28 Mac 2015

[VIDEO] Peniaga Ludah Air Minuman Yang Dibungkus Jadi Viral Semula


Kajang – Satu klip video yang memaparkan aksi peniaga meludah dalam bungkusan air minuman dijual hangat semula diperkatakan.

Difahamkan kejadian itu sudah lama berlaku, namun menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil maklum perkara itu dan akan menyiasat jika terdapat aduan baru mengenainya.

Penolong Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman berkata, jika ada laporan pihaknya akan mengambil tindakan untuk siasatan selanjutnya.

Setakat ini, katanya, tiada aduan secara rasmi daripada mana-mana pihak berhubung kandungan klip video itu.

“Pihak majlis akan buat semakan semula. Gerai itu tiada lesen perniagaan, selepas gelagat peniaga dirakam dan menjadi viral, gerai itu sudah hentikan operasi,” katanya.

Dalam klip video berdurasi 2.17 minit itu, peniaga minuman terbabit dirakam meludah ke dalam setiap bungkusan air minuman dijualnya tanpa sedar gerak-gerinya dirakam.

Perakam dipercayai wanita berdasarkan suara dalam rakaman klip video itu, kedengaran beristighfar sambil menyatakan lokasi sebenar gerai itu beroperasi.

Video menunjukkan peniaga itu memasukkan air gula ke dalam plastik bungkusan, mencedok air minuman dari tong dan menundukkan kepala (dipercayai meludah), sebelum mengikat bungkusan terbabit.

Menerusi klip video itu, peniaga terbabit menggunakan kanopi berwarna biru dan menjalankan perniagaan di tepi jalan.

Dalam rakaman sama, peniaga itu dilihat meludah tiga kali ke dalam tiga bungkusan air dijualnya dipercayai sebagai pelaris jualan. -SH


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KOTORNYA ,.,.EEEE JIJIK... AMBIL TINDAKAN SEGERA..

Tanpa Nama berkata...

Geng UG sepatutnya menggiatkan kempen kesedaran untuk menyedarkan peniaga Melayu tentang etika berniaga serta hukum-hakam yang terlibat; bukannya melabel orang yang tidak disukai dalam parti sendiri atau bersekongkol dengan UMNO

Khaliquzzama abdul rauff berkata...

Haramjadah nombor 1

Tanpa Nama berkata...

Dia tak ludah...dia tiup, supaya ada gelembong udara dalam plastik yang di ikat

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak ludah ?

Tiup buat plastik besar mungkin juga

Melayu tu , jahat jahat Melayu takut pada Allah SWT juga

Kalau Lahanat lain sikit

Tanpa Nama berkata...

Saya kenal dia ini. Dia tak.ludah cuma baca mentera hembus dalam air soya bagi jualan air soya dia laris. dan sedap diminuk. Tak apa beli dan minum lah tak ada apa apa.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak laris tak payah hembus @ ludah setiap bungkusan Buat kat rumah hembus @ ludah lah satu tong atau lebih baik semasa ceduk air baca lah apa nak di baca

Tak pernah orang nak tiup sebab mula mula dah di isi air batu plastik dah kembung

Begitu lah tertekannya rakyat sekarang ini ..

Soyaa satu hembus @ ludah kasi leboh sikit