12 Mac 2015

Subky: Bukan Senang Nak Ramaikan Ahli PAS, Yang Ada Nak Dihalau Pula...


Bukan Senang Meramaikan Ahli PAS

Oleh Subky Latif

Sejak saya bergerak kencang dalam PAS hujung tahun 70-an, boleh dikatakan sama banyak tidur di rumah dengan tidur dalam bas dan tempat ceramah. Setiap masa bersedia seperti naik bukit turun bukit untuk memperkenal perjuangan PAS kepada orang ramai, mengajak yang belum berparti dan orang Umno menyertai PAS.

Lebih hebat lagi Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TG Almarhum Nik Abdul Aziz yang lebih lama daripada saya berjuang mengajak orang menyertai PAS. Tinggal TG Haji Abdul Hadi Awang antara yang terus menyambung kerjanya bersama dengan Ustaz Fadzil dan TG Nik Aziz dulu.

Saya teringat ketika terkandas dengan TG Haji Hadi pukul 2 malam di hujung pekan Sungkai kerana tayar Mercedes tuannya pancit dan tayar gantinya juga pancit. Tidur dalam motokar hingga kedai tayar buka pukul 9 pagi.

Ketika saya mula tercebur dalam PAS keahliannya sekitar 200 ribu orang. Amat sakit untuk mencapai keahlian setengah juta semasa menyambut ulang tahunnya ke-40 tahun 1991. Sasaran itu hampir tercapai semasa sambutan jubli emas tahun 2001, tahun kematian Ustaz Fadzil.

Bukan senang untuk dapat seorang dua menyertai PAS dari satu ceramah. Dua hari Ustaz Fadzil meninggalkan rumah di Alor Setar untuk berceramah satu jam di Temerloh. Beribu orang hadir. Belum tentu lima orang menyertai PAS selepas ceramah. Ustaz Hadi jadi tumpuan ramai masa itu. Daripada belasan ribu yang mendengarnya tak sampai 10 masuk PAS.


Demikian limpahan manusia mendengar ceramah TG Nik Aziz dan kemudian besar minat orang kepada ceramah Mat Sabu, belum tentu ramai pendengar mengisi borang PAS. Demikian payahnya unuk mendapat seorang dua daripada ceramah saya yang tidak ramai pendengar.

Kami tiada kuasa untuk menjadikan orang ramai itu menyertai PAS. Kami boleh memberi penerangan. Allahlah yang menggerakkan hati mereka menyertai PAS.

Sekarang keahlian PAS sudah mencecah sejuta. Saya pun tidak tahu bagaimana parti Pak Lebai dulu kini jadi parti sejuta orang dan parti untuk semua orang. Bukan senang untuk dapat menjadi parti orang Melayu/Islam yang bersaing dengan Umno.


Kita tidak arif bagaimana keahlian jadi seramai itu. Tetapi ia adalah parti yang besar dan disegani oleh semua. Sewajarnya ahli-ahli PAS bersyukur kerana parti yang payah dapat seorang dari setiap ceramah kini boleh jadi parti sejuta orang.

Apabila parti itu sudah besar, maka besar jugalah masalahnya. Tetapi dengan besarnya parti itulah yang melayakkannya menggantikan Umno. Itulah kempen PAS sekarang iaitu parti pilihan orang yang tidak mahu dan tidak suka lagi pada Umno.

Tetapi kalau setengah yang berada dalam PAS disuruh keluar pula daripada PAS, maka tidak dapatlah kita menggantikan Umno. Saya tahu susahnya untuk dapat seorang dua ahli, tidaklah wajar setelah ada sejuta, disuruh pula setengahnya tingalkan PAS.


Ia bukan cara dan politik menyelesaikan masalah. Jika ada yang tidak mahu TG Haji Hadi jadi pemimpin, biarkan mereka calonkan sesiapa. Tapi saya pun tidak percaya ada yang sedia jadi calon. Adakah dalam PAS Haji Sulaiman Palastine yang sanggup cabar Hussein Onn? Banyak juga undi diperolehnya, tetapi dia kalah.

Pencabar TG Hadi mencatat sejarah. Tapi sejarah itu berakhir hari pemilihan. Yang mencabar itu mungkin ada silap dan betulnya. Tapi jika mereka silap pun, mereka adalah ahli PAS. Sebelum mereka disuruh keluar, PAS beri peluang ikut majoriti seperti Tunku tawarkan komunis menyerah diri. Kerana ramai yang tak menyerah diri, barulah Tunku perang mereka habis-habisan.

Tidak bijak berusaha keras dapatkan ahli Umno jadi PAS tapi suruh pula ahli PAS keluar parti. Jangan jadi politik buluh kasap.


ULASAN GB

GB memang mengikuti tulisan-tulisan beberapa penulis veteran seperti Subky Latif dan A.Shukur Harun sekalipun ada masanya tulisan-tulisan mereka tidak berapa kena dengan citarasa GB.

Biasalah, perbezaan pendapat. Jika sebelum ini GB layan juga membaca tulisan Subky yang banyak membela Haji Hadi (yang GB kata tak sesuai dengan citarasa GB), tetapi tulisan di atas jelas lain nadanya. Dengan lembut beliau mengkritik sikap Haji Hadi yang "menghalau" ahli-ahli PAS yang bergiat di dalam NGO bernama PasMA. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan, apa yang GB pegang selama ini nam[paknya benar dan diakui oleh penulis-penulis vetran seperti Pak Syukur dan Subky.

Sebelum ini Pak Shukur telah menulis dengan tajuknya Kasih Fadzil Noor kepada ahli PAS. Tulisnya:

Bayangkan jika allahyarham masih ada hayatnya dan menyaksikan krisis dalaman yang berlaku ini, betapa remuk hatinya dan tentunya mengambil langkah segera mencari punca masalah dan menyelesaikannya.

Ini kerana allahyarham sangat menitikberatkan perpaduan jemaah dan sangat mengasihi semua ahli PAS. Dengarlah apa katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Kali Terakhir di Muktamar Tahunan PAS:

"Kalau dapat saya hendak meneruskan lagi ucapan saya di depan hadirin/hadirat ini kerana saya sangat sayangkan ahli PAS semuanya dan saya enggan berpisah dengan anda semua. Tetapi saya terpaksa menamatkan juga ucapan ini."

Ucapannya itu menyebabkan para muktamirin menitiskan air mata, mereka sangat terasa disayangi pemimpin mereka.

Beliau meneruskan dengan memetik kenyataan Jabatan Pendidikan Politik Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hasbie Muda :

"Gesaan menghambat ahli keluar parti, katanya, perlulah dihentikan serta-merta kerana gesaan ini sangat memalukan. Ia seolah-olah membuat pengakuan terbuka Lajnah Dakwah dan Lajnah Tarbiyyah PAS gagal melaksanakan tugas mendakwah dan mentarbiyyah ahli parti. Hasbie mengingatkan semua pemimpin PAS sebagai sebuah parti politik, kita memerlukan kedua-dua kualiti dan kuantiti pada ahli kita."

Kini Subky pula menyuarakan hal yang sama.

Tetapi kalau setengah yang berada dalam PAS disuruh keluar pula daripada PAS, maka tidak dapatlah kita menggantikan Umno. Saya tahu susahnya untuk dapat seorang dua ahli, tidaklah wajar setelah ada sejuta, disuruh pula setengahnya tingalkan PAS.

Secara halus, Subky semacam mahu Haji Hadi dicabar di dalam pemilihan nanti walaupun beliau rasa sukar untuk mencari seorang Sulaiman Palestine yang sanggup mencabar Hussein Onn seperti senario di dalam parti UMNO. Tambahnya lagi:

Pencabar TG Hadi mencatat sejarah. Tapi sejarah itu berakhir hari pemilihan. Yang mencabar itu mungkin ada silap dan betulnya. Tapi jika mereka silap pun, mereka adalah ahli PAS....

Berdasarkan tulisannya itu, beliau berharap pencabar kepada Haji Hadi jangan takut, kerana "walaupun mereka silap" mereka tetap ahli PAS dan tidak ada sesiapa yang berhak menyuruh mereka keluar dari PAS.

Di akhir tulisannya agak tajam sindirian Subky terhadap Haji Hadi yang menghalau ahli PasMA keluar dari PAS....

Tidak bijak berusaha keras dapatkan ahli Umno jadi PAS tapi suruh pula ahli PAS keluar parti. Jangan jadi politik buluh kasap.

Ya, politik buluh kasap.... mungkin tepat itulah gaya politik Haji Hadi... masuk angin keluar asap!

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

THUMBS UP to you Tuan Subky Latif !
Kepada GB....terima kasih diatas penyaluran maklumat yang sangat didahagakan !

Tanpa Nama berkata...

Dah Ketua Besar orang Bahalol , di ingat orang masok PAS kerana nya.

Bahalol lah jadi nya.

Orang Orang Melayu kena guna Otak , bukan emosi.

Tanpa Nama berkata...

Jadilah pewaris nabi yang juga mewarisi akhlak Baginda bukan hanya bermegah2 dengan gelaran.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih tuan subky yang sedar dari mamainya.ada dua tulisanya kini bolih memberi kekuatan semula pada pas,tetapi sekiranya golongan ULARMAK masih dengan Wala, lama jawabnya Pas akan merudum .Tiada akan ada bangsa lain yang akan memberi undi pada paas sekiranya Pas tidak mahu berubah.Tunggulah bahanaya.

5sal berkata...

kota bahru telah mencalonkan titm untuk kerusi nombur wahid tu tapi pasai apa belum pun perang bermula titm dah angkat bendera putih.nak jaga hati ketua UG/GU kot,takut nanti bila titm takdirkan menang akan dicop sebagai tak wala' pada tok ketua dan mengkhianati.untuk menjaga hati tok ketua dan penyokong UG terpaksa tolak walaupun hati sakit.maka bertepuk amai-amai geng UG/GU.

Waris berkata...

Bahaya sedang menunggu pak subky... silap haribulan TUC akan menJEBONkan pak subky

Tanpa Nama berkata...

Betapa susah nya untuk meletak PAS ke tahap boleh menganti umno Jadi jangan lah senang senang pulak susah payah mereka di persia siakan untuk kepentingan tiga empat kerat orang yang tak merasa kesusahan pada masa lalu

Ingat lah juga jasa dan pengorbanan orang lain yang bukan sedikit Sedangkan dalam pihak yang menghalau ahli keluar pada masa itu ada
masih anak anak lagi

Jangan ingat dengan menghalau yang tak sehaluan keluar pas saja yang meninggalkan pas Tetapi separuh yang masuk pas selepas ustad fadzil meninggal pada tahun 2001 pun akan keluar Apa kah itu yang di mahu kan

Mereka yang masuk pas tidak sama dengan mereka yang masuk umno Umno boleh bagi macam macam Subky kalau berkerja dengan utusan lebih senang dari sekarang Sebab itu lah Ustad Fadzil sayangkan ahli ahli pas

Tanpa Nama berkata...

Semakin banyak kita dapat melihat betapa sedikit betul nya cara Hj Hadi

Politik buluh kasap Penyokong yang nanti lesap

Tanpa Nama berkata...

Ya Ana setuju kata pak subky . bukan senang orng nak masuk pas sekarang ni senang 2 nak halau.

Tanpa Nama berkata...

Yang suruh ahli PAS keluar parti adalah talibarut UMNO. Baru tumbuh gigi dah nak mengigit dan kalau yang lama tu lupa diri.

Tanpa Nama berkata...

Boleh tapi suruh ostad ostad pro UG bagi ceramah dan dapatkan ahli baru seramai 5,000 sebelum muktamar

Tapi ada kemungkinan selepas muktamar ostad ostad pro UG kecundang pasti ahli PAS akan bertambah lagi

Tanpa Nama berkata...

geng2 ustaz muda ni tak pernah mengalami zaman dimana nak dapatkan org join pas amat susah. yg dia tau tgk2 ahli pas dah ramai. itu sbb dia dgn mudahnya nak halau ahli pas skrg

sb dehlawi berkata...

naik haron din terus suruh ahli sokong hadi, pebenda ni...mursyidul doh tunjuk pengaruhnyo.

Tanpa Nama berkata...

DULU SAYA UNDI PAS TAPI SEKARANG SAYA SOKONG PR SAHAJA.

Tanpa Nama berkata...

Ketika PRU 13 dulu,dalam perjalanan dari Shah Alam balik ke Jalan Kebun,pasal nak mengundi saya lihat di sepanjang jalan,melalui taman dan kejiranan bukan Melayu ,anak-anak muda bangsa India dan Cina meriah mengibar bendera hijau lambang bulan dab ber slogan...'Pas For All 'dan meminta kami membunyikan hon jika setuju,dan kami anak beranak bertakbir dalam kereta,tetapi kemelut PAS,yang tak henti dengan pelbagai isu pembelotan terhadap pimpinan PR oleh tuan Presiden dan kepimpinan Ulamaknya ,entahla tak tau jiran-jiran kami di kg Jawa,Sg Kandis,Batu 4 dan Bukit Kemuning masih lagi nak pangkah calon dari parti yang sama.Apapun salut pada Pak Subky dan Bro Greenboc,anda memang terbaek...bravo!

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS mesti berani menukar nakhoda.Nakhoda sekarang terlalu angkuh tidak dapat terima pendapat org lain.Ayuh suburkan demokrasi.

Tanpa Nama berkata...

golongan profesional menyokong Pas kerana meluat kepada UMNO, tiba-tiba Hadi dan UG nak kepada UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Mengikut kajian 3 golongan yg paling tidak boleh dipercayai 1. Ahli politik 2. Peguam. 3. Jurujual

Tanpa Nama berkata...

Tahniah subky. Bola cantek utk presideng yg sombong. Haha