29 Mac 2015

[VIDEO & GAMBAR] Lagi Ditekan Lagi #KitaLawan -KD


Himpunan #KitaLawan diteruskan petang tadi meskipun ramai ahli politik dan aktivis yang telah ditangkap polis berkaitan himpunan ini, demikian Keadilan Daily melaporkan.

Sekretariat #KitaLawan berkata, strategi Ketua Polis Negara (IGP) ternyata gagal menyekat kemaraan anak muda untuk ke Sogo hari ini dan sebaliknya hanya membantu anak muda #KitaLawan untuk mengajak lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk sertai himpunan ini.

“IGP sepatutnya dipecat dengan segera kerana perangai beliau hanya memburukkan nama pasukan polis yang kini bukan sahaja menangkap dan memukul rakyat biasa tetapi juga ‘menculik’ orang,” kata mereka dalam kenyataan.

Datuk Seri Najib Razak pula kata mereka lagi, tidak nampak bahawa pentadbiran beliau terus menerus menindas rakyat. Beliau juga tidak mempunyai prinsip dan tidak menghormati perlembagaan.

Kerana sudah hilang hala tuju maka Najib perlu diberitahu secara terbuka supaya beliau meletak jawatan Perdana Menteri dengan segera.

“Beliau juga tidak peduli serta tidak faham masalah dan kesengsaraan rakyat. Beliau lebih rela menyusahkan kita semua kerana bimbang memikirkan kemewahan yang dikecapinya masih tidak mencukupi.

“Kerana itu kita sebagai rakyat Malaysia perlu lakukan sesuatu. Najib tidak akan memperjuangkan isu rakyat. Kita sendiri terpaksa memikul tanggungjawab untuk melawan regim GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan),” kata mereka.

“Kita raikan hak kita untuk berhimpun secara aman. Berdiam diri bukanlah satu pilihan. Lagi ditekan, lagi #KitaLawan,” tegas mereka lagi.

Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan, sejak Khamis hingga awal pagi ini, pihak polis menahan ahli politik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang, Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing, dan terbaru Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, atau Tian Chua sebentar tadi.

Sementara aktivis yang ditahan kini ialah Hishamuddin Rais, Michael Tamil, Gan Zhi Mou, Chee Chu Sang dan Yong Ming Chong. Siri penahanan ini dikritik sebagai langkah memadamkan perbezaan pendapat dan halangan kepada kebebasan bersuara, dan PAS memberi amaran kepada polis tindakan ini hanya menambah kebencian terhadap kerajaan.














6 ulasan:

Awanama berkata...

Tahniah pejuang sejati rakyat dan terlibat dan tertangkap hanya pemimpin pas pro pakatan[professional] ..dimana wahai geng UG dan pro ulamak .. apakah redha dgn kezaliman dan penindasan dilakukan dan akan datang?
dibawah statement pro UG dan Ulamak kononnya mahu jihad mati syahid.
cuba2lah renung dan mahasabah diri.
"Usin UG Ceroi..
KAMI PEJUANG JIHAD .TAK MAIN LA MASUK LOKAP
MAT SABU KENA TANGKAP MASUK LOKAP? ALAAA...APA BARANG, BEB !!
Aduuyaiii...bising bunyi henset tok dengan wassap yg masuk. Semua tanya tok, ramai yg dah kena tangkap...rafizi...tian chua...Mat sabu...nurul nuha...Izzah..tapi kenapa geng2 tok seorang pun tak kena macam Nik beduh...tontowi...Tar snake...AtTakiri...Hadi...kenapa mereka tak kena?
Tok kata, geng2 tok tak main la masuk lokap. Mereka ni pejuang jihad yg standard mereka mati syahid. Masuk lokap bukan mati pun.....tak main lokap2 ni...low class...."
macamana ahli pas dan orang awan mahu hormat jika ini akhlak depa sombong dan bongkak..
yg penting Allah bagi akal gunalah sebaiknya bukan utk rendahkan martabat diri..
biasanya umno yg ada akhlak begini..

Awanama berkata...

ini pula contoh presiden yg mahu dicontohi?
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau "tidak tahu" timbalannya Mohamad Sabu ditahan polis tengah malam tadi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Hadi, yang dilihat kian renggang dengan timbalannya, berkata demikian sewaktu bergegas selepas merasmikan konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di Gombak hari ini.

Awanama berkata...

bila jadi pengrus pasukan bola, yang main kat dalam padang tu stiker, goalkeeper dll... so pengurus tak yah la turun padang...

Nanti last baru tahu pengurus tu okey ker idak....

still on game.. just wait n see...

Awanama berkata...

Secara sedar kita nampak bahawa peminpin ulamk ni selamat dari kena tahan.cuba perhatikan ulamk dari Perak yang berjanggut,mana kena jail pun ,yang lain dah siap tidur kt dalam ,mana pergi ulamak janggut tu.terlepas pulak dia,jadi tak payahlah kita ambil tahu tentnag ulamk tarbus dalm Pas ni.sejak Arwah TGNA kembali ke rahmattuallah keadaan Pas jadi macam UMNO.pergi mampus dengan Pas selagi ada peminpin ULARMAK NI

Awanama berkata...

Wah ko, geng2 DAP xnk pulsk ko tanya. Kenapa bersikap selektif?

Awanama berkata...

Presiden mcm ni pun ada kami ahli bawahan pun tahu abg mat sabu kena tangkap ni kn presiden pulak...presiden jaga periuk nasi sendiri je tak peduli org lain...cakap sombong...silap tak mau minta maaf...presiden suka kena bodek....pas makin merudum dibawah presiden ni...