14 Feb 2015

[VIDEO & GAMBAR] Awan Mendung Turut Memayungi Jenazah TGNA


Suasana sayu ketika jenazah Datuk Nik Abdul Aziz Bik Mat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi tadi dikejutkan dengan kejadian awan mendung secara tiba-tiba tanpa setitik hujan pun seolah-olah melindungi jenazah daripada terkena sinaran panas terik.

Persekitaran yang turut menjadi dingin dengan angin kencang itu disambut dengan laungan ‘Allahuakbar’ berkali-kali oleh orang ramai beragama Islam di tanah perkuburan yang menganggapnya sebagai satu kejadian luar biasa.

Tidak ketinggalan ramai daripada mereka yang tampil merakam gambar foto dan video berdurasi lebih dua minit yang sedang menjadi viral di laman sosial. Video bertajuk “Awan mendung mengiringi jenazah TGNA” itu sedang menerima ratusan komen dalam laman sosial menyatakan ia sebagai tanda Allah cintakan beliau.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya selepas sekian lama menghidap kanser prostat.

Mayat Nik Aziz dikebumikan bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar, yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun dahulu.

Jenazah diringi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan penyokong yang sanggup berjalan lebih dua kilometer kerana jalan ke rumah Nik Aziz di tutup.

Enam buah bas disediakan berdekatan stadium Sultan Mohamad ke feri untuk memudahkan orang ramai ke Pulau Melaka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Mustapha Mohamad turut hadir memberi penghormatan terakhir mereka.

Pemimpin PR yang hadir pula ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, dan ramai lagi.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyel juga kelihatan memberi penghormatan terakhir mereka.

Jenazah ditempatkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran kediaman Allahyarham untuk memudahkan orang ramai.Orang ramai dilarang mengambil gambar atas permintaan keluarga. -FMT


TIDURLAH TOK GURU


negerimu banjir lagi
airmata bertakung di hati
kau kembali ke riba Pencipta
pada malam penghulu segala hari
setelah Dia memberi cukup petanda
dalam sesingkat masa

kami bukan menangisi permergianmu
kami hanya merintihi kehilanganmu
mohon pengganti Murabbi
yang sejati dan istiqamah sampai mati

mengagumimu dari jauh
menyantunimu hanya dalam mimpi
mengharapkan bersua namun sampai sudah tidak berjumpa
mungkin saja kerana aku masih belum layak
untuk berdamping dan berjuang bersama
sedang ilmu lebih banyak perlu ditimba
sedang iman perlu dibaja dan diperkasa

namun pada Allah aku pinta
letakkanlah aku bersama-sama pemimpin sezamanku yang mulia
di Padang Mahsyar nanti
supaya rapat dekat dengan Nabi
semoga dapat syafaat dari Muhammad (SAW)

Tidurlah Tok Guru
dunia telah kau tinggalkan
akhirat kini menjadi buruan
halaman untuk menuai segala hasil perjuangan

semoga kau tenang bersama Dia
setelah letih dan lelahmu berakhir jua

salaam kami untuk Rasulullah
usaha dakwah yang kau wasiatkan
akan kami teruskan in shaa Allah



BBEBERAPA CATATAN MENGENAI TGNA

* Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..

* Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.." Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..

* "Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)

Allahuakbrrrr..hebatnya almarhum TGNA dalam menjaga amalan seharian.. Diriku


















3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dimana kan cari ganti
Serupa dengan mu

Tanpa Nama berkata...

Petanda yang baik bagi orang yang beramal dan orang yang soleh Dia menunjukkan apa yang di cakap dengan menjalani cara hidup yang sederhana dengan memegang pada amanan ilmu yang ada pada nya

Tuhan masih menunjukkan yang baik baik dan bila kah Tuhan akan menunjukkan petanda buruk ke atas orang yang engkar dan banyak menyuruh orang menjadi baik sedangkan yang menyuruh sendiri tak mengamal apa yang di suruh!

Tuhan di sayangi
Bukan di takuti

Tanpa Nama berkata...

Byk jugak menolong membantu org untuk menempuh hidup mereka atau ketika kesulitan Hari hari ingat pada Allah sehingga bila berdoa rasa dah cukup baik yg di buat

Bila di ukur kebaikan ini dengan hambaNya yg bernama Nik Aziz rasa nya kena buat lg lebih baik Kena betul betul ikhlas Betul betul menyerah Skg rasa menyesal dan tak mampu Sbb ilmu yg ada pun sikit Yang ada sikit ni pun tak mampu nak buat