10 Mac 2015

[SYABAS] PAS Kota Bharu Calonkan TITM Cabar Hj Hadi


Langkah ketepikan Hadi bermula, PAS Kota Baru namakan pencabarnya

Usaha mengenepikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bermula secara rasmi malam tadi apabila PAS kawasan Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden parti Islam itu.

PAS Kota Baru menyifatkan pencalonan itu sebagai satu usaha memujuk Hadi agar tidak bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti pada Jun dan menyatukan semula parti yang sedang berpecah.

Mereka percaya pencalonan Tuan Ibrahim akan menenangkan kedua-dua kumpulan dalam PAS yang bertelagah, di antara kumpulan ulama dan profesional.

"Mesyuarat Jawatankuasa malam ini bersetuju untuk mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim sebagai calon presiden," kata Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada The Malaysian Insider sebaik saja mesyuarat itu selesai.

"Saya penuh yakin presiden akan menerima baik cadangan ini kerana ia bertujuan menyatukan parti.”

Katanya, 11 daripada 13 ahli jawatankuasa yang hadir ke mesyuarat itu menyokong pencalonan Tuan Ibrahim.

"Kami yakin pencalonan Tuan Ibrahim ini satu tokoh yang tidak kontroversi dan mendapat kepercayaan Tuan Guru Haji Hadi sendiri.


“Kami berkeyakinan ulama masih perlu memimpin parti,” katanya.

Wan Rahim juga merupakan timbalan pengarah pilihan raya PAS pusat dan di antara pemimpin yang mahu parti Islam itu terus bersama Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, keputusan untuk mencalonkan Tuan Ibrahim dibuat selepas mendapat mandat daripada mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru Sabtu lepas.

Keputusan PAS Kota Baru memilih Tuan Ibrahim berbanding timbalan presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu dikatakan kerana percaya Hadi hanya akan berundur sekiranya seseorang dipercayai dinamakan untuk menjadi presiden parti.

Sabtu depan, PAS kawasan Parit Sulong di Johor dijangka akan mencalonkan calon lain untuk mencabar Hadi.

Jika trend ini berterusan, Hadi akan ditentang buat pertama kalinya selepas menang tanpa bertanding setiap kali pemilihan PAS sejak mengambil alih jawatan presiden daripada allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor pada 2002.

PAS akan mengadakan muktamarnya Jun ini di Shah Alam di mana pemilihan pucuk pimpinan parti akan dibuat ketika parti itu dilihat berada dalam dilema sama ada untuk terus kekal bersama PR atau tidak.

Pemimpin PAS yang condong kepada kepimpinan ulama dan konservatif dilihat selalu bermasalah dengan PR khasnya DAP, manakala kumpulan profesional dan progresif termasuk Wan Rahim dilihat mahu kekal kukuh bersama gabungan ditubuhkan pada 2008 itu. -TMI

KB calon Tuan Ibrahim lawan Hadi

Ura-ura bahawa Kota Bharu akan menjadi kawasan pertama PAS mencalonkan pencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden menjadi kenyataan malam ini.

Perkara itu dimuktamadkan sebentar tadi apabila mesyuarat jawatankuasa kawasan itu bagi memutuskan perkara itu.

Seperti disebut-sebut, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (bawah) dicalonkan bagi berdepan Hadi yang sudah menerajui PAS hampir 15 tahun selepas pemergian allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Pemimpin kanan bahagian itu ketika dihubungi petang tadi enggan mendedahkan siapa tokoh yang bermain di fikiran mereka tetapi hanya menjelaskan "bukan naib presiden Datuk Husam Musa".

Mesyuarat agung tahunan kawasan itu sebelumnya memberi mandat kepada anggota jawatankuasa pusatnya untuk memutuskan pencalonan jawatan tertinggi untuk pemilihan PAS Jun ini.

Sidang media diadakan malam ini di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu.

Menurut perlembagaan, seseorang anggota PAS memerlukan dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding.

Sebanyak 27 jawatan peringkat pusat dipertandingkan.

Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.
-mk


ULASAN GB

PAS kini memasuki era kematangan. Zaman untuk "menang tanpa bertanding" telah berlalu. Zaman untuk mengiyakan saja apa yang disuarakan oleh ketua sesebuah organisasi sekalipun salah juga telah berlalu.

GB mengucapkan syabas dan tahniah kepada PAS Kawasan Kota Bharu yang menjadi pelopor dan perintis mencalonkan pencabar kepada Haji Hadi Awang. Bukanbererti kita tidak wala, bukan bererti kita tidak sayangkan presiden. Tetapi sebagai orang beriman dan sebagai ahli jemaah yang komited kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan kita meletakkan parti dan jemaaah lebih utama daripada individu.

Dulu lagi di dalam satu tulisan GB pada 7 Ogos 2008 bersempena maal hijrah GB telah menyatakan bahawa parameter adab berjemaah (wala) itu perlu dinilai dan didefinisikan semula.

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi. Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini.

Bukan mudah untuk PAS Kota Bharu untuk membuat keputusan mencalonkan pencabar kepada Hj Hadi. Persoalan perpaduan di dalam jemaah perlu ditangani sebaik mungkin agar rambut ditarik tidak putus dan tepungnya tidak berselerak.

Perubahan itu perlu untuk PAS menjadi parti yang terus relevan di di dalam arus politik negara.

Mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man adalah langkah bijaksana kerana Tuan Ibrahim dilihat sebagai sebagai tokoh moderate sekalipun ada yang kurang berpuashati dengan sikapnya yang adakalanya tidak tegas dan dilihat datang dari kem pro-ulama juga.

Tang terlebih penting ialah keperluan dan keberanian untuk berubah. Kita sayang sayangkan parti, kita sayangkan jemaah. Kita tidak lagi berupaya untuk menerima perpecahan dan kekalahan parti kita berterusan. Sudah terlalu banyak airmata mengalir setiap malam kerananya.

Haji Hadi perlu ruang untuk menjaga kesihatannya, perlu diberikan ruang untuk tidak dibebani dengan masalah-masalah pengurusan dan pentabdiran parti. Kedudukan beliau sebagai Naib Ketua Ulama Sedunia perlu diberikan pengiktirafan oleh parti sendiri dengan meletakkan beliau sebagai Mursyidul Am parti, menjaga dosal-soal dasar parti agar tidak tergelincir dari landasan.

Kita berharap agar pihak yang beriya-iya mahu menegekalkan Haji Hadi sebagai presiden parti agar berlapang dada. Perlu mengikis perasaan taksub tetapi sebaliknya meletakkan kepentingan parti dan jemaah di atas segala-galanya.

Perpindahan jawatan Presiden dari Haji Hadi perlu dilihat sebagai satu proses transisi kepada golongan profesyenal yang bertaqwa sepenuhnya. Sama seperti peralihan jawatan Presiden dari golongan nasionalis-islam kepada golongan ulama, iaitu dari Datok Asri Hj Muda kepada Ustaz Yusof Rawa diikuti dengan Ustaz Fadzil Noor dan barulah sampai ke tangan Haji Hadi, walaupun semasa muktamar di DBP) dulu ada suara yang terus mahukan Haji hadi jadi presiden mengganti Dato Asri. Proses transisi itu berlaku dengan teramat indah.

Bagi mereaka yang ada ainul-basirah, mata hati yang celik, kesemuanya ini adalah dari Allah swt dan ia adalah "real", ia benar-benar ciptaan dan perancanaan Tuhanmu dan Tuhanku yang Maha Esa...

Maha Agong dan Maha Besar Dia!

"Sibghah (pewarnaan/celupan) Allah. Siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah. Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah." (Surah Al-Baqarah, ayat 138).

Ia adalah evolusi kepimpinan di dalam sebuah jemaah dan proses itu akan terus berjalan.

Kita menunggu hari esok yang lebih cerah, lebih cemerlang dan lebih gemilang untuk Parti Islam SeMalaysia!

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukankah dia bersukaria sesama puak wala' tatkala parti sedang mengadakan satu program besar untuk membincangkan halataju sempena ulangtahun yang ke 63 di Perak?

Jeman berkata...

Tlg cadang ust ahmad awang sbg presiden.. dan jatuhkan pj perak razman ni

5sal berkata...

kelupuq lah puak2 UG/GU dan penyokong wala'.nanti akan ada suara2 pengagum hj hadi akan kata dtitm tak wala' dan mengkhianati parti dan presiden.harap dapat dtitm terima percalonan kerusi no wahid tu.

Tanpa Nama berkata...

Ini utk kebaikan semua stakeholders dan interested parties. Semoga Syeikh Abdul Hadi Awang sedar bahawa....dlm memilih jadi imam solat pun..ada kriteria populariti makmum...apa lah besarnya Pas jika dibanding dgn solat berjemaah. Sebaiknya Syeikh al Kabir Abdul Hadi Awanj berundur utk fokus kpd persatuan ulamak dunia dan boleh membantu Syeikh Dr. Yusof Al Qaradawi

Tanpa Nama berkata...

TITM dah nampak jalan untuknya, sebab itulah ia segera buat pusingan U semasa tegar bersama UG.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju tuan Ibrahim dicalonkan sbg presiden...tapi dgn syarat jika menang nanti tuan Ibrahim kena lepaskan jawatan dlm majlis syura supaya tiada pertindihan kepentingan...setuju tak saudara2 sekelian?

Tanpa Nama berkata...

Dato husam harus d lantik sbg presiden baru boleh berdaya saing

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan Syabas, keberanian anak didik TGNA

Tanpa Nama berkata...

Tahniah! Tahniah! negeri lain bila lagi nak berubah

Tanpa Nama berkata...

Pencalonan terbaik, semoga dapat menguatkan dan menyatukan Pas

Tanpa Nama berkata...

Hadi perli diganti, Pas tidak ketandusan pemimpin, TGNA pemimpin terbaik hingga keakhir hayat

Tanpa Nama berkata...

Cadangkan juga Ustaz Ahmad Awang mencabar Hj Hadi

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim bin Tuan Man untuk Presiden


Saya sokong

Tanpa Nama berkata...

GB...nanti jgn lupa create satu survey utk para pembaca dgn tajuk "sila berikan satu nama calon yg layak menggantikan hj hadi sbg presiden pas" pastu sama2 kita tengok nama calon mana yg paling banyak mendapat undi di dlm talian... setuju tak GB?

Tanpa Nama berkata...

Memang Tuan Ibrahim dilihat condong kepada pro Ulamak Samada pro Ulamak atau tidak Presiden mesti di ganti Tak payah nak bagi berbagai bagai alasan

Kalau Tuan Ibrahim nak teruskan UG terpulang pada Tuan Ibrahim asalkan jangan buat cara dan menunjukkan sikap yang sama dengan Hj Hadi yang nampak kelemahannya yang sangat ketara Kelemahan Hj Hadi ialah orang orang yang disekelilingnya dan membelakangkan muktamar

Nak UG buat cara Tuan Ibrahim
Nak PR buat cara Tuan Ibrahim
Jangan buat cara tak bijak dan main belasah seperti yang di lakukan sebelum ini

Ini lah faktor pada pandangan sy KB pilih Tuan Ibrahim yang belum di pengaruhi sangat oleh orang orang yang sama disekeliling Hj Hadi Tak tahu lah lepas ini sebab pro Ulamak pasti akan memberi fokus kepada Tuan Ibrahim

Kalau Tuan Ibrahim ada sifat terpuji ini bukan dalam PR saje Tuan Ibrahim di hormati malah dalam UMNO Tuan Ibrahim akan di hormati


Tak mahu kah Tuan Ibrahim menjadi seperti TGNA?



Tanpa Nama berkata...

Antara kriteria memilih imam ketika zaman Bani Uthmaniyah ialah kebolehan calon imam itu berbahasa Latin

Tanpa Nama berkata...

Ustz ahmad awang dah uzur juga, bagi ustaz MUJAHID baru dinamik , HUSAM jadi timbalan. Dok pilih org dah sgt berumur payah kerana org tua2 fikiran susah terima perubahan, DEGIL dan mcm lah

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim tolak pencalunan KB

Ingat senang ke nak jadi pejuang dan pembela rakyat

Kalau itu lah satu satu nya orang yang layak jadi Presiden dah nampak dah masa depan PAS Kalau ikut loghat sebutan PAH Parti Angkatan Hadi

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak calon Mat Sabu? Diakan Timb Presiden. Bukankan dikatakan golongan ulama' tak layak mentadbir.