16 Mac 2015

Shah Alam Mahu Hj.Hadi & Mat Sabu Dikekalkan


Shah Alam - Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Shah Alam di sini hari ini sebulat suara mengekalkan kesemua penyandang lima jawatan tertinggi parti itu dalam pencalonan yang akan dibawa ke Muktamar Pas ke-61, Jun depan.



Lima penyandang jawatan tertinggi itu ialah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden); dan tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof berkata, pencalonan kelima-lima penyandang jawatan itu diputuskan atas kehendak perwakilan.

"Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti," katanya kepada pemberita.

Ahmad Awang pernah menjadi Naib Presiden Pas, bekas Pesuruhjaya Pas Perak, dan bekas anggota Majlis Syura Pas. - Bernama

Hadi dapat pencalonan pertama, dengan kelebihan 6 undi sahaja

Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu.

Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang.

Sebelum ini, PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala PAS Kota Tinggi mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan itu.

PAS kawasan Parit Sulong dan Batu Sapi yang juga selesai mengadakan mesyuarat agung dipercayai akan mencalonkan nama selain Hadi sebagai presiden.

Kedua-dua kawasan itu setakat ini menyerahkan kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi membuat pencalonan. Dalam mesyuarat tersebut, PAS kawasan Shah Alam mencalonkan Mohamad Sabu supaya dikekalkan sebagai timbalan presiden manakala Salahudin Ayub, Husam dan Tuan Ibrahim sebagai naib presiden.

Mesyuarat hari ini juga berjaya mengekalkan pimpinan peringkat kawasan sedia ada dengan Azli Yusof menang tanpa bertanding sebagai yang dipertua manakala Jamil Abdul Rahim sebagai naib yang dipertua.

Penyandang jawatan timbalan yang dipertua, Zulkefli Nani, juga menang selepas mengalahkan pencabarnya.

Terdahulu hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Yang Dipertua PAS Pas Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yakin Ahmad yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Perak akan dicalonkan mencabar Hadi.

Rahim berkata, keyakinan itu disuarakan berikutan latar belakang bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu yang berpengalaman luas dalam PAS dan memiliki kriteria seorang tokoh agamawan.

Pada Isnin, PAS Kota Baru mencalonkan Tuan Ibrahim sebagai alternatif kepada Hadi tetapi pencalonan itu ditolak pada keesokan harinya oleh Tuan Ibrahim yang mengatakan beliau tidak layak untuk jawatan itu dan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini.

Naib presiden itu kemudiannya pada Khamis berkata, beliau sedia bertanding jawatan timbalan presiden pada muktamar akan datang sekiranya mendapat pencalonan.

Hadi juga dilaporkan berkata, beliau bersedia dicabar pada muktamar tahunan parti ke-61 Jun depan sekiranya pertandingan itu mendapat sokongan anggota parti.

Katanya, selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS, jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun.
-TMI


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menarik jugak langkah Shah Alam


Kita tenguk macamana reaksi pro Ulamak yang UG selepas ini Rasa nya tengah garu kepala ni

Cuma kita kena tunggu dan bersabar Dan Mat Sabu sikit pun tak rugi hehe

Ya memang ada yang akan berfikir kalau macam ini masalah dalam PAS akan berpanjangan Insyaallah tidak

Sekarang nak tak nak pro Ulamak UG kena lawan Mat Sabu habis habisan

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas perlu diganti, Terengganu sepenggal dan Kedah sepenggal, bagaimana nak perintah Malaysia

Tanpa Nama berkata...

masih lagi kah ada ahli2 bengong yg menjadi alat hassan ali menuduh shah alam parasit?

insaf lah.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS Shah Alam memang jenis Bahalol , di ingat ada pak pil kuda boleh lah rakyat redha.

Mat Sabu sesuai ganti Hadi bila bila masa saja.

Zaman jaja jaja agama bagai ulamak PAS sudah lepas.

Tanpa Nama berkata...

Kita berharap harapan dan matlamat Shah Alam berjaya dan di berkati Allah

Walaupun kita sungguh sungguh sudah tidak mahu Hj Hadi lagi dan bertekad apa nak jadi jadi lah tapi tindakan Shah Alam perlu di terima dengan hati terbuka

Walaupun ianya di lihat se olah olah seperti memberi peluang kepada Hj Hadi tapi sebenarnya Hj Hadi dalam kedudukan serba salah Dia akan jadi presiden tak ado gigi taring Kedudukan dia lebih teruk dari sekarang jika di kekalkan Presiden bersama dengan yang lain lain dengan orang yang sama Tetapi sepatutnya lebih baik Shah Alam jangan kekalkan Tuan Ibrahim supaya tekanan Hj Hadi berundur semakin kuat

Dalam masa yang sama Hj Hadi perlu menyelesaikan masalah yang dia buat pada masa ini Jika sekarang pun Hj Hadi tak mampu menyelesaikan nya mampukah Hj Hadi menyelesaikan nya jika di lantik semula ?? Jika tidak Hj Hadi perlu berundur sekarang Dan pro Ulamak UG dah tak boleh meletakan calun mereka selain Hj Hadi kerana mereka sendiri yang mengatakan jawatan Presiden tidak boleh dipertandingkan

Shah Alam juga mengambil kira masalah kesihatan Hj Hadi Jika kesihatan Hj Hadi tidak mengizinkan nya menjalankan tanggung jawab secara automatik di ambil alih oleh Timbalan Apa pun ajal maut di tangan Allah

Mudah mudahan semuanya berlaku secara teratur untuk Mat Sabu jadi Presiden

Tapi secara peribadi tidak setuju kerana Shah Alam tidak mengikut kehendak ahli ahli PAS di kawasan lain yang tidak mencalunkan Hj Hadi Jawatan Tertinggi bukan untuk kawasan Shah Alam sahaja malah jawatan Preaiden PAS itu sendiri untuk Malaysia yang boleh di terima oleh semua ahli PAS tapi oleh semua bangsa

Tanpa Nama berkata...

Apa dia peduli? Nak selesai apa? Ahli dah bagi kuasa Msu buat tasiran mesti wala. Kalau Tak Suka boleh keluar parti. Dah terang terang buat/cakap.

Apa dia peduli? Nak selesai apa?