11 Feb 2015

Anwar Yang Dipenjara, Najib Yang Tak Akan Tidur Lena


Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat?

Setelah muktamad hukuman penjara lima tahun dijatuhkan keatas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan hari ini, kesedihan rakyat hampir dapat dirasai di mana-mana.

Jika sebelum ini, ramai seperti tak kisah mengenainya, barangkali kerana yakin beliau akan dibebaskan, tetapi suasana perbualan amat berbeza sekali selepas hukuman itu dijatuhkan.

Di sebuah cawangan bank yang dipunyai oleh adik Najib Razak, beberapa kakitangannya turut meluahkan kesedihan dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya. Mereka terbuka tumpang kasihan dan menyatakan tidak wajar hukuman itu dijatuhkan.

Di sebuah kedai buku yang terkenal di ibukota, hukuman yang diterima Anwar turut menjadi perbualan ramai dan rata-rata tidak menyangka hukuman itu bakal diterima oleh Anwar.

Di sebuah jabatan kerajaan pula, ramai kakitangannya menyatakan rasa sedih yang sama. Ketika berkunjung ke sebuah cafe kemudiannya, tajuk perbualan juga tertumpu kepada hukuman lima tahun penjara itu.

Adalah dipercayai, sejak tengahari tadi, meskipun ada kelompok lain bergembira dengan hukuman keatas Anwar itu, tetapi secara umumnya rakyat dan pengundi biasa di mana juga berkongsi perasaan yang sama.

Luahan rasa sedih dan kasihan atas nasib yang diterima oleh Anwar dan penanggungan oleh keluarganya boleh didengari hampir di mana saja. Kebanyakannya bukan saja menempelak Najib, UMNO dan kerajaan atas hukuman itu, bahkan seperti tidak ternampak tanda-tanda pemenjaraan Anwar menyebabkan kembalinya sokongan rakyat.

Meneliti sejak awal kes liwat ini yang terlalu banyak dicemari dengan unsur-unsur politik, ia akhirnya menutup tirainya dengan sesuatu yang bersifat politik juga.

Dengan dipenjara selama lima tahun, ia bukan saja menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang turut perlu diganti dengan calon lain, ia juga hampir menutup sama-sekali peluangnya untuk kembali aktif dalam politik.

Jika dalam PRU 14 akan datang beliau dijangka masih berada dalam penjara, tidak boleh bertanding selama lima tahun lagi selepas keluar penjara kerana sekatan undang-undang yang turut menyebabkan Anwar terlepas peluang bertanding dalam PRU 15 nanti.

Dengan usianya ketika ini 67 tahun, beliau hanya mungkin boleh bertanding semula dalam PRU 16 dan ketika itu usianya barangkali sudah tentu terlalu tua.

Dalam hal ini Najib dianggap berjaya "mengkafan" dan "menyemadikan" karier dan cita-cita politik Anwar yang sebelum ini tidak berjaya dilakukan oleh Mahathir Mohamad apabila ketika era kepimpinan Pak Lah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada penjara kemudiannya.

Tetapi persoalan yang masih menjadi tanda-tanya ialah apakah dengan pemenjaraan Anwar yang kini mengetuai PR dan dianggap sebagai musuhnya, kedudukan Najib, UMNO dan BN akan bertambah kukuh selepas ini?

Adakah sokongan rakyat, terutama generasi muda akan berarak berbondong-bondong kepada BN atau menyebabkan kebangkitan serta penolakan lebih gagah lagi?

Bagaimana pula dengan kedudukan PR dan PKR, apakah bakal berpecah atau bertambah kukuh?

Apakah ungkapan Anwar sebelum ini bahawa jika beliau dipenjara, undi popular rakyat kepada PR akan meningkat daripada 52 peratus dalam pilihanraya lalu kepada 60 peratus benar-benar menjadi kenyataan?

Lebih penting dari itu, apakah dengan memenjarakan Anwar ini juga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sebelum ini sudah menarik balik sokongannya kepada Najib, akan kembali menyokong atau terus mengasak dengan lebih kuat lagi?

Jika kembali menyokong, adakah ini bermakna Mahathir sanggup melupakan penentangannya mengenai 1MDB dan BR1M yang menjadi antara asasnya menarik balik sokongan kepada Najib itu?

Jika Mahathir terus mengasak pula, bagaimanakah nasib Najib seterusnya? Siapakah yang akan menyelamatkannya? Mampukah beliau terus bertahan untuk melawan Mahathir bersama barisan kabinetnya yang ada sekarang?

Atau adakah selepas ini Najib lebih mudah lagi disingkirkan oleh gerakan yang sudah dimulakan oleh Mahathir sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah dahulu?

Sebenarnya begitu banyak persoalan mengenai "apa berlaku selepas ini" berikutan dengan hukuman penjara lima tahun yang diterima Anwar ini.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dan siapa Ketua Pembangkang yang baru akan menentukan sejauh mana kebangkitan rakyat dapat dilihat dalam menuju PRU 14, manakala pendirian Mahathir selepas ini pula akan menjadi kayu pengukur sejauh mana Najib masih boleh bertahan lagi dalam UMNO.

Walaupun Anwar mungkin lebih "damai" dipenjara, Najib sebaliknya belum tentu "aman" juga. -shahbudindotcom

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

Apa yang dapat dirasakan ialah satu hari Najib BAKAL merasai apa Anwar rasakan kini, malah lebih teruk lagi. Kerana demikianlah roda kehidupan berputar. Sunnatullah: Yang zalim itu akan tetap terhukum juga...

Hari Najib akan tetap tiba nanti...

.... hari ini hari kau (najib).... pinjam dialog dalam 3 Abdul

Dan UMNO akan lebih cepat bungkus...

12 ulasan:

budok_udoss berkata...

ALHAMDULILLAH!!

senang kerja2 untuk memamposkan UMNO dan sekutunya

amenn...

Tanpa Nama berkata...

Jika Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib bermakna memenjarakan Anwar ada lah untuk memenuhi keinginan Mahathir selama ini Apa lagi dalam keadaan Anwar hampir hampir berjaya di sebabkan kelemahan Najib dan umno

Jika PR menang dan Anwar dah tua tapi masih sihat kita tetap melantik Anwar sebagai PM walaupun untuk masa yang singkat Boleh di atur

Penjara atau tidak UMNO semakin lemah atas kebodohan mereka sendiri kerana pemimpin nya hanya menyalahkan pihak lain



Tanpa Nama berkata...


Jibby, naikkan BR1M jd RM3,000. Pasti rakyat sayangkan kau. Ramai dah tak ada pendapatan.

Tanpa Nama berkata...

semoga allah hancurkan pihak yang menzalimi anwar, jika benar dia dizalimi.....

Tanpa Nama berkata...

Bagus ada ulamak yang berani menegur Najib semasa menghadiri perayaan Thaipusam Ada jugak lah walaupun setakat itu

Macam macam program dan ceramah agama Walaupun tak dapat jodoh untuk nombor dua tapi dapat jugak pangkat Dato Yang lain lain menyeru kepada kebenaran habis kat situ jugak Upah upah jugak tapi kalau yang dengar ada keikhlasan dan yang menyampai pun ada keikhlasan Tak macam ni hasil nya sekarang

Berzikir Berselawat di atas padang macam konsert dipertahan kan bagus dan memberi kebaikan Tapi bila tanya apa sebab solat hajat kita tak dimakbul Kenapa rezeki tak bertambah Jawab kita masih buat dosa

Azan sahut menyahut Tapi benarkah kita Mengagungkan Allah ? Kalau setakat isu pegang anjing K Pop..'

Kita korban kan Anwar Berubah kah kita dengan menjadi lebih amanah dan adil? Adakah UMNO selepas ini kembali bermaruah dan menegakkan kebenaran?

Apapun kesimpulan dan jawapannha Kezaliman ke atas Anwar yang kita tahu perwatakannya dan kata katanya menuju kepada kebaikan sejagat ada lah untuk mengukur di mana letak nya iman kita

Tanpa Nama berkata...

Mahathir akn terus mngkritik najib wlaupn ketika itu nnti mereka brdua tinggal sebilik dlm sel penjara sg buloh..tunggu dn lihat....

malaysiabaru berkata...

Saya terkejut bila baca d Facebook nenek 80tahun menulis tak habis habis dendam mereka terhadap Anwar...

Tanpa Nama berkata...

kalau takut dilambong ombak... jng berumah di tepi pantai...
alang2 nak songlap duit biar rm250 juta .. beli lembu.
alang2 nak bunuh...biar guna C4...
alang2 nak jaga kroni.. biar beri anak dahulu jadi menteri...
alang2 nak tentang musuh.. biar musuh disumbat 5 th penjara..
memang kau berani..berani.. tapi beranikah kau menghadapi hukuman Allah nanti...
sama2 tunggu siapa yg terburai di mahkamah Pdg Mahsyar....

Tanpa Nama berkata...

Aku sekeluarg yg menyokong BN selama ni pun kami rasa sangsi dgn keupayaan dsai yg tua mampu meliwat anak Muda yg kuat utk melawan.Adakah perlu tonggeng bontot dan sapu ky dgn Rela utk diliwat.Dgn logik akal yg diberikan oleh Allahkami tidak yakin dgn kes liwat ni dan pasti tidak akan undi BN pd pru akan dtg.Aniaya sesama umat utk kepentingan politik bknlah pilihan kami.hrp maklum my family vote bknlah utk BN selepas INI.

Unknown berkata...

Tunggulah masa kamu yang menzalimi akan menerima balasan setimpal.Sejarah telah membuktikan

Unknown berkata...

Tunggulah masa kamu yang menzalimi akan menerima balasan setimpal.Sejarah telah membuktikan

Tanpa Nama berkata...

Tk lena tido telan je segenggam pil tido ...hee