7 Jan 2015

[BONGKAR] E-Coli Atau E-Jolly? Bangkok Post Ada Ceritanya!


Najib ke Thailand lawatan peribadi, bukan urusan rasmi, kata laporan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Thailand dalam rangka lawatan peribadi untuk berjumpa rakan sejawatnya di negara itu, Jeneral Prayut Chan-o-cha, dan juga untuk berehat sempena cuti tahun baharu, lapor Bangkok Post hari ini.

Memetik sumber, ia menyatakan yang Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Thailand pada 2 Januari.

Laporan tersebut berkebetulan dengan kehadiran pesawat rasmi kerajaan di ibu negara Thai itu di mana Airbus A319 itu dikesan terbang dari Dubai ke Bangkok awal pagi itu.

"Mereka pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap satu malam di Hotel Shangri-La di Bangkok," tambah laporan itu.

Semasa lawatannya, Najib juga bertemu dengan Prayut dan berbincang secara tidak rasmi selama 90 minit di kediaman perdana menteri Thailand itu.

Antara topik yang dibincangkan, menurut laporan Bangkok Post, termasuk kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean.

Laporan itu juga menambah, memandangkan lawatan tersebut bersifat peribadi, berita tentangnya tidak disiarkan atas sebab 'protokol'.

"Perdana menteri Malaysia itu terpaksa menulis tweet yang beliau sedang makan tengahari dengan Prayut, berterimakasih kepada Thailand kerana menderma 500 tan beras untuk mangsa banjir di Malaysia bagi mengelak kritikan," kata sumber itu kepada Bangkok Post.

Ramai rakyat Malaysia mengkritik Najib selepas gambar beliau bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tersebar di Internet.

Isunya bertambah buruk apabila beliau tidak pulang ke Malaysia menggunakan pesawat rasmi kerajaan yang digunakannya untuk pergi ke sana, sebaliknya menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menambah lagi spekulasi tentang lokasi pesawat rasmi kerajaan itu.

Pesawat Airbus 319 itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, dilaporkan semalam mendarat di Lapangan Terbang Subang selepas tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam sebelumnya.

Sebelum itu, pesawat itu dilaporkan berada di AS, London, New York, Dubai dan Bangkok.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, Najib tidak dapat menggunakan jet rasmi kerajaan untuk pulang ke Malaysia pada 27 Disember kerana mengalami 'isu teknikal'.

Najib juga mempertahankan permainan golf beliau dengan Obama, memanggilnya 'golf diplomasi' yang juga dilakukan pemimpin Malaysia sebelumnya, termasuk bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Beliau berkata jemputan dari Obama 'sukar untuk ditolak' kerana ia dirancang mengikut jadual pihak lain. -TMI



ULASAN GB

Dari laporan di atas dinyatakan:

"Mereka pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap satu malam di Hotel Shangri-La di Bangkok,"

Berdasarkan laporan itu, maka betullah ulasan GB sebelum ini bahawa lawatan Najib ke Thailand baru-baru ini bukanlah semata-mata bincang banjir... tetapi untuk menemani dan mengiringi Rosmah shopping dan kemudian baru pulang ke nagara.

Tentang e-coli pula, memang GB tak perlu ulas samada ia benar atau tidak. Kalau benar, GB kata sebelum ini semuga segera pulih... orang sakit tak kira kawan atau lawan kita doakan agar segera sembuh... Tetapi jika tidak benar, maka ianya akan memakan dirinya semula... nanti satu hari betul-betul kena e-coli. Bukan kita doakan begitu, tetapi demikianlah hukum alam (sunatullah) berjalan... pendusta tidak berdusta kecuali kepada dirinya sendiri.

Dan yang ketara setakat ini ialah kedua-duanya ada penyakit e-jolly!

12 ulasan:

Naza berkata...

Sifir mudah. Kalau betul e-coli...jangkit kat Bangkok le..bukan Kelantan....Sedap e-joli

Unknown berkata...

Salam GB,

Dia pergi Bangkok nak cover bini dia. Sekian.

Amuraria berkata...

kawan saya kata bukan e-coli tapi coli losmah kena tang dahi masa tengah buka kah kah kah ! tu yang sakit sikit ! tak tau betoi atau tidak kawan saya kata tu ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kat Hawai Najib main golf jadi lapuran berita
Kat Thailand Najib pergi shopping dan perjumpaan tak resmi dengan PM Thailand pun jadi lapuran berita Macam wartawan asing ada agenda memcari kesalahan Najib untuk memberitahu rakyat Malaysia jenis apa PM Najib ni Najib ingat dia boleh lepas dari wartawan Malaysia dengan menghilangkan diri ke luar negara

Lapuran berita lebih melapurkan pasal main golf dan pergi shopping bukan kehebatan Najib berjumpa ketua negara

Jangan pulak shopping pun 'shopping diplomasi' dengan bini pun mesti diplomasi kan

Macam lah tak boleh tunggu masalah banjir selesai

ps 500 tan beras tu ke yang dia cetak gambar dia

Tanpa Nama berkata...

PM sepatutnya membantu ekonomi Malaysia dengan membeli belah di KL Ramai peniaga telah menanggung kerugian kerana demo bantahan rakyat seperti Bersih dan Turun Kerugian juga disebabkan oleh pemimpin dunia lain tak bershopping di sini Slogan Utamakan Barangan Tempatan hendak lah di pratikkan oleh mereka suami isteri

Perjumpaan tak resmi dengan PM Thailand ada lah bertujuan untuk digunakan sebagai alasan mengunaka pesawat 9M-NAA

Tiba lah masa Malaysia mempunyai PM yang baru yang lebih cerdik dan yang bersama rakyat seperti dalam keadaan sekarang Najib dan Rosmah boleh bercuti dan bershopping dan bermain golf seperti yang mereka suka lakukan bila dia digantikan oleh PM baru

Tanpa Nama berkata...

Bahaya tur e.coli. patutnya kena kuarentin kat ICU tiga bulan. Kang jangkit kat org amno sapa nak jawab....

Tanpa Nama berkata...

Kalu dah minat sgt main golf sampai tak kira masa, elok letak jawatan bg kat muhidin. Pah tu boleh tumpu kat golfing dan shopping 24 jam sehari

Tanpa Nama berkata...

muhyidin tu bagus sangat ka? rekodnya di kem pendidikan bukan baik pun. cthnya kecoh upsr, pt3. malangnya malaysia jika ini shj pilihan yg kita ada utk menerajui negara. selain drpd itu ramai kaki rembat duk tunggu giliran pula. MALANGSIA!!

Tanpa Nama berkata...

E-Jolly ni penyakit keturunan yang di bawa oleh saka Saka ni macam macam Dan saka jenis bershopping lah yang paling degil dan melawan Orang kena saka shopping ni tak akan sedar selagi tak singgah tiga tempat Dan saka ni datang dan pergi sesuka hati

E-Coli ada dua jenis satu sebab air dan makanan tercemar menyebabkan perut meragam Dan satu lagi E-Coli yang terbaru Setakat ni belum dapat di sahkan sebab E-Coli jenis ni virus nya kuat menipu dan boleh hilang dengan bershopping dan main golf Oleh kerana ada dua E-Coli maka yang jenis menipu ni akan di sebut E-Coli NJ



Tanpa Nama berkata...

e-coli atau e-joli tak pasti. yg pasti penyakit TB (ta**t b*n*) kronik. hahaha

Anti Fitnah berkata...

PM kita ni hantu rayakah? Macam mana dia boleh berada di dalam jet rasmi kerajaan dari Hawaii sampai ke Bangkok sedangkan dia berada di Tanah air tercinta?
PM kita ni lemah sangatkah? Tidak ada seorang pun mangsa banjir yang terjangkit virus E-COLI tapi dia pulak yang terkena E-Coli. Benarkah dia terkena E-Coli waktu di Malaysia atau semasa di Bangkok? E-Coli Rosmah kot? Saiz XXXXXXXX....L, kalau ada susu, minum tak habis-habis. PM kita kena disusukah?
Bani UMNO ... memang BODOH dan BANGANG.
Malangnya perempuan bila dikahwin dengan lelaki BODOH dan BANGANG?
Malangnya bangsa bila dipimpin oleh pemimpin yang BODOH dan Bangang? ...
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.

Tanpa Nama berkata...

Dear God, Allah, Almighty, Vishnu,
Yahweh,Kuan Yin,Buddha and etc.
Semuga mereka ini diberi petunjuk ke jalan yg bener.
Kembalikan negara ini kepada aman dan sentosa selalu. Amen