tak berertika seperti surat layang dan berkempen di PPauh tidak di tegur dan dikutuk oleh pro ulamak UMNO Membiarkan kerja kotor ini seolah olah di lakukan oleh musuh yang mengambil kesempatan dengan tidak menegur ahli sendiri

Jika bukan ahli PAS yang terlibat surat layang dan bukan ahli PAS yang berkempen sekali pun jika di tegur dengan keras musuh tidak akan ambil kesempatan kerana mereka tahu ahli akan patuh pada Presiden dan pemimpin

Kepada Allah kita kembalikan

Wan Rosli berkata...

Seperti biasa kami golongan majoriti berdiri teguh di belakang TGHH.. kpd pengkomen2 di atas yg merasakn anda bijak dari kami dlm hal memilih pemimpin sy sarankan buatlah parti baru spt pasma misalnya.. in sha Allah kami x akan sekali2 komen siapa jua yg anda nk pilih sebagai pemimpin hatta ibrahim ali .. lks..lge ataupun nasarudin mat isa dan hassan ali.. bye..

Tanpa Nama berkata...

hello wan rosli

nasaruddin mat ali dan hassan ali bukan ke geng kamu, UG?

Tanpa Nama berkata...

ada juga ulamak yang tak cerdik?, bagaimana nak laksana hudud tanpa perintah, kalau UMNO mahu dah lama buat, perintah Malaysia dah lebih 50 tahun, mana hudud? kalau ikhlas

Tanpa Nama berkata...

Hadi perlu diganti, kalau bijak kenapa jadi MB Terengganu sepenggal saja?

Tanpa Nama berkata...

PAS for rUGi

Parti baru dalam plan sokongan Yang bulat di tengah bendera warna hijau dan berlatarbelakang warna putih

Sekarang putih bulat yang melambangkan keikhlasan terkurung kerana hijau nya dan hijau lebih banyak dari putih seolah olah tersesat dalam hutan Begini lah keadaan PAS yang di pimpin Hj Hadi

Jika latar warna putih kita mengutamakan kesucian kebebasan dan keikhlasan Bulatan yang berwarna hijau ialah hati kita yang sayangkan Islam bukan munafik

Tanpa Nama berkata...

Pulak dah....

Wan Rosli berkata...

Diharap segala tuduhan terhadap TGHH ditarikbalik kerana sehingga kini saya masih lagi blm jumpa apa2 bukti konkrit ..
Kalau setakat isu pil kuda mahkamah dah pun bersihkan TGHH.. kalau korang jwb dan percaya hakim kata TGHH ada buat fitnah dlm isu ni (hakim bn korang percaya ke!! ) maka korang kena percaya jgk kata2 hakim mahkamah tinggi yg membebaskan dsai dlm kes liwat 2 dulu bahawa mmg berlaku perlakuan liwat antara dsai dan saipul cuma kekurangan bukti (aku x percaya.. spt yg korang kena percaya)
Kalau pertindihan calon.. sbg presiden beliau berhak membuat keputusan setelah mendapati ada calon2 yg x sesuai demi mengelak dari berulang kes lompat parti di perak sehingga tergadainya kerajaan negeri.. pasti pengalaman ini mengajar beliau sbg seorang ahli politik yg bijaksana..
Kalau malas dtg mesyuarat itu perkara biasa bila ada keuzuran.. dewa LGE korang pun aku difahamkan lebih kerap x dtg mesyuarat berbanding TGHH..
Kalau berakhlak buruk dan mengadu domba itu hanyalah tuduhan kosong yg sudah pun terbang di angin lalu..
Pada aku tuduhan UG ini hanya tuduhan fitnah..
Apa jadi dgn LKS dan DAP yg terang2 nak bersatu dgn BN utk menentang hudud.. ada korang bantah.. tak de kan..
Bagaimana pula dgn tawaran TPM kpd dsai serta ura2 azmin ali jumpa mahathir mewakili dsai nk jatuhkn najib kononnya.. ada korang bantah... tak de kan.. Perbuatan DAP dan PKR ini adalah lebih bahaya buat kesatuan PR.. sedangkan UG hanyalah rekaan dUMbNO utk melemahkan PAS dan sayangnya korang yg rasa diri korang bijak begitu mudah percaya mainan umno ini.. kan kan kan..
Utk pengetahuan korang juga hassan ali dan nasaruddin mat isa sudah pun jadi sejarah dlm PAS bilamana mereka kini sudah dipinggirkn.. puak PASMA jg bakal menerima nasib yg sama jika masih percaya dgn mainan UMNO tersebut yg mengakibatkn mereka kini beralih wala' kpd LKS dan LGE..
Maka dgn itu mari lah sama2 kita BUKAK MATA terhadap tindakan TGHH yg ingin menaikkan serta memartabatkn islam di negara tercinta ini..
Kalau hudud akhirnya terlaksana maka tercapailah cita2 suci rakyat kelantan serta PAS sendiri.. jika sebaliknya pula marilah sama2 kita kembali kuatkan PR.. x susahkan??...
Hudud no 1 PR no 2.. x kan ini nak disamakn dgn agenda DAP dan PKR.. kalau sama lebih baik kita buat satu parti je x yah ada DAP dan PKR lg.. betul kan?
Wassalam..

Tanpa Nama berkata...

hello wan rosli

untuk makluman kamu, kes fitnah pil kuda masih berjalan. tunggu sebutan di mahkamah rayuan.. kamu x ikut perkembangan ker

Haji Hadi dikenali sebagai ahli parlimen yang suka ponteng. Di dalam dua pengundian, Akta Hasutan dan POTA, beliau tidak hadir. Tidak layak malah tidak lansung menunjukkan contoh tauldan seorang Ketua Parti Islam.

Wan Rosli berkata...

Hallo anon 5.34pm.. masa perbicaraan saksi2 pendakwa malu nak dtg.. kalau setakat nk sambung perbicaraan TGHH boleh hadir di mahkamah lg x de masalah..

Kalau undian akta pota dan hasutan.. kau boleh confirm ke dewa LGE kau pun hadir..

Tanpa Nama berkata...

1) Wan Rosli, mula2 duduk di kandang orang salah, satu hari akan tetap masuk ke dalam penjara... org bersalah tetap kena hukum satu hari nanti. kita sama-sama tunggu.
2) itu ler kau, skru kepala kau ni dah tanggal banyak. Orang yg kau tak suka terus kau sifatkan mereka mendewakan LGE.
3) untuk makluman kau, LGE hadir di dalam pengundian Akta Hasutan, cuma tidak hadir dalam POTA kerana semasa itu sidang DUN Pulau Pinang sedang berjalan. Haji Hadi tak datang kedua-duanya. Sila rujuk http://www.malaysiakini.com/news/295596