14 Mac 2015

Dua "Ulama" Sudah Mahu Berentap Jawatan Timbalan Presiden PAS!


Nik Amar sedia tanding jawatan nombor dua

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bakal mempertimbangkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas jika dicalonkan.

Namun begitu, menurutnya, ia terpulang kepada perwakilan untuk menentukannya memandangkan setakat ini Pas Kawasan Kota Bharu sahaja yang sudah adakan mesyuarat, minggu lalu.

“Setakat ini tidak ada lagi (pencalonan), terlalu awal untuk mengulas perkara ini,” katanya kepada media di JKR10, di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Pas Pusat yang turut dihadiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan kepimpinan pusat serta negeri parti Islam itu.

Mengulas dakwaan Pengerusi Biro Undang Undang DAP, Gobind Singh Deo bahawa draf pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dikemukakan ketika mesyuarat PR adalah baharu secara keseluruhannya, Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, menafikannya.

Beliau sebaliknya menjelaskan, pemimpin DAP itu mungkin melihat perkara tersebut dari sudut format pindaan yang dilakukan terhadap beberapa klausa terutama mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam tersebut kepada orang bukan Islam.

“Beliau melihat dari sudut format, format rang undang-undang itu memang kelihatan seperti baharu tetapi sebenarnya itu adalah pindaan kepada undang-undang diluluskan pada 1993.

“Cuma format berbeza dengan pindaan biasa dan kita pun telah bincangkan dengan penasihat undang-undang sendiri, ia tidak menjadi masalah, aspek isunya sangat teknikal,” katanya.

Beliau turut ditanya mengenai kesediaan Pas untuk menangguhkan pelaksanaan enakmen tersebut sebagaimana dicadangkan parti komponen PR, namun katanya, tiada perkara yang menyebabkan pembentangan tersebut perlu ditangguhkan.

“Pindaan yang besar hanya tiga dan yang lain itu taktikal sahaja, pada kita (Pas), inilah (pindaan baharu) yang lebih baik, yang asal mungkin ada kepayahan sedikit, maka kali ini kita mempermudah. Alhamdulillah, (pindaan) sudah sedia untuk dibentangkan 18 Mac nanti,” katanya. -SH


Tuan Ibrahim sedia tanding timbalan presiden

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada Muktamar PAS tahun ini sekiranya mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan untuk jawatan itu.

Beliau berkata dua elemen utama yang menjadi tumpuannya sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut.

"Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan timbalan presiden), saya akan tengok...saya akan istikharah," katanya dalam sidang media sempena pengumuman program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga dekat Rusila di Marang.

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada muktamar tahunan PAS ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini.

Ditanya berhubung tindakannya menolak pencalonan dari PAS Kota Bharu untuk bertanding jawatan presiden, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ketika dunia mengangkat beliau, kita anggota PAS sepatutnya lebih memberi sokongan kepada beliau dengan begitu banyak kejayaan yang dicapai sepanjang kepimpinannya.

"Namun saya hormati pencalonan dari kawasan (Kota Bharu) itu, saya melihat keikhlasannya dan pandangan dari mana-mana kawasan (untuk muktamar) itu adalah demokrasi dalam parti," katanya.

Ini berikutan sebelum ini Yang Dipertua PAS Kota Baharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pernah mencadangkan nama Tuan Ibrahim sebagai presiden bagi menggantikan Hadi demi menyatukan kembali PAS dan yakin Abdul Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah menyatakan keyakinan tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Abdul Hadi buat masa ini.

Ketika ini, jawatan timbalan presiden PAS disandang oleh Mohamad Sabu (atas) manakala Abdul Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.
-BERNAMA


ULASAN GB

Belum apa-apa dua "ulama" ini sudah tawar diri untuk jawatan timbalan presiden.

Nampaknya sudah mula nak berentap sesama sendiri. PAS Kawasan Kota Bharu sebelum ini telah mencalonkan TITM sebagai presiden untuk mencabar Haji Hadi, tetapi TITM telah menolaknya, tiba-tiba buat kenyataan sedia untuk bertanding untuk nombnor 2.

Dato Wan Abdul Rahim agak terkejut dengan sikap TITM tersebut dan terus "menegur"nya.


Sepatutnya sebagai seorang Islam apatah lagi berstatus ulama, kita "tidak meminta untuk dicalonkan" apa-apa jawatan. Kita sepatutnya menunggu pencalonan kemudian beristikharah samada mahu menerimanya atau tidak. Bukankah begitu?

Seseorang muslim jugatidak sepatutnya bercita-cita untuk memegang mana-mana bahagian mas'uliyyah kerana imarah adalah taklif dan bebenan tangungjawab dan bukan satu tasyrif atau keistimewaan.

Ini berdasarkan kepada hadith

Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Wahai Abd al-Rahman, janganlah kamu meminta jawatan, sebab jika kamu diberi jawatan kerana permintaan maka tanggungjawabnya akan dibebankan kepadamu. Namun jika kamu dilantik tanpa permintaan, maka kamu akan diberi pertolongan.” (Bukhari, Muslim)

Begitulah juga apa yang disampaikan oleh seorang tokoh pemuda dari Kedah yang ramai mengkategorikan beliau sebagai pro-ulamak.


Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.... nampaknya kumpulan ulama berantakan sesama sendiri..... ahli PAS akan tolak mereka yang mendatangkan persepsi "gila jawatan" walaupun bergelar ulama...

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nik Amar dalam PAS berapa hari?

Unknown berkata...

Dua-dua ulamak ug ni prnah kalah di tangan Mat Sabu dlm pemilihan sblm ni..mungkin thn ni dorg rasa mndpt sokongan yg kuat kot.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu jugak Mat Sabu punya statement...

Tanpa Nama berkata...

amanah sangat berat.

Unknown berkata...

Jenis orang yang suka meminta jawatan sikit pun aku tak hormat

Tanpa Nama berkata...

Malam ni titm kuarkan statement.....perli hamipa.....wahai titm..sape yg menggelatat dulu..sape yg x dtg meeting..sape yg cakap berubah2..sape yg boikot ucapan suhaizan..sape yg boo ketepikan adab jemaah..sape yg mebaruakan org...sape yg mnggelarkan org iblis....sape yg membaca doa burukkan jemaah...sape yg halau org keluar jemaah seolah..jemaah tu mak bapak dia yang punya....sape...sapeeeee......betol cakap suhaizan...sekongan non muslim merudum......15 seat selangor....undi diorg yg kamu dapat jawatan exco...dapat gaji ribu2...jngan angkuh.......oooo....tu semua x penting...yg penting redha Allah....tapi kalau politik x dpt kuasa...hang geng ustaz nak merghasa kene peghambat.....dngn jais kalau bn perintah.....jangan sempitkan penikiran.....nak buat sesuatu heboh sekampong........tapi kebajikan org kampong...infranstuktur......ekonomi ..bangunkan dulu....fahamkan ape itu hudud....qisas..takzir......buat cara berhemah......pk..pk kan la



Tanpa Nama berkata...

Ini ulamak ulamak bahalol lagi bacul.

Preaiden PAS jenis GAGAL tak nak di tanding , Timbalan yang hebat nak di ganggu.

Tipikal otak melayu bahalol.

Macam mana nak maju jika sifat hasad dengki masih kuat dalam hati kechik ulamak.

Cakap bodoh marah , betul2 otak pendek tahap bahalol.

Orang orang Melayu saja.

Tanpa Nama berkata...

Ulama berebut jawatan....abg mat sabu senyum je cakap apa pun tak....lebih mulia abg mat buat mcm ni....jgn banyakkan soalan kita dgn Allah diakhirat nnti...biarkan ulama bertarung sesama mereka....abg mat relex sja...

Tanpa Nama berkata...

dah lupa pesanan Rasulallah saw ttg meminta jawatan. 'ulama' jenis apa yg lupa pesan rasul. klu ulama umno tak heranlah!

Tanpa Nama berkata...

ulama pas dah jadi macam ulama UMNO, dah nak berebut jawatan, UG macam UMNO jugalahhhh

Tanpa Nama berkata...

ulama Pas diajar ulama Muda UMNO, rebutlah jawatan dalam Pas, ulama jangan rebut jawatan dalam UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Ulama Pas sepakat nak pertahankan UG, tiada yang berani lawan Hadi, Presiden UG

Tanpa Nama berkata...

bila UG ditentang, kerana sayang UMNO, mereka nak singkir Profesional dari Pas, hidup Ulama Pas UMNO

Tanpa Nama berkata...

siapa berani calonkan Profesional yang bukan Mat Sabu sebagai calon Presiden Pas?

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh...sudah nampak gerakan2 menyerang geng ug ni utk meranap atau hancurkan geng professional dlm pas yg diketuai oleh mat sabu...
titm tu bekas pensyarah aku di uitm dulu...sedih lihat tindak tanduknya skrg...

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG sedang berusaha menjatuhkan penentang kerjasama dengan UMNO,ada juga ahli Pas yang bodoh....

Tanpa Nama berkata...

Nik amar ni gagoh sembang tahap kota bharu jea...kalu kluor dari kota bharu xdok org nok ambik pot...
pernoh dengor ke nik amar dan geng ulamak jelajoh pusing satu malaya utk tarik sokongan pengundi? Waktu setiap kali demonstrasi dan himpunan2 rakyat, ada nampak nik amar dan geng ulamak turun berdepan dgn gas pemedih mata dan air asid? Geng ni sembang jea lebih...

Tanpa Nama berkata...

Aku percaya dgn pengalaman abg mat sabu dlm politik...dia lama dlm pas sebelum lagi titm dan haron din masuk pas, sampai masa abg mat akan buat sesuatu...geng ug jgn berlagak sgt yea...jgn pikir parti pas hak milik peribadi tuan presiden dan suku sakat ugnya...

Tanpa Nama berkata...

Husam Musa calon terbaik setakat ni...

Tanpa Nama berkata...

Petikan kata kata Tuan Ibrahim selepas di calunkan menganti Hj Hadi

Beliau juga menegaskan, dalam PAS, jawatan bukan sesuatu yang menjadi rebutan sebagaimana dalam parti lain.

Dalam parti UMNO kalau yang menawar diri bertanding bererti kalah Sebab tak melobi di cawangan cawangan Tidak ada hubungan dengan ahli dan tidak ada pengaruh

Dalam parti PAS kalau yang menawar diri bertanding bererti tak malu Boleh jatuh ketayap serban

Ini menunjukkan dua ahli PAS ini tidak mendapat perhatian dari ahli Satu sebab tak buat kerja melainkan bercakap Dan tidak kenal ahli ahli secara dekat Mereka menguna jalan pintas ia itu menguna media UMNO untuk memperkenalkan diri sebagai calun Idea idea mereka seperti Hj Hadi hebat Pro Professional tunduk pada DAP PKR Di pengaruhi oleh pemikiran Anwar semua nya di sampaikan kepada ahli melalui media UMNO Sehingga Forum yang menemukan kedua dua pemimpin yang berbeza pendapat pun di batalkan

Ahli PAS yang ingin calunkan kedua ulamak ini mesti tuntut mereka turun ke kawasan mereka supaya mereka sendiri bercakap depan ahli secara berdepan

Sekarang ini Ketua Ketua Kawasan tidak terikat pada sesiapa baik pro UG atau pro PR

Mereka mendapat jawatan kerana di pilih oleh ahli bukannya menawar diri untuk jawatan Ketua Kawasan Tidak seperti UMNO ketua Cawangan adalah meraka yang di bela oleh pemimpin mereka Pemimpin mereka lah yang menentukan siapa Ketua Cawangan Jika ada calun lain yang lawan pemimpin mereka masuk kawasan siap lah Sebab itu jika ada calun lain yang ingin mencabar akan kalah melainkan ada penaja dari pemimpin lagi atas

Ini lah satu keburukan bila ada yang tak malu menawarkan diri Jika mereka menang apa yang berlaku dalam UMNO akan mereka lakukan juga

Maaf malas nak komen dua tiga kali sebab leceh kena re send beberapa kali Ada problem

sb dehlawi berkata...

jelas sekali permainan geng ulamak busuk hati.

Tanpa Nama berkata...

Jangan mudah menggelar dan menetapkan status seseorang. Lebih-lebih menganggap merekalah ulamak seperti yang dimaksudkan Nabi saw. Bagi aku berlambak lagi orang yang lebih berilmu, berkemahiran, berwibawa, berketerapilan dan solusi yang dikemukan lebih praktikal, diterima ramai, merentasi sempadan negara dan bangsa.

Mereka berkenaan di dalam PAS itu hanya dianggap hebat oleh macai PAS yang tersirna tetapi ternyata mereka pasif dalam mengolah erti perjuangan menegakkan Islam. Hanya mampu bercakap kerana itu yang mereka belajar dan hafal tetapi diri sendiripun tidak menjadi model apa yang diperkatakan lebih-lebih lagi jemaahnya.

Bercakap banyak dan faseh pasal Islam tetapi masih terikat dalam lingkungan bangsa dirinya. Selagi minda dan amal tidak boleh dibebaskan daripada ke-bangsa-an elok dan memadai jadi cikgu sekolah je. Ajar part-part dalam agama sahaja.

Golongan profesional yang bersama PAS jika mereka belajar dan menelaah melalui masa dan disiplin seperti para 'ulamak?' itu dan dapat perakuan berupa sijil ke.., ijazah ke.. atau apa-apa jua pengiktirafan, pasti lebih hebat "ke-ulamak-annya". Ke-profesional-an mereka pasti lebih berkesan apabila telah ditunjangi ke-ilmua-an ulamaknya.

Apa yang aku nampak ilmuwan agama dalam PAS hanyalah ORANG MELAYU yang beragama Islam tetapi berkeinginan tinggi untuk memerintah macam Nabi saw memerintah. Aku tidak berasakan seseorang daripada mereka ialah pemimpin atau pejuang yang mewakili umat Islam yang merentasi bangsa dan negara.

Mereka melihat non muslim itu pada bangsanya. DAP dan seumpamanya pada Cinanya, MIC dan seumpamanya pada Indianya. Mereka pula mengambil kira maslahat Melayu Islamnya, sebelum cuba berkompromi dengan bangsa-bangsa yang lain. Sebab itu mutakhir ini polimik isu UG sangat menjejaskan reputasi dan wibawa 'Islam for All' PAS dan kepimpinannya.

Nabi mendekati manusia pada beriman atau tidak beriman kepada Allah SWT. Adakah pendekatan dakwah dan perjuangan Nabi saw ialah Arab Islamnya?

Sorry broo.. aa.. jika pandangan aku silap aku sedia dibetulkan.

Anti Fitnah berkata...

Nik Amar tu Ulamakah? Ulama yang diiktiraf atau self appointted?

Tanpa Nama berkata...

Nik amar ulama lantik sendiri. Belum masuk pas dia keje kastam jap. Setakat kota bharu bole lah. Ha ha

Tanpa Nama berkata...

Kedua dua nama ini belum pun dicalunkan setakat ini. Janganlah nak berangan angan mat jenin, ayam baru berkokok belum tentu akan bertelur, pokok durian belum berbunga belum tentu mengeluarkan buah.