24 Feb 2015

PAS-UG Sudah Ada "Papagomo"nya Sendiri Bernama "Tok Usin Ceroi"


Audio bukti Mat Sabu rancang guling presiden PAS tersebar

Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya.

Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini serangan kedua selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menjadi sasaran pendedahan perbincangan dalam aplikasi Whatsapp yang mendedahkan kononnya beliau dalang dalam usaha menjatuhkan Hadi, tetapi ahli Parlimen Kuala Krai itu menafikannya dan mendesak siasatan dibuat.

Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi kini menjadi akaun popular kumpulan pro ulama selepas laman El-Haraki.

Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di’deny’ (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.

Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, ”Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan."

Transkrip rakaman itu turut menyatakan, ”Mereka tidak boleh menerima bila saya kata itu adalah pendapat peribadi. Saya kata ialah, bila Syura keluar dari pandangan mesyuarat, itu pandangan peribadi. Keputusan mesyuarat itu adalah keputusan jemaah."

Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.

Sebelum ini, laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.

Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu. -TMI

ULASAN GB

Kan GB dah kata sebelum ini, golongan pro-ulama atau ringkas UG ini adalah terdiri dari anak-dididik iblis. Sudah diberikan liputan meluas oleh media pro-UMNO termasuk siaran TV3, sama dengan keistimewaan yang diperolehi oleh papagomo original satu ketika dulu.

Sekadar berani melakukan fitnah dan melempar tuduhan tetapi tidak pernah berani untuk bertanggungjawab ke atas semua fitnah dan tuduhannya. Buktinya papagomo versi UG ini yang bernama Tok Usin Ceroi tidak hadir walaupun telah berjanji untuk menyertai debat bersama YB Khalid Samad. Bukankah sama saja perangainya itu macam papagomo?


Semlm lagi aku dh buat status bahawa tok usin ceroi pondan takkan dtg bdebat dgn yb khalid samad. Tapi dtg pula jebon dia bgtahu tok usin kompom dtg punya sbb mustahil tok usin ceroi yg hebat bcakap soal jihad dan syahid serta penyokong ulamak itu sedayus itu takut utk berdebat.

Aku pun bersangka baik. Aku kata aku percayalah tok usin pondan akan dtg kerana yb khalid samad pun dh bjanji yg berdebat hanya dia dan tok usin pondan saja. Yb khalid samad kata dia setuju kalau tok usin pondan ni nak duduk blakang tabir jika malu nak tunjuk muka. Penganjur pun dah sediakan bilik khas utk tok usin pondan beserta tudung dan telekung jika perlu utk tutup dirinya.

Akhirnya Allah nk tunjuk pd kita semua. Kebenaran mengatasi kebathilan. Keegoaan tok usin pondan lenyap sekelip mata. Barulah kita tahu betapa dayus dan baculnya tok usin ceroi. Ramai geng2 dia telah melahirkan rasa kesal kerana mereka tak sangka begitu bacul dan penipunya tok usin pondan. Ini memalukan jemaah yg menyokong ulamak (maksudnya UG) yg selama ini kutip dalil dan hujah dr tok usin pondan. Rupa2nya tok usin pondan ni mmg takde teloq.

Demi menutup malu, tok usin pondan beri alasan keselamatan. Sebelum ini alasannya dia tak boleh bcakap sbb gagap. Kahlahkah... Nak jihad dan syahid konon....kahkahkahh

Dan kini tiba-tiba dia sebarkan audoa Mat Sabu... entah ya entahkan tidak suara Mat Sabu. Sebiji stail papagomo dan cyber trooper UMNO.

Katakanlah betul itu suara Mat sabu, namun ia lansung tidak ada kena -mengena dengan usaha nak gulingkan Hj hadi sebagai Presiden.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di’deny’ (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.

Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, ”Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan."

Dimana salahnya? Yang dikatakan ialah "perlu dinafikan bahawa Hj hadi itu dianggap ulama hebat dan maksum. Jadi tak betulkah itu? Apakah mereka yang pro-ulama menganggap Hj Hadi sebagai maksum?

Komen seorang sahabat:

Kalaupun betul rakaman Haji Mat Sabu tu tak nampak yang Haji Mat Sabu hendak menjatuhkan Presiden PAS.

Kualiti rakaman tu sama mcm rakaman kononnya Mat Sabu dulu ada affair dgn pompuan ( dan juga mengkaitkan Mat Sabu dengan isu Syiah yang pernah disebarkan oleh cyber-trooper UMNO satu ketika dulu)

Sungguh sudah terdesak golongan pro-ulamak ini sehingga modus operandi tajaan iblis pun digunakan semata-mata kerana TAKSUB!

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Golongan pro-ulama dengan kaedahnya itu akan terus ditimpa kehinaan di sebalik kekalahan. Men"jebon"kan orang lain, tuduhan itu akan kembali kepada diri mereka sendiri. Itu SUNNATULLAH.

23 ulasan:

budok_udoss berkata...

kalu kat kedah... ramai pakat salah kan Pahrolrozi sebab Kedah tumbang

dah kalu kat terengganu... nak salah kat sapa pulak Terengganu rebah nettang???

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

singkir UG dari arena politik Pas, walaupun terdiri dari Presiden....

Tanpa Nama berkata...

masa pemilihan dulu pun macam-macam fitnah dibuat...

Tanpa Nama berkata...

sedihnya golongan yg mengaku pejuang islam tp termakan dgn fitnah2 yg dilemparkan oleh tuc. mana tabaiyunnya? mana akhlak islamnya?

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Golongan pro ulama ni pada hemat saya mungkin mempunyai ilmu ugama yg tinggi tetapi melihatkan tingkahlaku perangai yg dizahirkan sangatlah bertentangan dgn ilmu yg mereka ada.

Pada mendapat saya mereka sepatutnya @mempamerkan yg terbaik bukannya menunjuk perasaan sbgmana yg telah mereka lakukan.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah berubah

Tanpa Nama berkata...

saya minta maaaf lah bila nampak orang berserban saya betul betul menyampah walaupun sebelum sebelum ini ada beberapa kawan yang memperlekehkan orang berjubah berserban (tak kira lah PAS ke UMNO ke) saya masih mempertahankan mereka

Walaupun saya sendiri ada pengalaman melihat kelakuan buruk mereka saya masih kagum kerana mereka mengikut pakaian sunnah

Cukuplah Memang betul kita tak boleh nilaikan seseorang melalui pakaian nya sebab itu Rosmah kita tak bertudung tak menjadi persoalan

Harap harap rasa lega lah hati ini dan saya akan terus beristigfar

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah betul apa yang Mat Sabu buat itu terbukti dan menyalahi peraturan parti mengapa cuma didedah kan dan tidak di buat aduan kepada lembaga displin ?

Ikut lah cara Islam dan peraturan parti

Naza berkata...

Dh makin melalut aku tgk geng ug or ulamak dlm pas, mybe dh x de idea nk serang umno, kini geng2 ni serang pimpinan sndri, amat malang skli, mybe ada mastermind dblakang create blogger mirip mcm papagomo.. Tiada lh undi utk pas pru akn dtg !!!

Tanpa Nama berkata...

Benar wahai sahabatku .pada akhirnya dalam ketakutan papagomo pun tak mahu mengaku.Yg jadi pd YB Khalid Samad pula Tuc tak muncul.mungkin sakit perut

Tanpa Nama berkata...

Woi.kat Terenganu bukan salah Hj Hadi sebab hj Hadi bukan rebah nettang tapi Hj hadi rebah semmbang.kih.kih.kih

Tanpa Nama berkata...

Minta mat sabu saman TUC dan ELHARAKI, biar mahkamah dedahkn siapa diorg

Amuraria berkata...

para pengkhianat dalam parti islam berkonspirasi nak bersetubuh dengan umngok boleh pulak ? tapi sesi penerangan mat sabu jadi satu konspirasi pulak ! apa punya malaun puak-puak pro 'ug' bahalol kelabu asap ni ! ABU & lawan sampai mati gerombolan pro 'ug' !

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah mula menongkat langit menguna kan lahanat2 Melayu untuk menjatuh kan pemimpin bijak matang dan bernas.

Dunya ; harta dunya tetap pilhan umat manusia , kopiah serban hanya lah cara dan gaya menipu rakyat.

Tahniah PAS !!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku tetap sokong pas dgn syarat calon pas itu bukan berjenama UG...ini bmakna kalau pada pru ke 14 nanti ramai calon pas yg berjenama ug, maka melingkuplah pas jawabnya...tak percaya? Insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

kalau sayang UMNO kekalkan Hadi, kalau bencikan UMNO singkirkan Hadi....

Tanpa Nama berkata...

Berkawan dgn orang tak bermoral. Virus dh meresapi ahli pas. Tunggu masa nk punah ranah. Takbiiiir.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah pakatan rakyat dpt menepis segala agenda jahat mereka..semoga allah membalas segala kejahatan mereka...setelah ketiadaan 2 pemimpin kuat pr....amin

Tanpa Nama berkata...

Anyone in this partyi yang suci mulia still care about corruption and gst?

Parti ini dah suci mulia Sangat.

sb dehlawi berkata...

tok usin ceroi penakut....ulamak taik kucing

Anti Fitnah berkata...

Penyakit Berjangkit UMNO ... sudah menyerap ke dalam PAS. Siapa virusnya? Tuan-tuan fikirlah sendiri. Saya ulangi sekali lagi iaitu dalam perjuangan menegakkan Islam, kita tidak sepatutnya memasukkan agenda kebangsaan (Melayu Raya). Agenda Melayu Raya yang belum mampu dibuat oleh puak munafikun ialah mendirikan TANAH PERKUBURAN MELAYU. Hidup nak jadi Melayu dan bila mati nak pulak kepada Islam.

Tanpa Nama berkata...

Tuan tuan yang bijaksana

Mari kita berfikir di antara apa yang di buat oleh Mat Sabu dan apa yang di buat oleh golongan pro UG

Mat Sabu
Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan.

Golongan Pro UG
Dalam bentuk blog Rakaman Video Samseng Bakar Kereta Berdemo pijak gambar Memaki hamun

Tanpa Nama berkata...

Cuba bandingkan mat sabu dgn nik amar...jauh panggang dari api...mat sabu pusing satu malaya ceramah utk tarik undi tmasuk cina dan india...nik amar?
Mat sabu sampai lutut masuk besi sebab angkara turun himpunan2 rakyat yg dihadiri...nik amar? Batang hidung pun x nampak...mat sabu pernah kena sumbat penjara...nik amar? Cittt poodaaahh...
geng ug ni gebang jea lebih..bab nak hancur punah ranahkan pr serahlah kat diaorg ni...itu jea kelebihan yg diaorg ada...