Hukuman penjara lima tahun Anwar kekal
Hukuman penjara lima tahun atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan Mahkamah Persekutuan hari ini, menamatkan kerjayanya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.
Mahkamah mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan dari yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.
Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman."
Anwar memberitahu panel diketua Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang kenyataan lengkap dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas penghakiman disampaikan.
"Dalam menunduk kepada tuan politik, mereka memalukan diri sendiri dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman," katanya sebelum Arifin meminta ketua peguam bela Datuk Gopal Sri Ram menyuruh Anwar berhenti.
Bagaimanapun, Gopal memberitahu Arifin, anak guamnya berhak bercakap di mahkamah, dijawab Arifin, "ya, (beliau berhak) bercakap mengenai rayuan, bukan mengutuk mahkamah."
Tetapi, Anwar terus mengecam kehakiman sambil menambah: "Anda mempunyai peluang untuk membetulkan kesilapan tetapi anda pilih untuk terus berada di pihak yang gelap."
Ketika ini, Arifin dan semua yang duduk di panel hakim keluar meninggalkan kamar mahkamah.
Anwar terus bercakap dan berteriak di mikrofon: "Saya akan, lagi, untuk kali ketiga, masuk penjara, tetapi dengan bangga."
"Saya tidak akan berdiam dan akan berjuang mendapatkan pembebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah kalah," katanya.
Peguam terdahulu mengatakan, berdasarkan faktor usia, Anwar mungkin dipenjarakan untuk sehari sahaja ataupun diikat mahkamah di bawah hukuman bagi Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah merayu hukuman penjara lebih lama, sehingga 20 tahun.
Mitigasi dan penjatuhan hukuman terhadap Anwar, yang genap 68 tahun Ogos ini, bermula dengan Gopal memberitahu panel Mahkamah Persekutuan, tidak ada alasan yang kukuh meningkatkan hukuman ke atas Anwar.
Beliau juga berkata, mahkamah mempunyai kuasa mengikut undang-undang, menggunakan budibicaranya menjatuhkan hukuman yang yang lebih ringan.
"Beliau (Anwar) bukan orang biasa. Sumbangannya kepada negara ketika beliau berada dalam kerajaan sangat banyak dan meluas."
"Malah di dalam pembangkang pun, beliau membuat sumbangan yang signifikan terhadap memajukan prinsip demokrasi dan menimbulkan kesedaran majoriti rakyat Malaysia," kata Gopal meminta hukuman lebih ringan.
Sementara itu, keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan menjadi pembakar semangat Pakatan Rakyat (PR) menentang salah laku regim Barisan Nasional (BN), kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata, PR akan mengadakan pertemuan secepat mungkin bagi menentukan siapakah ketua pembangkang yang baru.
"Saya percaya ini akan mengukuhkan hubungan PR bagi meneruskan perjuangan," katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
"Kita akan bermesyuarat secepat mungkin. Kita akan tentukannya nanti".
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyifatkan pengekalan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar merupakan satu penghinaan kepada sistem kehakiman negara.
"Saya berdoa kepada Allah SWT semoga keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim (diberi) kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini," katanya dalam akaun Twitter miliknya.
Ketua menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP dalam Twitternya menyifatkan hari ini sebagai hari sedih buat rakyat Malaysia.
"@anwaribrahim didapati bersalah. Sedang menunggu hukuman. Hari yang sedih untuk semua!" katanya.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pula dalam Twitternya berkata: "Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami di saat yg teramat kelam ini".
Statement by Anwar Ibrahim upon the judgement of the Federal Court on 10th February 2015
I maintain my innocence of this foul charge - this incident never happened.
This is complete fabrication- coming from a political conspiracy to stop my political career.
You have not given proper consideration to the case presented by my counsel from day one - that this incident never happened at all.
I can go on and on but I see from your statement today that it will be fruitless - it appears as i have been condemned again as I was in the court of appeal. only here we went through a facade of an 8 day hearing!
It is not a coincidence how the of the PM was able to release a full written statement on your decision barely minutes after you handed your judgment today even before sentencing.
In bowing to the dictates of the political masters, you have become partners in crime for the murder of judicial independence and integrity. You have sold your souls to the devil, bartering your conscience for material gain and comfort and security of office.
You had the best opportunity to redeem yourselves – to right the wrongs of the past and put the judiciary on a clean slate and carve your names for posterity as true defenders of justice.
But instead you chose to remain on the dark side and drown your morals and your scruples in a sea of falsehood and subterfuge. Know you not that you are now wallowing in filth and foulness and the stench of your injustice will permeate through every nook and cranny of this so-called Palace of Justice and I do pity you all.
Yes, you have passed judgement on me – and I will, again for the third time, walk into prison but rest assured my head will be held high. The light shines on me.
But the shame is on you for you will be judged by history as the great cowards of humanity. Sitting on that high horse of judicial power, you have stooped so low to become the underlings of the political masters.
Students of law and professors of jurisprudence will scrutinise your judgments and as they dissect your reasoning and your decision, your credibility and integrity will be torn to tatters. And you will be exposed as the fraudsters who don the robe of judicial power only to pervert the course of justice.
Do not forget that, as all of us will have to, you too will have to answer to your Maker. You will have to answer why you turned your backs on the principles that you had so solemnly sworn to uphold.
People who come into your court have to bow their heads and address you as ‘My Lords’ but don’t you know that you too will have to answer to your Lord one day? By then you will need more than bowing and prostration to justify why you wilfully transgressed Allah’s command as ordained in Surah an-Nisaa, verse 58
Going to jail, i consider a sacrifice i make for the people of this country.
I have fought most of my life on behalf of the people of this country - for the people I am willing to go to jail or face any other consequence.
My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.
To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. And Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and I will never surrender!
Anwar Ibrahim
10 Feb 2015
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
18 ulasan:
eh ye ke mahkamah msia bebas? hahahaa... lawak
jika bebas kes ni dah lama dibuang.
kes tuya bab motif xlih tanya nanti disiasat polis...
hahahaaa....bebas erk
bebal ada ar
yahuuuu!!
tak masuk penjara pon rakyat meluat dengan AMNOBN
masuk penjara lagi senang laaa kerja PR
Alhamdulillah...
senang kerja untuk menjatuhkan Rejim!!
Geng UG akan bergembira malam ni. Manusia seperti Zuhdi akan lebih menunjukkan taringnya. Pemilihan PAS tahun ni akan dikawal UMNO.
Haji Hadi and the UG geng apa kabo? takkan senyap jea...kata org2 tua, senyap tu tanda setuju...heheheee..
mana Hadi dan UG?
Sbg seorg pengundi akan dtg, hanya satu tekadku...tetap undi calon dari Pakatan Rakyat tetapi bukan yg berjenama UG...Insyaallah...
Anaa jaga umie /ayah yg uzur bertahun2 lamanya,hingga akhir.. ana redho dan berlapang Dada... Tapi pabila anuar Ibrahim dijatuhkan hukuman yg ana fikir tak wajar..ana be rasa hiba...anuar menjadi mangsa political yg extreme..the fakta kes liwat.. Anuar dituduh perlaku?human perlaku.. Anuar sebenarnye mangsa...saiful just tukang cerita..tukang gendang bersama blogger2 grombolan.....telah dijayakan dgan rapi Dan cantik Oleh grombolan & Co...staring grombolan co staring Che DAT and crony..UG....tahniah!!!...Anaa tak mau bersubahat diatas dosa yg fana INI...Ulama nampak kering ilmuanya..
Jangan Allah SWT laknat negara dengan genpa bumi kerana hsnya melihat umat Islam , anak Melayu bawa berita kebenaran , di aniaya hina terang terangan.
Ampun Ya Allah
Biarakn mereka bergembira di atas kesediahan dan kesusahan orang lain.cari hikmah apa yang allah tentukan untuk saudara anwar Ibrahim,Kita tunggu dan lihat apa akan jadi dengan Pas,samada terus bersama pakatan akan akan terbuang.Kalau bolih biarkan PKR,DAP dan PASMA yang akan bergabung memperjuangkan rakyat,bukan PAS
UG,GU & Hadi Awang anda boleh bergembiralh kerana dendam kesumat anda terhadap DSAI telah dilaksakan oleh Para Toghut hari ini...Doa saya semoga DSAI & keluarga sentiasa dilimpahi kesabaran dan Rahmat oleh ALLAH S.W.T.
dengan ini sah dah sudah semua badan kerajaaan dah jadi alat untuk memperkuatkan lagi parti UMNO / BN.
DENGAN INI BOLEHLAH DIA GUNA POLIS UNTUK TANGKAP SEMUA YG SOKONGAN PR. GUNA IMIGRESEN UTK BAWA LEBIH BANYAK PATI DAN GUGUR TERUS KEWARGANEGARAAN RAKYAT MALAYSIA BAGI YG SOKONG KERAJAAN YG ADIL. BOLEH DIA PERBODOHKAN RAKYAT DENGAN MERENDAHKAN STATUS PENDIDIKAN RAKYAT BIAR DIAORG DALAM STATUS BERPRASANGKA BAIK DAN BODOH SELAMANYA WALAUPUN DAH TERANG DAN BERSULUH KERAJAAN KELENTONG RAKYAT. DAN BANYAK LAGI.
Dunia akhir zaman...kebaikkan d abaikkan, kejahatan d lakukan sewenang wenangnya.
Tahniah kepada sistem penghakiman Malaysia.
Kau adalah TERBAIK di dunia.
Bukti tak penting ...
Saksi tak penting ...
Yang penting, DSAI mesti dipenjarakan agar rakyat Malaysia sedar akan keHEBATan mahkamah.
Satu lagi bukti daripada keputusan ini ialah orang-orang TUA memang HEBAT, mampu meLIWAT seorang pemuda dan sudah tentu, KEMALUAN orang tua memang HEBAT.
Kita wajib pergi berGURU dengan DSAI dan tanya apa amalan DSAI yang membolehkan ANUnya begitu keras sehingga mampu "MENUNGGANG" Saiful.
Tuan
Najib hari ini telah berjaya untuk silently Anwar untuk sementara. Sekarang Najib bolehlah meneruskan rancangannya untuk menghancurkan PAS. Puak UG dah lama dok kekenyangan memakan umpan Najib dan kini puak UG dengan - dengan PAS sudah pun Najib bawak masuk kandang sembelih. Pintu kangkang sudah pun ditutup kuat menunggu masa untuk sembelihkan puak UG dan PAS sendiri.
Dengan Anwar sudah Najib rehatkan dipenjara Sungai Buluh, dah xde sesiapa lagi boleh menghalang Najib dari menyembelih PAS dalam percaturan politik negara menuju PRU 14. Kebanyakan tok lebai PAS Anwar banyak menjadi batu penghalang kepada UMNO dalam usaha untuk menjahanamkan PAS.
Geng UG n Hadi? Apa lagi yg nak diharap! Semoga Allah swt memelihara saudara Anwar dan keluarga...
Yang sah ada lima orang bakal jadi ahli jahanam !
Anwar ada hak bercakap semasa sessi rayuan dan Anwar bukan menghina mahkamah tapi Anwar memberi peringatan pada hakim dengan cara ini saja baru mahkamah di muliakan
Kita tunggu apaakan terjadi pada pendokong kezaliman ini. Ya ALLAH tunjukkan lah kekuasaan mu, hancurkan lah mereka mereka yang bersubahat, amin rabul alimin..........
Allah azza wa jalla...Allah maha besar...tidak apa..akan ada mahkamah dan hakim yang adil seadil-adilnya...tunggu saja akhrat dan di mahkamah padang Mahsyar...suma akan terbukti..
Catat Ulasan