Polis meneruskan operasi ke atas para aktivis dan para pemimpin Pakatan Rakyat menjelang perhimpunan perhimpunan besar Kita Lawan di Kuala Lumpur.
Seorang daripadanya, aktivis sosial Hishamuddin Rais 'diculik' oleh beberapa individu yang berdekatan dengan tempat protes duduk Kita Lawan dan dibawa ke Balai Polis Daerah Dang Wangi.
Seorang lagi, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ditahan dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, kata senator PKR, Syed Husin Ali.
Menurut PKR, polis turut memanggil naib presiden parti itu, Tian Chua untuk siasatan di IPD Dang Wangi.
"Beliau kemungkinan besar akan ditahan malam ini," kenyataan rasmi parti itu dipetik.
Kejadian melibatkan Hishamuddin berlaku berhampiran persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman sejurus selepas Hishamuddin turun dari teksi.
Beberapa lelaki yang menunggang motosikal menariknya dan membawanya masuk ke dalam kereta berwarna perak yang mengekori teksi tersebut.
Lebih 10 orang aktivis yang ternampak kejadian itu mengejarnya, menyebabkan kenderaan tersebut terburu-buru membuat pusingan-U.
Beberapa penunggang motosikal bertindak memanjat pembahagi jalan untuk beredar dari situ.
Selipar Hishamuddin kemudiannya ditemui berhampiran tempat kejadian.
Beberapa minit selepas kejadian berlaku, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah diminta untuk mengesahkan sama ada Hishamuddin ditangkap.
Bagaimanapun, Zainol berkata dia tidak tahu mengenai perkara itu.
Namun, para aktivis kemudiannya dapat mengesahkan bahawa Hishamuddin ditahan di IPD Dang Wangi.
Di Pulau Pinang, kejadian melibatkan Mohamad dikatakan berlaku pada kira-kira jam 11.40 malam di sebuah restoran di Sungai Dua.
Saksi, seorang MP PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berkata bedliau pada masa itu sedang minum bersama timbalan presidennya itu selepas habis bermesyuarat.
"(Mohamad ditahan) polis dari Bukit Aman lengkap dengan ski mask dan senjata lalu dibawa ke balai polis Seberang Jaya.
"Kami PAS Pulau Pinang berasa kesal dengan tindakan penangkapan ke atas pesuruhjaya kami yang juga timbalan presiden PAS," katanya dalam satu kenyataan. -mk
9 ulasan:
Apakah perjuangan puak-puak UG yang sebenar? Ketika Mat Sabu ditangkap, di mana puak UG?
puak ug tengah nonton majlis resepsi anak pm
Kerajaan yang paling zalim di dunia. Memprotes dan menyuarakan pendapat akan ditangkap.
TITM telah beri komen. Anehnya org no 1 masih senyap. Ingat watak watak seperti Mat Sabu inilah yg berjaya memesrai semua bangsa dan jasa puluhan tahun beliau dalam parti mustahil dpt disangkal.
Perjuangan kamu semua akan menyebabkan KPN dan BOS nya tidak dapat lena dengan nyenyak dan hidup dengan tenang walaupun harta melimpah ruah.
Puak2 UG anggap mereka yang bukan dari kabilah UG sebagai musuh. Mereka bersyukur terhadap apa yang berlaku.
sebenarnya ia isyarat kpd kita yg bkn pemimpin,ahli biasa or non partisan utk ke hadapan..ia lagi solid pasal org biasa yg lead...x nampak partisan lagi means protes dah merebak ke setiap lapisan warga malaysia.ia memudahkan mana2 parti dan kumpulan yg melawan umngok...pasal x yah suruh or kempen..rakyat sendiri yg bangkit..amacam
Skrg puak2 UG tengah bergembira dengan penangkapan Mat Sabu.....Kepala UG kat Rusila lg rs seronok bl Mat Sabu di tangkap...
Peduli apa? Yang penting pas dan ulama berjaya supaya di nampak suci mulia.
Catat Ulasan