Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.
Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.
Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.
Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.
Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.
Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.
Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah.
Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini.
Kerana semestinya golongan ulama’ yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing.
Di mana hasilnya?
Sewajarnya golongan ulama’ akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saf, bukan sebaliknya.
Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik sudah pasti berasa hampa dan kecewa.
Bukan sekadar tidak memenuhi harapan bahawa Pakatan dapat dikukuhkan dan ditunjukkan jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dan bermakna, malah diungkitkan pula permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan kemungkinan tergadainya prinsip Islam dengan penyertaan PAS dalam Pakatan.
Secara umum ia merupakan usul yang sama seperti usul multaqa ulama’ yang dianjurkan dua tahun lepas yang meminta tahalluf siyaasi (kerjasama politik) ‘dikaji semula’.
Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa ‘kajian semula’ itu bermaksud “kaji semula ke arah memperbaiki dan mempekukuhkan lagi”!
Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya? Tidakkah hasil kajian itu patut dikemukakan dalam Multaqa II, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana perbalahan yang dihadapi dewasa ini?
Sudah pasti cadangan-cadangan dari Multaqa Ulama II ke arah pengurusan perbalahan dan penyelesaiannya amat sangat dialu-alukan. Malangnya, cadangan sedemikian rupa tidak sama sekali dikemukakan. Sebaliknya diulang kembali kekhuatiran dan ketakutan yang sama.
Begitu juga hampa dan kecewa pastinya ahli PAS yang sedang melihat perbalahan dalaman yang semakin meruncing.
Pecahkan atau kukuhkan Pakatan?
Multaqa ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi.
Ia seolah-olah mengesahkan tuduhan-tuduhan liar bahawa ada pihak yang membawa fahaman sekular liberal dalam PAS, adanya usaha menjatuhkan presiden dan sebagainya.
Sedangkan itu semua pertuduhan yang bersifat rambang. Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah dibuat “tabayyun” dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman?
Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan Pakatan atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?
Yang dilihat, ia dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat multaqa menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.
Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program-program liqa’, neqad, ijtima’dan multaqa itu sendiri tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?
Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama’ yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.
Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama’, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.
17 ulasan:
kejatuhan sesuatu empayar islam dulu kala berlaku apabila para ulamaknya mengutamakan gelaran, pangkat, jawatan serta mengutamakan golongan sendiri sedangkan pandangan penyokong lain yang bersifat majoriti dikesampingkan.
Ciri2 itu sudah jelas kelihatan ada dalam pas.
setan itu selalunya mencari pengaruh dan mempengaruhi keimanan umat islam secara menjelma dengan berkopiah putih, berjanggut, berdahi hitam, berjubah dan kadang kala berserban untuk menyembunyikan tanduk mereka. Mereka akan mempengaruhi orang ramai dengan mengatakan orang yg menentang mereka sebagai 'setan'
selagi Ulama Muda UMNO ada dalam Pas, hala tuju Pas akan di arah kepada UMNO...
yg peliknya knp mesti ada multaqa ulama? ada kasta ke dlm pas? adakah keahlian pas terbagi kpd dua kategori - ulama dan non ulama? sapa yg tentukan gelaran ulama? takkanlah bila pulg dr jordan, mesir dan arab saudi terus jadi ulama? adakah yg digelar ulama ini telah menduduki dan lulus peperiksaan ulama?
dgn penganjuran multaqa ini, geng serban telah sebulat suara mengenepikan dan tidak mengiktiraf geng non serban dlm pas. secara terangan, pas telah berpecah kpd dua kumpulan. Nampak sangat puak pro telah dianaktirikan dan disokong oleh presiden, majlis syoru dan pemimpin2 serban pas.
bgmn pula jika pihak pro mengadakan persidangan mereka tanpa menjemput geng serban? adakah akan direstui oleh presideng, majlis syoru dsb?
Hmmmmm...alahaiiiiii...
sedihnyaaaaa.sampai ke tahap ni jadinya.
memalukan diri dan nama ulamak tu sendiri.
yg lawaknya lg teruk org bedal TGHH lps ni pasal tak boley kontrol or lemah beno dlm pimpinan.tiada ayat atau kenyataan darinya utk menyejukkan suasana.dibiarnya kapal dgn mood auto...perghhhh...lps ni masok nama sorang lg geng jebon.ustz ahmad awang laa plak.kih kih kih.pepuak sinun bkn tau berhujah.lebel kutuk syaitan jebon kan org memang cekap..aduhai....walaa laaa sangggattt...
tuduh kospirasi konon mat sabu & dr hatta ada komplot mahu jatuhkan presiden, tapi konspirasi para 'ulama' busukan mat sabu & dr hatta apa bikin ? macam tidak nampak atau buat-buat buta ? ABU jangan lupa & lawan tetap lawan juga dengan geng pro 'ug' yang taksub melampau !
Seseorang ulamak ialah orang berilmu tinggi dan mengamal dengan ilmu. Menjaga percakapan dan tingkah lakunya sebagaimana ajaran ilmunya. Sentiasa merendah diri dan menginsafi bahawa dirinya adalah lemah dan serba kekurangan.
PAS sudah diresapi agen-agen musuh yang mahu menghancurkan PAS dari dalam. Semua orang tahu Mokhtar Senik ialah advisor al Maunah yang berpotensi menghasut ahli-ahli PAS untuk berubah menjadi militan tetapi tiada tindakan yang diambil, malah Mokhtar Senik diberi kedudukan yang tinggi pula dalam PAS.
Ramai lagi agen-agen musuh yang bertopengkan ustaz sedang bergentayangan di dalam PAS.
Dlm kononnya nak tangkap orang yng menebuk bahtera, diorng sendiri yang membakar bahtera.. diorang ni tak tahu ke realiti kat mesia ni, nak hudud ke, negara islam ke masih perlukan sokongan bukan islam.. memang kena harap pertolongan tuhan, tapi kena la sesuai dengan ikhtiar dan usaha menggunakan kebijaksanaan yang tuhan dah bagi.. tu pun salah satu pertolongan dari tuhan jugak..
ularmak bile jd tukang tenung..hancur jemaah..
ularmak jgn jd seperti lembu di segah serigala melarikan diri jauh sgt dr tpt tuu...pastu dtg blk tpt tuu..kene baham ngn serigala laa..gitu la sebahagian yg bergelar ustaz/ularmak dlm jemahh..
Maka jadilah asal balik usul Parti Pak-pak Lebai SeMalaysia.
singkir Presiden Pas, baru Pas boleh maju kehadapan, bukan mengundur ke belakang...
Apabila Islam dan Melayu diletak SETARAF, maka budaya Hindu akan meresap ke dalam sistem ini. Jangan lupa bahawa Tok Nenek Melayu beragama Hindu dan sehingga hari ini, Melayu masih mempunyai sisa-sisa agama Hindu dalam diri depa ni.
Kasta tu tak ada dalam Islam. Ulama ini gelaran dan pengiktirafan yang diberi dan bukan diminta. Adakah Ulama dalam PAS hari ini digelar sendiri atau memang seseorang itu memang diiktiraf keUlamakannya? Yang kita tahu ialah biasanya Ulama berhujah dengan penuh keILMUan, Halus dan penuh hikmah.
Ulama pun manusia biasa, tambahan lagi ulamak yang dilantik sendiri (self appointed). Berapa banyak dah ulamak dalam PAS itu menulis buku-buku agama Ilmiah atau mereka hanya membaca buku ilimiah yang dikarang oleh ulamak lain??? Adakah ianya seperti kelas agama yang diadakan di masjid/surau sekarang? Kalau begitu, kita hanya boleh beri title "GURU" dan bukan ulamak. Wallahualam.
Mungkin ramai yang tak tau bahawa klon klon "DAJJAL" sudah lama bertapak di muka bumi ini. Kebanyakan klon klon ini menyerupai "TOK TOK LEBAI" dan mereka yang "BERWANG" bertujuan untuk memecah belah kan umat-umat "ISLAM". Aku sudah lama beranggapan bahawa "KETUA" PasMa itu merupakan salah seorang dari nya. Dengan membawa wajah"TOK LEBAI" maka senang lah di mempengaruhi orang orang yang kelihatan "ISLAMIK" tetapi ilmu tentang Agama dan Sunnah Rasulullah S.A.W boleh di katakan "SIFAR".
Contoh mudah yang semakin ketara ada lah perbuatan perbuatan mereka yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah S.A.W.
1. Bacaan Talkin. Bukan kah Rasulullah hanya berdiri menyaksikan semasa pengkebumian di laku kan dan setelah selesai Rasulullah membaca kan doa untuk pengampunan si mati yang kata nya sedang di soal-siasat sebanyak tiga kali dan beredar. Tapi bagai mana yang di lakukan sekarang. Kalau mereka yang mati itu berdarajat Tinggi, mufti sendiri yang akan "MENGKEPALA" talkin tersebut.
2. Tahlil aruwah. Bukan kah hadis dengan jelas telah menyatakan bahawa keluarga Jaffar berada di dalam kesulitan, makan jiran tertangga hendak lah memberi keluarga itu makan selama
tiga hari. Bukan keluarga yang di timpa musibah itu memberi makan kepada para jemputan yang kebiasaan nya ahli kariah masjid dan surau surau.
3. Nikah khawin yang di persulitkan. Membaca taklik nikah. Mereka bukan nak bercerai tetapi nak bernikah. Perlukah ia nya di baca!!!. Selain dari itu unsur unsur kurafat terus menular di kalangan masyarakat "ISLAM" dengan di cantum kan beberapa perbuatan orang Nasrani dan Hindu. Sarung cincin dan batal air uduh.Bukan kah ia nya menyerupai agama kristian. Bersanding, menyedia kan pulut kuning dan sirih junjung. Bukan kah ia nya menyerupai perlakuan agama Hindu dan musik yang melalai kan.
4. Akikah. Mengapa perlu di adakan tahlil, selawat sambil berdiri. Bayi yang baru lahir itu akan di sua kan kepada jemputan "TERTENTU" untuk di gunting sedikit rambut nya dan di masuk kan kedalam buah kepala yang telah di lubang kan dengan begitu seni sekali.Saya pernah bertanyakan hal ini dan mengsyorkan agar di adakan perubahan. Jawapan yang di terima, "Masyarakat ramai melakukan maka kami ikut sahaja kalau task nanti di lihat janggal". Jelas nya kebanyakaan mereka masih "MENDAKAP ERAT" apa yang di katakan "ADAT". Betul kah begitu?
5. Masih kedengaran para imam melafazkan Usali. Apa salah nya kalau di niat kan sahaja dan terus mengangkat takbir. Bukan kah solat itu bermula dari takbir dan di akhiri dengan salam. Mengapa masih ramai orang Islam yang tidak mengamal kan peringatan Rasulullah yang bermaksud, "Solat lah kamu saperti mana kamu melihat aku melakukan solat". Ingin tambah sedikit, pelajari lah cara uduk Rasulullah S.A.W. Begitu juga dengan perbuatan yang lain, tak perlu di ucap kan Ussali dan sebagai nya. Niat sahaja dan terus melaku kan.
6. Tazkirah atau Taklim beberapa minit sebelum azan Juma'at. Perbuatan yabg di kira "BARU" ini pernah berlaku di masjid masid Jamek di Negeri Johor. Lupakah mereka yang"MENCADANG" kan bahawa di kala itu kebanyakan para jema'ah berniat iktikaf, ada yang sedang membaca Al-Qur'an, ada yang sedang membayangkan kaedaan di dalam kubur dan di yaumil mashar dan sebagai nya. Lupakah yang "MENCADANG" kan bahawa perbuatan itu menganggu kontrastasi para Jema'ah, lupakah wahai yang di katakan berilmu agama yang tinggi.
Sambungan:
7. Di sesetengah tempat apa bila telah usai solat tarawih akan di ikuti dengan "WIRID" khusus.Yang kerap di lakukan ada lah yang bermula dengan Hasbi RABBI.................. sehingga tamat. Setelah saya melakukan pencarian ternyata ia nya tidak kedapatan di dalam mana mana hadis Shahih. Peroalan nya mengapa ia nya perlu di lakukan!!!.
Setakat ini sahaja yang dapat saya perturunkan perihal dengan perbuatan yang saya kira tidak mengikut SUNNAH. Ilham ini tercetus setelah beberapa tahun yang lampau konon nya saya bermimpi duduk bertemu lutut dengan allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dengan mengikuti arwah membaca surah AN NASR dan saya mengikuti nya sehingga selesai.
Mungkin kah kerana PAS yang di katakan memperjuangkan ISLAM tidak melakukan nya dengan menyeluruh ajaran Islam dan SUNNAH Rasulullah maka ALLAH telah menurun kan Bala' melalui klon klon DAJJAL ini !!!
Elok lah kita musahabah diri dengan memperbetul kan segala kesilapan sebelum ia nya menjadi lebih parah lagi.
Saya akan terus bersama PAS selagi ia nya belum tergelincir dari landasan.
Untuk mengelak dari hasutan DAJJAL walau pun melalui klon klon nya, elok lah di jadi kan wirid atau amalan 10 ayat pertama di surah Al-Kahfi. Dari kejahatan manusia pula elok lah di amal kan 9 ayat pertama dari Surah Yaassiinn.
Sekian lah peringatan saya hamba yang lemah.
Tuan Saadun Sulaiman, tahlil dan talkin ialah perkara khilafiah. Usahlah Tuan membesarkan perkara kecil
Semoga si penulis ni sedar apa yang dia tulis dan tak buat apa-apa yang dia salahkan.
Jangan jadi munafik.
Catat Ulasan