10 Apr 2015

ADUN PAS Berpakaian Serba Hitam Tidak Bersalah...


Pas Perak tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap lima wakil rakyat parti itu yang tidak mengenakan pakaian istiadat pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri, 31 Mac lalu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu jelas selepas pihaknya mendapati pakaian serba hitam yang dipakai ke semua wakil rakyat terbabit tidak melanggar sebarang kod etika berpakaian ketika menghadiri Persidangan Dewan Negeri.

“Tiada sebarang peruntukan dalam kod etika berpakaian yang menyatakan memakai baju Melayu serba hitam adalah salah dan melanggar peraturan dewan.

“Ingin saya tegaskan, pakaian hitam yang dipakai kelima-lima mereka itu juga telah dipersetujui ketika mesyuarat antara Adun PR sebelum ini,” katanya.

Razman berkata, isu pakaian itu dipercayai sengaja diperbesarkan BN bagi mengalihkan perhatian terhadap kelemahan urus tadbir di Perak.

“Selain itu, sekiranya Sultan Perak murka, mengapa sehingga ke hari ini (semalam) tiada sebarang kenyataan terbuka dibuat oleh pihak istana tentang hal tersebut?,” katanya.

Disoal tentang penolakan dari sudut kepimpinan oleh Dewan Ulama Pas Perak terhadap Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Razman berkata, beliau telah mengesyorkan kedua-dua pihak bersemuka bagi menyelesaikan kemelut itu.

“Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, perkara itu perlu diselesaikan secepat mungkin demi kelangsungan parti.

“Itu yang sebaiknya dan diperlukan untuk mengukuhkan parti dan Pas Perak sendiri,” katanya. -SH

LAPORAN SEBELUM INI
ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalanlah...

GB sudah ulas sebelum ini di media sosial, pakailah baju warna apa pun, ia tidak menjadi satu kesalahan kerana tidak ada sebarang peruntukan di dalam kod etika peraturan dewan menyatakan berpakaian berwarna hitam itu tidak dibenarkan.

Yang bising-bising mengenai pakaian berwana hitam ini ialah YAB Pak Hitam, mungkin terasa dirinya tersindir dengan pemakaian warna hitam ADUN-ADUN PR berkenaan. Lalu digunakan alasan Sultan Perak murka. Sedangkan Sultan Perak sendiri tidak pun menitahkan demikian.

p/s GB dimaklumkan bahawa terdapat mereka di dalam PAS sendiri terutama PAS Perak yang melakukan serangan dalam isu baju hitam ini, yang sebenarnya serangan yang dilakukan hendak dihalakan terhadap Dato Mohd Nizar Jamaluddin. Tetapi tak menjadi kenyataan apabila kesemua ADUN-ADUN PAS termasuk bekas Pesuruhjaya PAS Perak, ADUN Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussien turut berpakaian serba hitam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakaian berkabung supaya umno cepat bungkus.

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti pas tetap akan berpecah dan pimpinan ulama yang ada akan tendang jauh2, inilah Qada dan qadar Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Mengata 'tak bersalah' pada adun yang memakai serba hitam pun ada lah salah

Jawapan yang tepat ialah 'Tidak melanggar peraturan dewan'

Jadi memang ada dalam PAS sendiri yang melakukan serangan seperti kata GB

Kerana Sultan turut memahami tujuan tersebut dan tidak menunjukkan sebarang reaksi 'dukacita' maka ejen ejen PAS jadi termalu sendiri dan keciwa PAS dan DAP berpakaian serba hitam

Anti Fitnah berkata...

Yang salah ... ialah bertelanjang sahaja.
Nak bincang apa lagi. Lagi bincang lagi nampak tidak cerdik.
Kalau Sultan Perak murka, tanya dia sebabnya? Jangan dok percaya kat kerling (Melayu celup) yang 10 kali bercakap, 11 kali berbohong.